Berita baik buat kita semua apabila bakal menerima vaksin Covid-19 tidak lama lagi.
Namun yang menjadi keraguan berkenaan hukum penggunaan vaksin ini adakah dibolehkan mengikut hukum syarak.
Bagi mengelak sebarang kekeliruan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum penggunaan vaksin ini adalah harus.
Ini selepas mengambil ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.
Ads
“Saya juga ingin berkongsi bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus, dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.
“Menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak,” katanya.
Beliau juga berkata garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin ini akan dihebahkan dalam masa terdekat.
Ads
Katanya lagi, program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.
“Ini bermakna kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal mac. Ia dapat meliputi lebih daripada 80 perarys atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022,” tambahnya lagi.
Percayalah, tidur berkualiti boleh baiki kulit yang kusam dan garisan halus yang muncul. Sebab itulah anda akan kelihatan lebih tua bila suka berjaga malam berbanding orang tidurnya cukup dalam 8-9 jam setiap malam.
Cuba lah tanya dengan pakar dermatologi, salah satu rahsia untuk kulit yang bersih adalah mendapatkan tidur yang cukup.
Cerita pasal tak cukup tidur, pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad turut menghadapi pengalaman tak cukup tidur selepas seminggu melahirkan anak sulungnya, Raja Urhan.
Namun walau wajahnya nampak lesu, ada yang memuji kecantikkan Uyaina yang tidak memakai sebarang alat solek pada wajahnya itu.
Putaran tidur yang tidak betul, bukan sahaja akan memberi kesan kepada minda, tubuh badan, malah terlihat dengan jelas pada kulit wajah. Kulit kelihatan lebih kering, kesat, nampak tua dan tidak bermaya, keseluruhannya tidak sempurna.
Jika anda mendapat kurang daripada 6 jam, ini mungkin menjejaskan penampilan. Di sinilah timbulnya peningkatan hormon stress dan keradangan. Kekurangan tidur menyebabkan penurunan aliran darah ke kulit di sekeliling wajah. Malah, terjadilah kulit kusam dan tidak cantik.
Dipetik daripada Web MD, sekiranya anda tidur dalam keadaan stress, badan akan menghasilkan lebih banyak glukokortikoid.
Glukokortikoid adalah hormon steroid yang merosakkan fungsi sistem imun. Penghasilan glukokortikoid yang berlebihan boleh menyebabkan keabnormalan pada struktur dan fungsi kulit yang mengakibatkan kerosakan, peningkatan sensitiviti serta keradangan kulit yang bertambah seperti jerawat dan psoriasis.
Tidur adalah masa untuk seluruh badan menjana semula, termasuklah kulit. Kalau tidur lebih lama, ini meningkatkan keupayaan semula jadi tubuh secara berkesan untuk melakukan fungsi penyembuhannya seperti menghilangkan jerawat.
Jadi semasa tidur, badan anda memperbaharui, menyembuh dan menyingkirkan toksin dari kulit. Tabiat tidur yang sihat dapat membantu mengurangkan keradangan dan mengehadkan masalah jerawat.
“Kulit menghasilkan kolagen baru apabila anda tidur, yang menghalang kendur. Itu sebahagian daripada proses pembaikan. Lebih banyak kolagen bermakna kulit lebih gebu dan kurang berkedut. Hanya mendapat 5 jam semalam boleh menyebabkan garis halus dua kali ganda lebih banyak daripada 7 jam.” – Dr. Patricia Wexler
Cuci muka
Walau penat sekalipun rutin ini harus dibuat. Ia bagi membuang sisa solekan, debu dan peluh yang melekat pada wajah. Jika tidak proses pertumbuhan semula kulit akan terbantut. Malah mungkin wajah akan ditumbuhi jerawat, gatal dan iritasi.
Tapi AWAS, pastikan pencuci muka tu jenis sesuai dengan masalah kulit! Kalau silap pakai, lagi lah kulit tu banyak masalah. Seperti yang diterangkan oleh Puan Sue Aini, salah pakai pencuci muka, kulit akan bertambah kering.
Guna masker
Tip terakhir sebelum tidur amalkan pemakaian masker atau topeng penjagaan kulit. Ini membantu menaikkan seri wajah, cukup amalkan tiga atau empat kali seminggu.
Minum segelas air lemon
Manfaat air lemon sebelum tidur akan memberi hidrasi pada tubuh dan membantu membersihkan kulit ketika tidur. Kulit akan lebih anjal dan berseri-seri apabila bangun tidur. Ini juga membantu mempercepatkan metabolisma, meningkatkan tenaga serta emosi.
Sapu pelembap malam
Ramai yang tidak suka pelembap kerana merasa wajah akan melekit ketika tidur. Sebenarnya jika anda pakai pelembap ini membantu mengelakkan kulit menjadi kering ketika tidur. Terutama jika anda tidur di tempat sejuk atau berhawa dingin. Apabila kulit kering, penuaan cepat berlaku.
Haaa… selepas ini, kalau ada majlis keesokkan hari, anda kena dapatkan tidur yang cukup. Barulah wajah nampak lebih berseri dan awet muda!
“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”
Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.
Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.
Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:
1. SUSU: susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.
2. MINYAK: jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.
3. CUKA:capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.
4. ALKOHOL: capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
5. LOSYEN: gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.
Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kesihatan dan Perubatan
Selain dandanan diri, wanita dan semburan minyak wangi tidak dapat dipisahkan. Malah tidak lengkap penampilan seseorang itu jika hadir majlis atau keluar tanpa semburan minyak wangi ini.
Tidak kisah apa jenama, asalkan bauan sedap ini dapat menambah keyakinan kala beradapan dengan orang ramai dalam majlis di hadiri.
Dalam satu perkongsian di twitter, seorang pengguna akaun @Aimanomxr menyenaraikan 10 pilihan minyak wangi dengan bauan sedap untuk pilihan kala dating dengan pasangan. Tak percaya boleh cuba dan anda tidak akan rugi jika menyimpannya sebagai koleksi.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.