Anorexia atau penyakit tak nak makan sebab takut gemuk memang wujud. Dia jenis berperang dengan perasaan sendiri dek kerana tak yakin dengan tubuhnya yang semakin melebar.
Haa… nak tahu lebih jauh tentang penyakit tak nak makan, baca perkongsian Dr. Ahmad Samhan ini.
Penyakit Tak Nak Makan Berkait Dengan Mental
“Doktor, saya perasan kebelakangan ni adik saya umur 15 tahun makin kurus.”
“Bila ajak makan, dia tolak. Kalau nak keluar, mesti berdiri lama depan cermin. Dia suka duduk sorang-sorang dalam bilik.”
Anorexia Nervosa adalah gangguan mental yang mana seseorang tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.
Golongan itu juga akan merasakan yang dirinya lebih gemuk daripada keadaan sebenarnya, walaupun sebenarnya mempunyai kurang berat badan.
Penghidap penyakit itu akan merasakan yang dirinya tidak cukup kurus.
Kajian Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) mendapati 1% daripada populasi Malaysia mengalami penyakit itu akibat beberapa faktor.
90% pesakit anorexia adalah wanita dan umur permulaan dalam lingkungan 11 tahun.
Ads
APA PUNCANYA?
Faktor genetik
Risiko anoreksia meningkat di kalangan orang yang keluarga mereka mengalami penyakit yang sama, obesiti, bulimia nervosa, kemurungan, ketagihan alkohol dan ketagihan dadah.
Faktor umur
Remaja wanita yang menumpukan perhatian yang berlebihan kepada penampilan dan kecantikan diri boleh mengalami penyakit ini.
Keyakinan diri yang rendah
Seseorang yang tidak menyukai diri sendiri, membenci penampilan diri atau suka menetapkan sasaran yang susah untuk dicapai bagi diri untuk merasakan baik tentang diri sendiri.
Ads
Tekanan
Tekanan fizikal, psikologi, penderaan seksual atau peristiwa tekanan (kematian seorang sahabat atau saudara, perceraian) boleh menyumbang kepada perkembangan gangguan makan.
Pengaruh social media
Iklan-iklan yang dipaparkan di tv, internet dan media cetak selalunya memaparkan tip-tip bahawa badan yang kurus berkesan lebih baik dari segi penampilan dan kecantikan.
Penyakit-penyakit lain
Seperti “congenital adrenal hyperplasia” dan penyakit lupus boleh menyumbang kepada penyakit anoreksia.
Ads
CARA MENGATASINYA?
Melakukan senaman ringan ketika rasa stres.
Akui bahawa diri sendiri sedang menghadapi penyakit anoreksia.
Makan makanan seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Ikuti sesi kaunseling.
✅ Mengambil ubatan antidepresen, antipsikotik, dan penstabil mood seperti yang dinasihatkan oleh doktor
✅ Bersosial.
✅ Sokongan padu dari keluarga.
Jemput panjangkan sebab penyakit anorexia ini jika tidak dirawat boleh membawa maut akibat kegagalan organ.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Melihat kepada personaliti, beliau dianggap individu paling layak memegang portfolio orang nombor satu negara.
Walaupun sering dilihat agak serius setiap kali membuat pengumuman di kaca TV, sebenarnya beliau juga insan yang mudah didekati.
Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan beliau juga dikatakan akan meluangkan masa untuk bersarapan pagi bersama isteri tersayang.
Selain itu dalam satu trivia melalui program Borak Kopitiam penghujung tahun lalu, Datuk Ismail Sabri memberitahu sisi peribadinya yang ramai tak tahu.
Suami kepada Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan juga bapa kepada empatcahayamata, Nina Sabrina, penyanyi Dafi, Nashriq dan Iqbal, Datuk Seri ismail Sabri juga cukup sporting ketika ditanya kedua penyampai berkenaan.
Ayuh, kita lihat Trivia Menarik Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob:
1. Menyukai durian Musang King berbanding Udang Merah
2. Memilih persalinan batik daripada suit
3. Memberitahu sepanjang waktu beliau paling produktif kecuali waktu tidur
4. Serangga paling ditakuti adalah ulat.
5. Beliau juga menyukai nasi Lemak berbanding roti canai.
6. Turut memilih helikopter berbanding kereta kebal.
7. Sebagai peminat kelab Chelsea, beliau menyukai Drogba sebagai penyerang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke sembilan. Moga terus berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat.
Ada di kalangan wanita disebabkan ada halangan tertentu terpaksa melahirkan anak secara pembedahan.
Kata orang pejagaan bagi yang melahirkan anak secara pembedahan ini agak sukar berbanding secara normal kerana kesan luka di bahagiaan sepatutnya.
Namun begitu perkongsian Dr Muhammad Izzat Abdul Razak yang merupakan Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi memberitahu beberapa tip agar lupa cepat sembuh bagi yang melalui proses secara ceaserean ini.
1) Makan secara sihat. Eat clean. Tetap suku-suku separuh. Makanan berprotein tinggi – daging, telur, soya contohnya, baik untuk penyembuhan luka dan pembetukan sel/tisu baru. Kalau allergik telur jangan makan, otherwise boleh amek jika tiada allergi
2) Minum air yg mencukupi. Pastikan kekal terhidrat. Air mencukupi penting untuk elakkan ibu kering sekaligus tingkatkan risiko untuk dapat thrombosis ( darah beku ). So, jangan sekat minum air.
3) Wound hygiene. Pastikan luka pembedahan sentiasa kering dan bersih. Kalau basah/lembab anginkan luka guna blower from hair dryer. Jangan sapu apa apa bahan pada luka, melainkan ubat yang diberikan oleh doktor sahaja. Mandi bersih-bersih seperti sediakala.
4) Abdominal support. Lepas bersalin perut akan menggelebeh akibat lebihan kulit dan akan berasa tak secure bila berjalan sebab dia goyang-goyang. Pakai abdominal support yang tidak terlalu ketat, mampu pegang perut tu so semasa ketawa, batuk atau bergerak rasa more secure dan tak sakit. Pastikan kain abdominal support tu jenis breathable supaya tak panas dan tak berlengas tempat luka tu. Bukan utk kurus ramping, hanya utk bagi sokongan pada abdomen sahaja.
5) Pastikan berjalan banyak. Walaupun ada pembedahan, tak bermakna kita kena baring berehat sepanjang masa. Lagi lambat kita jalan, lagi la lambat penyembuhan. So please move a lot. Ambulation dapat kurangkan risk dapat darah beku (thrombosis) juga.
6) Ubat tahan sakit generally safe untuk breastfeeding, manage your pain well. Jangan takut nak amek ubat tahan sakit.
7) Jika luka c-Section merah, panas, keluar darah, sakit amat, keluar nanah dan pelik, sila berjumpa doktor. Pemeriksaan perlu dilakukan untuk tengok ada jangkitan kuman atau tak
Puasa adalah bermakna kita perlu menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka.
Bagi memastikan kita kekal bertenaga kita digalakkan untuk bersahur dengan sesuatu yang mehyihatkan.
Memilih makanan yang sesuai pada bulan Ramadan adalah penting. Ini bagi membolehkan kita menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat, di samping memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa bulan puasa adalah :
Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak.
Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat.
Makanan jenis ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.
Di samping itu, sertakan juga makanan daripada protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan.
Pilihlah protein yang rendah Biological Value (BV) kerana semakin rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan adalah :
– Kekacang (49)
– Soya (74)
– Ayam (79)
– Kasein/ Protein susu (80)
– Daging (80)
– Ikan (83)
Pengambilan buah-buahan dan air juga perlu mencukupi sewaktu sahur. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.
Semasa berbuka puasa, adalah digalakkan kita mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.
Pelbagaikan pengambilan jenis makanan seperti bihun sup, sepinggan mi, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang diambil berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketidakselesaan kepada perut kita pada siang hari.
Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mi goreng kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu dititik beratkan. Ini bagi memastikan tubuh kita menerima kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Pemilihan makanan daripada produk-produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediakannya adalah mengikut resepi atau panduan makanan sihat. Sekarang inilah masanya kita cuba mengubahsuai diet kita supaya kita dapat makanan yang berkhasiat, murah dan dapat mengurangkan belanja.
Terutama lemak tepu seperti minyak sapi, mentega dan keju. Semasa menggoreng dan menumis, minimumkan penggunaan minyak supaya makanan lebih sihat di samping kita dapat berjimat-cermat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin, mineral dan serat.
Bagi menjimatkan perbelanjaan, pilihlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu dibeli, sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran diimport atau keluaran tempatan.
Kebanyakan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku dan pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai.
Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin.
Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.
Minuman yang berkafein seperti kopi dan teh juga tidak digalakkan. Tingkatkan pengambilan air melalui makanan seperti sup, bubur dan puding.
Pengambilan makanan yang masin boleh meningkatkan rasa dahaga semasa berpuasa. Oleh itu, kurangkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk, belacan dan kicap.
Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam juga boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit kronik seperti hipertensi.
Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kegemukan yang merupakan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi.
Bulan Ramadan juga memberikan kita peluang untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula.
Perlu diberikan perhatian kepada saiz hidangan kerana kecenderungan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak juga akan terjadi apabila kelaparan.
Aktiviti fizikal tetap boleh dijalankan secara sederhana pada bulan Ramadan dan tiada alasan untuk tidak kekal aktif walaupun kita berpuasa.
Walau bagaimanapun, elakkan aktiviti berat atau melakukan aktiviti di bawah panas terik yang boleh mengakibatkan dehidrasi.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.