Nampaknya masih ramai yang tidak mengambil suntikan dos penggalak kerana beranggapan sudah lengkap dengan menerima suntikan dua dos sahaja.

Namun itu belum menjamin kita tidak mudah dijangkiti virus Covid-19. Apatah lagi dengan penyebaran varian omicorn yang menyebabkan kita perlu ambil dos penggalak ini sebagai satu langkah pencegahan.

Ayuh ikuti perkongsian Dr. Arisman kenapa kita perlu mengambil suntikan dos penggalak ini.

Lawan Jangkitan Kuman, Terutama Varian Omicron. Ini Sebab Doktor Jelaskan Kena Ambil Dos Penggalak!

 

Doktor Jelas Sebab Kenapa Kena Ambil Dos Penggalak

Kenapa dos penggalak sangat-sangat disarankan untuk diambil segera mungkin? Kenapa negara-negara lain juga malah majoritinya juga mengambil langkah yang sama memberikan dos penggalak kepada rakyat mereka??

Kerana kajian demi kajian telah membuktikan. Bukti data membenarkan apa realiti sekarang sedang berlaku. Kajian peringkat global juga sudah banyak dan kita boleh jadikan rujukan. WHO dan CDC juga menyarankan dos penggalak untuk diberikan bagi melawan jangkitan kuman Covid-19 khasnya pada gelombang varian Omicron ini mengganas.

Dan ini hasil dapatan dari kajian negara kita.

𝟏. 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐂𝐨𝐯𝐢𝐝𝟏𝟗 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝟑𝟓 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐯𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧 𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩.

𝐏𝐟𝐢𝐳𝐞𝐫 ; 𝟖𝟗% 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐤𝐩𝐝 𝟔𝟖%

𝐒𝐢𝐧𝐨𝐯𝐚𝐜 ; 𝟕𝟔% 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐤𝐩𝐝 𝟐𝟖%

𝟐. 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐂𝐔 𝐚𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐂𝐨𝐯𝐢𝐝𝟏𝟗 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝟑𝟓 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐯𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧 𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩.

𝐏𝐟𝐢𝐳𝐞𝐫 ; 𝟖𝟔% 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐤𝐩𝐝 𝟕𝟗%

𝐒𝐢𝐧𝐨𝐯𝐚𝐜 ; 𝟓𝟓% 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐤𝐩𝐝 𝟐𝟖%

Begitu juga jika individu yang mempunyai kekebalan tubuh melalui natural immunity iaitu  mendapat antibodi selepas dijangkiti Covid-19, tahap perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 juga menurun selepas 3 bulan.

Lawan Jangkitan Kuman, Terutama Varian Omicron. Ini Sebab Doktor Jelaskan Kena Ambil Dos Penggalak!

 

Dan vaksinasi diperlukan kerana ianya satu-satunya cara paling selamat untuk kita merangsang sistem imun tubuh bagi menghasilkan antibodi (askar) sebagai pelindung melawan jangkitan kemudian hari.

Semua orang pasti tak mahu dengan sukarela mendapat jangkitan alami dari Covid-19 semata2 mahu dapatkan kekebalan tubuh secara alami, kan? kerana cara itu adalah bahaya dan memudaratkan diri (dilarang dalam agama) kerana kita tak tahu sama ada jangkitan alami yang berlaku itu hanya ringan atau sedang atau boleh jadi jangkitan sangat teruk sehingga menyebabkan kematian.

So the safest way is to get vaccinated.

Dr. Arisman, MD.

Artikel Berkaitan:

Pernah Jadi Atlet Lompat Jauh. Elfira Akui Mengidam Lompat Kolam Pakai ‘Heels’, Walau Sarat Hamil!

Doktor Kongsi Tip Mudah Untuk Dapat Badan Lentik Tak Menggeleber, Otak Cerdik

Berjaya Hilang Berat Drastik 9KG Dalam 3 Minggu. Hanya Ikut Cara Makan 2 Kali Sehari & Cut Sugar!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI