Tidak dinafikan sewaktu proses mengandung seseorang itu akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.

Keadaan ini jika dibiarkan akan menyebabkan saiz badan bertambah tanpa kita sedari walaupun selepas melahirkan nanti.

Perkongsian wanita ini Shaziela Ariff yang turut mengalami masalah sama, tetapi berjaya mengekalkan berat seperti sebelum dengan melakukan diet dan beberapa aktiviti menyihatkan.

Artikel Lain: Strict Jaga Portion Makan, Rahsia Wanita Ini Boleh Sarung Baju Size XS Syawal Kali Ini

Dia juga turut menasihati pada mereka yang mahu diet jangan try too hard bimbang nanti akan stress bila tidak mencapai target diimpikan.

Apa yang penting katanya enjoy dalam journey diet ini dan semuanya akan kembali stabil asalkan kita mengamalkan makanan sederhana tanpa berlebihan dan jalani gaya hidup aktif.

IKLAN

Setahun Tak Sentuh ‘Fast Food’ & Skipping 40 Minit Setiap Hari. Rahsia Kembali Pakai Baju Size S!

Hilang 10 KG Lepas Setahun Diet

Kini setelah setahun amalkan diet, beratnya kembali ke angka 48 berbanding 60 lebih dan hilang dalam 10 kg.

Masa tahun 2020 sampai 2021 berat naik turun.. Sampai la pregnant kedua berat sampai naik ke 62 kg sebab selalu sangat makan walaupun bekerja..

Masa pantang pun sama berat macam susah gila nak turun betul-betul sebab asyik lapar dan makan. Pastu bulan mac 2022 masa pergi bawak baby kedua check up pegi timbang berat dah 57 lebih..

IKLAN

Hati dah tekad sangat nak kena buang segala lemak yang ada, nak kecikkan badan macam zaman bujang dulu pastu nak turun kan berat badan. Saya pulak jenis anti betul bila berat badan naik..

Buat exercise guna skipping setiap hari dalam 30 minit ke 40 minit. Finally seminggu puasa saya dah dapat berat 53.3kg. Pastu tak lama turun ke 51.7kg. Seminggu sebelum raya berat turun 48.51kg.

Setahun Tak Sentuh ‘Fast Food’ & Skipping 40 Minit Setiap Hari. Rahsia Kembali Pakai Baju Size S!
Gambar sekadar hiasan.

Artikel Lain: Lepas 10 Bulan Berjaya Sarung Baju Saiz Kecil. Kongsi Kisah Diet Wanita Ini Tanpa Produk !

Selain itu:  "Jangan Simpan Ubat Dalam Peti Sejuk Kecuali..." - Doktor Ini Juga Kongsi Tip Simpan Ubat Yang Betul

Seminggu raya berat naik 1kg je. Juadah raya, biskut raya saya tak makan hanya rendang itu pun raya ke 6 baru makan pastu esoknya sampai hari ini tak makan dah.

IKLAN

Isnin lepas dah start puasa 6 dan seterusnya nak ganti terus puasa yang mana tertinggal. Minum manis langsung tak sentuh. Makanan manis apatah lagi sebab tekak tak boleh terima benda yang manis.. fast food pun dah setahun lebih tak makan sejak habis pantang bulan feb 2022.

Jadi minuman saya hanyalah air kosong sejuk dan jugak air kopi kosong..
Oh ya, saya just buat skipping sahaja sebab saya nak lebih fokus pada inci loss.

Alhamdulillah dah dapat size XS / S dari size M..

Tinggi saya 156cm. Sekarang nak dapatkan berat 45 kg dan nak terus maintain..

Artikel Lain: Wanita Dedah Rahsia Kembali Langsing. Hanya Makan 2 Kali Sehari & Terus Cut Sugar!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI