Jika sebelum ini berat badannya tidak pernah berlebihan atau dalam termasuk dalam kategori gemuk.
Malah angka di penimbang pula sekadar 47 kg – 48kg sahaja dengan ketinggian 157 cm.
Namun disebabkan hamil anak pertama menyebabkan berat badannya naik mendadak sehingga mencecah 71kg.
Biarpun tidak menghadapi apa-apa masalah atau alahan semasa mengandung, cuma mungkin disebabkan hormon mengandung menyebabkan berat badannya naik mendadak.
Walaupun begitu bagi Norazira Ramli tidak pernah putus asa untuk mendapatkan berat badan asal hingga akhirnya berjaya melenyapkan 25kg dalam masa 5 bulan saja.
Ikuti perkongsiannya bagaimana boleh menghilangkan berat badan dalam masa singkat saja.
Lebih menggembirakan raya tahun lalu dia akhirnya berjaya menyarung baju bersaiz XS seperti zaman anak dara dulu.
Lenyap 25 KG Dalam 5 Bulan, Raya Bergaya Dengan Baju Size XS
Raya 2021 adalah buat pertama kalinya saya sarung baju kurung size L .Masih dalam pantang sebulan bersalin anak no 2. Nak ootd pun tak confident
Ads
Alhamdulillah raya tahun ni dapat semula sarung size XS sama macam masa anak dara, baru lah boleh posing2 semula
75kg to 48kg. Tapi raya ni tersasar sikit 50kg Takpe, slow2 sambung DSSS semula untuk dapatkan balik 48kg and maintainkan
Pertama kali nak post dalam group ni
Hi semua. Disebabkan harini pergi KK ramai nurse tegur kata dah kurus, jadi saya rasa happy nak share journey saya hehe.
Ads
Saya bukan lah seorang yg gemuk. Berat masa bujang 47-48kg je sampai kahwin (tinggi 157cm). Start pregnant anak pertama terus naik mendadak sampai 71kg walaupun saya takde apa2 masalah semasa pregnant.
Makan pun biasa je, mungkin hormon mengandung agaknya. Lepas bersalin turun sampai 53kg dalam masa 6 bulan, tapi saya pregnant pula anak kedua. Naik lagi berat sampai 75kg
Masa pregnant anak kedua ni lah saya jumpa group ni. Terus saya bersemangat amalkan DSSS dari pregnant, dalam pantang, dan sampai la sekarang.
Jadi berat saya turun dari 75kg – 50kg (total lost 25kg) dalam masa 5 bulan lebih. Seluar jeans masa bujang semua dah muat balik hehe
Kalau nak tanya tips, sejujurnya saya tak strict sangat pun dalam diet ni. Sebab saya seorang yang suka makan. Lagi2 fastfood, kek, coklat, aiskrim. Coffee pulak wajib sehari sekurangnya sekali.
Jadi, saya makan je apa yg saya teringin. Tapi bukan la hari-hari. Cuma saya amalkan DSSS ni betul2 jaga portion makan. Bila portion betul, serius takkan lapar.
Dan juga exercise regularly (dan breasfeeding juga 2 orang anak ).
Satu lagi, family saya memang kebanyakannya berbadan besar. Jadi saya dah biasa dengar orang cakap “ala nanti dah kahwin dah beranak gemuk la tu”. Hai makcik bawang, saya dah kurus
Jadi mommies semua, kalau gemuk sebab mengandung, jangan kata mustahil untuk kurus semula lepas bersalin even kita menyusu anak. Saya boleh, anda pun boleh
Kalau nak cerahkan kulit kusam, anda boleh cuba petua orang dulu-dulu, jimat! Kali ini hanya menggunakan beras pulut yang sememangnya diakui bukan sahaja bermanfaat untuk masakan, malah juga untuk kecantikan.
Menurut Ika Mat Bakhir, beras pulut ini sangat membantu menghilangkan bekas jerawat, jeragat, serta mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.
Cerahkan Kulit Kusam
Tulisnya di laman facebook miliknya, “dah puas cuba produk macam-macam, yang telan atau yang sapu tapi kesan kena tunggu kadang berminggu. Nak makan suplemen sejak mengandung ni malas pun ada. Ini petua akak nak kongsi, sejam je dah cerah sikit kulit.
Tak kusam dan paling penting kulit makin lembut kalah chezeee kek uols! Ni langkah dan buktinya. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Beras pulut
Garam sesudu
Gula sesudu
Cara membuat:
Masukkan semua bahan tadi dalam kuali dan goreng tanpa minyak dalam 5 minit biar gula garam sebati dengan beras.
Apabila beras kuning-kuning sikit terus masuk dalam pengisar, campur air panas sikit. Jangan banyak nanti cair tak best sangat nak tepek dan skrub kat kulit. Guna air panas sebab nak bagi jadi macam paste ala-ala paste tomyam lembik-lembik gitu.
Inilah hasilnya.
Mula-mula ambil secolet kemudian skrub satu muka. Tunggu biar sejuk sikit paste tadi baru sapu/skrub/buat mask kat muka tau.
Tip:
Ambil lagi paste and tempek kat muka macam mask, sapu rata-rata kat satu muka macam mask.
Biarkan sehingga kering betul-kering sampai sejam tau. Jangan terus cuci. Dah kering skrub perlahan-lahan dan peel off semua yang kering-kering kat muka tu.
Dah peel off dan skrub semua paste yang kering tu barulah basuh sisa-sisa tertinggal guna air yang bersih dan lap hingga kering.
Kalau muka anda berjerawat bermasalah akan rasa sedikit pedih-pedih manja je tak sakit pun. Macam saya kulit kering sikit, jadi rasa juga la pedih manja tapi tak membahayakan.
Cuba juga kat tangan dan celahan lain, semua saya bahan skrub dan tepek sebab memang gila nak cantik.
Nampak menarik kan petua wanita ini? Selepas ini anda pun boleh cuba buat ya. Pastikan pakai dalam masa sejam sahaja untuk hasil terbaik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, sekarang ini kita berdepan dengan cuaca panas yang mana ada kalanya suhu mencecah 40 darjah celcius.
Keadaan ini akan menyebabkan kulit kita mudah terdedah kepada cahaya matahari dan menyebabkan jadi kering. Jika tidak dijaga sebaiknya boleh jadi kusam dan tidak bermaya.
Justeru, bagi mengekalkan kecantikan dan kelembapan kulit perlu merawat kulit dengan teliti dan jangan sekali diabaikan.
Tak perlu melakukan rawatan yang mahal di salon kecantikan cukup dengan ritual yang sederhana dan yang pasti kena konsisten.
Lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih. Kadar tersebut menunjukkan berapa efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra.
Memang elok tidak pernah tinggal rutin menyapu krim pelembap setiap malam sebelum tidur. Namun, kini sudah tiba masa menukar rutin harian itu. Sapu serum sebelum tidur demi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul lebih kecil lantas menyalur nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap.
Bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit kering serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur. Kulit terasa lebih anjal dan segar dengan berkeyakinan.
Dalam situasi sekarang kebersihan tangan sangat penting bagi membina benteng kepada tubuh untuk mencegah virus COVID-19. Jangan lalai dan mengabaikan sikap membersihkan tangan walau di mana sahaja berada. Selain membenarkan kuman dan bakteria jahat masuk ke dalam tubuh, tangan yang tidak bersih juga jika disentuh ke kulit wajah boleh menyebabkan jerawat. Gunakan hand sanitizer untuk membantu mengusir kuman dan bakteria. Sebaik-baiknya guna sabun untuk membersihkan tangan.
Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bedak asas yang datang dalam bentuk krim boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita asia.
Ini merupakan salah satu produk yang wajib ada untuk semua wanita. Kesibukan kerja pejabat ditambah pula dengan urusan rumah tangga membuatkan ramai wanita tidak mempunyai tidur yang cukup apatah lagi mendapatkan tidur yang berkualiti. Lingkaran kulit bawah mata sangat sensitif dan ditambah pula sering terdedah kepada cahaya matahari. Krim mata merupakan magis kepada setiap wanita bagi menyingkirkan lingkaran gelap di bawah dan paling penting mengelakkan kedutan atau garis halus di bawah mata.
Kita sering mendengar perkataan body butter tetapi tidak tahu apakah fungsi sebenarnya. Body butter adalah pelembap yang tidak mengandungi air dan jadi item cantik wajib dibawa dalam beg tangan . Pelembap jenis ini diadun antara minyak, butter (lemak padat) atau lilin. Oleh kerana tidak mengandungi air, body butter lebih likat dan umpama minyak yang membeku.
Wanita yang mempunyai kulit normal paling sesuai menggunakan body butter ini. Butter memberi sensasi kilau kepada kulit. Butter bukan solusi terbaik buat mereka yang mempunyai kulit kering kerana tiada kandungan air yang boleh membantu melembapkan kulit.
Peminat teh pasti tahu ada berbagai jenis teh boleh diminum. Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoks tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit. Kandungan antioksida tinggi pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.
Regenerasi kulit berlaku 14 hingga 28 hari sekali namun apabila kulit terlalu terdedah kepada cahaya matahari, cuaca tidak menentu dan berbagai bahan kimia, proses regenerasi menjadi tidak optimal dan perlu dirangsang dengan eksfoliasi. Eksfoliasi berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati yang tertinggal lantas menghasilkan kulit wajah lebih cerah dan lembut.
Penjagaan lebih mudah kini kerana terdapat produk yang membantu eksfoliasi. Pilih gel khusus untuk eksfoliasi agar selesa dan bersesuaian dengan kulit. Gosok lembut ke wajah dan bilas dengan air bersih sehingga sempurna. Boleh juga menggunakan bahan yang terdapat di dapur seperti kombinasi gula pasir dan madu. Campur satu sudu gula pasir dengan dua sudu madu. Sapu ke seluruh wajah dan setelah rata urut secara perlahan-lahan. Bilas dengan air bersih.
Jika bibir kering dan pecah-pecah pasti mengganggu mood seharian. Kurang minum air dan cuaca sejuk melampau menjadikan bibir kering dan mengelupas. Cara paling mudah untuk memelihara bibir kering adalah pelembap bibir. Jika memilih pelembap bibir yang mengandungi perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB adalah suatu bonus.
Bila kulit wajah dan kulit bibir sudah mula mengering, cuba periksa minuman yang sering diambil. Adakah anda melebihkan kafein, air bergula atau minuman karbonat setiap hari berbanding air kosong? Jika minuman ini menjadi pilihan sukar untuk membantu mengatasi masalah kulit kering dan mengelupas. Apa yang perlu dilakukan adalah minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari.
Color Correcting atau Complexion Corrector, lebih dikenali sebagai krim CC berfungsi untuk menyamarkan tona kulit wajah, melindungi kemerahan kulit dan menutup pigmentasi. Krim CC ini lebih sesuai digunakan oleh wanita matang kerana ia berupaya menutup permasalahan kulit wajah seperti tona kulit tidak sekata, garis-garis halus, kedut dan iritasi. Sifat krim CC yang kalis air dengan struktur rangkaian kukuh iaitu dibentuk oleh molekul yang tinggi membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.
Keistimewaan krim CC ini tidak menimbulkan kesan terlalu tebal, amat sekata pada kulit dan mudah menyerap ke liang sebum. Pada masa yang sama ia meresap pantulan daripada cahaya matahari untuk tona kulit semula jadi tanpa kesan minyak.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.