
Isi Kandungan
ToggleKalau anda masalah jeragat dan parut jerawat yang gelap, boleh cuba petua cantikkan kulit yang dikongsikan wanita ini.
Menerusi laman TikTok, Puan Murnie Ezaliana berkongsi bahan dan cara nak buatnya sampai jadi krim. Jom tengok apa yang anda perlu sebelum hasilkan sebekas krim cantikkan wajah.
Masalah Jeragat Dan Parut Gelap
Bahan-bahan yang perlu:
Soda bikarbonat
Madu
Tepung beras
Cara buat:
Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut dan gaul sehingga sebati.
Pastikan hasilnya macam krim wajah yang dijual, pekat dan likat.
Kemudian anda boleh masukkan ke dalam bekas dan labelkan siap-siap senang nak pakai tidak tertukar dengan bekas lain.
Waktu nak pakai, boleh sapu pada jeragat atau parut sahaja.
Untuk hasil terbaik boleh pakai 3 kali seminggu.
Selamat bercantik-cantik!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kebaikan Minum Air Sarang Burung. Rahsia Kulit Lembut, Gebu & Cantik Wanita Asia!

Isi Kandungan
ToggleLain orang lain rutin harian penjagaan kulit wajah. Walau apa cara dilakukan, matlamat hanya satu untuk memastikan wajah sentiasa cantik, halus, mulus dan bersih dari jerawat.
Ada yang mementingkan bahagian luaran dengan membeli pelbagai jenama penjagaan wajah.
Dan ada juga yang mengamalkan pengambilan minuman kesihatan sebagai suplemen. Kesannya juga bagus untuk menjaga kulit wajah.
Seperti perkongsian wanita Umaira Haris di laman twitter ini yang merupakan pengguna tegar air sarang burung. Biasanya sarang burung ini diamalkan oleh kaum wanita Cina kerana tahu khasiatya.
Wajib minum setiap hari kalau nak kulit jadi lembut
Boleh dapatkan di drugstore berhampiran
Mula minum lepas lihat ada seorang wanita Cina memborong banyak
Setelah buat carian, inilah rahsia sebenar kulit orang Cina yang lembut, gebu, sihat dan tiada cacat cela
Minum ikut kemampuan, rasanya sedap
Boleh juga ambil yang ada herba
Minum selepas bangun tidur waktu perut kosong, atau minum sebelum tidur
Kalau ada bajet lebih elok beli yang ‘raw’ dan masak sendiri
Dan boleh letak bahan sampingan ini
Ini cara nak memasaknya
Time mengandung tak minum
Selain untuk cantikkan kulit, sarang burung ini juga boleh tingkatkan imunisasi sistem badan. Jarang demam dan kalau muka breakout cepat hilang
Airnya rasa sedap manis-manis tak berapa manis sangat
Tak minum air manis lain kecuali ini
Artikel Berkaitan:
Kajian Kata Skip Breakfast Berisiko Dapat Sakit Jantung & Ini Sarapan Pagi Boleh Diambil Setiap Hari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Sebabnya Kenapa Badan Rasa Lemah Setiap Kali Lepas Berbuka Puasa

Perasan atau tidak apabila lepas waktu berbuka kita akan terasa badan lemah dan seperti tidak bertenaga.
Situasi ini menyebabkan kita rasa malas untuk melakukan pelbagai urusan lain termasuk solat tarawih.
Jika dilayan, memang semua benda tak boleh buat dan hanya mahu duduk berehat saja di rumah.
Sebenarnya, keadaan itu berlaku disebabkan faktor makan berlebihan selain pengambilan gula yang tinggi.
Pengambilan makanan dan minuman manis ketika berbuka boleh menyebabkan badan lemah kerana gula mendorong pankreas untuk menghasilkan insulin bagi menurunkan kadar gula dalam darah.
Insulin yang berlebihan pula akan menurunkan gula dalam darah tetapi kesannya badan menjadi lemah dan lesu.
Makan berlebihan membuatkan sistem penghadaman yang seharian berpuasa dipaksa bekerja lebih keras. Kesannya, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan.
Tidak hanya membuatkan badan terasa lemah dan lesu, perut juga boleh mengalami masalah seperti sakit perut, mual, kembung dan sembelit.
Bagi mengelakkan masalah itu, sebaik-baiknya amalkan pemakanan seimbang ketika berbuka puasa dan bukannya mengikut nafsu.
Paling baik, hindari makanan bergoreng dan pilih hidangan yang direbus, dikukus atau dipanggang. Ingat, puasa bukan bererti tiket emas untuk memanjakan diri dengan pelbagai hidangan menyelerakan.
Ini pula antara tip bagi menjaga sistem penghadaman adalah:
1) Pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang membantu pergerakan usus seperti pisang, kurma, betik dan brokoli.
2) Meminum air yang cukup iaitu secara puratanya sebanyak dua liter air sehari. Badan yang kekurangan air akan menjadi lesu, tidak bermaya dan mudah hilang tumpuan semasa melakukan kerja harian.
3) Elakkan makan pedas dan berminyak yang boleh membuatkan perut kita rasa tidak selesa atau sakit.
4) Pengambilan makanan seperti susu atau yogurt mampu mengurangkan masalah sistem pencernaan kerana probiotik yang wujud di dalam makanan ini mampu mmengurangkan masalah sistem pencernaan.
5) Elakkan makan terlalu banyak ketika berbuka puasa dan bersahur kerana tindakan itu akan membuatkan badan menjadi letih kerana proses pencernaan. Sebaliknya, ambil makan secara bersederhana.
Sumber: Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kodiang, Kedah, Dr Mohamad Suaidi Mohamad Sazali
Artikel Berkaitan:
Turun 6 KG Lepas Seminggu Puasa, Ini Menu Diet Diamalkan Waktu Berbuka & Sahur
Bukan Je Sedap & Sihat, Menu Ikan Rebus Air Asam Ini Sesuai Untuk Yang Berdiet!
Elak Badan Alami Hidrasi, Ini Aturan Minum Air Kena Ikut Sepanjang Berpuasa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tolak Pembedahan Plastik, Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur. Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun!

Isi Kandungan
ToggleTolak Pembedahan Plastik, Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur. Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun! Setiap kali selebriti ini muncul menjadi juri tetap di program Gegar Vagaza, penampilannya pasti memukau pandangan.
Dengan pelbagai gaya persalinan ditampilkan, ramai terpegun melihat kejelitaan dan keanggunan Datuk Syafinaz Selamat.
Tolak Pembedahan Plastik
Artikel Lain: ‘Buat Sampai Separuh Nyawa’. Rajin Muaythai, Penampilan Tokti Semakin Cantik & Langsing
Malah terserlah aura pesona seorang bintang dengan wajah yang cantik tanpa cela biarpun usianya bakal menjengah 50 tahun tahun depan.
Dapat dilihat Safinaz seorang selebriti yang begitu menjaga kecantikan dalaman dan luaran.
Ketika ditanya petua cantik yang diamalkannya, dia memberitahu tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik ke atas mukanya.
Malah Syafinaz juga seorang yang sangat ambil tahu tentang kesihatan dan penjagaan kulit.
Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur
Artikel Lain: Pantang Makan Malam & Rajin Bersenam. Rahsia Cantik & Awet Muda Kuza Di Usia Lewat 49 Tahun!
“Saya memang mula menjaga kulit muka di usia awal iaitu semenjak 16 tahun lagi. Sebenarnya, kulit saya agak sensitif dan oleh sebab itu, saya lebih banyak menghabiskan masa dan wang untuk memastikan kulit saya dalam keadaan baik.
Menerusi laporan Gempak, Syafinaz bersyukur mempunyai kulit yang sihat pada usianya yang sekarang.
Syafinaz turut sempat berkongsi ‘skincare’ yang digunakan untuk memastikan kulitnya sentiasa bersih dan sihat.
Menurutnya, ‘mask’ muka menjadi rutin hariannya dan Syafinaz menyatakan bahawa dia mempunyai lebih daripada 10 jenis ‘mask’.
Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun
Tambah Syafinaz, dia juga tidak melupakan untuk mengambil dua gelas air kosong setiap pagi setelah bangun dari tidur.
Artikel Lain: Miliki Bibir Sempurna & Hidung Terletak. Pelakon Jodie Comer Diiktiraf Wajah Paling Cantik Di Dunia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI