Bagi yang menjaga diet walaupun berpuasa pastinya akan memilih juadah yang lebih sihat.
Namun begitu, selera orang berpuasa agak berbeza kerana mudah berselera melihat juadah lain yang dijual terutama di bazar Ramadan.
Jadi untuk mengekang nafsu makan, apa kata anda sediakan sendiri menu yang lebih sihat tapi sedap dan menyelerakan.
Perkongsian dari wanita ini Nurul Hawa Nadila Sari menyediakan resipi ikan rebus air asam. Bukan sahaja hidangan ini sihat dan sesuai untuk mereka berdiet, tetapi juga sangat mudah untuk disediakan.
IKAN REBUS AIR ASAM
Bahan-bahan: Ikan kembung/pelaling Bawang merah besar diricih Cili padi-diricih Cili besar merah dipotong Belacan – dibakar & ditenyeh Tomato – dipotong dadu Asam pes asam jawa Limau kasturi Garam & gula
Ads
Cara-cara membuat: 1-Ikan direbus dgn asam keping,secubit garam dan sedikit air. 2-Biarkan ikan mendidih dan masak. 3-Angkat ikan dan ketepikn.Buangkan asam keping yg telah direbus tadi. 4-Bancuh air rebusan dgn bhn ricih (tambah air lagi jika inginkan kuah yang lebih).
Ads
5-Masukkan bahan yang dipotong dadu dan dihiris tadi (tomato + cili merah, cili padi & bawang besar). 6-Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi. 7-Masukkan blacan,bubuh garam & gula,gaulka sebati. 8-Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.
Siram atas ikan rebus tadi, hidangkan dgn nasi panas.
Ada yang masih amalkan makan ubat kurus dalam gaya kehidupan semata-mata nak pakai saiz baju idaman raya nanti?
Haaa… sebelum ambil prouduk pelik-pelik yang anda target boleh turunkan kilo, jemput baca perkongsian Doktor Erna Nadia ini ya. Hadam sampai jernih, demi kesihatan yang baik.
KENAPA UBAT KURUS BAHAYA?
Dalam produk untuk kuruskan berat badan ini, dua bahan utama yang biasa ada adalah:
1. Sibutramine
2. Phentermin
Dua bahan ini akan dan boleh menyebabkan:
1. Selera makan menurun
2. Menghalang penyerapan lemak
3. Meningkatkan metabolisma badan
4. Mengubah fungsi otak untuk hilangkan selera makan
Selain itu, bahan lain yang kerap dicampur bersama adalah laxative atau nama lain adalah julap.
Bahan ini akan membuatkan seseorang membuang air besar dengan jayanya dan asyik nak membuang.
Penggunaan bahan bahan inilah yang membahayakan kesihatan dan nyawa apabila kadar dos yang tinggi dan tidak terkawal serta tidak dipantau oleh sesiapa.
Simptom terlebih dos atau tersalah dos adalah:
1. Mual/loya
2. Berdebar debar
3. Tekanan darah menjadi rendah sangat/tinggi
4. Sentiasa gelisah/ tidak senang duduk
5. Sesak nafas
6. Sakit dada
7. Masalah/gangguan tidur (terlebih/terkurang)
8. Kerap kencing/buang air besar
9. Bibir / kulit menjadi kering
Ramai anggap bila ada simptom simptom ini adalah normal kerana mereka beranggapan itulah proses yang berlaku kononnya ubat tengah berfungsi/berkerja.
Lama lama organ dalam menjadi rosak dan mati.
Usus pecah akibat terlebih berkerja.
Buah pinggang rosak sebab tak dapat nak tapis lagi.
Fungsi hati menjadi gagal akibat terlebih dos.
Garam galian/ elektrolik dalam badan menjadi tidak seimbang.
Semua ini adalah komplikasi akibat dari ubat/produk kurus. Anda memang akan kurus tetapi organ anda sekali akan rosak.
Sedih dan kecewa bila tengok pesakit datang dengan komplikasi. Segalanya sudah terlambat bila organ dalam dah rosak.
Sama ada perlukan cuci darah atau perlukan rawatan berterusan dan yang paling sedih adalah kematian.
Usus kita tak perlu dicuci dengan produk pun. Cukup sekadar minum air kosong dengan cukup, makan cukup serat dan bersenam.
Allah cipta elok dah. Sama juga berat badan. Jaga makan dengan betul, bersenam, minum air dan rehat dengan baik.
Masalah orang kita adalah semua nak laju bak peluru pandu. Entahlah nak ke mana tu laju laju.
Sabar.
Semua perlukan proses yang betul.
Tak perlu short cut.
Sayangi organ dan kesihatan anda. Semua ni Allah bagi kita pinjam sahaja.
Jadi jagalah sebaiknya.
Kepada penjual, hati-hati kerana jangan kerana anda mahu kaya raya, habis kesihatan pembeli. Juallah benda yang tidak merosakkan kesihatan orang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali apabila diserang demam, kita biasanya akan mengambil ubat tahan sakit seperti panadol atau paracetamol bagi mengurangkan kesakitan dialami.
Jika serasi dan hanya demam biasa, panas akan kebah dalam masa sehari. Namun begitu ada juga yang takut untuk mengambil apa-apa jenis panadol kerana dikatakan akan merosakkan hati.
Adakah benar atau sekadar mitos yang didengari di mana-mana platform. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini menjelaskan mengenai perkara ini yan sebenarnya tidak ada kemudharatan jika mengambil panadol atau paracetamol ketika demam kecuali dos berlebihan.
“Doktor, Panadol ni boleh rosakkan hati, kan?”
Pesakit ni dah demam 2 hari, hari ini datang ke klinik kerana demamnya tak kebah-kebah. Macam biasa, saya akan tanya sama ada ada ambil apa-apa ubat tak sepanjang tak sihat ni. Dia kata tiada, maka sana tanyalah kenapa tak ambil Panadol(Paracetamol).
Dia beritahu yang dia ada baca satu hantaran di Facebook yang mendakwa Paracetamol ni boleh merosakkan hati. Jadi, dia tak mahu ambil risiko itu.
Ya, benar! Paracetamol boleh merosakkan hati! Namun hanya jika ia diambil melebihi dos yang disarankan. Jika diambil pada dos yang ditetapkan, ia adalah ubat yang selamat.
Paracetamol atau nama penuhnya para-acetylaminophenol ini, adalah ubat yang telah dicipta untuk meredakan demam dan kesakitan. Ia agak inferior dari segi keberkesanan kepada ubat deman dan sakit jenis NSAID (aspirin, Ibuprofen, Voltaren, dsb) kerana ia kurang meredakan keradangan, TETAPI paracetamol lebih superior dari segi keselamatan.
Berbanding NSAID, Paracetamol tidak menyebabkan risiko pendarahan atau keradangan salur penghadaman. Jadi, Paracetamol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, atau pesakit yang ada gastritis. Malah ia juga selamat untuk kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu.
Paracetamol adalah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi. Sebab itu, selain di farmasi ia jugadijual di kedai 7-11, kedai runcit, malah juga di premis restoran.
Dos Paracetamol yang selamat untuk orang dewasa adalah 4000mg/hari. Satu tablet Paracetamol biasanya mengandungi 500mg bahan aktif, bermakna anda boleh makan maksimum 8 biji Paracetamol sehari (500mg x 8 biji = 4000mg/sehari)
Tapi janganlah makan 8 biji sekaligus. Makanlah 2 biji, empat kali sehari.
Dos kanak-kanak dikira mengikut berat badan kanak-kanak, iaitu 15mg/kg. Jadi jika berat kanak-kanak itu 10kg, maka dos yang sesuai adalah 15mg/kg x 10kg = 150mg untuk satu kali makan. Maksimum boleh makan 4 kali (sela masa 6 jam).
Kalau beli Paracetamol di farmasi atau klinik, doktor atau pegawai farmasi akan kirakan siap-siap dalam bentuk berapa mililiter.
Selain dalam bentuk pil dan sirap yang diambil melalui mulut, Paracetamol juga wujud dalam bentuk suppositori(ubat peluru) untuk dimasukkan ke dalam dubur, dan dalam bentuk cecair intravena(masuk melalui salur darah). Ini pun ada dosnya yang selamat. Suppositori :30mg/kg x4 sehari. IV : 1mg x4 sehari
Kalau makan lebih daripada dos yang ditetapkan ini, maka ada risiko kerosakan hati. Ini kerana Paracetamol diuraikan di hati. Oleh sebab yang sama, individu yang mempunyai masalah/penyakit hati, perlu ambil dos yang lebih sedikit daripada yang disyorkan di atas tadi.
Dos toksik paracetamol ialah pengambilan lebih 10g(20 biji) sehari. Jika berlaku keracunan Paracetamol (akibat terlebih dos secara sengaja atau tidak), ada antidot untuk mengurangkan risiko komplikasi keracunan. Antidot untuk keracunan Paracetamol adalah N-acetylcystein(NAC). Selain itu, pesakit akan dipantau oleh doktor untuk beberapa hari.
Kesimpulannya, Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil mengikut dos dan cara yang disyorkan oleh pengeluar. Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku. Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum ambil Paracetamol.
Kalau demam, atau sakit kepala, lenguh-lenguh badan, period pain, boleh cuba makan Paracetamol dahulu. Demam tinggi tak terkawal lagi bahaya! Boleh sawan!
Ohya! Jangan pula gunakan Paracetamol tidak mengikut saranan, seperti gunakan tablet Paracetamol yang ditumbuk halus pada luka, atau makan suppositori Paracetamol. Jangan buat pelik.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.