Setiap wanita yang melahirkan anak pasti akan menjalani sesi berpantang selama dalam tempoh tertentu.
Ini adalah bagi proses penyembuhan dan menguatkan tenaga setelah melalui proses melahirkan anak.
Sama juga bagi mereka yang alami keguguran, turut digalakkan untuk menjalani sesi berpantang untuk mengembalikan semula tenaga dalaman.
Namun ada juga yang tidak percaya dengan amalan berpantang kerana dikatakan agak leceh mahu mengikut aturan diberikan terutama oleh mereka dipanggil mak bidan.
Akibatnya seseorang itu boleh mengalami masalah untuk mendapatkan kembali cahayamata.
Ini yang dialami oleh pelakon Nabila Huda yang memberitahu menyesal tidak mengamalkan cara berpantang dengan betul selepas dua bulan mengalami keguguran sebelum ini.
Tambah pelakon berbakat ini, kemungkin disebabkan itu dia sukar untuk hamil lagi pada usia melwati 37 tahun.
Menulis posting di laman Instagram melalui Insta Storynya, Nabil atau Abil memberitahu setiap bulan akan kira hari dan mengharap tetapi tidak sangkut juga.
Ads
“Kenapa susah sangat ni? Setiap bulan mesti saya akan kira hari dan mengharap, tapi mesti tak sangkut juga.
“Tapi saya tak adalah kecewa sangat. Saya reda sebab nak bagi rezeki pada kita, Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab. Mungkin belum tiba masanya.”
“Tapi saya tak adalah kecewa sangat. Saya reda sebab nak bagi rezeki pada kita, Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab. Mungkin belum masanya,” katanya.
Tambah pelakon Diva Popular itu, dia beranggapan bahawa kesukarannya untuk kembali hamil berkemungkinan disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami keguguran.
Ads
“Saya betul-betul tak tahu dan menyesal sangat. Mungkin itu adalah salah satu punca kenapa tak boleh hamil? Benci kan bila dah mula negatif.
“Okey, kena positif. Saya kena pulihkan apa yang patut. Boleh kan walaupun kita dah lama keguguran tapi nak ganti balik pantang tu? Masih tak terlambat kan? Mungkin membantu saya untuk kembali hamil lagi,” katanya.
Dia sebenarnya sangat berharap untuk dikurniakan zuriat yang ramai sebelum usianya menginjak 40 tahun dalam masa tiga tahun lagi, namun memilih berusaha menggunakan cara tradisional.
Pada masa sama, pelakon itu turut meminta bantuan daripada pengikut Instagramnya untuk berkongsi idea dan pakej berpantang terbaik.
“Saya terlalu nak sangat ada zuriat. Tak tahu macam mana nak terangkan. Selagi tak kerja dan ada masa lapang banyak, baik saya buat pakej berpantang.
Ads
“Saya perlu berusaha tak kira macam mana pun. Saya nak anak ramai lagi. Tapi saya nak maklumkan, proses rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) tiada dalam senarai sebab saya dah pernah melahirkan sebelum ini. Jadi untuk sekarang, saya nak usaha dengan cara tradisional dulu,” tambahnya lagi.
Untuk info, Abil yang sebelum ini sudah mempunyai seorang anak, bernama Keisha Laila hasil perkahwinan dengan bekas suami.
Manakala perkahwinan kali keduanya dengan Mohd Iwan Johar pada 2015, namun masih belum ada rezeki dikurniakan anak dan telah mengalami keguguran dua kali.
Memakai parfum atau minyak wangi memang jadi keutamaan dalam memberi keyakinan setiap kali berhadapan dengan orang ramai.
Namun pelbagai jenis minyak wangi membuatkan kita keliru mana yang terbaik untuk digunakan.
Terdapat 5 jenis perfume iaitu Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette, Eau Fraiche dan Eau de Cologne.
Bezanya adalah kandungan dalam minyak wangi tu sendiri. Jadi, sebelum beli, jom kenal pasti minyak wangi jenis mana yang paling sesuai untuk personaliti masing-masing.
1. Parfum
Sekiranya harga sesuatu minyak wangi itu terlalu mahal, cuba perhatikan label pada kotak minyak wangi tersebut. Parfum memiliki peratusan konsentrasi pewangi yang paling tinggi iaitu kandungan konsentrasi minyak wangi adalah 15 hingga 40%. Bau parfum boleh bertahan lebih 12 jam dan tak pelik kenapa lebih berharga dari yang lain.
2. Eau De Parfum
EDP ini mempunyai konsentrasi pewangi yang rendah berbanding Parfum tetapi lebih tinggi daripada Eu de Toilette dan Eu de Cologne. Ketahanan baunya lebih kurang Parfum. Dulu, EDP hanya dibuat untuk minyak wangi perempuan tapi sekarang telah ada minyak wangi EDP untuk lelaki.
3. Eau De Toilette
EDT ini biasanya dijual di kedai runcit atau pasaraya kerana harganya lebih murah berbanding Parfum dan EDP. Kebiasaannya, peminat minyak wangi lebih menyukai EDT berbanding Parfum dan EDP kerana ia tidak terlalu Ketahanan baunya adalah lebih rendah daripada Parfum dan EDP. Tapi, ia boleh bertahan lama jika disembur di atas pakaian.
4. Eau De Cologne
EDC ini mempunyai konsentrasi yang kurang daripada EDT dan ketahanannya adalah lebih kejap berbanding yang lain. Harganya juga lebih murah berbanding yang lain. Seperti EDT, ketahanan baunya akan lebih lama jika di sembur pada kain atau pakaian.
5. Eau De Fraiche
Eu de Fraiche mempunyai konsentrasi yang paling rendah antara yang lain. Ia juga bermaksud ketahanannya juga bertahan kurang berbanding yang lain. Ia amat sesuai untuk mereka yang meminati minyak wangi yang berbau tidak terlalu kuat.
Satu cara paling mudah nak jadikan kulit anjal dan bebas jerawat, pastikan anda ada sebotol toner timun homemade di rumah.
Kulit Anjal Dan Bebas Jerawat, Guna Toner Buat Sendiri Je
Haaa… anda perasan tak ada banyak keluaran pencuci muka, losyen, masker atau apa-apa prodak kecantikan mesti tak lari dari bahan yang berasaskan timun?
Selain nak kurangkan lingkaran hitam dan eye bag, ramai tak tahu khasiat timun untuk kulit wajah.
Kandungan air, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin A, biotin dan potasium yang ada pada timun boleh atasi masalah kulit wajah berminyak, kering, dan sensitif.
Sel kulit mati dan kulit berminyak penyebab pori-pori tersumbat dan menyebabkan jerawat. Timun memiliki sedikit sifat astringen yang dapat mengecilkan pori-pori wajah.
Manfaat timun untuk wajah:
1) Cegah dan kurangkan bintik hitam pada wajah
2) Kekal remajakan dan anjalkan kulit
3) Rawat dan hilangkan jerawat
4) Kecikkan pori-pori terbuka dan kurangkan kedutan kulit
5) Atasi sunburn akibat pancaran sinar matahari
Timun boleh diguna sebagai toner semulajadi. Bukan sekadar untuk dimakan je tau.
Cara-caranya:
1) Basuh bersih timun. Hiris nipis dan blend bersama sedikit air sekadar nak mudahkan kisaran.
2) Oleskan ke seluruh wajah secara merata sehingga kering
4) Cuci degan air biasa, lapkan wajah dengan tuala lembut dan boleh rasai kelembutan dan toink toink je kulit bila di pegang.
5) Lebihannya, simpan di bekas kecil. Boleh disimpan selama 3 hari di chiller, 3 bulan peti ais beku. Bila nak guna ambik je dalam peti sesiap.
Kepada yang alami muka breakout atau bermasalah akibat salah pemilihan skincare disyorkan cuba ya. Pasti terkejut dengan kesannya dan mesti jatuh cinta punya lah.
Selamat mencuba ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebelakangan ini senaman jump rope dikatakan sangat popular dan jadi pilihan ramai pengguna untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ini adalah kerana senaman ini mudah, jimat dan boleh dilakukan di mana-mana saja mengikut kesesuaian.
Bagaimanapun sebelum memilih senaman jenis ini, kena tahu jenis jump rope yang boleh anda pilih bersesuaian dengan jenis senaman yang ingin dilakukan.
Pertama sekali, sebelum membeli jump rope anda perlu mengukur kemampuan sendiri. Adakah anda seorang beginner atau mungki sudah advance dan mahu sesuatu yang lebih mencabar?
Berikut merupakan beberapa jenis jump rope yang boleh dijadikan panduan.
BASIC
Ini merupakan jenis tali jump rope yang paling asas. Kebiasaannya ia dijual pada harga tidaklah mahal dan paling murah dalam semua kategorinya. Basic jump rope mempunyai tali yang lebih tebal berbanding speed jump rope namun ia lebih berat daripada weight jump rope.
Jenis basic ini juga biasanya diperbuat daripada bahan plastik PVC dan pemegangnya pula dari getah atau foam untuk membantu genggaman baik.
SPEED
Sesuai dengan namanya speed jump rope digunakan untuk aktiviti lompatan yang lebih laju. Ia merupakan jenis jump rope yang paling ringan dan digunakan bagi aktviti pantas. Kebanyakan speed jump rope diperbuat daripada cord vinyl dan dihasilkan untuk kegunaan indoor.
Ia bagi mengelakkan berlakunya kerosakan apabila bergesel dengan permukaan keras seperti jalan tar atau permukaan berbatu. Bagi anda yang ingin melakukan lompatan dengan pergerakan pantas, inilah jump rope paling sesuai.
WEIGHTED
Weighted jump rope dihasilkan untuk anda yang ingin meningkatkan kekuatan bagu dan tangan. Dengan berat tambahan yang terdapat pada jump rope, ia memberikan beban yang lebih berat lalu memerlukan lebih banyak tenaga.
Selain itu, ia juga mempunyai resistance tambahan dan cukup digemari oleh pengamal aktiviti jump rope yang berpengalaman dan inign membina kekuatan otot. Ia mungkin lebih perlahan namun memberikan cabaran yang maksima kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya.
BEADED
Beaded jump rope juga dikenali sebagai segmented jump rope juga boleh digunakan oleh mereka di peringkat beginner. Walau bagaimanapun ia lebih sinonim digunakan untuk aktiviti lompatan yang mempunyai ritma kerana bunyi yang dihasilkan.
Talinya mempunyai nylon inner cord dan beratnya juga adalah sederhana sahaja. Ia boleh digunakan untuk aktiviti indoor dan juga oudoor.
Kesimpulannya gunakan jump rope yang sesuai dengan kemampuan fizikal atau jenis aktiviti anda.