mekap tahan lama

Kalau anda nak mekap tahan lama dan tak bercapuk, ada beberapa tip yang patut anda buat sebelum bersolek. Mudah cuma jangan skip!

Ada banyak faktor yang menentukan sama ada solekan anda boleh kekal lama atau tidak. Selain kualiti produk yang digunakan, cara pakai juga kena betul ya.

Mekap Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Ikut 5 Langkah Ini

Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan mekap, pasti anda rasa keliru tentang produk yang perlu digunakan untuk memastikan makeup tahan lama.

Ikuti 5 tip mekap tidak bercapuk dan tahan lama yang kami sediakan di bawah:

1. Penjagaan Wajah Lengkap

Sebelum memakai makeup, pastikan anda  mencuci wajah, exfoliate dan juga memakai pelembap.

Bak kata jurusolek profesional – tips makeup tahan lama 70% datangnya daripada persediaan dan keadaan kulit muka sebelum disolek.

30% lagi barulah datang daripada aplikasi makeup itu sendiri! Jadi, penjagaan kulit wajah sangatlah penting.

Cuci muka 2 kali setiap hari. Jangan lupa pakai pelembap dan juga pelindung matahari. Jika boleh, lakukan exfoliation 2 kali seminggu.

IKLAN

Selain penggunaan pemilihan produk penjagaan kulit yang berkualiti, anda juga boleh makan secara sihat, minum banyak air dan dapatkan rawatan pakar sekiranya menghidap masalah kulit tertentu.

2. Pakai primer

Pemakaian primer sebelum solekan sangat penting. Primer dapat membuatkan pori wajah nampak lebih kecil.

Selain itu, ia juga dapat membetulkan rona kulit tidak sekata dan memastikan permukaan kulit rata, sesuai untuk pemakaian makeup.

Tip: Anda boleh gunakan primer yang berbeza untuk serlahkan makeup pada kawasan wajah yang berlainan. Contohnya, gunakan primer mata untuk pastikan pembayang mata lebih jelas.

Mekap Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Ikut 5 Langkah Ini

IKLAN

3. Pilih Foundation Yang Tepat

Selain membeli foundation yang berkualiti, pastikan warnanya juga sama dengan kulit wajah! Jika tidak, nampak bercapuk nanti!

Selain itu:  Tak Perlu Rawatan Mahal. Ini Rahsia Mudah, Kekal Cantik Kala Musim Panas Melampau!

Beli makeup juga satu pelaburan tau! Oleh sebab itu, elakkan membeli alat solek mengikut nafsu. Lakukan perbandingan dahulu sebelum membeli.

Jadi, pilih formulasi bebas minyak supaya ia tidak akan membuatkan makeup nampak bercapuk. Foundation jenis ini juga selalunya lebih ringan berbanding foundation lain.

Jika anda mempunyai kulit kering, cuba cari produk yang mempunyai asid hialuronik untuk pastikan wajah sentiasa hidrat.

4. Pakai Mekap Nipis

Rahsia makeup yang tahan lama bukanlah kuantiti yang banyak. Ia terletak pada teknik anda mengaplikasikan solekan tersebut.

IKLAN

Jika anda ingin memakai foundation, pastikan anda aplikasikan dengan nipis. Kemudian, tunggu ia kering terlebih dahulu jika ingin tambahkan lapisan kedua.

Akhiri pemakaian foundation dengan bedak. Pemakaian bedak dapat memastikan solekan tahan sepanjang hari.

Mekap Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Ikut 5 Langkah Ini

5. Spray Wajah

Akhir sekali, jangan lupa gunakan spray makeup tahan lama!

Setting spray akan memastikan solekan anda tidak bergerak dan sukar tertanggal. Malah, ia akan membuatkan kulit tampak lebih glowing!

Elakkan menyentuh muka dengan tangan. Ada banyak kotoran, minyak dan juga bakteria yang melekat pada tangan kita.

Hah, kalau nak elakkan jerawat, jangan sesekali pegang muka dengan jari anda ya.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI