Kebiasaanya apabila kita melahirkan anak, bahagian faraj sedikit sebanyak akan mengalami masalah hilang keanjalannya.
Situasi ini sedikit sebanyak akan menganggu hubungan intim suami isteri dan jika tidak diatasi boleh menyebabkan berlakunya masalah pergaduhan.
Namun anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa senaman yang boleh ‘mengetatkan’ semula faraj wanita ini bagi mengekalkan kembali hubungan.
Oleh itu, ini adalah cara-cara bagaimana untuk mengetatkan miss V anda tanpa perlu rawatan pembedahan oleh doktor.
Diet Semula Jadi
Ramai yang mungkin terkejut namun perkara ini adalah benar; diet yang berteraskan makanan semula jadi mampu mengetatkan miss V anda.
Dengan intervensi nutrisi seperti diet yang seimbang, air putih yang mencukupi, buah-buahan sayur-sayuran, anda boleh menguatkan lagi otot lantai pelvis anda, memandangkan proses membaikpulih dan mengekalkan keanjalan ini memerlukan banyak nutrisi dan vitamin.
Anda perlu menstrukturkan diet anda dengan menambah makanan yang mengandungi sumber estrogen asli seperti halba, biji bijan, delima, kacang soya dan produk berasaskannya, lobak, beri dan epal.
Tambahan lagi, selain sayur-sayuran dan buah-buahan, masukkan sekali bijirin tulen organik dan juga protein binatang tulen untuk membentuk diet yang sihat.
Ads
Senaman Kegel
Senaman Kegel telah terbukti sangat berkesan untuk membantu mengetatkan miss V anda.
Langkah pertama dalam senaman ini adalah mengenalpasti otot yang betul.
Ketika anda sudah separuh jalan dalam proses membuang air kecil, cuba untuk tahan air kencing tersebut menggunakan otot pelvis yang betul.
Selepas anda habis membuang air kecil dan kosongkan pundi kencing, baring atas belakang anda dan kecutkan otot tadi untuk menghasilkan kontraksi.
Kekal dalam posisi ini untuk beberapa saat dan ulangi semula untuk beberapa kali bagi mendapatkan keputusan yang positif.
Ads
Sentiasa ingat bahawa senaman ini hanya berkesan jika anda memfokuskan sepenuhnya pada otot lantai pelvis.
Dalam erti kata lain, elakkan daripada mengecutkan abdomen, bontot atau paha anda pada masa yang sama.
Mencangkung
Selain senaman Kegel, anda boleh juga mencuba senaman mencangkung.
Ianya sangat lazim dilakukan masa kini, demi mendapatkan badan yang mantap namun, anda perlu berikan perhatian kepada teknik yang betul kerana majoriti melakukannya dengan cara yang salah.
Berdiri sambil kedua-dua kaki terkeluar sedikit daripada lebar pinggang, sambil kedua-dua ibu jari kaki sekitar 30 darjah dan kekalkan imbangan anda.
Ads
Letakkan posisi badan seolah-olah anda sedang duduk di atas bangku, kemudian berdiri semula atas ibu jari kaki anda.
Ulang semula pergerakan ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan keputusan yang cepat.
Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda sedang melakukannya dengan cara yang betul, anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat jurulatih peribadi untuk memberi bantuan dan nasihat.
Baru melihat Datuk Seri Siti Nurhaliza bekerja tanpa henti sepanjang bulan lalu walaupun sarat mengandung, hari ini beliau sudah selamat melahirkan anak keduanya.
Penyanyi nombor satu negara ini selamat bersalin anak lelaki dan memilih kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta jam 6.21 pagi tadi.
Pihak pengurusan Siti iaitu Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd berkata, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu dan anak yang baharu dilahirkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah, pada pagi Isnin bersamaan 7 Ramadan hari ini, Siti selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.84 kilogram. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua mereka.
“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar.
“Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya.
Menerusi kenyataan sama, pihak Siti merakamkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu dalam proses bersalin.
“Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
“Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT,” katanya.
Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.
Kita doakan semoga ibu dan anak sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa.
Khas buat sesiapa yang ada masalah bengkak bawah mata atau lingkaran gelap bawah mata boleh cuba petua hilangkan eyebag ini.
Ada banyak cara mudah untuk rawat masalah ini tetapi jika petua hilangkan eyebag ini lebih jimat dan mudah nak buat, kenapa tak cuba?
Petua Hilangkan Eyebag
Cukup tiga bahan mudah sahaja dan boleh amalkan secara konsisten.
Bahan-bahannya:
Timun
Kunyit
Kopi
Cara nak buat:
Potong timun dan campur sedikit air, kemudian kisar sampai halus.
Tuang dalam bekas kemudian masukkan sedikit kopi dan kunyit, kacau sebati.
Gunting dua cotton pad untuk celup dan tampal pada bahagian mata.
Rendam ke dalam adunan tadi sebelum digunakan dan dibiarkan selamat 10 minit sebelum cuci.
Kelebihan Bahan Alami Ini
Apa yang bagus timun mengandungi antioksidan dan air yang tinggi. Menyegarkan kulit di sekitar mata, kurangkan bengkak mata, lingkaran hitam dan memberi kelembapan di sekitar mata.
Kopi pula mempunyai sifat anti inflamasi dan dapat mengurangkan bengkak, secara alami kpou boleh menyusutkan kantung mata.
Kunyit sangat bagus dalam membantu meredakan bengkak mata.
Senang, bukan? Cuma perlukan bahan alami dan pastinya senang nak cari di rumah.
Pakar Farmasi Jelaskan Risiko Bahaya Ambil Panadol Actifast & Panadol Soluble Bagi Penghidap Darah Tinggi. Panadol adalah antara ubat popular yang perlu ada di setiap rumah. Ini kerana penggunaanya yang kerap digunakan terutama ketika waktu kecemasan.
Malah ketika pandemik, dikatakan stok panadol sukar untuk didapati kerana kehabisan di semua premis farmasi atau drugstore.
Penggunaan Panadol juga sangat berguna bagi mengelak simpton seperti demam atau selesema berlarutan sebelum berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Walaupun begitu, tahukah anda sebenarnya ada banyak jenis-jenis panadol di pasaran yang mempunyai fungsi-fungsi berbeza.
Setiap dari kita perlu tahu fungsi sebenar jenis-jenis panadol ini bimbang disalah guna nanti pengambilannya.
Perkongsian pegawai farmasi Gpharmax Jabi memberi peringatan untuk untuk individu yang ada penyakit darah tinggi tidak digalakkan untuk mengambil Panadol Actifast dan Panadol Soluble. Menurutnya kedua-dua ubat ini mengandungi kandungan ion garam yang tinggi.
Panadol Actifast, selain bahan PCM, ia juga mengandungi kandungan ion garam iaitu Natrium/Sodium sebanyak 174mg/biji. Tujuan garam ini adalah untuk memudahkan Panadol dihadam oleh perut dan diserap laju oleh usus kecil.
Oleh sebab itulah dinamakan actifast, ia pantas menyerap dan disebabkan kandungan garamnya tinggi ia perlu dielakkan untuk pesakit darah tinggi.
Panadol Actifast & Panadol Soluble Bagi Penghidap Darah Tinggi
Manakala Panadol Soluble mengandungi jauh lebih tinggi 427mg sebiji, sekiranya pengambilan Sodim berlebihan di dalam badan, ia akan menyebabkan darah kita menjadi lebih pekat dan membuatkan jantung perlu bekerka dengan lebih keras untuk mengemam darah ke seluruh badan dan inilah yang akan mengakibatkan darah meningkat.
Jadi kepada mereka yang menghidap darah tinggi diingatkan berhati-hati dengan pengambilan sebarang panadol. Baca dulu arahan diberikan sebelum mengambilnya.