Tidak dinafikan,agak stress apabila terpaksa mengurung diri sendiri dalam bilik bagi mereka yang menjalani kuarantin kendiri jika disahkan positif Covid-19.
Bagi mengurangkan rasa stress dan gangguan emosi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan talian sokongan psikologi Covid-19 kepada yang memerlukan.
Dan turut diajar aktiviviti boleh dilakukan sepanjang tempoh kuarantin kendiri ini.
Antara beberapa senaman mudah boleh dlakukan adalah dengan menggunakan teknik relaksasi yang boleh membantu ketenangan minda.
Anda juga boleh lakukan senaman ringan lain seperti regangan badan jika mampu berbuat demikian.
Ads
Bagi kanak-kanak juga ada aktiviti boleh dilakukan seperti mewarna, menyanyi, menari dan sebolehkan kurangkan penggunaan gajet.
Sementara bagi warga emas pula, lakukan aktiviti santai seperti melihat album lama, berkebun, berhubungan secara spiritual dengan haiwan peliharaan dan mendengar lagu lama.
Ads
Mereka juga sangat digalakkan untuk sentiasa berhubung secara video call dengan anak-anak, rakan komuniti dan fasiliti kesihatan bagi memantau perkembangan kesihatan.
Jika anda mengalami gangguan emosi, KKM menyediakan talian sokongan Psikologi bagi membantu menasihatkan anda secara positif.
Berita baik buat kita semua apabila bakal menerima vaksin Covid-19 tidak lama lagi.
Namun yang menjadi keraguan berkenaan hukum penggunaan vaksin ini adakah dibolehkan mengikut hukum syarak.
Bagi mengelak sebarang kekeliruan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum penggunaan vaksin ini adalah harus.
Ini selepas mengambil ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.
“Saya juga ingin berkongsi bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus, dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.
“Menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak,” katanya.
Beliau juga berkata garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin ini akan dihebahkan dalam masa terdekat.
Katanya lagi, program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.
“Ini bermakna kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal mac. Ia dapat meliputi lebih daripada 80 perarys atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022,” tambahnya lagi.
Dalam satu perkongsian di Grup DSSS ini, Sharifah Noraziah yang memberitahu caranya dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
Memberitahu dia memulakan dietnya pada 5/8/2021 yang lalu dan setelah hampir empat bulan ada perubahan pada dirinya, terutama di bahagian pipi.
Cara yang diamalkannya dengan makan lauk-lauk biasa iaitu apa yang dimasak untuk keluarga itulah yang dia akan makan.
Namun portion pengambilan akan dikurangkan tetapi melebihkan sayur mentah sebagai ulam-ulaman.
Selain itu dia juga turut minum dua liter air kosong sehari. Walaupun masih jauh lagi perjalanan dietnya tetapi dalam masa empat bulan ketara ada perubahan terutama di bahagian pipi.
Jadi kepada mana-mana beginner yang baru cuba-cuba untuk menurunakn berat badan, boleh ikut cara diamalkan Sharifah Noraziah ini dan lakukan secara konsisten dan istiqamah. Anda tentu akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.
Puasa adalah bermakna kita perlu menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka.
Bagi memastikan kita kekal bertenaga kita digalakkan untuk bersahur dengan sesuatu yang mehyihatkan.
Memilih makanan yang sesuai pada bulan Ramadan adalah penting. Ini bagi membolehkan kita menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat, di samping memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa bulan puasa adalah :
Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak.
Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat.
Makanan jenis ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.
Di samping itu, sertakan juga makanan daripada protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan.
Pilihlah protein yang rendah Biological Value (BV) kerana semakin rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan adalah :
– Kekacang (49)
– Soya (74)
– Ayam (79)
– Kasein/ Protein susu (80)
– Daging (80)
– Ikan (83)
Pengambilan buah-buahan dan air juga perlu mencukupi sewaktu sahur. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.
Semasa berbuka puasa, adalah digalakkan kita mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.
Pelbagaikan pengambilan jenis makanan seperti bihun sup, sepinggan mi, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang diambil berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketidakselesaan kepada perut kita pada siang hari.
Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mi goreng kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu dititik beratkan. Ini bagi memastikan tubuh kita menerima kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Pemilihan makanan daripada produk-produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediakannya adalah mengikut resepi atau panduan makanan sihat. Sekarang inilah masanya kita cuba mengubahsuai diet kita supaya kita dapat makanan yang berkhasiat, murah dan dapat mengurangkan belanja.
Terutama lemak tepu seperti minyak sapi, mentega dan keju. Semasa menggoreng dan menumis, minimumkan penggunaan minyak supaya makanan lebih sihat di samping kita dapat berjimat-cermat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin, mineral dan serat.
Bagi menjimatkan perbelanjaan, pilihlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu dibeli, sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran diimport atau keluaran tempatan.
Kebanyakan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku dan pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai.
Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin.
Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.
Minuman yang berkafein seperti kopi dan teh juga tidak digalakkan. Tingkatkan pengambilan air melalui makanan seperti sup, bubur dan puding.
Pengambilan makanan yang masin boleh meningkatkan rasa dahaga semasa berpuasa. Oleh itu, kurangkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk, belacan dan kicap.
Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam juga boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit kronik seperti hipertensi.
Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kegemukan yang merupakan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi.
Bulan Ramadan juga memberikan kita peluang untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula.
Perlu diberikan perhatian kepada saiz hidangan kerana kecenderungan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak juga akan terjadi apabila kelaparan.
Aktiviti fizikal tetap boleh dijalankan secara sederhana pada bulan Ramadan dan tiada alasan untuk tidak kekal aktif walaupun kita berpuasa.
Walau bagaimanapun, elakkan aktiviti berat atau melakukan aktiviti di bawah panas terik yang boleh mengakibatkan dehidrasi.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.