Masih mengekalkan aktiviti senaman berkumpulan, Rapi Werk It 2.0 muncul dengan aktiviti Pound Stick. Menjadi trend bersenam menggunakan dua batang ‘neon green stick’, Pound It Out ‘Unleash Your Inner Rockstar’ mendapat sambutan yang menggalakkan melibatkan 100 orang peserta dan tiga orang Pro yang cukup berpengalaman.
Mampu Bakar Kalori Yang Banyak
Kalau nak tahu, Pound ini merupakan gabungan senaman kardio, yoga dan pergerakan yang diilhamkan dari pilates, mampu membakar sekitar 500 – 1000 kalori dalam satu sesi. Bukan biasa-biasa ya, banyak sangat tu dan sangat berbaloi join!
Diketuai oleh Pro Faiza dan dibantu oleh Pro Dian dan Pro Puteri, iringan muzik rock sememangnya menaikkan semangat peserta biar pun ada yang kali pertama mencuba aktiviti Pound ini.
Lokasi Di EV Arena Shah Alam
Bertempat di EV Arena Shah Alam, ruang padang konsep terbuka ternyata memberi impak berbeza kali ini. Seawal jam 7.30 pagi peserta sudah hadir dan mendaftar untuk mendapat tempat di barisan hadapan. Masing-masing lengkap dengan pakaian sukan sambil memegang ‘Exercise Mat’ yang dah dipesan awal untuk bawa bersama. Cukup semangat!
Ads
Bayangkan suasana di padang dengan deretan peserta yang memegang stick hijau neon, seragam betul! Menyerlah warnanya ditambah dengan step yang sama.
Bermula dengan sedikit penerangan mengenai senaman Pound dari Pro Faiza dan diikuti dengan senaman memanaskan badan. Penting ya untuk ‘warm up’ supaya tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti ‘Pound It Out’ dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebaik sahaja muzik rancak dimainkan, Pro Faiza mula beraksi dan diikuti kesemua peserta. Sporting habis!
Selesai sahaja tiga lagu, Pro Dian mengambil alih dengan beberapa lagu ‘trending’ antaranya lagu The Offspring berjudul Come Out & Play dan Beggin’. Pro Puteri juga tak kurang hebatnya. Tangan dan kaki sama-sama bergerak ligat tapi pada masa yang sama masih mengekalkan step yang mudah diikuti kesemua peserta.
Ads
Siap Ada Lucky Draw Dan Banyak Hadiah!
Sejam ber’Pound It Out’, kini tiba masa yang ditunggu-tunggu, sesi Lucky Draw! Jika sebelum ini, kami menyediakan tiga hadiah untuk pemenang bertuah, kali ini tambahan 7 hadiah lagi menjadikan kesemuanya 10 hadiah secara keseluruhan. Hadiah-hadiah ini ditaja oleh beberapa jenama yang dikenali antaranya Gardenia, Raqtive, Good Virtues.Co, Suci Cup dan Sofearose.
Bukan hanya yang bertuah sahaja pulang dengan senyuman, tapi kesemua peserta cukup gembira. Mana tidaknya, sampai tak cukup tangan masing-masing bawa pulang goodies istimewa yang disediakan. Apalah ertinya jika hadir ke Event Rapi Werk It! tanpa membawa pulang goodies hebat-hebat kan?
Ads
Antaranya serum muka daripada @innisfree_malaysia, pengilat kuku dari @razowa, produk makanan dan sabun pencuci dari @aeonretail.my dan juga produk penjagaan diri dari @goodvirtuesco. Bukan itu saja, kesemua peserta juga diberi sebuku roti Gardenia Breakthru yang cukup sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.
Rapi Werk It! kali ini bukan hanya melibatkan barisan Pro yang hebat, malah Tini Spa juga berbesar hati menyediakan ruang untuk peserta mencuba servis urutan bahu dan kepala yang ditawarkan secara percuma sepanjang acara berlangsung. Rata-rata yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mencuba sejurus selepas habis sesi Pound It Out! Terima kasih @tinispa!
Owh ya, terima kasih juga buat para penaja yang sentiasa menyokong Rapi Werk It! terutamanya Rapi Werk It! Pound It Out kali ini.
Sekalung penghargaan buat @evarenadotco di atas tajaan lokasi untuk acara kali ini. Buat barisan Pro yang hadir, terima kasih kami ucapkan di atas kerjasama ini.
Tidak ketinggalan, setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat para peserta yang menyertai Rapi Werk It! Pound It Out kali ini. Ramai yang mohon untuk diadakan acara yang sama bulan hadapan. Kita tengok nanti, ya! Ada rezeki, pasti kami war-warkan lagi!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes pertama virus Covid-19 Omicron yang dikesan oleh seorang pelajar di sebuah universiti di Ipoh, Perak yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura.
Dan terbaru satu lagi kes yang dikesan seorang rakyat Malaysia pertama membabitkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, dikenal pasti telah dijangkiti varian tersebut.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melalui sidang akhbar di Parlimen .
Ini antara info lengkap mengenai kes pertama membabitkan rakyat Malaysia.
1. Kes yang baharu dikesan itu merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.
2. Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes, ibu dan adik perempuannya sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif Covid-19.
3. Kanak-kanak tersebut tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
4. Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Mereka dikuarantin.
5. Ujian saringan kedua RT-PCR mendapati mereka positif Covid-19.
6. Selepas seminggu, kes itu disahkan sebagai Omicron pada 14 Disember.
7. Kanak-kanak itu yang tidak mempunyai sebarang simpton menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 7 Disember.
8. 18 orang lagi mungkin dijangkiti Omicron tetapi ia belum dapat disahkan sementara menunggu ujian penjujukan genom. Keputusan itu dijangka diumumkan esok.
Justeru orang ramai diingatkan untuk terus menjaga SOP kendiri bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 yang lebih serius.
Proses Cantikkan Kulit Guna Pegaga | Senang bagi orang yang rajin dan banyak alasan bagi golongan yang malas. Sungguh, kalau nak cantikkan kulit, anda boleh guna pelbagai tips tanpa keluarkan modal.
Nah, ini salah satu penyelesaiannya! Wanita ini, Puan Sarifa Redzuan hanya mengamalkan minum jus dan sapukan jus pegaga dan timun ini di wajah setiap hari sebagai penyegar wajah.
Proses Cantikkan Kulit Guna Pegaga
Ya, pegaga!
Tumbuhan ini mempunyai kesan yang sangat kuat pada proses kecantikan kulit.
Pegaga kaya dengan asid amino, beta karoten, asid lemak, dan fitokimia. Gabungan nutrien super ini menawarkan manfaat yang hebat untuk kulit, termasuk sifat anti-penuaan yang kuat.
Kajian kegunaan pegaga telah dibuat lebih dari 80 tahun lalu, dan hasil dari kajian, seluruh dunia mula menggunakan pegaga sebagai bahan penting dalam produk kecantikan Kesihatan. Samada dalam skin care atau dijadikan teh untuk kesihatan.
Mengamalkan minum jus pegaga sangat bagus untuk menguatkan daya ingatan selain menjadikan seseorang itu awet muda.
Cuba sekarang dan anda akan puas hati dengan hasilnya.
RESIPI JUS PEGAGA
Segenggam daun pegaga
1/4 timun
1 cawan air
Cara penyediaan:
Kisar semua bahan.
Kisar dengan 1 cawan air dan tapis ambil jusnya.
Tapis ambil jusnya.
Inilah jus pegaga dan timun. Boleh minum dan sapu di wajah.
Untuk buat masker wajah. Hampas diambil.
Di tambah dengan 1 sudu besar madu.
1 sudu besar tepung jagung ditambah.
Kacau sebati. Dan sapu di wajah dalam 20 minit.
Cara kegunaanya:
Boleh minum jus ini seminggu 3 kali.
Boleh dijadikan penyegar wajah.
(Masukkan jus dalam botol spray, dan sejukkan serta boleh spray di wajah setiap hari untuk kulit yang sihat dan tegang)
Boleh letak jus di kepala untuk merawat masalah rambut gugur.
Hampas jangan di buang. Hampas boleh buat kulit cantik juga.
Caranya ialah dengan menambah:
1 sudu besar madu
1 sudu besar tepung jagung
Kacau semua bahan sehingga sebati untuk dijadikan masker muka. Biarkan di wajah selama 20 minit dan cuci dengan air biasa.
Amalkan seminggu 3 kali masker muka ini.
Best kan, guna pegaga pun dah boleh cantik tau. Rugilah kalau tak cuba rahsia cantik tanpa modal ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyakit jantung adalah antara pembunuh senyap yang paling ditakuti ramai. Tanpa tanda, seseorang boleh mengalaminya di mana saja atau bila-bila tanpa kehadiran seseorang di sisi.
Namun begitu, sebagai langkah pencegahan, kita sebenarnya boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi mengetahui risiko masalah jantung.
Terbaru sekumpulan doktor Fakulti Perubatan Universiti Yale mendedahkan individu boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi mengetahui risiko masalah jantung dengan menggunakan ujian ibu jari, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Bagi menjalankan ujian mudah tersebut, individu hanya perlu menggunakan sebelah tangan dan membuka tapak tangan dalam keadaan rata.
Ujian Guna Ibu Jari
Seterusnya, letakkan ibu jari di sepanjang tapak tangan sejauh yang mungkin.
Jika ibu jari mereka boleh melepasi hingga ke luar kawasan tapak tangan, ini bermaksud individu tersebut berisiko menghidap aneurisme (arteri tersumbat) tersembunyi.
Hal ini kerana kemampuan seseorang untuk menggerakkan ibu jarinya melepasi kawasan tapak tangan adalah petunjuk terdapat masalah pada sambungan sendi tubuhnya.
Individu boleh melakukan tiga langkah mudah untuk menjalankan ujian ibu jari bagi mengetahui risiko masalah jantung yang berbahaya. – The Sun
Keadaan itu merupakan antara tanda penyakit tisu yang menghubungkan sendi di seluruh badan termasuk aorta, iaitu arteri terbesar dalam badan yang mengalir dari jantung ke perut.
Keputusan Positif
Penyelidik telah menjalankan ujian tersebut ke atas 305 individu dan menerbitkan hasil kajian mereka dalam Jurnal Kardiologi Amerika Syarikat.
Individu yang positif dalam ujian tersebut berupaya menggerakkan ibu jari mereka melepasi kawasan tapak tangan. – Fakulti Perubatan Universiti Yale/The Sun
“Kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pesakit aneurisme tidak memberikan keputusan positif dalam ujian ibu jari-tapak tangan.
“Namun, pesakit yang positif ujian tersebut berkemungkinan tinggi mengalami aneurisme,” ujar penulis kanan jurnal tersebut, Dr. John A. Elefteriades. – Agensi