Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes pertama virus Covid-19 Omicron yang dikesan oleh seorang pelajar di sebuah universiti di Ipoh, Perak yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura.
Dan terbaru satu lagi kes yang dikesan seorang rakyat Malaysia pertama membabitkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, dikenal pasti telah dijangkiti varian tersebut.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melalui sidang akhbar di Parlimen .
Ini antara info lengkap mengenai kes pertama membabitkan rakyat Malaysia.
1. Kes yang baharu dikesan itu merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.
Ads
2. Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes, ibu dan adik perempuannya sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif Covid-19.
3. Kanak-kanak tersebut tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
4. Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Mereka dikuarantin.
5. Ujian saringan kedua RT-PCR mendapati mereka positif Covid-19.
Ads
6. Selepas seminggu, kes itu disahkan sebagai Omicron pada 14 Disember.
7. Kanak-kanak itu yang tidak mempunyai sebarang simpton menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 7 Disember.
8. 18 orang lagi mungkin dijangkiti Omicron tetapi ia belum dapat disahkan sementara menunggu ujian penjujukan genom. Keputusan itu dijangka diumumkan esok.
Gara-gara menaip 5-6 jam sehari, tangan Kebas, Sakit Menyucuk. Rupanya Sindrom Capal Tunnel!Dek kerana faktor bekerja yang perlu menggunakan tangan terutama dalam bab menaip di papan komputer menyebabkan tangan sering menjadi sakit.
Rasa sakitnya hingga menyebabkan mahu mengangkat tangan juga tidak berdaya. Terasa menyucuk di bahagian tangan yang sering digunakan untuk menaip. Situasi ini sebenarnya menunjukkan anda sedang mengalami sindorm Carpal Tunnel.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu secara detail mengenai sindrom Carpal Tunnel ini dan cara rawatan terbaik.
“Ok, saya akan terangkan tentang penyakit encik ini”
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)
Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’.
Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut.
Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut. Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama.
Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.
SIAPA YANG BERISIKO?
1. Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak seperti menaip sepanjang hari,chef,tukang jahit. 2. Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas 3. Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1 4. Berat badan yang semakin meningkat 5. Mereka yang ketinggian rendah 6. Mengandung 7. Hypotiroidisme(kurang hormon tiroid) 8. Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan. 9. Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong karpal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
SIMPTOM
1. Tangan kebas 2. Sakit 3. Rasa semut-semut 4. Selalunya ketiga-tiga simptom ini akan menjadi semakin teruk apabila waktu malam. Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat. 5. Kekuatan untuk gengaman dan mencubit juga semakin berkurangan 6. Dapat dilihat perbezaan otot di antara tangan yang mengalami sindrom tersebut dengan tangan yang normal. Tangan yang mempunyai masalah tersebut mempunyai otot yang lebih kecil.
RAWATAN Selalunya para doktor akan menasihati untuk melakukan rawatan yang tidak melibatkan pembedahan terlebih dahulu. Ini kerana simptom tersebut mungkin kurang ataupun hilang apabila melakukan perkara-perkara tersebut.
Berberapa yang boleh dibuat untuk mengurangkan simptom sindrom terowong karpal adalah:
1. Penggunaan anduh pada pergelangan tangan: Ia perlulah digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral. 2. Menjalani fisioterapi 3. Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan. 4. Pembedahan Pembedahan Pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.
Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.
Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja. Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja
“Maksudnya, urat saya tersempit la kan?”
“Ya betul. Kita kalau kena tekan pun akan stress. Betul tak?”
Nota: saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di telegram saya
Baik perempuan atau lelaki, sesekali kena juga gosok ketiak hitam dan berkerak bagi sedap mata memandang.
Ya, mungkin bahagian ini tersembunyi tetapi pasangan kita tetap nampak. Jadi apa salahnya usahakan cantik bahagian ketiak dengan cara jimat.
Tular satu produk keluaran Safi, katanya bagus untuk memutihkan ketiak hitam bila digosok berkali-kali.
Menerusi satu thread yang dikongsikan oleh Facebook Viral Muafakat Johor, ada beberapa produk yang bagus untuk mencerah dan mewangikan kulit. Salah satunya ialah Safi Rose Hip Oil ini.
Puas dah try macam-macam produk dekat badan dan kulit tapi tak jugak okay. Alhamdulillah setelah konsisten pakai 5 produk ini, dah nampak perubahan ketara.
Safi Rosehip gosok ketiak, gosok celah hitam. Lama lama hitam tu akan pudar. Parut parut lama kalau selalu gosok pakai minyak ni akan pudar.
Kombinasi minyak zaitun dan rose hip merupakan pelembap semula jadi yang diperkaya dengan vitamin A, C dan E berupaya memelihara kelembapan serta kesihatan kulit dan rambut.
Formulasinya yang lembut, mudah meresap tanpa kesan berminyak dan melekit. Kebaikan pada minyak ini seperti berikut;
Mencerahkan kulit
Menghaluskan kulit
Mengurangkan kesan kulit kusam
Melembap dan melicinkan rambut
Cara pakainya sangat senang. Untuk cerahkan kawasan gelap macam leher, ketiak atau celah peha, tuang minyak di kapas muka. Selepas itu, gosok-gosok kawasan gelap tersebut.
Hah, yang mana ada masalah ketiak hitam, boleh lah cuba tip ini ya. Senang dan jimat, yang penting ajin gosok!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain demam berpanjangan salah satu simptom diserang virus Covid-19 adalah sesak nafas. Jika ini berlaku cepat-cepat berjumpa doktor untuk lakukan swab test.
Namun begitu, sesak nafas juga boleh terjadi disebabkan beberapa faktor lain seperti alahan pada debu atau terdedah pada semburan bahan kimia atau mempunyai masalah anaemia.
Perkongsian menarik dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad mengenai gejala sesak nafas yang jarang kita ambil tahu punca dan tindakan apa perlu dibuat jika terkena serangan ini.
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Sesak nafas ini boleh berlaku secara akut dan kronik :
1. Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah rawatan.
2. Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka waktu yang lama.
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (AnxietyDisorders) dan kegemukan.
GEJALA SESAK NAFAS
1. Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).
2. Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
3. Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
4. Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berkaitan pekerjaan (Occupational Lung Diseases).
5. Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure).
6. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
7. Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
8. Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan kehilangan berat badan,anda mungkin menghidapi jangkitan seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism.
9. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).
TINDAKAN
Sekiranya anda mengalami salah satu gejala yang dinyatakan, sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk, bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami sesak nafas hanya dengan melakukan aktiviti fizikal ringan, sesak nafas semasa baring dan perlu bersandar dengan beberapa bantal untuk melegakannya, nafas berbunyi, sesak nafas disertai demam dan batuk.
Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan kerana menghidapi penyakit paru-paru kronik, anda digalakkan untuk berhenti merokok, lakukan senaman secara berkala mengikut kemampuan fizikal anda, elakkan dari terdedah kepada udara tercemar dan bahan alahan dan berterusan mengambil ubat-ubatan yang dibekal oleh doktor mengikut arahan.
DIAGNOSA DAN RAWATAN SESAK NAFAS
Doktor akan bertanya lebih lanjut dan membuat pemeriksaan fizikal serta melakukan ujian tertentu bagi mengenal pasti penyakit anda.
Antara ujian yang mungkin dilakukan oleh doktoradalah X-Ray dada, electrocardiogram (ECG), ujian fungsi paru-paru (PEAK FLOW METER / SPIROMETER), pemeriksaan darah dan kahak.
Rawatan yang diberi adalah khusus untuk penyakit yang menyebabkan gejala sesak nafas tersebut.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.