Diabetes, penyakit yang sukar untuk dikesan pada peringkat awal, sehinggakan sesiapa sahaja yang menghidapnya menganggap ia perkara ringan dan diabaikan.
Jangan pandang ringan pada penyakit ini kerana diabetes mencetus segala punca penyakit kronik dan jika tidak ditangani boleh membahayakan kesihatan seseorang, mungkin juga boleh membawa maut.
Diabetes – Penyakit Metabolik
Diabetes adalah sejenis penyakit metabolik yang sering ditemui di merata dunia termasuk di Malaysia. Penyakit ini akan menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman seperti ginjal, jantung, otak, saraf, mata, kulit dan sebagainya.
Seseorang yang dikaitkan dengan diabetes adalah mereka yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi dan boleh membawa banyak jenis gejala dan masalah lain.
Malahan, jangan anggap diabetes tidak menyerang remaja atau orang muda. Walhal, sekarang ini semakin ramai yang menghidap diabetes pada usia muda, bahkan kanak-kanak. Salah satu penyakit ini disebabkan oleh faktor keturunan.
Keturunan – Faktor Penyebab
Selain daripada faktor keturunan, terdapat juga faktor lain yang menjadi punca kepada penyakit diabetes iaitu, ketidak seimbangan pemakanan (makanan dan minuman yang tidak sihat atau manis), kurang bersenam, berat badan berlebihan dan sebagainya.
Diabetes juga dibahagiakan kepada diabetes tahap 1, tahap 2 dan lain-lain. Diabetes tidak hanya diturunkan kepada gen (keturunan) kerana faktor lingkungan dan pola gaya hidup juga boleh menjadi pemicu timbulnya diabetes.
Lelaki @ Perempuan
Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini tanpa mengira jantina atau umur. Tidak dinafikan, semakin ramai pesakit-pesakit muda yang mendapat diabetes sekarang ini, malah ada pesakit yang dalam lingkungan umur belasan tahun.
Ads
Antara Simptom
Berat badan turun tanpa sebab
Berat badan akan turun jika anda mengubah pola pemakanan, melakukan aktiviti yang melebihi aktiviti biasa, sembuh dari sakit dan sebagainya. Tetapi, jika berat badan turun tanpa sebab, mungkin kerana gejala diabetes tahap 1.
Kerap membuang air kecil
Kerap mahu membuang air kecil. Walaupun baru sahaja ke tandas, selang beberapa minit mahu ke tandas untuk kencing.
Sering dahaga
Tanpa sebarang sebab anda merasa sangat dahaga sepanjang hari. Ia terjadi kerana badan kehilangan air dan memerlukan cairan dalam badan.
Penglihatan semakin lemah
Penglihatan anda semakin kabur kerana tingkat glukosa dalam darah meningkat.
Cepat penat
Anda merasa cepat penat daripada biasa.
Ads
Warna kulit berubah
Bintik-bintik hitam timbul pada kulit dan biasanya berlaku di bahagian leher.
Kerap lapar
Kadar insulin membuatkan seseorang itu cepat merasalapar walaupun sudah makan banyak daripada biasa.
Luka sukar sembuh
Petunjuk yang senang anda tahu tentan diabetes adalah luka pada bahagian badan. Perhatikan, jika anda mengalami luka atau tergores sehingga mengambil masa yang lama untuk sembuh berbanding biasa.
Jenis-Jenis Diabetes
Diabetes jenis pertama (Type 1 Diabetes) – Dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – Insulin Dependent) atau diabetes awal remaja. Rawatan penyakit ini memerlukan suntikan insulin dari umur kanak-kanak atau awal remaja lagi.
Ads
Gejala: Ia berlaku pada kanak-kanak. Jika anak kerap rasa tidak sihat atau demam, lakukan ujian paras glukos dalam darah.
Diabetes bebas insulin (Type 2 Diabetes) – Dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90%-95% daripada penghidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (Type 2 Diabetes).
Gejala: Ia berlaku kepada orang dewasa. Kerap terkena jangkitan kuman atau kudis, luka yang lambat sembuh, kerap kencing terutamanya pada waktu malam, selalu rasa lapar atau dahaga yang luar biasa.
Diabetes Boleh Disembuhkan
Ada beberapa kes di mana penyakit diabetes dapat dikawal seperti sedia kala tetapi dengan menggunakan ubat. Ada juga kes di mana pesakit diabetes yang pulih dan tidak lagi memerlukan ubat. Jadi, untuk mendapatkan kepastian, pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada Pakar Perubatan masing-masing.
Sumber: Dr. Soehardy Zainudin, Consultant Nephrologist & Physician Tropicana Medical CentreTropicana Medical Centre (M) Sdn Bhd, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Ada cara mudah untuk kurangkan parut di wajah tanpa pergi Spa, anda boleh amalkan petua cantik yang hanya memerlukan dua bahan ini.
Perkongsian daripada Puan Suhaniza Isenen ini memerlukan buah lemon sebagai bahan utama. Seperti yang kita tahu, buah lemon ini memang banyak khasiatnya untuk nak cantikkan muka.
Kurangkan Parut Guna Buah Lemon
Enzim didalam jus lemon ni membantu membuang sel kulit mati pada kulit secara tak langsung kurangkan warna parut, melembutkan dan melicinkan kulit muka.
Petua ini sangat bagus digunakan untuk anda yang mempunyai kulit berminyak. Jom amalkan petua mudah ni.
Bahan-bahan:
1. 1/2 jus lemon
2. Putih telur
Cara-caranyanya:
1. Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur.
2. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka sebagai mask.
3. Biarkan 10 minit dan bilas. Dah siap.
Mudahkan dengan 2 bahan dan 3 langkah sahaja. Buat sekali atau 2 kali seminggu. Insya Allah parut hilang dan kulit jadi lembut bayi.
Nota: Boleh juga tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk kesan cerahkan kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali pandang Mawar Rashid, pasti kita akan tertumpu pada bahagian matanya yang memukau. Dengan mata yang besar, itu satu anugerah buat sesiapa yang memandangnya turut terasa aura kecantikannya.
Disifatkan seorang wanita yang mesra dan ‘murah senyuman’, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tak lokek untuk berkongsi tip penjagaan dan kesihatan mata.
Mawar Rashid Kongsi Tip Penjagaan Mata, Ini Bahagian Paling Cepat Berkedut!
Kongsi Mawar, mata memainkan peranan penting kerana ini merupakan aset utama di bahagian muka.
“Mawar nak kongsi perkara paling penting iaitu mata sebab mata merupakan satu aset yang penting bagi setiap manusia.
“Bak kata pepatah “cinta pandang pertama”, sebab itu dari mata turunnya ke hati.
“Bawah mata kita merupakan kulit lima kali ganda lebih nipis daripada kulit kita yang biasa. Bahagian itu juga tidak mempunyai pori-pori untuk mengeluarkan minyak.
“Jadi bayangkan kalau setiap hari kita kelip mata, otot mata kita bergerak setiap masa,” kongsi Mawar dengan menggunakan loghat Kelantan.
Isteri kepada Raf Yaakob juga menyarankan penggunaan krim bagi penjagaan bahagian bawah mata yang sihat.
“Mawar nak kongsikan kepada anda semua untuk menggunakan eye cream. Jangan pandang remeh kerana eye cream boleh membantu melembapkan bahagian bawah mata dan dapat mengelakkan mata menjadi sembab.
“Anda juga boleh beli alat urutan (massage) bagi membantu pengaliran darah berjalan lancar. Kita nak kulit sihat dan natural beauty,” kongsi Mawar.
Seperti yang diketahui umum, isteri Raf Yaakob ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam. Difahamkan ibu Mawar berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum
berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid.
Kalau mengikuti setiap posting Mawar di media sosial, pasti ada momen jelitawan ini di samping Abai. Malahan kita yang melihat gambarnya pun tersentuh dengan cara wanita ini menghargai ibunya walau anak tersayang sudah bergelar isteri dan ibu kepada lima anak.
Meskipun Mawar kini sudah berumah tangga namun Abai sentiasa berada di sisinya dalam keadaan susah mahupun senang.
Pada tahun 2020, usahawan Mawarose ini membawa ibunya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dan mengagumi kekuatan insan istimewa ini sepanjang membesarkan dirinya.
“Thank you mamy banyak tolong mudahkan urusan adik. Adik pun senang nak pergi keluar pergi cari rezeki sebab mamy tolong tengokkan anak-anak adik sekali. Mamy tolong semua anak-anak cucu yang lain.
Nanti adik tua, adik nak jadi macam mamy, mudahkan urusan anak-anak cucu adik jugak. You are the best mamy.. thank you for everything. I love you so much.”
Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga adik kepada selebriti popular Dato’ Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Dia juga selamat melahirkan anak pada Januari 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Raden Muhammad (4), Raden Seri Rosabella Cinta (2) dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Dia turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!