Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes pertama virus Covid-19 Omicron yang dikesan oleh seorang pelajar di sebuah universiti di Ipoh, Perak yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura.
Dan terbaru satu lagi kes yang dikesan seorang rakyat Malaysia pertama membabitkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, dikenal pasti telah dijangkiti varian tersebut.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melalui sidang akhbar di Parlimen .
Ini antara info lengkap mengenai kes pertama membabitkan rakyat Malaysia.
1. Kes yang baharu dikesan itu merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.
2. Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes, ibu dan adik perempuannya sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif Covid-19.
3. Kanak-kanak tersebut tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
4. Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Mereka dikuarantin.
5. Ujian saringan kedua RT-PCR mendapati mereka positif Covid-19.
6. Selepas seminggu, kes itu disahkan sebagai Omicron pada 14 Disember.
7. Kanak-kanak itu yang tidak mempunyai sebarang simpton menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 7 Disember.
8. 18 orang lagi mungkin dijangkiti Omicron tetapi ia belum dapat disahkan sementara menunggu ujian penjujukan genom. Keputusan itu dijangka diumumkan esok.
Justeru orang ramai diingatkan untuk terus menjaga SOP kendiri bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 yang lebih serius.
Ini jenis skrub badan paling jimat, kulit auto mulus dan glowing. Biasanya kita sibuk sampai tak peduli badan sendiri.
Yang rajin jaga bahagian muka sahaja, sudahnya tangan kaki, terbiar kusam. Salah tu, nanti sila-silap bahagian celah ketiak pun tak terjaga.
Untuk ada jaga kulit bahagian kasar dan gelap, cuba guna tips yang dikonsgikan Cik Esah ini. Katanya mudah dan berkesan.
Ni resipi body scrub mudah. Guna 4 bahan di dapur je! Serius. Dalam seminggu ni kulit jadi lembap dan lembut sikit. Tengok gambar untuk cara yang lengkap.
Bahan-bahan:
-Madu (Bukan yang bercakap tu)
-Brown sugar
-Olive
-Lemon
Campur semua sekali dan gaul. Nak tambah benda-benda lain macam cinnamon powder ke, kunyit je, beras ke, silakan.
Yang Cik Esah kongsi ni simple sahaja.
Pewangi? Tak payah. Bila semua bahan di atas ni bercampur, bau wangi tu terhasil sendiri. Bau lemon campur minyak zaitun. Lembut sangat bau dia. Tenang je bila dihidu.
Ni tekstur dia. Pekat dan berbijik macam ni. Jangan tambah air, nanti gula tu larut. Kalau tak cukup pekat, tambah lagi gula.
Fungsi bahan-bahan tu semua:
Gula – untuk tanggalkan daki dan sel kulit mati bila menyental.
Lemon – Cerahkan dan bersihkan kulit
Minyak zaitun – Lembapkan kulit
Madu – Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam madu membantu mengurangkan kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas.
Sapu pada kulit, biarkan sekejap dalam 2-3 minit bagi meresap. Jangan tidur pula. Nanti bersemut satu badan.
Lepas itu, sental kulit dengan gula tu haa. Jangan kuat sangat.
Dah siap, basuhlah.
Kekerapan adalah 2-3 kali je seminggu.
Haa.. ok sikit kulit ni. Rasa lembap dan hidup je. Lembutlah sikit dari dulu, walau tak secantik tangan orang lain. Kalau tak, dah macam tangan jantan.
Moga bermanfaat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, pakai emas wajah nampak awet muda terus! Ini satu berita gembira bagi golongan wanita yang suka pakai emas dan nak cantik.
Tak perlu diet atau ke spa, anda hanya perlu pakai emas untuk naik seri. Patutlah nenek moyang kita jadikan emas perhiasan utama wanita kerana emas mempunyai aura yang membuatkan wajah kita tampak muda.
Realitinya, emas sebenarnya penyeri wanita dan boleh jadi simpanan untuk masa depan. Waktu tengah sesak atau kecemasan, boleh juga gadai untuk dapatkan wang tunai.
Malah menyimpan emas lagi untung daripada menyimpan wang kerana nilai emas stabil di pasaran dunia.
Kelebihan Pakai Emas
Anda kena ambil tahu, emas membuatkan tubuh bertenaga dan berasa hangat. Malah emas dikatakan mampu meningkatkan kesihatan. Selain itu, emas melancarkan perjalanan darah dan oksigen.
Ada yang kata emas juga baik untuk kesihatan mental dan memperbaiki mood, boleh membuatkan wanita relaks dan meredakan tekanan. Okay, anda kena beli juga walau cuma sebentuk cincin ya!
Tip Beli Barang Kemas
Kalau dah rasa mood nak borong emas dah ‘mari’, anda boleh lah guna tip ini, tak ada lah rasa rugi nak jual balik.
1. Survey Harga
Setiap kedai emas mempunyai harga yang berbeza. Jadi jangan terus beli, survey dulu. Jangan lupa minta diskaun pada tauke kedai emas.
2. Beli Masa Promosi
Biasanya kedai emas popular akan menawarkan harga promosi terutama sempena perayaan. Ambil peluang ini untuk membeli emas dengan harga istimewa.
3. Kos Upah
Kos upah memang tak sama setiap kedai, ya. Malah setiap design barang kemas mempunyai kos upah berbeza, jadi sebelum beli sila tawar menawar kos upah supaya dapat harga berpatutan. Jangan main beli je!
4. Ambil emas gred 916
Jangan beli barangan emas di bawah gred 916 misalnya 750 kerana kandungan emasnya kurang. Apabila digadaikan untuk dapatkan wang tunai, nilainya rendah.
5. Pilih Barang Kemas Padu
Beli barang kemas yang padu sebab ianya tahan lasak dan sesuai untuk pakai hari-hari. Kalau terlalu nipis boleh cepat putus atau pun kemik.
6. Elak beli yang ada batu permata atau jenis bangle
Kalau barang kemas yang jenis batu permata jika dijual semula, batu permata itu tidak dikira sekali dengan berat emas. Jadi kedai emas akan pulangkan semula dan beli dengan harga tertentu.
Ini juga agak sukar dinilai oleh mesin densimeter yang digunakan di Ar Rahnu atau pajak gadai Islam untuk proses gadaian jadi tak dapat timbang dengan tepat. Sama juga jenis bangle, ada besi kecil menyelit jadi besi itu akan dibuang dulu dan ditimbang untuk dapat harga semasa.
7. Pilih Susut Nilai Yang Rendah
Mesti tanya berapa susut nilai barang kemas yang dibeli. Susut nilai ni maksudnya berapa harga yang kedai emas beli balik jika kita nak jual semula barang kemas kita. Susut nilai setiap kedai emas berbeza-beza ikut budi bicara tauke kedai, ada yang hingga 25%, lebih kecil susut nilai lebih bagus.
Ini pula antara tip pemakaian emas yang dicadangkan oleh Rozita Che Wan:
1. Rantai labuh sangat sesuai untuk mereka yang memakai hijab.
2. Cincin yang kecil boleh ditindihkan bersama cincin lain untuk tampakkan gaya.
3. Gelang turut boleh ditindihkan bersama gelang lain mengikut kesesuaian warna.
4. Anting-anting candelier sesuai untuk mereka yang berhijab.
5. Cincin yang mempunyai reka bentuk yang besar sesuai dipakai di jari tengah.
Dapat sesuatu dalam perkongsian kali ini? Lepas ini boleh lah ajak pasangan keluar cari emas seketui. Mula yang kecil pun tak apa, janji ada niat nak kumpul emas untuk masa depan dan awet muda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.