Kalau pun mata nampak perubahan penyanyi, Aizat Amdan, janganlah ditegur. Nak-nak pula di depan orang rumahnya, mana tak down. Body shaming ini boleh buat orang rasa tak selesa, jadi beringat lah sebelum menegur lebih-lebih.
Baru-baru ini Aizat telah memberi respons padu kepada netizen selepas dirinya menjadi mangsa body shaming.
Body Shaming Beri Kesan Pada Aizat Amdan, “Jadi Tak Sedap Didengar…”
Menurut Aizat, dia terkesan apabila orang akan memberikan fokus terhadap keadaan terbaharu tubuh badannya.
“Contoh tentang body saya. Sampai sekarang saya buat festival show, beribu-ribu orang datang cakap tentang badan saya. Benda tu saya tak puas hatilah.
Ads
“Saya faham tapi masalahnya sekarang orang kena faham yang body shaming tu dah tak cool dah. Saya rasa dalam fatwa pun dosa, kenapa awak nak sebarkan dosa sampai semua orang kena body shaming?” luah Aizat.
Ads
Aizat ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP Media dan Indigital Music di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, semalam.
Tambah penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu ini, isu ‘body shaming’ juga mungkin menjadi sebab dia kurang berkongsi perkembangan di laman sosial.
Ads
“Body shaming tu macam awak boleh cakap je badan kau dah naik, muka kau dah hitam, benda tu tak sedaplah didengar.
“Mula-mula saya tepis benda ni, ada satu masa bila isteri saya dengar. Saya luahkan yang sebenarnya benda ni beri kesan dekat saya. Itu mungkin sebab saya tak post banyak benda,” katanya.
Untuk rekod, Aizat telah mendirikan rumah tangganya bersama wanita pilihannya, Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos 2022.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perubahan cuaca yang panas dan kering menjadi punca kulit wajah kering dan kusam.
Sebagai wanita tidak kira yang mempunyai kerjaya atau menguruskan rumah tangga sudah pastu mahu kulit yang sihat dan cantik.
Oleh itu, sebagai wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit, perlu mencari inisiatif untuk mengembalikan keserian dan keremajaan kulit.
Barulah keyakinan diri semakin meningkat dan tidak kekok berjumpa dengan orang ramai.
Masalah yang sering menghantui wanita adalah kulit yang terlalu kering sehingga mempercepatkan tanda-tanda penuaan.
Ini adalah akibat kekurangan air pada lapisan luar kulit yang dipanggil epidermis. Selain itu, semakin usia meningkat kandungan air di bawah lapisan kulit semakin berkurangan. Faktor usia ini mempercepatkan lagi proses penuaan kulit.
Kombinasi perubahan cuaca dan peningkatan usia ini turut merangsang pengurangan kandungan minyak di bawah kulit.
Kulit akan berubah menjadi tidak anjal andai tidak dipelihara dengan sempurna. Bukan sahaja bahagian kulit wajah sahaja yang perlu dipelihara malah turut perlu diberi perhatian seperti kulit lengan, tangan dan bahagian bawah kaki yang terdedah kepada kulit yang kering.
Justeru, tindakan mengubah keseimbangan semula jadi ini tidak wajar dilakukan. Lambakan bahan pelembap di bawah kulit akan mengakibatkan ketidakseimbangan hidrasi yang ekstrem seperti keadaan penghidratan keterlaluan. Ini mungkin punca yang merangsang kulit kedut dalam jangka masa yang panjang.
Cara Mudah Ketahui Keanjalan Kulit
1. Teknik cubit
Kulit di sekitar mata sangat sensitif dan merangsang kepada masalah lingkaran hitam dan kedut. Guna ibu jari dan jari telunjuk, cubit dengan perlahan-lahan penuh hati-hati di daerah kulit bawah mata kemudian lepaskan. Tingkat hidrat dan keanjalan kulit bergantung berapa cepat kulit yang dicubit tadi kembali kepada bentul asal.
2. Teknik tekan
Cara untuk mengenalpasti keanjalan kulit adalah dengan menekan di bahagian tulang pipi untuk merasakan berapa banyak kolagen yang dimiliki kulit dengan memerhatikan garis-garis halus di permukaan kulit ketika kulit ditekan. Jika terdapat banyak garis halus bermakna kulit mengalami dehidrat dan perlukan rawatan.
3. Teknik mencebik
Mulut juga adalah daerah penting yang perlu dipelihara dengan teliti. Cara yang boleh dilakukan untuk menguji keanjalan kulit adalah dengan membuat ekspresi sedih iaitu dengan menggembungkan pipi sehinggi bibir seperti mencebik.
Perhatikan kulit di sekitar mulut ketika mengembalikan kepada keadaan asal. Adakah terdapat banyak garishalus yang terbentuk? Jika benar boleh menambahkan pelembap agar keanjalan kulit terus terpelihara.
Sempena kedatangan Ramadan tak lama lagi, pastinya buah kurma menjadi pilihan paling popular.
Tidak kira sama ada untuk berbuka puasa atau jadi juadah tambahan ketika bersahur.
Buahnya memang nampak kecil dengan pupa yang tidak menarik, tetapi mengandungi banyak khasiat.
Jadi rugi sangat bagi mereka yang tidak menggemarinya. Ayuh, kita periksa kelebihan makan kurma. Makan sebiji dua atau lebih untuk tubuh kekal bertenaga sepanjang berpuasa.
1. Kandungan Nutrien Yang Tinggi
Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya. Namun, jangan biarkan ia menipu anda kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin
2. Tenaga Segera
Bagi individu yang melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru ni kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih bersenam.
3. Diet Sihat
Kurma juga mampu membantu dalam kita melalui diet yang sihat. Untuk individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.
Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak. Caranya dengan melecekkan kurma dan digaul dalam segelas susu rendah lemak. Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.
4. Bantu Mengurangkan Sembelit
Pengambilan kurma secara konsisten juga mampu menyelesaikan dan menghindarkan kita dari masalah sembelit. Umum mengetahui masalah sembelit sangatlah menyeksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir!
Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.
5. Menyihatkan Jantung
Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi adalah menjadi satu faktor penting mengapa ia perlu dijaga dengan rapi. Kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung.
Caranya mudah rendamkan ia semalaman, kemudian lecekkan pada waktu pagi dan makan.
6. Kawal Gula Dalam Darah
Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah. Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.
7. Meningkatkan Kesihatan Otak
Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.
8. Menjaga Kesihatan Tulang
Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.