Faktor sering berjaga lewat malam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala penyakit insomnia.
Jika tidak diatasi segera akan mengganggu rutin harian kerana kita tidak tidur pada waktu kebiasaannya.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah ini, akan dinasihatkan untuk bersenam dan menjaga pemakanan serta tidur pada waktu ditetapkan
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih jelas gejala lain dan langkah untuk atasinya.
TAK TIDUR TIGA MALAM TANDA INSOMNIA KRONIK
Tidak dapat tidur secara berterusan selama tiga malam dalam tempoh seminggu dan mengalaminya secara berterusan sepanjang tiga bulan, tanda seseorang itu menghidap insomnia kronik.
Ada pelbagai cara merawat insomnia termasuk ubat hipnotik atau ubat tidur tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan. Jika pesakit mempunyai penyakit mental, amat penting penyakit itu diubati dengan ubat sepatutnya.
Insomnia terbahagi kepada dua peringkat iaitu primer dan sekunder. Insomnia primer adalah disebabkan gangguan tidur, berlaku bukan disebabkan penyakit, penyakit mental, genetik atau ubat.
Insomnia sekunder pula disebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti asma, hipertiroidisme, arthritis, barah, pedih ulu hati (GERD), alahan dan sakit belakang. Sesetengah ubat yang diambil juga memberi kesan sampingan insomnia seperti ubat darah tinggi dan demam.
Gaya hidup tidak sihat juga seperti makan lewat malam, mengambil dadah atau alkohol boleh menyebabkan insomnia.
Ads
GANGGUAN MENTAL PUNCA SUKAR TIDUR
Penyakit mental yang dikaitkan dengan gejala insomnia adalah kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety) iaitu penghidap sentiasa risau atau sering memikirkan masalah sehingga mengganggu tidur.
Pesakit `Bipolar Mood Disorder’ juga boleh mendapat gangguan tidur yang mana ketika fasa mania, penghidap ada kalanya berasakan sentiasa bertenaga, banyak perkara yang diperlu dilakukan, banyak idea yang perlu diketengahkan sehingga enggan tidur.
Insomnia yang terjadi dalam tempoh antara beberapa hari sehingga beberapa minggu dikenali sebagai insomnia akut.
Serangan ini boleh berlaku apabila emosi terganggu disebabkan kejadian seperti kematian orang disayangi atau mengalami tekanan hidup serta boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa individu terbabit.
Pesakit juga dinasihatkan menjalani gaya hidup lebih sihat termasuk bersenam, makan diet seimbang dan tidur pada waktu tetap setiap hari.
GEJALA INSOMNIA
1. Mengantuk pada sebelah siang.
Ads
2. Keletihan.
3. Mudah marah.
4. Sukar memberi tumpuan dan memori.
LANGKAH ATASI INSOMNIA
1. Tidur pada waktu tetap setiap malam.
2. Bangun pada waktu sama setiap pagi.
3. Elakkan tidur di siang hari.
4. Elakkan menggunakan telefon tangan atau membaca menerusi gajet.
Ads
5. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di lewat malam.
6. Senaman sebelah petang (elak bersenam tiga jam sebelum tidur).
7. Jangan makan hidangan berat pada lewat malam.
Sekiranya tidak boleh tidur:
1. Baca buku.
2. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda mengantuk.
Antara senaman paling mudah dilakukan tanpa guna alatan atau bajet adalah dengan berjalan kaki. Lakukan secara konsisten dan anda akan dapat melihat hasilnya sebulan selepas itu.
Namun begitu, berjalan kaki ini perlu dilakukan dengan mendapat 10 ribu langkah sehari dan sangat memberi manfaat untuk kesihatan seseorang.
Salah satunya adalah dapat meningkatkan kesdihatan jantung untuk menerima oksigen dalam darah dengan lebih banyak.
Semak beberapa lagi manfaat berjalan kaki 10 ribu langkah sehari ini menurut perkongsian Mohamad Faizal Saedon
8 kebaikan yang kalian akan dapat dengan melakukan secara konsisten 10,000 langkah sehari.
1. Meningkatkan kesihatan jantung. Aktiviti berjalan 10,000 langkah akan menolong jantung kalian menerima oksigen dalam darah dengan lebih banyak.
2. Menguatkan paru paru. Otot otot yang terlibat dalam sesi penafasan yang berlaku semasa aktiviti berjalan 10,000 langkah akan menjadi kuat.
3. Meningkatkan Kadar tumpuan. Aktiviti berjalan 10,000 langkah akan mengeluarkan hormon hormon yang baik seperti endorfin yang membuatkan kita menjadi gembira. Ini akan membantu kita fokus. Mana tidaknya, kita akan kurang stress dan dapat mengurus stress dengan baik.
4. Menguatkan tulang. Bergerak dengan lebih banyak dapat membantu menghindarkan esteoporosis.
5. Membina otot dalam badan. Bilamana kita berjalan secara konsisten 10,000 langkah sehari otot akan terbina. Otot yang banyak didalam tubuh berbanding lemak akan membantu kalian membakar dengan lebih cepat lemak didalam tubuh.
6. Menstabilkan kadar gula dalam darah. Bila kita aktif dan otot sudah terbina, Otot akan menggunakan glukos dalam darah secara lebih efisen.
7. Mengawal dan menurunkan tekanan darah tinggi. Aktiviti berjalan 10,000 langkah mampu membuat darah kita mengalir dengan baik dan ini akan membantu mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi.
8. Meningkatkan tenaga seharian. Membina tabiat ini juga akan membuat kita menjadi semakin muda, hehe, tenaga akan semakin bertambah dan kita akan lebih bersemangat.
Kebaikan kebaikan diatas berlaku bila kita secara konsisten membina tabiat 10,000 langkah setiap hari. Ianya satu kebaikan yang banyak dengan satu aktiviti yang mudah.
Jadi saya sarankan bagi mereka yang baru nak bermula dalam perjalanan kalian nak turunkan berat badan, amalkan tips ini dulu. Pastikan kalian melangkah sebanyak minima 10,000 langkah sehari. Tak perlu buat dalam satu sesi, campur semua langkah kalian dari bangun pagi hingga ke malam.
Banyakkan berjalan di tempat kerja, pilihlah parking jauh sedikit dari lokasi yang ingin dituju. Dan yang paling baik buatlah jadual setiap petang berjalan selama 60 minit sekurang kurangnya.
Dedah rahsia awet muda lewat 30an, Anne Ngasri rajin makan buahan untuk sumber Vitamin C. Walau sudah berusia lewat 30an, namun wajah selebriti ini kelihatan seperti gadis remaja.
Dengan senyuman manis terukir menggambarkan kehidupannya kini begitu gembira dan ceria disamping keluarga tersayang.
Ditambah dengan raut wajah Baby Face, ramai tidak percaya rupanya Anne Ngasri sudah memiliki 6 orang anak.
“Petua saya mudah saja. Saya amalkan banyak minum air suam termasuk ambil vitamin C serta buah-buahan. Kalau dalam seminggu tak dapat makan buah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.
“Ramai juga yang tanya saya pakai apa untuk kulit, nampak cantik dan sentiasa muda remaja. Semestinya saya menggunakan produk ‘Glopink Beauty Skin by Anne Ngasri’ secara konsisten selama empat tahun. Alhamdulillah ia membantu dalam merawat masalah jerawat dan jeragat.
“Bagi saya apa jua produk skincare yang kita guna, selain mesti sesuai dengan kulit pastikan juga kita konsisten menggunakannya,” ujarnya yang mengakui menjaga 6 orang anak tanpa kehadiran pembantu rumah.
Menurutnya biarpun penat tetapi dia enjoy menguruskan keluarga kerana dapat menghabiskan masa bersama anak-anak.
“Ramadan baru-baru ini mencabarlah juga kerana saya perlu memasak mengikut selera anak-anak sahaja.
“Namun alhamdulillah suami dan anak-anak yang sudah besar banyak membantu saya di rumah. Terawih tahun ini pun meriah sebab semua dapat solat berjemaah bersama-sama. Alhamdulillah.
“Saya juga kurangkan aktiviti-aktiviti seni, sebab itulah saya jarang muncul di kaca televisyen. Kalau keluar pun kadang-kadang sahaja, itupun hanya untuk membeli barangan keperluan,” katanya yang turut memiliki jenama tudung sendiri iaitu ‘AnneNgasri Exclusive’. Dia juga turut berkongsi petua sentiasa kekal fit walaupun menjaga anak ramai.
“Menguruskan anak yang ramai kadangkala membuatkan ibu-ibu mudah penat dan stres. Itu saya tak nafikan. Saya faham kerana kita sebagai manusia memang tak boleh lari daripada ujian.
“Apa yang saya amalkan ialah sentiasa berzikir dan beristighfar setiap kali melakukan kerja-kerja rumah. InshaAllah akan berkurang stres. Secara tak langsung jiwa pun akan terasa lebih tenang kerana apa jua yang kita lakukan adalah ibadah. Atas pertolongan Allah SWT jugalah segala urusan kita dipermudahkan.
“Allah SWT menjadikan wanita sebagai seorang yang lembut jiwanya walaupun luaran nampak kasar atau lasak. Wanita juga seorang yang cukup teliti.
Jadi, jangan terlalu memaksa diri kita untuk melakukan semua kerja dalam satu masa. Lakukan secara perlahan-lahan, InshaAllah semuanya akan selesai dengan baik,” tambahnya lagi.
Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia termasuk negara kita, pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi melindungi diri dari terkena jangkitan virus ni.
Malah lambakan pelitup muka di pasaran menyebabkan kita boleh membelinya tanpa peduli sama ada produk berkenaan melalui piawaian SIRIM atau tidak.
Malah ramai juga yang memakai pelitup muka bukan perubatan yang dijual secara online kerana harga jauh lebih murah berbanding dijual di farmasi.
Namun selepas ini, kita perlu pastikan sama ada pelitup muka bukan perubatan yang dipakai itu telah disahkan oleh SIRIM atau tidak.
Bermula semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberitahu pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.
KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyebut, penandaan MS SIRIM hendaklah diperoleh pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, iaitu pihak berkuasa yang dilantik kementerian.
Menurut KPDNHEP, pewartaan itu bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.
Malah dengan adanya penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.
Selain itu KPDHEP juga turut dapat mengatasi masalah isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti dalam pasaran negara akan dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport.
Menurut kementerian itu lagi, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport.
Syarikat yang tidak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
Bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali.