Dedah rahsia awet muda lewat 30an, Anne Ngasri rajin makan buahan untuk sumber Vitamin C. Walau sudah berusia lewat 30an, namun wajah selebriti ini kelihatan seperti gadis remaja.
Dengan senyuman manis terukir menggambarkan kehidupannya kini begitu gembira dan ceria disamping keluarga tersayang.
Ditambah dengan raut wajah Baby Face, ramai tidak percaya rupanya Anne Ngasri sudah memiliki 6 orang anak.
“Petua saya mudah saja. Saya amalkan banyak minum air suam termasuk ambil vitamin C serta buah-buahan. Kalau dalam seminggu tak dapat makan buah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.
Ads
“Ramai juga yang tanya saya pakai apa untuk kulit, nampak cantik dan sentiasa muda remaja. Semestinya saya menggunakan produk ‘Glopink Beauty Skin by Anne Ngasri’ secara konsisten selama empat tahun. Alhamdulillah ia membantu dalam merawat masalah jerawat dan jeragat.
“Bagi saya apa jua produk skincare yang kita guna, selain mesti sesuai dengan kulit pastikan juga kita konsisten menggunakannya,” ujarnya yang mengakui menjaga 6 orang anak tanpa kehadiran pembantu rumah.
Menurutnya biarpun penat tetapi dia enjoy menguruskan keluarga kerana dapat menghabiskan masa bersama anak-anak.
“Ramadan baru-baru ini mencabarlah juga kerana saya perlu memasak mengikut selera anak-anak sahaja.
Ads
“Namun alhamdulillah suami dan anak-anak yang sudah besar banyak membantu saya di rumah. Terawih tahun ini pun meriah sebab semua dapat solat berjemaah bersama-sama. Alhamdulillah.
“Saya juga kurangkan aktiviti-aktiviti seni, sebab itulah saya jarang muncul di kaca televisyen. Kalau keluar pun kadang-kadang sahaja, itupun hanya untuk membeli barangan keperluan,” katanya yang turut memiliki jenama tudung sendiri iaitu ‘AnneNgasri Exclusive’. Dia juga turut berkongsi petua sentiasa kekal fit walaupun menjaga anak ramai.
“Menguruskan anak yang ramai kadangkala membuatkan ibu-ibu mudah penat dan stres. Itu saya tak nafikan. Saya faham kerana kita sebagai manusia memang tak boleh lari daripada ujian.
“Apa yang saya amalkan ialah sentiasa berzikir dan beristighfar setiap kali melakukan kerja-kerja rumah. InshaAllah akan berkurang stres. Secara tak langsung jiwa pun akan terasa lebih tenang kerana apa jua yang kita lakukan adalah ibadah. Atas pertolongan Allah SWT jugalah segala urusan kita dipermudahkan.
“Allah SWT menjadikan wanita sebagai seorang yang lembut jiwanya walaupun luaran nampak kasar atau lasak. Wanita juga seorang yang cukup teliti.
Jadi, jangan terlalu memaksa diri kita untuk melakukan semua kerja dalam satu masa. Lakukan secara perlahan-lahan, InshaAllah semuanya akan selesai dengan baik,” tambahnya lagi.
Sebelum ini mereka sekeluarga telah disahkan dijangkiti virus Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah.
Namun Siti Sarah Raissuddin, 36 tahun yang sedang mengandung 7 bulan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas.
Setelah beberapa hari dimasukkan ke unit Rawatan Rapi (ICU) hingga terpaksa ditidurkan, pagi ini akhirnya Siti Sarah telah dijemput Ilahi setelah 3 hari melahirkan anak keempatnya.
Berita ini disahkan sendiri oleh suami, Shuib di laman Instagram pagi tadi. Sarah dikhabarkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19.
Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.
Namun Tuhan lebih menyayangi penyanyi lagi Semakin ini apabila dijemput setelah selamat melahirkan anak keempatnya.
Sarah meninggalkan tiga lagi anak-anak yang masih kecil, Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, dan Ariq Matin, 6 tahun.
Ternyata kehilangan Siti Sarah turut dirasai oleh semua rakan artis kerana sebelum itu ramai mendoakan kesembuhannya. Sebaik berita kehilangannya, ramai yang mengirimkan ucapan takziah pada Almarhum Siti Sarah.
Takziah buat keluarga Siti Sarah dan Suhib. Semoga arwah akan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sungguh jelita aura ibu mengandung, pelakon, Natasha Hudson berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata keempat hasil perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali sebagai Jay Jasmin.
Orangnya pun memang jenis rajin jaga kulit wajah, tak lokek berkongsi tip cantikkan kulit wajah di instagram miliknya. Jadi tak pelik jika ibu hamil ini nampak berseri tanpa mekap.
Semak Bahan Skincare Yang Sesuai
Bila hamil, ada beberapa bahan dalam produk penjagaan wajah yang berbahaya untuk ibu dan anak dalam kandungan. Jadi golongan ibu mengandung kena semak semula bahan-bahan yang ada dalam skincare yang dipakai.
Sebab itulah, ada wanita yang berhenti memakai alat solek ketika hamil. Tengok kulit Nastasha pula, kelihatan cantik tanpa cela. Pastinya dengan kegiatan aktif ‘manja’ dalam sukan luncur memberikan kesan yang bagus pada kulit dan kesihatannya.
Seperti yang dikongsi menerusi portal Hello Doktor, kalau anda merupakan individu yang aktif bersukan, sihat dan tidak berdepan sebarang komplikasi kehamilan, tiada sebarang masalah untuk meneruskannya seperti biasa melainkan ia harus dielakkan semasa kehamilan.
Natasha Hudson Kongsi Foto ‘Babybump’
Terkini, Natasha menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik foto babybump kehamilannya yang kini sudah memasuki trimester kedua.
Aktif Dalam Sukan Luncur Air
Dek kerana minatnya dalam aktiviti ini, pelakon filem Chermin tetap aktif dalam sukan luncur air (surfing) biarpun sedang hamil.
“Saya letakkan semua tekanan pada dada saya lebih daripada perut saya. Ianya sangat terapiutik dan menenangkan. Saya sangat aktif dengan ketiga-tiga anak saya. Saya mahu kekal kuat dan cergas sehingga saya melahirkan,” kongsi Natasha lagi.
Sekadar info, Natasha Hudson dan Jay Jasmin mendirikan rumah tangga pada 28 Mac tahun lalu dalam satu majlis yang berlangsung dengan sederhana yang dihadiri ahli keluarga dan kawan rapat di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Natasha juga mempunyai tiga cahaya mata perempuan menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.
Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan daripada darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra.
Mengulas lanjut mengenai itu, Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad ada hujahnya.
Katanya, buih dalam air kencing menunjukkan seseorang individu itu mempunyai banyak kandungan protein dalam air kencing.
“Antara puncanya adalah akibat mula mengalami masalah fungsi buah pinggang. Secara mudahnya ginjal mula rosak,” jelasnya.
Memperincikan lebih terperinci, ujar Dr Zubaidi, protein yang keluar ke dalam air kencing berlaku kerana proses penapisan yang dilakukan oleh struktur dalam ginjal tidak dapat melakukannya dengan sempurna, menyebabkan protein dalam darah dapat melepasi penapisan dan masukkan ke dalam untuk air kencing.
“Oleh itu, buih dalam air kencing adalah sesuatu yang agak serius jika individu itu bukan wanita hamil atau tidak dalam keadaan dehidrasi selain tidak mengambil suplemen minuman atau makanan yang mempunyai protein yang tinggi seperti daging atau produk tenusu,” kongsinya lagi.
Selain daripada tanda kerosakan buah pinggang, buih dalam air kencing juga boleh menandakan beberapa penyakit lain.
“Antaranya adalah jangkitan pada pundi kencing atau ia dikenali sebagai kencing kotor.
“Ini kerana kuman yang berada ke dalam pundi dan saluran kencing lalu melepaskan gas yang menyebabkan buih,” beritahunya
Selain kencing berbuih, seseorang yang mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing juga akan mengalami rasa sakit ketika membuang air kencing.
“Dehidrasi juga boleh menyebabkan kencing berbuih. Jika seorang individu itu melihat buih dalam air kencing dalam masa atau keadaan tertentu atau ia berlaku hanya sesekali maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Bagaimanapun, jika melihat air kencing berbuih setiap kali membuang air kecil, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut
.
“Ia kerana besar kemungkinan beliau mula mengalami masalah kerosakan buah pinggang (ginjal),” pesannya.