Bagi yang menjaga diet walaupun berpuasa pastinya akan memilih juadah yang lebih sihat.

Namun begitu, selera orang berpuasa agak berbeza kerana mudah berselera melihat juadah lain yang dijual terutama di bazar Ramadan.

Jadi untuk mengekang nafsu makan, apa kata anda sediakan sendiri menu yang lebih sihat tapi sedap dan menyelerakan.

Perkongsian dari wanita ini Nurul Hawa Nadila Sari menyediakan resipi ikan rebus air asam. Bukan sahaja hidangan ini sihat dan sesuai untuk mereka berdiet, tetapi juga sangat mudah untuk disediakan.

IKAN REBUS AIR ASAM

Bahan-bahan:
Ikan kembung/pelaling
Bawang merah besar diricih
Cili padi-diricih
Cili besar merah dipotong
Belacan – dibakar & ditenyeh
Tomato – dipotong dadu
Asam pes asam jawa
Limau kasturi
Garam & gula

IKLAN

Cara-cara membuat:
1-Ikan direbus dgn asam keping,secubit garam dan sedikit air.
2-Biarkan ikan mendidih dan masak.
3-Angkat ikan dan ketepikn.Buangkan asam keping yg telah direbus tadi.
4-Bancuh air rebusan dgn bhn ricih (tambah air lagi jika inginkan kuah yang lebih).

IKLAN

5-Masukkan bahan yang dipotong dadu dan dihiris tadi (tomato + cili merah, cili padi & bawang besar).
6-Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi.
7-Masukkan blacan,bubuh garam & gula,gaulka sebati.
8-Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.

Siram atas ikan rebus tadi, hidangkan dgn nasi panas.

IKLAN

Artikel Berkaitan:

“Jangan Skip Sahur” – Kevin Zahri Kongsi Tip Kekal Cergas & Langsing Sepanjang Berpuasa

Pilihan 26 Resipi Overnight Oats Sedap & Sihat. Sesuai Untuk Yang Berdiet Sepanjang Ramadan!

Jangan Minum Kopi Atau Teh Waktu Sahur, Antara Tip Elak Mulut Berbau Masa Berpuasa