Baru melihat Datuk Seri Siti Nurhaliza bekerja tanpa henti sepanjang bulan lalu walaupun sarat mengandung, hari ini beliau sudah selamat melahirkan anak keduanya.
Penyanyi nombor satu negara ini selamat bersalin anak lelaki dan memilih kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta jam 6.21 pagi tadi.
Pihak pengurusan Siti iaitu Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd berkata, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu dan anak yang baharu dilahirkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah, pada pagi Isnin bersamaan 7 Ramadan hari ini, Siti selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.84 kilogram. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua mereka.
“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar.
Ads
“Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya.
Menerusi kenyataan sama, pihak Siti merakamkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu dalam proses bersalin.
“Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
“Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Ads
“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT,” katanya.
Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.
Kita doakan semoga ibu dan anak sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa.
Tak best nak ‘bawa’ kulit kusam ke mana-mana, rasa kurang yakin dan seolah-olah orang pandang wajah kita macam ada sesuatu yang tak kena. Bukan tak cantik tapi kurang berseri jadinya.
Jadi nak tak nak anda kena usahakan cara macam mana nak naikkan seri wajah yang hilang bila umur semakin meningkat.
Ini salah satunya, boleh pilih ikut kesesuaian anda ya.
Rawat Kulit Kusam
Lemon
Buah ini mengandungi vitamin C yang membantu mencerahkan kulit. Khasiat lemon juga mampu membuat kulit tampak lebih bersih dan turut membantu dalam masalah bintik hitam yang biasanya disebabkan oleh jerawat dan sinar matahari.
Cara: Potong lemon kepada dua bahagian lalu perah air jus lemon ke dalam mangkuk bersih. Celupkan kapas bersih ke dalam jus lemon dan sapukan kapas tersebut pada kulit wajah. Dinasihatkan untuk melakukan rawatan ini setiap malam sebelum tidur, biarkan jus lemon itu melekat pada kulit tanpa dibersihkan selama satu malam supaya kandungan jus lemon meresap ke kulit.
Susu
Susu antara bahan semula jadi yang dapat mencerahkan kulit wajah yang kusam, susu mengandungi bahan aktif seperti AHA dan BHA yang membantu menghilangkan bintik hitam serta membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam yang terjadi akibat sinaran matahari.
Cara: Basuh wajah dengan susu atau gunakan masker yang diperbuat daripada susu pada kulit wajah anda. Lakukan rutin ini dengan kerap untuk kesan yang lebih maksimum.
Minum air yang cukup.
Air
Bukan hanya penting untuk kesihatan tubuh kita, tetapi juga mampu membantu dalam memulihkan kulit wajah yang kusam dan kering. Dengan mengamalkan minum air secukupnya dapat membantu dalam menghidratkan kulit supaya tamapak bersinar dan tegang.
Cara: Minum 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kelembapan kulit wajah kita.
Pisang dan Madu
Pisang mengandungi Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan zat Besi. Kandungan vitamin C dalam buah pisang dapat membantu dalam merawat kulit wajah yang kusam serta mencerahkan kulit.
Cara: Campurkan buah pisang yang telah dilumat halus dengan madu. Sapukan campuran tersebut pada kulit wajah . Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
Yogurt
Lactic acid yang terkandung dalam yogurt merupakan natural hydroxyl acids yang membantu dalam pengelupasan, melembapkan dan melicinkan kulit wajah.
Cara: Campurkan yogurt dengan madu. Sapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih setelah selesai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona tiap kali memandang air wajah pelakon dan personaliti televisyen, Yasmin Hani sekarang. Walau umurnya semakin meningkat namun air wajahnya cukup jelita dan sedap dipandang.
Yasmin Hani atau nama penuhnya Yasmin Hani Ismail Richardson memang suka jaga penampilan diri. Lihat lah susuk tubuhnya yang langsing macam anak dara.
Yasmin Hani Awet Muda
Meskipun hakikatnya dia sudah pun bergelar ibu kepada dua orang anak. Malah wajah awet muda aktres jelita ini sentiasa menjadi perhatian peminat.
Selain minat berlakon dan mengacara, kecintaan Yasmin terhadap gaya hidup sihat seperti bersenam turut mendorong minat followers setia untuk mengamalkan rutin sihat.
Kebanyakan perkongsian jelitawan ini di media sosial berkisarkan tentang senaman. Jadi tak hairanlah pada usia menghampiri 50 tahun, Yasmin kelihatan sihat bertenaga dan cantik semula jadi.
Nak nampak sihat dan cantik kenalah rajin macam Yasmin Hani. Dalam masa sama, jaga diet harian dan pemakanan seimbang.
Kisah Rumah Tangga, Berpisah Dan Bahagia Cara Sendiri
Kisah rumah tangga Yasmin menjadi bualan hangat pada hujung tahun lalu apabila dia sah bercerai dengan suami yang juga anggota kumpulan Black Rose, Sha’arin Razali Wong pada tahun 2021 selepas berkahwin selama 10 tahun.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.
Kalau lihat air wajah anaknya, Noah lebih mirip wajah ibunya, Yasmin. Sementara Eissa pula mewarisi muka ayahnya, Sha’arin.
Walau sudah jadi ibu tunggal tetapi Yasmin cekal menjalani kehidupan dan berdikari menyara kedua-dua anak lelaki.
Selain membuat review pelbagai produk kecantikan dan kesihatan, figura ini juga aktif mewarnai dunia seni.
Jadi, anda yang mahu kelihatan awet muda, kena lah rajin keluarkan peluh setiap hari! Mana tahu, dapat body cantik macam Yasmin Hani juga, kan?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Neelofa selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan, di sini , jam 3.44 petang, kelmarin.
Suaminya yang juga pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meluahkan rasa syukur apabila segala urusan bersalin berjalan lancar.
Katanya, bayi sulung mereka diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.
“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Riz, mereka merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya lagi.
Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata sulung Neelofa dan Riz.