Antara salah satu buahan paling digemari adalah anggur. Saiznya yang kecil dan rasa manis membuatkan kita leka maka sebiji dan sebiji lagi.
Rupanya dalam satu kajian terbaru dilakukan mendedahkan mendedahkan bahawa tabiat memakan anggur boleh membantu mencegah serangan jantung dan angin ahmar, lapor akhbar Daily Mail, semalam.
Sepasukan penyelidik di California, Amerika Syarikat menguji teori tersebut dengan memberi 19 peserta kajian sebanyak 46 gram serbuk anggur setiap hari.
Selepas empat minggu penggunaan anggur, terdapat peningkatan dalam kepelbagaian mikrobiotik dalam sampel najis dan air kencing yang dikutip daripada peserta.
Ads
Pengambilan serbuk anggur didapati berjaya meningkatkan kepelbagaian bakteria dalam usus yang dianggap penting untuk pembentukan sistem imun yang kuat.
Selain itu, memakan anggur juga dilaporkan mampu menurunkan paras kolesterol yang boleh menyebabkan berlaku sumbatan pada arteri dan membawa kepada penyakit jantung.
Ads
Makan anggur juga dikatakan dapat mengurangkan tahap asid hempedu yang memainkan peranan penting dalam metabolisme atau pemprosesan kolesterol.
Ads
Kajian baharu tersebut diketuai oleh Pakar Pemakanan dan Profesor Perubatan Universiti California, Li Zhaoping dan diterbitkan dalam jurnal Nutrient.
“Kami mendapati bahawa anggur mempunyai kesan baik terhadap bakteria dalam usus manusia yang memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan manusia.
‘Kajian ini turut mengukuhkan lagi manfaat anggur ke atas penjagaan jantung dengan mengawal penghasilan kolesterol yang lebih rendah,” jelas Li. – Agensi
Seperti yang kita tahu kerajaan sedang giat menjalakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak Mac lalu bagi membendung penularan virus Covid-19 ini.
Namun begitu bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin juga masih boleh dijangkiti Covid-19.
Cuma apa yang membezakannya adalah mereka yang lengkap divaksin ini akan mengalami gejala ringan atau langsung tiada gejala.
Walau bagaimanapun para penyelidik telah menemui satu gejala biasa yang dialami mereka yang susah lengkap divaksin iaitu bersin.
Bersin boleh disebabkan oleh alahan, selesema biasa, atau alahan debu, namun bersin yang berlebihan dalam kalangan individu yang telah divaksinasi sepenuhnya, boleh menjadi satu gejala COVID-19.
Itu dapatan kajian pengendali aplikasi ZOE COVID Symptom Study, yang merupakan kajian terbesar berkaitan COVID-19 setakat ini.
“Data kami menunjukkan bahawa orang yang telah divaksinasi dan kemudian diuji positif untuk COVID-19 lebih cenderung melaporkan bersin sebagai gejala, berbanding mereka yang belum divaksin,” kata penyelidik seperti yang dipetik dalam portal Independent UK.
Bagaimanapun, belum ada pengesahan dari segi sains yang membuktikan bersin sememangnya gejala COVID-19.
Justeru orang ramai diminta berwaspada terhadap gejala-gejala lain, sama ada mereka yang telah divaksinasi atau belum.
“Gejala lain termasuk demam, sakit badan, batuk berterusan, hilang deria rasa atau bau, sakit kepala, keletihan dan sesak nafas. Jangan fokus pada bersin sahaja.
“Sekiranya anda telah diberi vaksin dan kerap bersin tanpa sebab, pergilah menjalani ujian saringan, terutama jika anda tinggal atau bekerja di sekitar mereka yang berisiko,” tambah mereka.
Dikatakan minum teh dapat membantu seseorang itu meredakan rasa sakit atau tidak selesa pada tekak.
Ini keran kandungan teh yang mempunyai antiokdisan yang dapat membantu badan melawan sakit seperti demam dan virus.
Pada masa sama, ia membantu meningkatkan imunisasi badan, sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan.
Dalam artikel Detik Health turut memberitahu minum teh juga menjadikan seseorang kekal terhidrat supaya bahagian saluran pernafasan tidak kering dan pedih akibat sakit tekak.
Berikut beberapa jenis teh yang membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak:
– Teh itu dikatakan dapat membantu tidur lebih nyenyak. Merujuk artikel Molecular Medicine Report, ia berfungsi melancarkan tekak untuk mengurangkan rasa sakit dan serak pada tekak.
– Ia juga bersifar antiradang yang mengurangkan bengkak dan kemerahan serta kandungan antioksidan untuk membaik pulih tisu.
– Mudah didapati dalam bentuk teh uncang atau bunga kering yang baru dibancuh. Bukan sahaja dinikmati sebagai minuman, tetapi dengan menyedut wap panas teh sahaja boleh membantu meredakan selsema.
– Teh kunyit boleh disediakan sendiri iaitu dengan cara merebus kunyit bersama air, kemudian tapis serbuknya.
-Anda juga boleh campurkan madu sebagai pemanis semula jadi. Madu juga mengandungi agen antibakteria semula jadi yang boleh legakan tekak.
– Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Indian Journal of Research in Homoeopathy, kunyit mengandungi sifat antioksidan, antiradang dan antiseptik yang kuat.
-Gabungan ketiga-tiganya sangat membantu memulihkan tekak daripada sakit dan kerengsaan.
– Teh hijau kaya dengan sifat antioksidan dan antiradang. Sesetengah orang percaya bahawa berkumur dengan teh hijau membantu melegakan sakit tekak.
– Hasil kajian yang diterbitkan Anesthesiology and Pain Medicine mendapati, berkumur teh hijau boleh mencegah gejala sakit tekak selepas pembedahan.
– Teh hijau mempunyai banyak manfaat kesihatan lain yang boleh meningkatkan fungsi dan penyembuhan keseluruhan.
– Cara yang betul untuk menggunakan kaedah itu adalah dengan cara bancuh secawan teh hijau. Kemudian, biarkan sejuk. Setelah itu, kumur selama beberapa saat sebelum membuangnya. Ulang proses itu selama dua hingga tiga kali mengikut keperluan.
– Selain berkumur, boleh juga dibuat minuman, tetapi elakkan bancuh dengan air yang terlalu panas supaya khasiatnya tidak hilang.
– Mengamalkan teh lemon dan madu juga boleh meredakan batuk.
– Madu itu terkenal dengan sifatnya yang menjadi penawar pelbagai penyakit.
– Penelitian membuktikan madu lebih efektif daripada ubat batuk.
-Cara penyediaannya senang sahaja, anda perlu masukkan satu sudu madu asli dan perahan lemon ke dalam secawan rebusan air.
– Teh halia juga boleh melegakan batuk dan sakit tekak. Anda boleh menyediakan sendiri atau boleh mendapatkan teh halia yang telah siap di kedai.
– Pelbagai kajian menunjukkan halia mempunyai campuran antiradang dan antioksidan yang kuat. Kedua-duanya membantu memperbaiki keadaan tekak yang sakit.
– Selain itu, halia mengandungi komponen yang boleh mengendurkan saluran otot pernafasan. Hasil kajian terhadap haiwan pada tahun 2016 mendapati, ekstrak halia menghalang gejala batuk yang ketara dalam kalangan babi Guinea.