Semalam ramai terkejut dan bersedih dengan kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia setelah melahirkan anak keempatnya di sebuah hospital .
Siti Sarah sebelum itu disahkan positif jangkitan virus Covid-19 hingga terpaksa dibawa ke hospital kerana mengalami sesak nafas.
Dalam satu perkngsian di IG live suaminya Shuib, memberitahu isteri yang ketika itu sarat hamil belum menerima suntikan vaksin.
Rentetan itu dalam satu perkongsian di laman twitter, Dr. Amalina Bakri menyeru kepada wanita yang mengandung untuk menerima suntikan vaksin bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku.
Ini kerana golongan ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan lebih teruk.
Risiko lebih tinggi
Untuk yang sudah divaksin, risiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan
Ads
Vaksin selamat untuk ibu mengandung dan kandungan
Jangkitan teruk bagi yang tidak divaksin atau belum dapat dos kedua
Vaksin tidak sebabkan masalah kesuburan
Juga tidak tingkatkan risiko keguguran
Perlu lengkapkan 2 dos sebelum lahirkan atau sebelum masuk trimeseter ketiga
Ads
Priotity untuk dapat vaksin kerana risiko lebih tinggi.
Tidak dinafikan bawang putih sememangnya mengandungi khasiat tersendiri untuk membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Selalunya dicampur sebagai perisa bahan makanan atau dihiris halus dan digoreng untuk dimakan begitu saja.
Namun sebenarnya bawang putih yang diletakkan dalam nasi juga turut mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
Perkongsian Ahli Kimia Dr Fatimah Salim memberitahu kebaikan makan bawang putih yang ditanak bersama nasi dan juga yang masih mentah.
Saya memang suka tanak labu bawang putih yang sudah dibersihkan dalam nasi yang hampir-hampir selesai proses memasaknya. Saya suka rasa lemak berubi bawang putih yang sudah empuk. Apa lagi jika dinikmati bersama nasi berperisa seperti nasi ayam, nasi beriani, nasi daging, dan sebagainya.
Tahukah anda, bawang putih yang diambil mentah dan dimasak mempunyai khasiat yang berlainan? YA. Kepada yang terlepas perkongsian saya sebelum ini, jom baca
Bawang putih (garlic) mempunyai nama saintifik Allium Sativum yang berasal dari tumbuhan famili Amaryllidaceae. Bawang putih mampu memberikan manfaat kesihatan jika diambil bertujuan jelas dan dengah cara yang betul. Di sini pentingnya pemahaman sifat kimia bahan aktif dalam bawang putih supaya bukan hanya kesan placebo yang diperolehi.
Bahan kimia aktif utama dalam bawang putih ialah allicin. Ianya sejenis bahan kimia organik bersulfur (organosulfur) yang mempunyai bau tengit dan berasa pedas menyengat. Bahan kimia aktif ini terbentuk hasil tindakbalas bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase.
Seperti di dalam tumbuhan bebawang lain, kedua bahan kimia pencetus (alliin dan enzim alliinase) terpisah di ruang masing-masing dalam sel. Semasa proses mencincang/melenyek bawang putih, sel-sel akan terpecah menyebabkan dua bahan kimia ini terbebas dari ruang masing-masing dan bertindakbalas membentuk bahan kimia aktif allicin.
Disebabkan ketidakstabilan, allicin kemudiannya akan melalui beberapa fasa perubahan struktur molekul membentuk pelbagai bahan kimia organosulfur berkaitan yang mana memberikan kepelbagaian kepada bau dan rasa bawang putih ini.
Bolehkah bahan kimia aktif allicin terhasil tanpa memusnahkan sel bawang putih?
Tidak. Proses biosynthesis penghasilan allicin hanya akan berlaku apabila sel pada bawang putih dimusnahkan dengan aktiviti memotong, melenyek, mencincang atau menumbuk.
Semakin banyak sel yang dimusnahkan (semakin lumat), semakin tinggi potensi untuk bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase bertemu. Maka, semakin banyak allicin akan terhasil.
Jelas di sini cara pengendalian bawang putih sangat penting untuk penghasilan bahan aktif yang optimum. Tambahan pula, cara mengunakan bawang putih juga penting.
Apakah akan berlaku apabila bawang putih diMASAK (rebus, panggang, goreng)?
Tanpa daya memusnahkan sel bawang:
Apabila sel bawang putih tidak dimusnahkan, bahan kimia pencetus alliin tidak akan bertemu dengan enzim alliinase, dan bahan kimia aktif allicin TIDAK akan terbentuk.
Apabila diikuti dengan aktiviti memasak, enzim alliinase akan termusnah (denatured). Enzim ini akan ternyahaktif pada suhu 40 degree Celsius, iaitu sedikit tinggi daripada suhu badan normal manusia.
Haba berterusan pula akan memusnahkan sel-sel bawang putih dan bahan kimia pencetus alliin juga ternyahasli.
Dengan daya memusnahkan sel bawang:
Semestinya bahan kimia aktif akan terbentuk. Namun, haba yang berterusan akan menyebabkan bahan kimia aktif allicin meruap.
Jadi, adakah bawang putih yang sudah masak ini tidak elok?
Tidak juga. Selain dari bahan kimia aktif allicin, bawang putih juga mengandungi nutrisi stabil lain seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan pelbagai fitokimia yang memberikan keunikan bau dan rasa kepada bawang putih. Dan ini juga boleh dimanfaatkan oleh badan kita.
Bagaimana pula jika bawang putih dinikmati bersama bahan berasid (aka masam)?
Aktiviti enzim alliinase berlansung pada keadaan neutral (pH 6.5-7). Dengan menambahkan bahan berasid seperti cuka, limau, lemon, asam keping dan yang seangkatan dengan mereka, akan menyebabkan enzim ini kurang aktif. Maka peratusan pembentukan bahan kimia aktif allicin dari alliin juga akan menjadi kurang.
Bagaimana pula dengan membakar seketika?
Membakar seketika bawang putih dengan api perlahan, dan diikuti dengan memusnahkan sel bawang akan mengaktifkan lagi aktiviti enzim alliinase dan seterusnya menghasilkan lagi banyak bahan kimia aktif allicin.
Senarai gambar di bawah ini ialah kepelbagaian cara penyediaan bawang putih yang saya lakukan sendiri untuk menguji jumlah kehadiran bahan kimia aktif allicin secara perbandingan.
Rasa pedas menyengat terbanyak adalah dalam bawang putih yang dibakar seketika (berkulit menambah sedikit keunikan dalam rasa), diikuti dengan mentah. Goreng dan rebus tidak mempunyai rasa ini. Memasukkan bawang putih cincang dalam air dan madu juga memberikan rasa yang berlainan.
Adakah pengambilan bawang putih mentah memberikan kesan sampingan?
YA. Disebabkan Kehadiran bahan kimia semulajadi bersulfur, bawang putih mempunyai bau masam menyengat yang kuat yang mana boleh menyebabkan nafas berbau.
Bahan kimia aktif allicin bersifat asid yang mampu merengsakan kulit. Maka, cairkan dengan air, minyak atau madu.
Bawang putih mempunyai sifat pencairan darah. Maka, elakkan mengambilnya secara berlebihan apabila terluka kerana proses pembekuan darah pada kawasan luka akan menjadi lambat. Ini akan menyebabkan pendarahan berterusan.
Terdapat kajian yang menunjukkan bawang putih mampu berinteraksi dengan aktiviti ubat rawatan. Maka, mereka yang ‘on medication’, berbincanglah dengan doktor perubatan anda sebelum mengambil bawang putih mentah bersama dengan ubat.
KESIMPULANnya, sama ada ingin menikmati bawang putih secara mentah atau masak adalah bergantung kepada TUJUAN. Sekiranya ingin dijadikan ubat, maka ambillah mentah. Cuma ingat ‘jumlah’ yang diambil akan menentukan kesan teraputik. Dan ingat, apa-apa yang berlebihan berpotensi membawa mudarat. Ambil tahu tahap kesihatan diri dan jaga badan yang Allah amanahkan kepada kita sebaiknya.
Pantang Makan Malam & Rajin Bersenam. Rahsia Cantik & Awet Muda Kuza Di Usia 49 Tahun! Di zaman populariti pelakon ini, namanya cukup dikenali. Apatah lagi pernah menjadi finalis dalam pertandingan Dewi Remaja untuk tahun 1990/91.
Ternyata kini, selebriti ini masih aktiviti berlakon drama dan sentiasa menjadi pilihan pengarah. Pemilik nama Kuza ini rupanya baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 49 tahun.
Namun sekali pandang, wajahnya masih kekal cantik dan menawan biarpun usia sudah hampir memasuki separuh abad.
Menurutnya tiada apa mampu diucapkan selain rasa syukur atas nikmat yang Tuhan beri padanya.
“Sebenarnya tiada apa-apa rahsia awet muda. Saya bersyukur alhamdulillah Allah bagi saya tubuh badan yang sihat. Jadi amanah bagi saya untuk menjaga. Saya selalunya berhenti makan sebelum kenyang.
“Malam pula kalau boleh elakkan dari makan yang berat. Sekadar alas perut. Kalau ada masa, senaman jangan lupa. Ini bukan untuk kurus je tapi stamina supaya kita tak cepat letih.
“Jadikan semanan macam rutin hidup. Selain itu, waktu tidur juga harus dijaga dan ibadah juga jangan lupa,” tambahnya yang cekal menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.
Kuza juga seorang yang enggan mengalah dan bangkit menjalani hidup yang lebih bahagia di samping keluarga. Pelakon ini dikurniakan tiga orang anak Nizam Firdaus, 28, Puteri Nazihah, 27, dan Puteri Nadia, 17 tahun melalui perkahwinan terdahulunya.
Diabetes adalah antara penyakit yang paling ditakuti ramai kerana ia ada kaitan dengan gaya hidup sihat diamalkan.
Malah jika tidak dicegah lebih awal, boleh menyebabkan penghidapnya berpotensi untuk mendapat penyakit lain yang berkait seperti darah tinggi, buah pinggang dan jantung.
Pesakit diabetes juga adalah tiga hingga empati kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala Covid-19 yang serius berbanding individu yang tidak menhidap penyakit berkenaan.
Ini menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya pada Kempen Perangi Diabetes anjuran Selangor FC dan syarikat farmaseutikal Sanofi Aventis Malaysia (Sanofi).
Menurutnya juga oleh kerana dibetes telah lama ada dalam masyarakat kita, justeru beliau menyeru rakyat berusaha untuk membendungnya daripada terus menular yang akhirnya akan memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk Malaysia.
“Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat,” katanya yang mengingatkan orang ramai kepentingan menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan cara hidup yang aktif.
“Ibu bapa juga harus menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan anak-anak kita terus sihat, cergas dan bebas daripada sebarang penyakit,” katanya.
Menurutnya tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019).
“Laporan ini telah menunjukkan satu daripada lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini, hidup dengan diabetes atau persamaan hampir 4 juta penduduk Malaysia,” katanya.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.