manisan tanghulu

Laju viral manisan tanghulu di media sosial, ramai yang berkongsi cara buat malah ada yang gemar makanan tinggi gula ini.

Nampak menarik, makanan yang popular di China dan Korea ini dibuat dengan menyalut buah-buahan seperti strawberi, anggur atau limau dengan air yang tinggi kandungan gulanya.

Viral Manisan Tanghulu

 

Kemudian, manisan ini perlu dicelup ke dalam air sejuk bagi menghasilkan gula yang rangup.

Viral Manisan Tanghulu, Jangan Terlalu Obses Kalau Takut Penyakit Singgah

Namun, kandungan gula yang tinggi ini mula menimbulkan kebimbangan sesetengah rakyat Malaysia yang bimbangkan tentang masalah kesihatan.

Memetik laporan Hellodoktor, terdapat lima kesan akibat pengambilan gula yang terlalu tinggi.

Ads

Viral Manisan Tanghulu, Jangan Terlalu Obses Kalau Takut Penyakit Singgah

1. Pertambahan berat badan (obesiti)

Minuman manis tidak menyekat rasa lapar, sekali gus menjadi punca pertambahan berat badan.

Ia juga meningkatkan jumlah lemak viseral (lemak dalam perut) yang dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.

2. Risiko diabetes jenis 2

Pengambilan gula berlebihan untuk tempoh panjang mendorong kepada rintangan insulin (hormon dihasilkan pankreas untuk mengawal glukosa).

Keadaan tersebut boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik mencanak dan meningkatkan risiko diabetes.

Ads

3. Tahap kemurungan meningkat

Makanan tinggi gula tambahan dalam makanan dan minuman boleh meningkatkan peluang untuk mengalami kemurungan.

Ini bertentangan dengan makanan diet sihat yang membantu meningkatkan emosi seseorang.

Viral Manisan Tanghulu, Jangan Terlalu Obses Kalau Takut Penyakit Singgah

4. Mudah lesu (kehabisan tenaga)

Kadar insulin dan gula dalam darah yang naik mendadak boleh meningkatkan kadar tenaga.

Ads

Namun, lonjakan tenaga ini adalah untuk tempoh sekejap saja dikenali sebagai sugar crush.

Kesannya, individu itu akan lebih kerap mengantuk.

5. Hati berlemak

 

Pengambilan fruktosa tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko hati berlemak kerana karbohidrat sederhana atau gula ini hanya dicernakan oleh hati.

Selain kesan dinyatakan di atas, terdapat beberapa masalah kesihatan lain disebabkan pengambilan gula seperti penyakit buah pinggang, kesihatan gigi dan risiko gout.

Hah, fikir-fikir lah sebelum nak ikut mencuba makan viral. Rasanya lebih selamat amalkan pengambilan buah-buahan yang jauh lebih sihat dan tidak memudaratkan kesihatan.

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI