Kulit yang kusam boleh kelihatan berseri dengan sapuan pemerah pipi! Cantik terletak elok di pipi membuatkan penampilan anda nampak manis dan comel sekali.
Tetapi ada yang langsung tak berani nak pakai sebab risau nampak pelik. Sebenarnya kalau pandai sapu pemerah pipi, tetap nampak natural. Cukup oleskan sedikit pemerah pipi pada kedua belah pipi, terus nampak segar dan berseri.
Cara Yang Betul Pakai Pemerah Pipi, Sapu Tak Banyak Pun Dah Naik Seri
Nak pilih pemerah pipi pun kena ikut jenis kulit. Mana yang kering, berminyak atau kombinasi, supaya sesuai dan terletak di muka.
Cari pemerah pipi ikut jenis kulit
Ads
Pemerah pipi juga dihasilkan mengikut formula yang betul dengan jenis kulit kamu. Mana sesuai dipakai untuk si berminyak, sensitif, kering malah normal.
Kulit normal hingga kering: Cuba cari pemerah pipi dengan formula krim. Lapisan formula krim mampu memberi kelembapan tambahan pada kulit.
Kulit normal ke berminyak: Pilih dari formula serbuk. Jenama pilihan yang disyorkan kebanyakan jurumekap adalah Nars Blush. Ia akan bertahan lebih lama daripada pemerah pipi jenis krim.
Ads
Bagi kulit berminyak: Anda cari pemerah pipi dari formula gel (yang sukar dicampur pada kulit kering). Jenis gel yang velvety mampu membuatkan kulit kekal lembap tanpa nampak lagi berminyak.
Bagi mengoles pemerah pipi, buat wanita yang bertulang pipi tinggi adalah tepat di atas tulang pipi. Manakala buat tulang pipi yang normal adalah di bawah tulang pipi.
Haaa.. bila sudah tahu caranya, nanti pakai pemerah pipi tidaklah nampak terlampau merah pelik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan, Dr Noordin Darus, ini 10 sayuran terbaik untuk kesihatan yang wajib diambil dalam seminggu.
Ujarnya, pengambilan secara harian juga digalakkan. Boleh juga bertukar-tukar menu dalam seminggu.
Memakan bawang putih yang mentah atau yang telah dibakar mampu mencegah penyakit darah tinggi. Bawang putih mampu meningkatkan penghasilan nitric oxide secara tidak langsung mengembangkan saluran darah dan melancarkan pengaliran darah.
Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
Bawang merah kaya dengan serat yang baik bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.
Ia juga mengandungi bahan kimia saponin yang boleh membantu mengurangkan sakit dan kekejangan perut. Bawang merah juga membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.
Ia dikatakan kaya dengan vitamin C yang juga sejenis antioksidan. Vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan.
Risiko penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser dapat dikurangkan. Ia turut mengandungi selenium, yang dipercayai mampu membantu meningkatkan sistem imun.
Selain harganya murah, kubis kaya dengan pelbagai komponen penting yang boleh memberi khasiat kepada kesihatan kita.
Antara komponen yang dapat ditemui di dalam kubis termasuklah vitamin A, C, dan E, mineral, serat dan antioksidan. Vitamin-vitamin ini bertindak samada secara sendiri atau secara bersama bagi melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit.
Di samping itu, kubis juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti kalium, magnesium, dan mangan yang bagus untuk fungsi badan. Ia juga tinggi dengan zat besi yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan sel darah merah di dalam badan.
Boleh dibuat jeruk. Bila ia disimpan lama-lama menjadi probiotik bagus untuk bakteria.
Lada atau cili benggala adalah antara sayuran yang sangat sihat. Ia membekalkan serat, zat besi dan juga folat yang mampu menyokong kesihatan usus selain berfungsi baik untuk sistem kardiovaskular. Lada benggala juga merupakan sumber kalium dan vitamin A yang baik untuk tubuh.
Menerusi kehadiran kalium, ia membantu menjaga kesihatan jantung dengan cara menurunkan tekanan darah dan mengurangkan penampilan perut buncit dengan mengurangkan pengekalan air di dalam tubuh.
Kubis Brussel atau brussel sprouts mengandungi kandungan antioksidan seperti vitamin C dan beta-karotena (vitamin A) serta sebatian nitrogen yang dikenali sebagai indole yang dikatakan mampu mengurangkn risiko beberapa kanser tertentu.
Ia juga kaya dengan serat pemakanan, mineral dan vitamin. Kehadiran vitamin C dan beta-karotena dalam kubis brussel juga dikatakan mampu mencegah jangkitan penyakit. Kekebalan tubuh dapat diperbaiki dengan pencegahan jangkitan.
Kubis bunga kaya dengan serat, folat, air, rendah lemak dan rendah karbohidrat. Ia mempunyai beberapa fitokimia yang banyak terdapat dalam keluarga kubis yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia.
Malahan, ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin K, vitamin B-6, tiamin, riboflavin, niasin dan alfatokoferol. Kubis bunga juga menyediakan sejumlah mineral penting seperti kalsium, magnesium, kalium dan mangan.
Kandungan polifenol yang tinggi di dalam daun salad mampu membantu mengawal jumlah gula di dalam darah.
Daun salad mampu mengurangkan penghasilan nitrik oksida, salah satu pencetus utama kepada keradangan. Kandungan antioksida yang tinggi di dalam daun salad seperti vitamin C dapat menyokong sistem pertahanan badan lalu menjadi benteng perlindungan daripada penyakit.
Salad juga mengandungi kalsium (nutrien yang menguatkan gigi dan tulang, mbantu fungsi urat, saraf, dan penggumpalan darah), vitamin K, (mencegah keretakan tulang), vitamin B9 (bantu hasilkan DNA dan bahan genetik) dan kalium (turunkan tekanan darah).
Brokoli mengandungi kaempferol di mana komponen ini bersifat antioksidan dan mampu untuk mencegah penyakit jantung, kanser dan keradangan. Ia juga sayur yang kaya dengan kandungan vitamin C.
Brokoli juga kaya dengan sulforaphane iaitu sejenis komponen yang melindungi tubuh dari pelbagai jenis kanser.
Tomato mengandungi kandungan air sebanyak 95 peratus dan selebihnya adalah karbohidrat dan serat.
Tomato mengandungi antioksidan yang dinamakan lycopene. Ia merupakan antioksidan yang dikatakan berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung. Paling penting, tomato merupakan antara sumber makanan yang mampu melawan penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser.
Pengambilan makanan tinggi nutrisi seperti avocado secara kerap boleh membantu melindungi jantung.
Vitamin, mineral, lemak sihat dan serat yang terdapat dalam buah ini, memainkan peranan dalam memastikan sistem kardiovaskular sihat. Penemuan kajian mendapati, diet yang lengkap dengan buah avocado boleh membantu mencegah penyakit jantung.
Buah avocado juga membantu meningkatkan paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikaitkan dengan pembentukan plak di sepanjang dinding arteri.
Selain vitamin, mineral, lemak sihat dan serat, avocado sarat dengan sebatian bioaktif termasuk karotenoid, vitamin C, vitamin E dan sebatian fenolik.
Jadi untuk mengelakkan risiko serangan penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi, jadikan 10 sayuran terbaik ini dalam menu harian kita. Semoga bermanfaat!
Jika pergi bercuti ke Pulau Pinang, pasti tidak akan pulang tanpa membeli ole-ole dan paling popular adalah buah salak atau dibuat jeruk salak.
Rasanya yang sedikit kelat-kelat manis menjadi tarikan utama buat penggemarnya. Malah ada yang makan begitu saja tanpa diletakkan bahan pengawet (seperti jeruk).
Salak atau nama saintifiknya Salacca Zalacca cukup popular di Indonesia terutamanya di Sumatera Selatan dan Jawa Barat selain terdapat pelbagai jenis seperti Salak Gula Pasir, Salak Bali dan Salak Yogyakarta.
Salak merupakan sumber nutrisi, vitamin dan mineral yang cukup baik. Pengambilan 100 gram salak mengandungi 3.9 mg zat besi, 0.2 mg vitamin B2,8.4 mg vitamin C, 12.1 g karbohidrat, 38 mg kalsium, 18 mg fostor, o.8 g protein, 0.4 g lemak dan 0.3 g serat.
Buah ini juga mengandungi Beta-Karoten yang merupakan antioksidan untuk mencegah penyakit kardiovaskular, angin ahmar serta kanser.
Terdapat beberapa lagi manfaat buah salak yang mana kulit luarannya agak mengerikan kerana terbayang seperti sejenis haiwan menjalar.
Salak merupakan salah satu buah yang kaya nutrisi terdiri daripada kalsium, tanin, saponin, flavonoid dan betakaroten yang cukup baik bagi kesihatan manusia. Kandungan tanin juga bersifat anti sembelit dan menyembuhkan rasa sakit perut. Selain itu, salak juga dapat merawat gangguan pencernaan.
Kandungan kalium dan pektin yang tinggi dalam buah salak membantu meningkatkan fungsi kognitif tubuh serta daya ingatan.
Kulit buah salak jika dijadikan teh dapat membantu penghasilan insulin sekaligus membantu mengawal gula dalam darah terutamanya pada pesakit diabetes.
Jumlah antioksidan dan mineral yang tinggi menjaga sistem kardiovaskular untuk berfungsi dengan lebih baik.
Manfaat buah salak baik untuk ibu hamil yang mengalami ‘morning sickness’ bagi membantu memberikan rasa lega dan menghilangkan rasa mual.
Kulit Dah Memang Cantik Di Usia 53 Tahun. Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation! Seperti tidak percaya walaupun usianya sudah mencecah 53 tahun, tetapi raut wajah seperti wanita berusia awal 30an dan kelihatan tidak dimamah usia.
Malah setiap kali muncul membawakan apa jua watak di kaca televisyen, pasti terlihat penampilan Maria Farida yang sentiasa muda.
Rupanya dalam satu perkongsian video, seorang jurusolek mendedahkan pengalamannya ketika menata rias wajah pelakon ini.
Menurutnya dia pernah make-up Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas.
“Saya pernah make-up Datin Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas. Kulit dia memang cantik, tak ada satu pun garisan tua. Cekang orang kata. Dan kulit dia tak perlu pakai foundation.
“Bila pakai foundation nampak sikit kering even guna liquid. Jadi Datin Maria memang tak suka pakai foundation pun.
“Tapi body, kulit semua macam anak dara. Memang segak lah orang kata, kalah kita yang muda,” tulis jurusolek berkenaan.
Sebelum itu, ada juga yang bertanya pada Maria Farida jika ada memakai bengkung memandangkan pinggangnya yang langsing dan ramping.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.