Seperti yang kita maklum, gejala virus Omicron kini sedang melanda negara kita dengan jumlah peningkatan kes baru mencecah lebih 10 ribu.
Situasi ini sedikit sebanyak membimbangkan walaupun dikatakan kebanyakan yang dikesan adalah mereka yang mempunyai tahap gejala 1 dan 2.
Sebenarnya, bukan sahaja Malaysia, lapor Nation Thailand, jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron mula mengancam 20 negara di Asia seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.
Pun demikian, perkara yang dirisaukan oleh pakar perubatan sedunia adalah pandangan bahawa Omicron tidak berbahaya seperti Delta.
Persepsi itu nampaknya menyebabkan masyarakat tidak peka dengan situasi semasa.
Walaupun kebanyakan pesakit yang mendapat jangkitan Omicron tidak mengadu simptom demam seperti pesakit yang menderita dengan varian Delta.
Namun, ramai yang mengadu mereka mengalami masalah batuk dan gangguan pada tekak (sakit-sakit dan gatal-gatal).
“Ia disusuli dengan hidung tersumbat seperti hidung berair atau berair dan kadang-kadang sakit kepala,” ujar seorang Pakar Pulmonari dari Hospital Persahabatan, Indonesia, Dr Erlina Burhan kepada Detik Health.
Dalam pembentangannya, Dr Erlina mendedahkan, gejala awal pesakit selepas dijangkiti varian Omicron adalah badan menjadi lesu, lemah dan mudah letih.
“Justeru, sebaik gejala Omicron muncul, jangan sesekali membiarkan sahaja terutama jika terjadi kepada warga emas dan individu yang mempunyai penyakit bawaan komorbid atau tidak terkawal.
Ads
“Seandainya diendahkan, gejala berkenaan (Omicron) yang muncul boleh menjadi lebih teruk. Seseorang boleh sesak nafas kerana keradangan mungkin mula berlaku di dalam paru-paru,” katanya lagi.
Ada Yang Alami Cirit-Birit
Dalam satu artikel berasingan, Detik Health yang memetik penulisan dari John Hopkins Medicine, Amerika Syarikat berkata, simptom Omicron lebih ringan berbanding dengan varian lain.
Salah satunya adalah berlakunya cirit-birit semasa membuang air besar.
Hospital terkemuka dunia itu mendedahkan, kira-kira 20 peratus pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami simptom berkenaan (cirit-birit) terlebih dulu selepas terdedah kepada Omicron.
“Kecurigaan terhadap jangkitan Covid-19 juga boleh menjadi lebih besar jika cirit-birit disertai dengan gejala seperti selesema yang lain,” katanya.
Ads
John Hopkins Medicine turut berkongsi pengalaman seorang doktor dari San Francisco, AS, Dr Robert Bob Wachter yang menceritakan pengalaman anaknya yang dijangkiti Omicron.
“Anak saya mengalami simptom seperti selesema sebaik bangun dari tidur. Gejala lain termasuk sakit tekak, batuk kering, sakit otot dan menggigil.
“Sepatutnya selepas mendapat vaksin penggalak beliau baik-baik saja, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Anak saya memang cemas kerana dijangkiti varian Omicron,” kata Dr Wachter dalam ciapan menerusi akaun akaun Twitternya.
Justeru, kepada anda di luar sana, terus patuh kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan.
Ads
Tanda-Tanda Dijangkiti Virus Omicron
i. Selsema
ii. Sakit kepala
iii. Kepenatan
iv. Bersin
v. Sakit tekak
Gejala Lain
i. Suara serak
ii. Menggigil
iii. Sukar untuk fokus
iv. Pening kepala
v. Hilang nafsu makan
Mesti ramai yang nak petua awet muda, wajah jadi kemerah-merahan dan lagi best, tak payah bersolek pun cantik!
Sesekali jeles tengok wanita yang mempunyai kulit begini kan? Sebenarnya anda pun boleh jadi ‘flawless’ tau.
Apa kata anda cuba rahsia awet muda daripada Puan Shikin Shahrir yang menggunakan petua tradisional untuk menaikkan seri wajah dan muka lebih ‘glowing’.
Petua Awet Muda, Amal Ni Tak Bersolek Pun Cantik!
Bahan-Bahan:
2 sudu besar Susu tepung Omega /susu rendah lemak
1 sudu kecil serbuk kunyit asli SuzyHoney
2 sudu kecil madu
6 biji badam ditumbuk kasar
Satu gelas air – suhu bilik
Cara-Cara:
1. Campurkan semua bahan bahan ke dalam periuk, kecuali madu.
2. Buka api perlahan dan kacau sehingga merenih selama 30 saat.
3. Tutup api dan tulang ke dalam mug.
4. Masukkan madu, kacau dan boleh terus diminum.
Untuk hasil yang maksimum, amalkan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan semasa haid.
Kajian menunjukkan badam dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin tampil langsing.
Asid lemak yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.
Manakala bahan aktif dalam kunyit yang dipanggil cucurmin kaya dengan antioksidan yang bantu lindungi sel badan daripada rosak. Dia juga melawan penyakit dan jangkitan.
Madu mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan melambatkan penuaan. Madu berupaya melindungi sel sel tubuh daripada radikal bebas.
Haaa… jangan lupa amalkan minuman ini ya, sesekali kena juga ‘mantapkan’ dalaman untuk selarikan dengan cantik luaran.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja namanya, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah gaya penyampaian Zakiah ketika mengacarakan Program 999 suatu ketika dulu.
Biarpun sudah lama meninggalkan program berkenaan namun aura wanita ini masih terkesan di hati penonton.
Meninjau media sosial terkini personaliti TV ini macam tak makan dek usia! Tetap cantik seperti dulu. Apatah lagi, dia menginjak usia 57 tahun pada Januari lepas.
Paling tak sangka, sudah dewasa anak-anak Zakiah Anas. Segak dan lawa. Memang mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Tetapi nampak dia juga sangat aktif hiking bersama suaminya dan rakan-rakan terdekat. Patutlah body maintain cantik, rajin keluarkan peluh.
Sekadar rekod, Zakiah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012.
Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal.
Berbekalkan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut, sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar, voice over untuk pelbagai program.
Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya meniti usia 29 tahun sementara anak kedua pula berumur 26 tahun.
Biarpun anak-anak dah besar tapi Zakiah tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya kita akan lihat mereka yang sudah berusia mengalami masalah rambut beruban. Jarang sekali masala ini berlaku pada orang yang lebih muda.
Tetapi sebenarnya uban juga turut berlaku pada mereka yang lebih muda usianya seperti mereka yang dalam linkungan usia awal 20 an.
Apakah penyebab masalah ini berlaku yang ada kalanya membuatkan seseorang itu hilang semangat serta keyakinan diri.
Perkongsian Dr Samhan Awang di laman twitter memberitahu punca uban turut berlaku pada mereka di usia 20an.
Sel melanosit inilah yang berfungsi untuk menghasilkan melanin atau pigmen yang memberikan warna gelap pada rambut.
Saat usia makin menua, melanosit ini mulai mati yang menyebabkan penghasilan melaninnya berkurang.
Akhirnya, warna rambut pun akan berangsur menjadi kelabu, keperakan, sampai memutih kerana penghasilan melanin berhenti. Inilah yang kemudian menyebabkan uban pada rambut.
FAKTOR KETURUNAN
Uban yang tumbuh di usia muda mungkin disebabkan keturunan. Jika ayah atau ibu kita ada uban diusia muda, mungkin untuk kita uban awal adalah sangat tinggi.
PENYAKIT TIROID
Tiroid yang sangat aktif boleh mengganggu penghasilan melanin, sehingga boleh menyebabkan uban.
KEKURANGAN VITAMIN B12 & ZAT BESI
Uban di usia muda juga boleh disebabkan kadar vitamin B12 yang rendah. Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi sangat disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi.
STRESS
Tekanan merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik dan tahap stres ini juga boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban.
VITILIGO
Vitiligo adalah kondisi sistem autoimun yang boleh merosakkan melanosit iaitu sel-sel yang menghasilkan pigmen untuk warna rambut.
Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu menurunkan kadar melanin.
KERAP MAKAN JUNK FOOD
Bukan saja tak bagus untuk kesihatan tapi juga bagi rambut. Kandungan junk food boleh mengganggu penghasilan melanin di dalam rambut.
GUNA PENGERING RAMBUT
Nak guna boleh tetapi jangan terlampau kerap kerana boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin, oleh itu rambut cepat beruban.
PEWARNA RAMBUT
Bahan kimia pada pewarna rambut boleh rosakkan sel melanin.
Bantu saya untuk #share info penting pada keluarga dan kawan-kawan. Nota: saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di telegram saya