Pengalaman sebagai pejuang pesakit Covid-19 itu berbeza-beza. Ada yang kehilangan insan tersayang dan ada juga berjuang untuk meneruskan kehidupan biarpun nyawa ibarat di hujung tanduk.
Bagi Mohd Syaham Saupy juga turut berdepan pengalaman berbeza sebagai pejuang pesakit Covid-19.
Dia yang disahkan dijangkiti Covid-19 tahap 4 bulan Mei lalu bersyukur kerana dibenarkan untuk pulang setelah menjalani fasa perjalanan sukar di pusat kuarantin dan juga hospital.
Terpisah dengan orang tersayang selama 15 hari benar-benar memberi satu pengalaman cukup berharga dan menginsafkan buat dirinya.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tak ad kata yang aku boleh ucap selain syukur yang tak terhingga. Alhamdulillah petang semalam aku dah boleh discharged dari Hospital Sg Buloh. 1 pengalaman yang cukup bermakna bagi aku.
19/5 mula 1st simptom.
Ads
20/5 tested positive covid19.
22/5 kena msk Maeps dengan jangkitan kat paru2.
Keadaan makin teruk, 25/5 dipindahkan ke Hospital Sg Buloh.
25/5-1/6 yang cukup menginsafkan. Bila tengak kawan-kawan positif covid, aku rasa aku akan ok. Tak sangka ujian untuk aku, terus kena stage 4.
Time ni, aku rasa mati tu terlalu dekat. Aku langsung tak boleh nak bernafas tanpa bantuan oksigen. Dada rasa macam nak pecah. Air mata je jadi peneman.
Ads
Panjang untuk aku ceritakan. Sampai masa, aku akan ceritakan semuanya. Paling sedih untuk aku ceritakan bila 2 orang jiran katil aku meninggal depan mata aku. Al-fatihah untuk mereka.
Sepanjang tempoh 19/5-2/6, aku nak ucap terima kasih sangat-sangat kat keluarga, kawan-kawan dan semua yang tak putus-putus doakan aku.
Kawan-kawan yang tak putus-putus hantar makanan, barang-barang kat aku sepanjang aku kat Hospital Sg Buloh tu, dan semua sekali la.
Kalau nak senaraikan memang tak akan habis. Korang lebih tau siapa korang. Hanya Tuhan saja yang boleh balas jasa korang.
Ads
Akhir kata, nasihat aku kt semua, sama2 la #kitajagakita. Kita tak tau sejauh mana ujian ni untuk kita.
Semakin ramai artis buat pembedahan bariatrik, terbaru personaliti TV3, Anim Ezati mengakui bahawa dirinya juga salah seorang yang mengambil jalan itu untuk kurangkan berat.
Bekas pramugari Air Asia itu berkongsi, dia membuat pembedahan bariatrik untuk tujuan kesihatan sekitar tahun 2022 selepas mendapatkan nasihat dari doktor dan juga pakar.
Anim Ezati Makan Dua Tiga Sudu Pun Dah Kenyang, Yang Nak Kurus Boleh Tiru!
Namun keputusan itu dibuat kerana dia sukar untuk menurunkan badan selepas melahirkan anak sulungnya pada 2020 walaupun telah mengamalkan diet sihat.
“Lepas bersalin, berat saya hampir mencecah 100kg. Tetapi, selepas mengamalkan diet dan juga bersenam, berat saya hanya turun jadi 89 kg.”
Ujarnya lagi, pembedahan tersebut turut membantu untuk dirinya menjaga penampilan sebagai seorang personaliti TV selain meningkatkan keyakinannya untuk berada di hadapan kaca televisyen.
Pun begitu, Anim turut memberitahu bahawa kuantiti makanannya kini perlu diambil dengan sedikit kerana sebahagian perutnya telah dibuang sebagai salah satu prosedur pembedahan bariatrik.
“Bila dah buat pembedahan ni, keluasan perut tinggal dalam 20%. Jadi, saya makan dalam dua ke tiga sudu sahaja pun dah kenyang.”
Walaupun kuantiti makanan diambil dengan sedikit, pengacara Helo Doktor itu turut menegaskan bahawa dia perlu mengisi perut semula setiap dua jam agar tidak terlalu lapar.
Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan yang dirinya masih lagi mengamalkan diet sihat selain masih melakukan ‘follow up’ bersama penasihat pemakanannya untuk mengekalkan berat badan.
Sebenarnya tak salah pun buat pembedahan bariatrik jika anda mampu, sekurang-kurangnya boleh ringankan badan untuk buat aktiviti dan beribadah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah wanita, sanggup pakai kasut tumit tinggi untuk kelihatan anggun dan penampilan yang lebih menarik walau hakikatnya kesannya tidak bagus untuk kaki.
Ya, mungkin bagus dari sudut pandang mata tetapi jika ada kesan pada tumit kaki, lebih baik anda memilih kasut yang selesa untuk memakai dalam tempoh yang lama.
Sakit Tumit Itu Signal Kaki Tak Selesa, Amalkan 4 Tip Ini Kalau Berjalan Lama
Jangan pandang remeh soal sakit tumit sebab ini akan memberi kesan yang tak bagus pada kaki dan mengganggu aktiviti harian.
Jadi jom memilih ‘jalan’ yang lebih sihat untuk kaki dari peringkat awal, walau pun anda masih dalam lingkungan 20-an.
1. Senaman tapak kaki
Agak-agak macam dah seharian berjalan, buat senaman tapak kaki. Tak perlu tungu dah sakit ya baru nak buat kerana ia akan lebih menyakitkan. Cuba senaman seperti toe curls, regangan betis, dan towel scrunches. Latihan ini boleh meningkatkan fleksibiliti, kuatkan otot dan ligamen di kaki anda sekaligus memberi sokongan pada tumit.
2. Elakkan Pemakaian Kasut Tumit Tinggi
Lebih tinggi tumit kasut sebenarnya lebih banyak tekanan diberikan pada tapak kaki. Tambahan pula bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Nak uji kesesuaian kasut tumit tinggi juga ada caranya.
Cuba kasut tinggi berkenaan dan berdiri tegak (tanpa membengkokkan lutut) dan tumit kasut boleh diangkat setinggi satu inci. Kalau tak lepas ujian ni, lupakan kasut tinggi!
3. Kawal Berat Badan
Sekiranya anda mempunyai berat berlebihan, secara tidak langsung badan memberikan bebanan berat kepada tumit kaki. Jadi jaga pemakanan, kawal berat badan. Sentiasa peka dengan keadaan tubuh badan apabila kaki mula memberi signal tak selesa.
4. Guna Insole Untuk Keselesaan
Insole atau pelapik kasut berfungsi untuk membantu mengelakkan tekanan di bahagian kaki. Alat ini juga bertujuan menahan dan menyokong lengkok kaki anda. Paling best bila insole tersebut jenis yang boleh diasingkan untuk dicuci.
Lebih Baik Pilih Kasut Yang Sesuai Dan Selesa
Melihat kepada betapa pentingnya insole kasut kepada kehidupan seharian juga aspek kesihatan kaki, Larrie, sebuah jenama kasut tempatan sejak 1978 kini menawarkan penjagaan tapak kaki untuk pembelinya dengan menyediakan insole yang selesa pada setiap kasut rekaan mereka.
Menawarkan 2 jenis insole yang bersesuaian untuk pemakaian harian baik untuk lelaki dan wanita, memang direka khas untuk menjaga tiga poin penting iaitu untuk menyokong tumit, tapak kaki dan bahagian jari.
Owh ya, rekaannya juga ada fungsi antibakteria bagi mengurangkan bau tidak menyenangkan pada bahagian kaki. Jadi tidak perlu risau kaki berpeluh atau berbau.
Kurangkan Hentakan Tumit Dan Tak Letih Bila Pakai
Untuk lelaki, Larrie memperkenalkan Rebound Foam Footbed yang direka dengan menggunakan kusyen yang lembut dan selesa serta tidak licin untuk memastikan pemakaian yang selesa dan berterusan. Kasut ini juga direka untuk mengurangkan tekanan semasa hentakan tumit dan mengurangkan keletihan kaki sewaktu berjalan.
Reka bentuk acuan tumit kasut yang berbentuk U juga mampu menstabilkan tumit dan mengurangkan ketegangan dan tekanan pada setiap langkah.
Manakala bagi wanita, LARRIE Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles ini bertindak sebagai bahan anti bakteria dimana setiap rekaannya didatangkan dengan ukuran ‘free-size’ yang boleh dipotong mengikut keselesaan kaki. Selain itu sokong lengkung yang direka bersama insole ini juga dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan pada kaki.
Koleksi Larrie insoles boleh dibeli secara berasingan atau berserta kasut di butik Larrieatau secara atas talian di www.larrieshoes.com dengan harga bermula dari RM39.00 sehingga RM99.00
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika di majlis pernikahan Datin Seri Heliza Helmi memilih persalinan putih dan pink untuk resepsi, tetapi untuk majlis persandingan kali ini cukup berbeza.
Aktivitis kemanusiaan dan suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman diraikan dalam satu majlis meraikan pengantin baru dengan kedua mempelai mengenakan persalinan songket serba biru.
Majlis berlangsungmeriah di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor itu dihadiahkan Mila Jirin sendiri sebagai teman baik pengantin perempuansekali gus merangkap pemilik empayar bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre.
Majlis berkenaan yang mengangkat tema ‘Malam Islamik’ itu turut meraikan simbolik 15 tahun ukhuwah serta persahabatan Mila dan Heliza.
Bercerita lanjut, Heliza atau atau nama penuhnya, Nur Heliza Helmi pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan.
Namun akhirnya mengalah kerana mengenangkan persahabatan mereka yang mekar sejak sama sama menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).
Asbab Eratkan Hubungan
“Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikanteman baik yang bersungguh sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.
“Dia sendiri siapa tak kenal memang ‘tauke majlis kahwin’ sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.
“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya.Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila,” katanya.
Malah Heliza yakin Mila dan perniagaan perkahwinannya menjadi asbab untuk terus mengerat dan menyatukan silaturahim sesama insan.
“Penerimaan dan persetujuan hadiah itu juga membuka ruang dan harapan kepada tetamu yang datang majlis itu sama sama berkongsi kegembiraan dan keberkatan.
“Saya yakin hadiah itu ibarat susun atur Allah Taala menerusi Mila untuk diri ini. Dapat juga rezeki sahabat dan insan lain saya kenali datang ke majlis. Termasuklah teman dan tenaga pengajar AF5.
“Majlis Maulid juga diadakan seperti sebelum ini bertujuan memuliakan Nabi SAW. Turut diadakan majlis bacaan Al – Quran serta perkongsian ilmu bermanfaat daripada golongan asatizah,” katanya.
Tak Menolak Pakai Songket
Pada majlis berlangsung, tetamu yang hadir mengenakan jubah hitam bagi wanita dan putih untuk lelaki.
“Tema Malam Islamik dipilih pun kerana mahu memudahkan tetamu yang hadir tanpa fikir panjang atau rasa terbeban. Saya dan suami yakin, jubah hitam setiap wanita akan memilikinya. Begitu juga jubah putih yang tentunya ada dalam gerobok baju golongan lelaki.
“Cuma untuk kelainan, Mila cadangkan saya dan suami mengenakan songket berwarna biru lembut. Saya jarang memakainya.Tapi saya meraikan cadangan itu,” katanya yang turut dihadiahkan keraian majlis resepsi daripada Datin Seri Umie Aida pada 5 Januari lalu.
Mengintai sisi persahabatan dengan Mila, wanita berasal dari Terengganu itu bersyukur mereka dipertemukan.
“Mila cukup bernilai, Masya-Allah. Saya ini tiada apa apa. Dia sangat hebat, baik, solehah dan segala serbi lengkap. Tuhan mempertemukan kami di AF5. Kami akrab walaupun tak sentiasa berhubung dan bersua.
“Namun hubungan dalam hati itu tetap mekar. Kami kalau ada kesempatan akan berkongsi pelbagai cerita. Termasuklahberborak fasal zaman dan kenangan dulu,” katanya.
Kirim Doa Pergi Umrah
Mengalih sisi hidupnya kini yang sudah hidup berkeluarga, dia yang mesra dengan panggilan Kakjamenerima mesej pertanyaan Abang Dee (suami) di Instagram (IG) mengenai bantuan kemanusiaan yang ingin disalurkan.
“Saya ketika itu sudah terbabit dengan aktiviti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Mesej itu sebenarnya cukup rawak. Macam orang lain mesej tanya mengenai bantuan mahu diberikan dan sebagainya. Saya membalas pertanyaannya seperti orang lain juga.
“Momen itu berlalu sepintas lalu tanpa ada sebarang pertemuan. Selepas itu tiada apa apa pun terjadi. Malah masing masing meneruskan kehidupan macam biasa. Dijadikan cerita saya dapat tahu dia mahu menunaikan umrah. Jadi saya pula jenis yang selamba akan mengirimkan doa untuk dipanjangkan di Tanah Suci Makkah. Saya turut mengirimkan doa melaluinya.
“Saya jenis yang akankirim doa kepada sesiapa termasuk mereka yang tak dikenali seperti netizen. Kita pun tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Tuhan,” katanya.
Ungkap Heliza lagi, salah satu doa yang dikirimkan kepada Abang Deetermasuklah perihal jodoh.
“Doa jodoh itu dipanjangkannya di depan Kaabah. Pada ketika detik itu juga, bagai hadir isyarat yang jodoh tertulis antara kami .
“Dipendekkan cerita, dia bertemu keluarga untuk menyunting saya. Seterusnya Allah lorongkan semua itu ke satu ikatan ijab kabul,” katanya.
Ditanya mengenai Abang Dee yang juga pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan, Heliza dengan rendah hati mengakui sukar mengungkapkan gambaran itu dengan kata kata.
Doakan Hingga Ke Jannah
“Sesuatu mengenai dirinya yang susah nak diterangkan dalam satu perkataan atau baris ayat.
“Dia… Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah. Dialah syurgaku. Saya bersyukur dikurniakannya. Moga mudah mudahan doa rumah tangga kami sampai ke jannah,” katanya.
Sementara itu, Abang Dee secara jujur menggambarkan jodohnya dengan isteri seperti sebuah perjalanan mencari permaisuri hati yang boleh hidup bersama selamanya.
“Moga ikatan ini terus berada dalam sakinah, mawaddah, rahmat dan sampai jannah. Jodoh saya akhirnya tertulis di usia 38 tahun. Sampai berjanggut panjang saya tunggu jodoh ini.
“Ia satu penantian panjang yang terjawabdan berbaloi apabila berjodoh dengannya. Kesudahan dan nikmat ini cukup menggembirakan hati dan disyukuri.
“Allah bagi jodoh sepertinya… Masya-Allah, Alhamdulilah dan cukup lengkap serta sempurna segala segi. Pandang dia rasa sejuk hati,” katanya yang cukup tebal dengan loghat Utara.