Perlu diingat, jangan ada sikap berputus asa dalam mengamalkan diet jika mahu mendapat hasil yang lebih menggembirakan.
Untuk seseorang yang mengalami pertambahan berat badan dan mahu mendapat berat ideal, bukan dalam tempoh sebulan dua tetapi ada yang mengambil masa lebih 6 bulan.
Seperti perkongsian sahabat Grup Diet Suku-Suku Separuh, Yunnii Adzhaa yang mengalami masalah berat badan sehingga mencecah 100KG dan mengamalkan diet untuk tempoh 8 bulan bagi mendapat berat terkini sekitar 69KG.
Mula diet hujung bulan tahun lepas dan dalam tempoh 8 bulan siapa sangka dia akhirnya berjaya mengurangkan sehingga 30 kg dan mendapat berat ideal tanpa menggunakan sebarang produk.
Dalam perkongsiannya itu, dia memberitahu 100 peratus diet dengan exercise saja dengan mengamalkan 3 kali seminggu senaman jogging.
Ads
Sebelum
Menurutnya diet inilah cara paling santai dan tidak perlu stress-stress. Dan paling penting tiada lansung pengambilan suplemen ubat kurus atau sebagainya.
“Semasa berat 80kg banyak benda yang telah mengajar Zai. Apa yang paling Zai tak suka adalah, Zai akan cepat mengah bila nak jalan, Zai juga akan rasa cepat penat sangat masa 80kg tu.
“Kalau rumah yang ada tangga tu Zai memang tak larat nak panjat. Oleh sebab ini jugak Zai nak berubah.
“Dulu Zai suka makan banyak, Zai nak pesan kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat semua, kalau nak kurus buatlah bersungguh-sungguh.
“Ini kerana rasa bersungguh-sungguh sahaja akan buat kita kurus sungguh-sungguh, Itulah yg zai Buat Selama ni,” tambahnya lagi yang mempunyai tinggi sekitar 143 cm.
Selain itu, dia turut memberitahu pengambilan pemakanan juga amat penting dalam memastikan diet berkesan.
Ads
“DSSS sangat berkesan kepada penurunan berat badan yang ideal dan selamat. Tak stop nasi pun boleh kurus tapi ambil suku saja, banjirkan dengan sayur.
“Sumber protein jangan tinggal. Kurangkan air manis atau kalau mampu berhenti sekejap untuk melihat hasilnya.
“Cukupkan minum air putih dan konstiten bersenam terutamanya senaman beban yang menaikkan otot. Alhamdulillah dah setahun lebih dengan Diet Suku Suku Separuh. BMI berat badan pun dah jadi ideal (23) daripada sebelum ini. (32),” jelasnya turut memberitahu apa yang penting semangat dan ada kemahuan untukk hidup sihat secara lebih sihat.
Ramai antara kita yang menggemari hidangan telur. Telur merupakan sumber protein paling mudah dan murah dan sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.
Namun ramai yang keliru adakah pengambilan telur rebus atau goreng lebih baik dan berkhasiat.
Apakah kandungan telur ini serupa dan bagaimana jika diambil secara berlebihan. Perkongsian dari Syaza Nutritionist menjelaskan perihal telur untuk elak keliru.
Telur menjadi salah satu sumber makanan padat nutrien yang paling murah dan paling mudah diakses.
Telur juga boleh dipelbagaikan dari segi masakan, mudah dan boleh digabungkan dengan pelbagai makanan lain.
Cara yang paling mudah dan paling popular adalah telur rebus dan telur goreng.
Pasti anda tertanya-tanya pilihan manakah yang paling bagus jika ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat terutamanya melalui kiraan kalori.
Jika mengikut kadar kalori telur rebus mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding telur goreng. Jadi ia boleh menjadi pilihan terbaik
Bagi yang ingin mengawal kalori sebagai sumber protein.
Manakala dari segi jumlah vitamin, telur goreng memiliki jumlah vitamin akan berkurangan berbanding telur rebus. Dengan makan telur rebus maka anda akan mendapat 15 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk riboflavin, 10 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk vitamin B12 dan 11 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk vitamin D.
Untuk makluman, riboflavin membantu menghasilkan sel darah merah dan menukar karbohidrat menjadi tenaga. Vitamin B12 adalah perlu untuk sistem saraf dan fungsi otak, manakala vitamin D memainkan peranan dalam fungsi imun dan penyerapan kalsium.
Telur goreng mempunyai kandungan mineral yang sedikit lebih tinggi daripada telur rebus. Mineral yang telur goreng yang terkandung dalam kuantiti yang banyak adalah fosforus, di mana satu telur goreng bersaiz besar menyediakan 10 peratus daripada nilai harian yang disyorkan. Manakala telur rebus menyediakan kira-kira 9 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk mineral ini.
Fosforus adalah penting untuk tulang yang kuat, menghasilkan DNA, dan penting untuk fungsi buah pinggang.
Ramai yang mengatakan bahawa kandungan kolesterol dalam telur goreng adalah lebih tinggi, kerana ia digoreng menggunakan minyak. Tetapi, nilai kolesterol dalam telur rebus atau telur goreng sama, iaitu 258 mg.
Diet yang sihat had penggunaan kolesterol adalah 300 mg sehari. Jadi, dengan makan 1-2 telur setiap hari, sama ada direbus atau digoreng, sudah cukup untuk memenuhi keperluan badan untuk kolesterol yang baik.
Walaubagaimanapun, makan telur adalah sihat. Tubuh manusia masih memerlukan kolesterol yang baik. Telur kaya dengan vitamin, mineral protein dan mengandungi semua asid amino yang berguna untuk membuat hemoglobin baru, enzim, hormon, dan sel- sel. Jadi makanlah telur untuk mendapatkan manfaat nutrisi tapi ingat kawalan kuantiti adalah penting.
Nak amalkan corak pemakanan yang betul biar berdasarkan fakta bukan mitos. Barulah diet yang dijalankan akan lebih berkualiti dan tidak stress.
Ramai yang beranggapan bahawa makan telur/udang/kambing dan makanan lain yang mengandungi kolesterol akan meningkatkan kolesterol dalam darah dan seterusnyan menjadi penyebab risiko sakit jantung.
Faktanya : Kolesterol dalam makanan memang boleh mempengaruhi kolesterol dalam darah, tetapi sebenarnya majoriti kandungan kolesterol adalah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri.
Kolesterol yang tinggi selalunya disebabkan oleh diet dan hidup yang tidak sihat seperti stress, kurang tidur, merokok, kurang senaman dan lain-lain, bukan sekadar disebabkan oleh makan telur, udang, kambing semata.
Buktinya: Ramai je yang dah jadi anti telur, anti udang, anti kambing tapi kadar kolesterol masih tinggi.
Ramai yang beranggapan pengambilan telur mentah boleh membantu mendapatkan kadar protein yang lebih tinggi.
Faktanya: kadar protein dalam telur adalah sama walaupun telah dimasak. Yang berkurangan hanyalah dari segi vitamin dan mineral.
Walaubagaimanapun, kita tidak digalakkan untuk makan telur mentah ini adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan salmonella.
Selain itu, penyerapan protein melalui telur yang telah dimasak adalah lebih tinggi berbanding telur mentah.
Ramai yang beranggapan telur putih adalah lebih baik berbanding telur kuning.
Faktanya: vitamin dan mineral pada telur lebih banyak terkandung dalam kuning telur. Antara vitamin yang ada ialah: vitamin D, vitamin A, vitamin E, Choline, Lutein, Zeaxanthin yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Jika tidak makan kuning telur, maka sebahagian mineral dan vitamin ini tidak diperolehi.
Beberapa orang takut nak makan telur kuning sebab risau naik berat.
Faktanya: kuning telur mengandungi protein dan zat bermanfaat seperti vitamin D dan choline dimana membantu menyerap kalsium dan meningkatkan fungsi hati. Ini dapat mengelakkan kejadian hati yang berlemak. Selain itu, menurut The American Heart Association menyatakan 1 biji telur sehari bagus untuk amalan diet yang lebih sihat.
Ini sering menjadi dilema buat semua wanita hamil kerana ada larangan untuk pengambilan telur. Ini hanyalah mitos!
Faktanya: telur adalah sumber protein yang tinggi, vitamin, mineral dan asid amino. Jadi wanita hamil amat digalakkan untuk makan telur, ikan dan kekacang. Cuma wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan makan telur yang mentah untuk elak risiko jangkitan samonella.
Seperti yang kita ketahui, Varian Delta COVID-19 boleh menjangkiti mangsanya hanya dalam 15 saat dan tersebar melalui udara.
Namun kajian terbaru mendapati varian Delta COVID-19 lebih ganas apabila boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian itu membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi seolah-olah dia belum mendapatkan vaksin.
“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, tadi.
Tambah Dr Noor Hisham, sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.
Mengenai virus Delta, Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata varian berkenaan boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara.
Beliau berkata tempoh itu ternyata singkat jika dibandingkan dengan kes positif Covid-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter.
Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.
Untuk turunkan berat badan tak perlu menahan diri berlapar. Kita masih boleh makan sedap asalkan menjaga portion pemakanan.
Kebanyakan bagi mereka yang sedang diet, mengamalkan pengambilan makanan ‘eat clean’ dan juga suku-suku separuh. Cara ini lebih sihat dan selamat untuk diamalkan.
Seperti perkongsian Scha EllCha Lee yang hilang 25 kg dalam masa 10 bulan dengan mengamalkan pegambilan diet suku-suku separuh.
Menurutnya dia melakukan diet cara santai tetapi masih boleh makan sedap. Dia juga masih boleh makan nasi dengan bermacam-macam lauk tetapi pengambilannya hanya suku.
Ayuh kita lihat pengambilan menu diet yang diambil sepanjang tempoh berdiet.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.