Tidak dinafikan perbuatan memicit jerawat menajdi salah satu habit yang menyeronokkan.

Malah jika ada video sebegini, kita tak lepaskan peluang melihat kerana mahu tahu apa isi disebalik jerawat berkenaan.

Menurut Pakar Dermatologi, Dr Sandra Lee atau lebih dikenali sebagai Dr Pimple Popper, menonton video sedemikian ibarat menonton filem seram atau menaiki roller coaster bagi sebahagian individu.

“Macam Naik Roller Coaster” -Ini Sebab Kenapa Ramai Tengok Suka Tengok Video Picit Jerawat!

“Saya rasa melihat video memicit jerawat serupa dengan menonton filem seram atau menaiki roller coaster. Anda mendapat rasa sangat gembira dan teruja,” katanya seperti ditulis Live Science.

Kenyataan ini turut disokong oleh Dan Kelly, seorang profesor madya bidang falsafah di Purdue University merangkap pengarang buku, “Yuck!: The Nature and Moral Significance of Disgust” (A Bradford Book, 2013).

Bezanya, ketika menaiki roller coaster berkait dengan ketakutan, video memicit jerawat memberi ruang selamat buat para penonton untuk melibatkan emosi jijik manusia.

IKLAN

Jelasnya, rasa jijik wujud untuk melindungi seseorang, tambah portal yang sama.

“Terdapat dua tujuan utama rasa jijik, satu untuk melindungi kita daripada memakan perkara yang akan meracuni kita. Apa-apa yang akan mengganggu sistem usus dan perut mungkin akan membuatkan anda jijik.”

Tujuan kedua adalah untuk melindungi kita daripada jatuh sakit. Anda boleh menganggapnya sebagai sebahagian daripada sistem imun tingkah laku,” katanya seperti dipetik Live Science.

“Macam Naik Roller Coaster” -Ini Sebab Kenapa Ramai Tengok Suka Tengok Video Picit Jerawat!

IKLAN

“Jika anda melihat seseorang bersin dan hingus meleleh, ia adalah jijik. Salah satu alasan kenapa ia menjijikkan ialah terdapat petanda individu itu tidak sihat dan anda tidak mahu berjangkit dengannya. Jadi, anda ingin menjauhi mereka,” jelas Kelly.

Tambahnya, lelehan badan merupakan salah satu medium penyebaran penyakit, membuatkan orang lebih berhati-hati dengan bahan tersebut.

Selain itu:  Muka Breakout Teruk, Sembur Air Timun Je Terus Baik

Justeru, video-video menyingkirkan jerawat dan nanah dari badan mendapat perhatian orang ramai secara semulajadi sebagai langkah berjaga-jaga.

IKLAN

Oleh itu, mereka berkongsi pula video-video tersebut kepada orang ramai di dalam komuniti sebagai langkah untuk mengekspresikan perasaan jijik berkenaan, sekaligus memaklumkan ahli komuniti terhadap kemungkinan bahaya yang wujud, ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Buat Sambil Duduk, Doktor Ini Ajar Hilangkan ‘Period Cramp’ Waktu Datang Haid

Berjaya Hilangkan 19KG Dalam Setahun, Gadis Ini Kongsi Tip Mudah Diet Tanpa Produk

Disifatkan Warna Suci & Bersih, Ini Antara Selebriti Cantik Gayakan Busana Putih Di Majlis Neelofa

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI