Salah satu senaman paling mudah dilakukan di kawasan persekitaran rumah adalah skipping.
Walaupun memerlukan kekuatan kaki ketika melakukan senaman ini tetapi banyak manfaat yang ramai tak tahu.
Seperti jogging, senaman jenis ini juga tidak memerlukan modal besar. Cukup sekadar seutas tali skppingyang boleh dibeli dengan harga murah.
Ayuh kita lihat kebaikan skipping yang boleh dilakukan secara konsisten setiap hari dan hasilnya berat badan akan turun dengan lebih cepat.
1. Membakar Kalori Dengan Berkesan
Bagi yang nak cepat kurus, ‘skipping’ ialah senaman yang paling bagus!
Tahukah anda, senaman ‘skipping’ yang dilakukan dalam masa hanya 15 minit boleh membakar kalori sebanyak 200 hingga 300 kalori?
Senaman lain seperti berbasikal atau jogging pun tak boleh membakar kalori sebanyak itu dalam waktu yang singkat.
Apabila kita melakukan lompatan ‘skipping’, kebanyakan otot kita akan aktif.
Ads
Oleh itu, senaman ini dikategorikan sebagai “thermogenic” iaitu keadaan di mana badan kita menghasilkan haba yang banyak semasa bersenam.
Haba yang dihasilkan membakar lemak untuk menghasilkan tenaga, sebab itulah ia mampu membakar kalori dengan banyak!
2. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Memandangkan ‘skipping’ akan menaikkan kadar degupan jantung, ia mampu memberi manfaat untuk kesihatan kardiovaskular.
Senaman berintensiti tinggi seperti ‘skipping’ amat digalakkan bagi menguatkan jantung serta mengurangkan risiko penyakit seperti strok atau lemah jantung.
3. Mampu Mengurangkan Lemak Pada Bahagian Perut
Berita baik bagi sesiapa yang berhasrat untuk membuang lemak pada bahagian perut!
Ads
Jika anda gabungkan amalan pemakanan yang sihat dengan rutin senaman lompat tali, anda akan dapat lihat hasilnya dengan lebih cepat.
Pastikan anda tegangkan bahagian otot perut ketika rutin melompat supaya lebih berkesan.
4. Menguatkan Tulang
Senaman lompat tali juga dilihat dapat menguatkan tulang.
Mengikut kajian, seseorang yang bersenam lompat tali selama 10 minit setiap hari mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi serta lebih kukuh.
Ini akan mengurangkan risiko kesihatan tulang seperti osteoporosis, lebih-lebih lagi kepada golongan wanita.
5. Menajamkan Minda
Percaya atau tidak, senaman lompat tali juga memberi kebaikan kepada kesihatan minda!
Ads
Menurut Jump Rope Institute, rutin lompat tali secara konsisten akan mengembangkan aktiviti otak di bahagian kanan dan kiri hemisfera. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran seseorang dalam mengingat dan meningkatkan kepekaan minda.
6. Mengurangkan Risiko Kecederaan Kaki
Bagi anda baru berjinak-jinak dalam rutin sukan, senaman lompat tali adalah baik untuk membina kekuatan pada bahagian kaki.
Senaman lompat tali dapat menambahkan kekuatan kaki terutamanya di sekitar buku lali serta melatih koordinasi pergerakan bahagian atas dan bawah badan.
Kalau dah biasa ‘skipping’, anda akan dapati badan anda juga akan rasa
mudah untuk lakukan senaman atau aktiviti lasak lain.
Melihat perubahan pada diri penyanyi dan juga pengacara lincah Nana Mahazan yang begitu cantik sekali dengan gaya baru.
Biarpun memilih untuk berhijab, namun gaya berfesyen tetap tidak kalah. Pandai memilih gaya pakaian potongan longgar yang dipadankan dengan hijab rona senada.
Biarpun belum sampai sebulan bertudung, ternyata Nana sudah bijak membiasakan diri dengan penampilan barunya. Dia tidak kekok bergaya sekaligus menarik perhatian ramai.
Malah ramai pengikutnya yang turut memuji penampilannya ber OOTD setiap kali muat naik posting terbaru di laman Instagramnya.
Sesekali cuba sapu masker ubi bit merah ini pada muka, mesti anda teruja dengan hasilnya. Masker ini menggoda sangat la, kesannya ‘super duper’ best!
Sudah lah warnanya cantik, kemudian selepas pakai tu kulit rasa lembut dan nampak anjal. Bak kata ‘omputih’, bila pakai beetroot di muka, kulit macam dapat nafas baru. Siapa nak tahu kesannya, kena lah cuba.
Masker Bit Merah Inilah Buat Kulit Glowing ‘Manjah’, Senang Nak Cantik!
2 sdb air beetroot / ubi bit ( parut, pastu perah ambil airnya)
1/2 – 1 sdb tepung beras
Campurkan kedua bahan, kacau sampai sebati. Bancuhan tu anda agak-agak sendiri, jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat. Selepas itu sapu sahaja pada muka.
Bila dah kering, anda cuci lah.
Baki bancuhan tu boleh simpan dalam esbok untuk 3-4 hari.
Boleh pakai 3 kali seminggu.
Masker ni ada banyak khasiat, bukan hanya glowingkan kulit. Kalau anda rajin pakai, nanti nampak perubahan pada kulit seperti ini:
Pori pori muka makin kecil
Bintik hitam / jeragat boleh pudar
Anjalkan kulit muka
Lembutkan kulit muka
Melambatkan proses penuaan
Kulit muka lagi berseri ( tak kusam)
Kurangkan jerawat / parut jerawat
Senang sangat, bukan? Haa… lepas ini anda jangan lupa beli beetroot ya. Boleh juga manjakan wajah di rumah bila ada waktu lapang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KJ sahkan Pak Lah derita dementia. Tak macam penyakit lain, perlu 24 jam penjagaan rapi. Setelah beliau bersara secara terhormat pada tahun 2009, lama tidak mendengar berita mengenai Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Namun apa yang mengejutkan, pendedahan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga menantunya dalam satu ciapan di twitter Ahad lalu mengesahkan bapa mentuanya itu menghidap dementia hingga menyebabkan kesihatan semakin merosot dan sukar untuk mengingati sesiapa termasuk ahli keluarga terdekat.
“Saya tahu beliau masih mengenali saya apabila melihatnya mengerdipkan mata, apabila saya melawatnya.
“Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang,” katanya yang mendapat persetujuan ahli keluarga sebelum memberitahu kepada umum mengenai sakit dialami bapa mentuanya ini.
Tak Macam Penyakit Lain
Malah Khairy Jamaluddin memberitahu penjagaan bagi pesakit demensia adalah paling mencabar.
“Saya melihat bagaimana ibu mentua, auntie Jean melalui situasi sukar kerana demensia bukan satu penyakit, tetapi memerlukan penjagaan rapi 24 jam. Malah selepas beberapa tempoh, pesakit memerlukan penjagaan berterusan sepanjang masa bagi memastikan keselamatannya terpelihara.
“Justeru kami menyediakannya jururawat profesional untuk bersamanya 24 jam. Kami agak bernasib baik kerana mampu berbuat demikian, bayangkan orang yang tidak mampu.
“Demensia tidak boleh didiskriminasi. Bayangkan orang yang tidak mempunyai akses kepada penjagaan yang tidak mampu tetapi mereka perlu menjaganya kerana ahli keluarga,” katanya disebabkan mempunyai dementia, Pak lah tidak kelihatan di mana-mana majlis atau acara.
Dalam perkongsian di Public Health Malaysia turut memberitahu dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Seseorang pesakit itu memerlukan penjagaan masa panjang.
Malah kajian dilakukan juga mendapati Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti bermain catur, sudoku, membaca, mengaji & sebagainya dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia.
Selain itu Amalan cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat dementia.
Antara tanda-tanda penyakit dementia itu adalah seperti kesukaran untuk melakukan tugasan harian yang biasa dilakukan.
Penghidapnya juga akan terlupa perkataan harian yang biasa digunakan. Mereka juga dikatakan meletakkan barang ditempat yang salah atau terlupa di mana barang diletakkan.
Tanda lain, pesakit dementian juga keliru berkenaan tarikh, masa dan tempat serta perubahan mood dan tingkah laku dan perubahan personaliti.