Percayalah, tidur berkualiti boleh baiki kulit yang kusam dan garisan halus yang muncul. Sebab itulah anda akan kelihatan lebih tua bila suka berjaga malam berbanding orang tidurnya cukup dalam 8-9 jam setiap malam.

Cuba lah tanya dengan pakar dermatologi, salah satu rahsia untuk kulit yang bersih adalah mendapatkan tidur yang cukup.

Tidur Berkualiti Boleh Baiki Kulit, Itu Kunci Nak Wajah Cantik!

Cerita pasal tak cukup tidur, pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad turut menghadapi pengalaman tak cukup tidur selepas seminggu melahirkan anak sulungnya, Raja Urhan.

Namun walau wajahnya nampak lesu, ada yang memuji kecantikkan Uyaina yang tidak memakai sebarang alat solek pada wajahnya itu.

Tidur Berkualiti Boleh Baiki Kulit, Itu Kunci Nak Wajah Cantik!

Putaran tidur yang tidak betul, bukan sahaja akan memberi kesan kepada minda, tubuh badan, malah terlihat dengan jelas pada kulit wajah. Kulit kelihatan lebih kering, kesat, nampak tua dan tidak bermaya, keseluruhannya tidak sempurna.

Jika anda mendapat kurang daripada 6 jam, ini mungkin menjejaskan penampilan. Di sinilah timbulnya peningkatan hormon stress dan keradangan. Kekurangan tidur menyebabkan penurunan aliran darah ke kulit di sekeliling wajah. Malah, terjadilah kulit kusam dan tidak cantik.

Dipetik daripada Web MD, sekiranya anda tidur dalam keadaan stress, badan akan menghasilkan lebih banyak glukokortikoid.

Glukokortikoid adalah hormon steroid yang merosakkan fungsi sistem imun. Penghasilan glukokortikoid yang berlebihan boleh menyebabkan keabnormalan pada struktur dan fungsi kulit yang mengakibatkan kerosakan, peningkatan sensitiviti serta keradangan kulit yang bertambah seperti jerawat dan psoriasis.

IKLAN

Tidur Berkualiti Boleh Baiki Kulit, Itu Kunci Nak Wajah Cantik!

Proses Tidur Jadikan Kulit Cantik

Tidur adalah masa untuk seluruh badan menjana semula, termasuklah kulit. Kalau tidur lebih lama, ini meningkatkan keupayaan semula jadi tubuh secara berkesan untuk melakukan fungsi penyembuhannya seperti menghilangkan jerawat.

Selain itu:  Tip Pakai Foundation Dari MUA Kardashian, Nampak Natural Macam Tak Sapu Apa

Jadi semasa tidur, badan anda memperbaharui, menyembuh dan menyingkirkan toksin dari kulit. Tabiat tidur yang sihat dapat membantu mengurangkan keradangan dan mengehadkan masalah jerawat.

“Kulit menghasilkan kolagen baru apabila anda tidur, yang menghalang kendur. Itu sebahagian daripada proses pembaikan. Lebih banyak kolagen bermakna kulit lebih gebu dan kurang berkedut. Hanya mendapat 5 jam semalam boleh menyebabkan garis halus dua kali ganda lebih banyak daripada 7 jam.”Dr. Patricia Wexler

Tip Awet Muda, Amal Sebelum Tidur

Cuci muka 

IKLAN

Walau penat sekalipun rutin ini harus dibuat. Ia bagi membuang sisa solekan, debu dan peluh yang melekat pada wajah. Jika tidak proses pertumbuhan semula kulit akan terbantut. Malah mungkin wajah akan ditumbuhi jerawat, gatal dan iritasi.

Tapi AWAS, pastikan pencuci muka tu jenis sesuai dengan masalah kulit! Kalau silap pakai, lagi lah kulit tu banyak masalah. Seperti yang diterangkan oleh Puan Sue Aini, salah pakai pencuci muka, kulit akan bertambah kering.

@sue.aini Muka kering bukan salah pelembab, tapi CLEANSER. Tukar ke cleanser gentle balanced ph dan jenis tidak beri muka tegang. Tukar dan Guna cleansing milk. #sueainieducate #sueainitips #skincareguru #sueaini #skinguru #cleansingmilk ♬ original sound – Pejuang Sunscreen & Retinol

 

Guna masker

IKLAN

Tip terakhir sebelum tidur amalkan pemakaian masker atau topeng penjagaan kulit. Ini membantu menaikkan seri wajah, cukup amalkan tiga atau empat kali seminggu.

Minum segelas air lemon

Manfaat air lemon sebelum tidur akan memberi hidrasi pada tubuh dan membantu membersihkan kulit ketika tidur. Kulit akan lebih anjal dan berseri-seri apabila bangun tidur. Ini juga membantu mempercepatkan metabolisma, meningkatkan tenaga serta emosi.

Selain itu:  Dedah Rahsia Awet Muda Lewat 30an, Anne Ngasri Rajin Makan Buahan Untuk Sumber Vitamin C

Sapu pelembap malam

Ramai yang tidak suka pelembap kerana merasa wajah akan melekit ketika tidur. Sebenarnya jika anda pakai pelembap ini membantu mengelakkan kulit menjadi kering ketika tidur. Terutama jika anda tidur di tempat sejuk atau berhawa dingin. Apabila kulit kering, penuaan cepat berlaku.

Haaa… selepas ini, kalau ada majlis keesokkan hari, anda kena dapatkan tidur yang cukup. Barulah wajah nampak lebih berseri dan awet muda!

Kredit video: sue.aini

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI