Bukan sekali dua tetapi rupanya si kecil ini kerap mengalami beberapa gejala seperti susah bernafas, bersin dan badan berbintik-bintik tanpa mengira waktu.
Dek kerana risau keadaan ini berlarutan, sebagai ibu usahawan Tya Arifin segera membawa anaknya, Arif Jiwa mendapatkan rawatan dengan melakukan ujian alergik kulit di sebuah pusat perubatan swasta.
Setelah dibuat beberapa ujian, tahulah dia bahawa anak lelaki kesayangannya itu rupanya alergik pada debu.
Berkongsi di laman Instagram mengenai info ini Tya memberitahu anak lelakinya itu kerap alami masalah susah bernafas, bersin dan badannya pula tumbuh bintik-bintik merah.
Alhasil, Arif memang allergic DEBU / Dusk. Kena selalu liat 1. Kebersihan carpet, bantal, langsir. 2. Kena tukar 5-7 hari sekali 3. Bantal setiap hari dijemur panas atau dicuci. 4. Elakkan tempat berkarpet.
Jadi ibu ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasihan Arif selama ini kena menahan makan coklat cheese etc ternyata debuuu je.
Mampu Senyum & Kekal Cantik Waktu Meneran. Elfira Dedah Kelebihan Ambil Epidural Bersalin Anak Kedua! Baru sahaja melahirkan anak keduanya, pelakon Elfira Loy dipuji pengikutnya kerana nampak tenang dan cantik sewaktu detik melahirkan anak keduanya, Nur Arial Mikayla 20 Mei lalu.
Video yang dikongsi olehnya memperlihatkan momen dia melahirkan puterinya dalam keadaan tenang malah boleh tersenyum sepanjang proses melahirkan berkenaan. Ramai yang meminta bagaimana dia boleh setenang itu ketika dalam bilik bersalin.
Elfira turut menjelaskan bahawa dia mengambil epidural untuk percepatkan bukaan sekaligus memudahkan urusan bersalin kerana semasa melahirkan anak sulungnya sebelum ini, dia terpaksa menahan sakit selama berhari-hari tetapi bukaan masih 2cm.
Bukan itu sahaja, Elfira turut menjelaskan mengapa dia kelihatan tersenyum sewaktu proses itu.
Untuk info, Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan dikurnikan dua anak, Muhammad Rayyan Khalaf, 3 tahun dan Nur Aria Mikayla.
Setiap kali hari raya korban yang baru kita sambut Selasa lalu pastinya akan mendapat sedekah daging daripada mereka yang membuat korban.
Ketika inilah carian untuk masakan berasaskan daging popular di internet kerana mahu menyediakan sajian buat keluarga tersayang.
Kita juga selalu di beritahu bahawa daging merah iaitu daging lembu atau kambing adalah tidak elok untuk kesihatan kerana kononnya ia menyebabkan kanser dan penyakit jantung.
Terdapat maklumat yang berkonflik tentang kebaikan atau keburukan daging merah ini.
Sekarang terdapat banyak kajian telah menunjukkan kelebihan dan khasiat daging merah kepada kesihatan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit kronik dan bukanlah punca penyakit sebenarnya.
Daging merah adalah daging haiwan berkaki empat seperti lembu, kerbau, kambing, unta dan rusa yang boleh di makan. Ia berbeza dengan ‘daging putih’ daripada haiwan seperti ayam, ikan, udang, sotong dsbgnya.
Daging merah akan berwarna merah sebelum di masak dan akan menjadi warna gelap apabila di masak. Daging merah mengandungi bahan ‘myoglobin’ yang lebih banyak iaitu sejenis protin yang menjadikan warna nya merah.Myoglobin adalah tisu yang berfungsi untuk membawa dan menyimpan oksigen untuk otot.
Daging merah adalah makanan yang sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai zat-zat nutrisi yang penting untuk kesihatan. Kandungan nutrisi di dalamnya adalah berbeza bergantung kepada sumber, jenis daging dan kaedah memasaknya.
Secara umumnya, daging lembu seberat 85 gram mengandungi :
• 180 kCal
• 0 g Karbohidrat
• 22.5 g protin
• 9.5 g lemak
• 5.7 mg Zink
• 2.1 µg vitamin B12
• 18.4 µg Selenium
• 4.4mg Niacin (Vitamin B3)
• 164 mg Fosforus
• 0.3 mg Vitamin B6
• 2.5 mg Zat Besi
• 0.1mg Riboflavin
• 255mg Potassium
Di samping nutrien yang di senaraikan di atas, daging juga mengandungi magnesium, asid pathothenic, kuprum dan vitamin E. Jika daging lembu itu adalah daripada ‘lembu kampung’ yang di ternak secara fitrah iaitu lembu yang di ternak secara bebas untuk meragut rumput secara bebas di padang maka daging embu itu akan mempunyai kandungan asid lemak omega 3 dan CLA (Conjugated Linoleic Acid) yang lebih tinggi berbanding lembu yang di ternak dengan hanya di berikan makan dedak.
Sejak beberapa dekad terbaru ini kita selalu di fahamkan bahawa pengambilan daging merah mempunyai risiko yang tinggi kepada kesihatan.
Daging merah di katakan mempunyai kandungan ‘lemak tepu’ yang tinggi dan ia meningkatkan risiko penyakit jantung koronari. Kajiantelah di terbitkan dalam jurnal perubatan Annals of Internal Medicinepada tahun 2014 menunjukkan bahawa tiada bukti saintifik yang kukuh yang menyokong saranan mengambil lebih tinggi lemak tidak tepu (PUFA) dan mengurangkan pengambilan lemak tepu (SFA) untuk mencegah penyakit jantung. Yang lebih menarik adalah kajian ini mendapat dana sumbangan daripada British Heart Foundation.
Kajianlain pula menunjukkan pengambilan lemak tepu yang terlalu tinggi melalui pengambilan daging merah yang berlebihan akan meningkatkan paras LDL jahat yang akan menngkatkan risiko pengerasan saluran darah iaitu masalah atherosklerosis yang akan menyebabkan masalah saluran darah jantung menjadi sempit dan akan tersumbat akhirnya.
Kata kuncinya di sini adalah BERLEBIHAN..iaitu jika kita mengambil daging merah secara berlebihan seperti amalan masyarakat di Barat yang makan daging setiap hari akan menyebabkan masalah.
Terdapat kajian yang telah mengaitkan pengambilan daging merah meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu satu kajianyang di jalankan di Boston menunjukkan pengambilan daging merah yang tinggi di kaitkan dengan masalah kegagalan fungsi jantung di kalangan doktor. Kajianlain juga menunjukkan pengambilan daging merah meningkatkan risiko kematian akibat penyakit jantung dan kanser.
Beberapa kajian juga menunjukkan kaitan di antara pengambilan daging merah dengan kanser. Oleh kerana itu, pada tahun 2015, pihak WHOtelah mengklasifikasikan daging merah sebagai ‘berkemungkinan bersifat karsinogen kepada manusia’ berdasarkan kajian-kajian yang ada.
Tetapi, jika kita melihat dengan lebih mendalam kajian-kajian ini, maka kita dapati bahawa kajian-kajian ini telah mengambil data dengan mencampurkan semua jenis daging tanpa membuat pengasingan di antara ‘daging merah asli’ yang tidak di proses dengan ‘daging proses’ seperti daging burger, sosej,bebola daging dan sebagainya.
Sebenarnya kita perlu membuat perbezaan di antara ‘daging proses’ dengan daging merah asli kerana kajianmenunjukkan bahawa sebenarnya daging proses adalah berisiko tinggi menyebabkan masalah kesihatan.
Ini kerana kandungan karbohidrat dan bahan-bahan pengawet dan sebagainya yang tinggi di dalamnya sedangkan pengambilan daging merah asli tidak menunjukkan kaitan dengan penyakit jantung.
Kajian tentang kaitan daging proses dengan penyakit jantung ini adalah satu kajian yang sangat besar yang melibatkan seramai 448,000 peserta dan merupakan satu kajian yang kukuh dan boleh di jadikan rujukan saintifik yang kuat.
Satu kajianlain dalam tahun 2015 yang di terbitkan dalam PloS One membuat kajian melibatkan 134,000 orang peserta yang ingin mengkaji kesan pengambilan daging merah dengan risiko kanser.
Kesimpulan akhir kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan DAGING PROSES sebenarrnya yang meningkatkan risiko kanser terutama kanser kolorektal dan tiada bukti yang kukuh menunjukkan kaitan secara lansung di antara pengambilan ‘daging merah asli’ dengan risiko kanser kolorektal.
Terdapat saintis penyelidik yang mencadangkan terdapat faktor lain yang menetukan samada daging itu sihat atau tidak iaitu berkaitan dengan kaedah daging itu di masak dan disediakan.
Kajianmenunjukkan, memasak daging dan makanan lain dengan suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan terhasilnya bahan yang bahaya seperti bahan AGE (Advance Glycation Endproduct), HA (Haterocyclic Amines) dan PAH (Polycyclic Aromatic Hydrocarbons) yang merupakan bahan karsinogen penyebab kanser.
Memasak dengan suhu yang lebih rendah seperti masakan berkuah (stewing) atau masak kukus (steaming) boleh mengurang pembentukan bahan-bahan tersebut.
Terdapat juga sesetengah orang yang mempunyai alahan atau allergi dengan daging merah walaupun ianya agak jarang berlaku.
Apabila seseorang makan daging merah, maka ia akan menyebabkan kesan seperti loya, sakit kepala, gatal-gatal,muntah dan sakit perut. Jika anda mengalami gejala ini setiap kali makan daging merah, maka anda tidak sesuai untuk makan daging merah ini.
Pengambilan daging merah asli dalam jumlah yang sederhana adalah satu bentuk pemakanan yang sihat. Daging merah adalah makanan yang berkhasiat dan tinggi nutrien dan merupakan sumber vitamin, mineral seperti zink, vitamin B12, selenium dan niacin yang baik. Nutrien mikro ini adalah sangat penting untuk kesihatan yang lebih baik.
Kajianmenunjukkan Zink adalah nutrien untuk sistem imuniti yang kuat dan membantu melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan penyakit.
Kajianjuga menunjukkan vitamin B kompleks yang kaya dalam daging merah adalah penting untuk penghasilan tenaga, fungsi otak dan pemulihan sel-sel tubuh.
Daging merah juga adalah sumber zat besi iaitu sumber mineral yang penting untuk penghasilan sel-sel darah merah. Kekurangan zat besi ini akan menyebabkan masalah ‘anemia’ (kurang hemoglobin) yang akan menyebabkan rasa lesu, lemah, kuku rapuh dan rasa susah nafas .
Daging merah juga adalah sumber protin yang tinggi yang sangat penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan tubuh, sistem imuniti yang kuat, pembentukan otot yang kuat dan pemulihan luka yang cepat .
Kajianjuga menunjukkan bahawa protin yang tinggi dalam daging merah ini akan membantu menurunkan berat badan. Ini adalah kerana pengambilan lebih tinggi protin dan lemak dalam daging merah maka ia akan membantu menurunkan paras hormon ghrelin yang meransangkan rasa lapar. Kerana penurunan paras ghrelin ini,maka kita akan rasa cepat kenyang apabila makan daging.
Berdasarkan laporan kajiandalam jurnal American Journal of Clinical Nutrition tahun 2005 menunjukkan pengambilan makanan berprotin tinggi seperti daging merah akan menyebabkan penurunan selera makan yang ketara dan akan menyebabkan seseorang akan kurang makan serta menyebabkan berat badan menurun.
Pengambilan daging merah secara sederhana adalah kunci kepada pengambilan daging merah yang sihat. Pilihlah daging merah asli dan elakkan pengambilan makanan daging proses seperti burger, nugget, hotdog, bacon dan sosej.
Memasak dengan berkuah dan menggunakan santan seperti masak lemak cili api, masak kari, asam pedas dsbgnya dengan suhu sederhana akan mencegah pembentukan bahan merbahaya seperti AGE, HA dan PAHs.
Elakkan makan daging yang di bakar sehingga ‘hitam’ hangus (charred, smoked , burnt) kerana ia mungkin mengandungi bahan merbahaya.
Kajianmenunjukkan, dengan memerap daging dengan jus lemon, bawang putih, bawang, garam, kunyit dan rempah ratus akan menghalang pembentukan bahan kimia merbahaya.
Elakkan mengambil daging setiap hari dan ambil dalam jumlah yang sederhana adalah kaedah yang lebih baik. Saranan oleh American Institute for Cancer Research adalah pengambilan daging merah hanya 3 kali seminggu sahaja .
Dalam seminggu, kita boleh makan lebih banyak ayam, ikan, makanan laut, telur sebagai sumber protin yang lain.
Pengambilan daging merah adalah sumber makanan yang berkhasiat jika kita mengambilnya secara sederhana. Daging daripada haiwan yang sihat akan memastikan kita mendapat sumber nutrisi yang cukup dan lengkap untuk kesihatan tubuh kita yang lebih baik.
Kolesterol dalam daging merah adalah sumber kolesterol yang sihat dan tidak akan menyebabkan kolesterol darah meningkat. Kajian juga menunjukkan pengambilan daging merah bukanlah punca kepada penyakit jantung koronari.
Oleh kerana itu, sempena Hari Raya Aidil Adha ini, boleh lah kita makan dengan rasa gembira dan bersyukur kerana makan daging adalah makanan yang sihat dan berkhasiat di samping itu ianya juga adalah makanan amalan sunnah Nabi Muhammad SAW dan juga nabi-nabi sebelumnya sejak beribu-ribu tahun dahulu. Insyaallah.
Haaa… cuba anda pastikan beberapa langkah ini dibuat sebelum mekap. Inshaa Allah membantu.
Primer antara produk yang terbaik untuk mengunci pori-pori wajah dari mengeluarkan minyak yang berlebihan. Malah terbukti primer menjanjikan mekap yang lebih tahan lama. Jadi sapu rata primer pada bahagian wajah kamu yang mudah berminyak ketika cuaca panas.
Ada yang menggunakan loose powder untuk menyerap atau ‘mengeringkan’ solekan dari peluh. Kesannya, mekap kamu bertambah comot kerana loose powder tidak berdaya untuk mengawal semua kesan minyak dan peluh yang ada. Sebaiknya guna blotting paper!
Sapu wajah dengan kuantiti pelembab seadanya, tak perlu tebal sehingga kulit jadi melekit. Bayangkan kulit kamu sudah tebal dengan pelembab, ditabah solekan dan akhirnya bergabung dengan peluh. Apa akan jadi?
Buat yang gemar memakai maskara, bukan musim hujan sahaja. Musim panas begini pun gunakan maskara yang kalis air. Khususnya buat mereka yang mengalami masalah kelopak mata mudah berminyak.
Bila cuaca panas yang amat tak perlu lah pakai mekap yang tebal. Cukup anda berhias sekadar naik seri, pakai nipis biar nampak natural sahaja dah memadai.
Jadi, kalau betul anda tak nak mekap cair mudah, pastikan anda amalkan beberapa tip di atas ya. Barulah nampak kemas dan tak cepat comot.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.