Namun waktu pandemik ini, ramai yang cuba menahan diri dari bersin di tempat awam atau ramai orang kerana akan menyebabkan orang di sekeliling merasa tidak selesa.
Maklumlah bimbang sekiranya cecair yang keluar akan berjangkit pada orang lain. Walaupun begitu, sebenarnya tabiat menahan bersin ini memberi kesan tidak baik pada kesihatan.
Ads
Menurut kajian dilakukan American Journal of Rhinology & Allergy, menahan bersin memberi tekanan sebanyak 20 kali lebih besar berbanding melepaskannya.
Perkara ini boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan seseorang dan ini antaranya;
1. Sakit Dada
Menahan bersin boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian dada kerana ia menekan bahagian diafragma dan otot di dada yang membantu seseorang bernafas.
Tidak hanya itu, ketika seseorang menahan bersin, ia juga akan memberi tekanan kepada tulang rusuk.
Ads
2. Gegendang Telinga Rosak
Meskipun jarang berlaku, tetapi tabiat itu boleh memberi kesan kepada gegendang telinga memandangkan hidung dan telinga terhubung melalui saluran eustaschius.
Ketika menahan bersin, ada kemungkinan terjadi peningkatan tekanan di hidung yang kemudian mengalir ke telinga melalui saluran tersebut yang boleh menyebabkan trauma kepada telinga anda.
3. Jangkitan Telinga
Ketika seseorang mengalami demam, bersin boleh menyebabkan virus atau bakteria yang ditahan keluar akan mengalir ke bahagian telinga melalui saluran eustachius dan menyebabkan jangkitan telinga.
Bersin boleh mengeluarkan banyak tekanan dan ketika berusaha menahan bersin, perkara ini boleh menyebabkan masalah pembuluh darah pada bahagian mata, hidung dan gegendang telinga.
5. Masalah Lain
Pada 2015, sebuah laporan menunjukkan tabiat menahan bersin boleh menyebabkan keretakan tulang di bahagian tekak namun keadaan ini jarang sekali terjadi.
Atas sebab itu, jangan sesekali untuk ada cuba menahan bersin dan lepaskan sahaja agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kelak.
Biasanya orang buang sel kulit mati pakai masker yang sudah dijual di pasaran tetapi kali ini anda boleh DIY sendiri guna beras yang ada di rumah. Jom tengok macam mana cara nak buat.
Menurut Puan Suzy Honey, skrub badan ini dipercayai mampu membantu kulit membuang sel-sel mati di keseluruhan tubuh. Malah, paling mujarab untuk masalah ketiak yang gelap.
Berbekalkan sumber bahan semula jadi, srub badan ini mampu menjimatkan wang anda, sekali gus kulit badan menjadi licin, lembut dan cerah.
Cara Buat Skrub Guna Beras Disangai
Bahan diperlukan:
5 sudu serbuk beras (telah sangai & kisar)
2 sudu besar susu tepung/susu powder
Sedikit air lemon
Caranya seperti di bawah:
Goreng beras tanpa minyak sehingga warna keperangan dan kemudian kisarkannya hingga jadi serbuk halus.
1. Setelah kita gunakan air rendamannya, kita tapiskan beras tersebut dan tunggu hingga agak kering.
2. Ambil beras tadi kemudian sangaikan. Iaitu goreng tanpa minyak sehingga beras tersebut kelihatan keperangan.
3. Selepas beras di sangai sudah mulai sejuk, terus blender sehingga menjadi serbuk.
4. Ambil 2 sudu besar susu tepung/susu powder ( tidak kisah apa brand pun) campurkan bersama 5 sudu serbuk beras tadi.
5. Campurkan sedikit air bagi sebatikan campuran beras dan susu tadi kemudian di perahkan sedikit lemon.
Buang Sel Kulit Mati
Boleh digunakan sebagai skrub keseluruh badan untuk buang sel kulit mati. Paling mujarab, sesuai untuk masalah ketiak yang gelap.
Setelah di sapukan scrub tersebut pada bahagian yang diinginkan, gosok dan biarkan seketika. Setelah itu barulah basuh.
Bila dah siap itu, anda akan rasa betapa lembutnya hasil dari scrub beras tadi. Petua ini sebenarnya membantu kulit membuang sel-sel mati.
Nanti dah baca petua ini, jangan lupa cuba ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berjalan atau mendaki bukit memang banyak faedahnya. Bukan sahaja dapat membakar kalori dan lemak dengan cepat, malah ia terbukti mampu mengekalkan kesimbangan dan postur badan.
Sesungguhnya, rutin ini memerlukan tenaga yang banyak di samping penggunaan otot badan yang stabil berbanding berjalan atau berlari di atas permukaan rata.
Namun, kebanyakan daripada kita menganggap rutin mendaki bukit ini agak sukar untuk diikuti kerana mudah berasa letih dan semput, lalu ia kurang diamalkan.
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.
Sebenarnya anda silap. Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
ADAPTASI GUNA TREADMILL
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
BAKAR LEBIH BANYAK KALORI
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
KELAJUAN TREADMILL
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
RUTIN HARIAN
1- Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
2- Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
3- Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Sebelum ini kisahnya yang menghidap kanser servik telah dipaparkan di sini untuk berkongsi pengalaman.
Sebaik mengetahui dirinya menghidap kanser servik terus mengambil langkah drastik membuat rawatan radioterapi dan kemoterapi atas nasihat doktor.
Dan setelah selesai menjalani beberapa rawatan berkenaan, Sarina atau Yna meneruskan pula dengan rawatan brachytherapy. Ini merupakan rawatan terakhir untuk rawatan kanser pangkal rahim dialami.
Sekali lagi Yna berkongsi pengalaman di laman sosial Facebook mengenai pengalaman menjalani rawatan ini di hospital sama.
Dalam pada itu wanita yang berulang lik dari Kuatantan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta tidak putus-putus menasihati wanita lain agar segera melakukan pemeriksaan Pap Smear untuk mengetahui jika mempunyai kanser servik atau tidak.
Menjalani tiga sesi untuk rawatan brachytherapy, rawatan terakhir untuk kanser pangkal rahim
Bismillahirrahmanirrahim.
Pengalaman melakukan brachytherapy.
Alhamdulillah, selesai rawatan di Beacon Hospital (chemotherapy + radiotherapy), pihak Beacon terus buat reference letter ke Sunway hospital untuk treatment (brachytherapy). Ini merupakan rawatan terakhir untuk rawatan kanser pangkal rahim Yna.
Semalam Yna dah start buat brachytherapy untuk sesi pertama daripada 3 sesi di Sunway Medical center.
Yna start masuk ward hari jumaat petang. Masuk ward, macam biasa, buat line, ambil darah, cek jantung (ECG TEST) bla bla bla.
Procedure start jam 9am (sabtu) dan Yna kena start puasajam 12 Malam.
Selesai Mandi & solat subuh, nurse masuk bilik untuk pakai kan catheter urine bag. Mmg tak selesa dan sedikit sakit tapi wajib kena pakai sbb lepas procedure Yna tak boleh bangun dalam tempoh beberapa jam.
Dah siap tukar baju ‘ot’, Jam 830am (8/5/2021) diaorg dah bawak Yna turun untuk mulakan rawatan brachytherapy.
Ramai yang cakap rawatan sakit sangat hingga boleh jadi stress. Dah la jenis tak tahan sakit. Tapi itu diceritakan oleh mereka yang bukan pesakit
Secara jujur, Yna sangat2 berdebar untuk lakukan rawatan ni sbb ramai Yang cakap sakit sgt!!! ( Yang cakap sakit ni bukan pesakit). Bila tengok gambar rawatan ni pun, ngeri gila. Siang Malam Yna berdoa supaya rawatan ni tak de lah sesakit mana.
Sepanjang nurse tolak Yna ke ruangan procedure, Yna diam seribu bahasa. Yna Takut! Perasaan takut Tu X tau nak cakap macam mana. Sbb Yna mmg jenis Tak tahan sakit. Kalau rawatan sakit, automatic patient Akan jadi stresss. Jadi yna tak mau stress bila tgh treatment.
Dah sampai ruangan menunggu, pihak dari brachytherapy datang explain macam mana procedure & proses rawatan bla bla bla.
Lepas Tu datang pulak pakar bius, explain yang dia Akanon spinal (epidural) untuk kurangkan rasa sakit, on morphine bla bla bla bla.
Doc Jennifer pulak datang explain macam mana procedure brachytherapy bla bla bla.
Sebelum procedure tu, ko kena dengar 3 orang yang akan explain berkenan procedure untuk hari tu.
Bila dah abis dengar semua explain part masing-masing,
Yna ditolak masuk dalam ruangan ‘ot’. Doc bius ajak borak-borak sikit, mungkin untuk pesakit Rasa relaks sikit Dan tak takut sangat Dan slow-slow dia usap belakang dan start on spinal.
Time tu kaki tiba-tiba rasa panas, kebas dan berat ( yna tak pernah on epidural sebelum ni).
Tapi setelah jalani prosedur, rawatan ini tak sakit langsung. Selepas dibius tak sedar hinggalah siap sepenuhnya. Tak rasa pedih dan tak rasa apa-apa
Kaki Yna kebas dan mmg tak boleh bergerak langsung. Diaorg naikkan kaki Yna (posisi macam orang nak bersalin), time Tu doc Jennifer dah take over dari dr biusYna pun dah tak sedar doc buat apa, tau-tau siap! Sakit?? Langsung tak!! Tak rasa apa. Tak rasa pun diaorg letak benda alah Tu Dalam serviks Kita, tak Rasa pedih, tak Rasa sakit Dan mmg tak Rasa apa-apa!! Buat penat je Yna dok mikir Rasa sakit Tu macam mana.
Lepas semuanya selesai, Yna dihantar ke ruangan CT simulation sebelum dihantar ke ruangan menunggu sekejap sebelum masuk ke bilik khas untuk teruskan procedure Yang berikutnya. Masa menunggu, Yna paksa gerakkan kaki Yna. Sikit Demi sedikit kaki Yna boleh bergerak. Badan Yna menggigil sbb sejuk.
Waktu niiiiiii, pinggang Yna dah mula rasa sakit. Lenguh-lenguh. Rasanya lama betul Dalam ruangan menunggu sebelum mereka masuk ke bahagian radiotherapy (bahagian ni diaorg just sambungkan cable pada bahagian adaptor bahagian serviks, biarkan 30 minit Dan selesai. Pun tak sakit Dan tak Rasa apa)
Total tempoh rawatan semua sekali dalam 3 jam lebih.
Cuma selepas itu ada alami rasa sakit belakang, rasa nak muntah dan tidak selesa. Doktor bagi ubat tahan muntah dan tahan sakit. Alhamdulillah semuanya ok
Naik ward, Yna dah mengadu sakit belakang. Rasa nak muntah dan tak selesa. Doc on ubat tahan muntah dan ubat tahan sakit.
Lepas treatment, Yna mmg rest betul2. Jam 830am tolak ke ruangan procedure, jam 6pm baru Yna sedikit ok. Semalam, sehari suntuk Yna tidur. Pagi ni baru rasa macam biasa.
Alhamdulillah semuanya OK. Alhamdulillah tak Ada rasa sakit Yang teramat sangat Dan alhamdulillah badan Yna masih mampu bertahan.
Alhamdulillah ya Allah kerana engkau memberikan aku ujian tanpa rasa sakit.
Esok brachytherapy sesi ke dua dan 12hb sesi terakhir. Semoga semuanya berjalan lancar dan semoga semuanya dipermudahkan. Ameen ya Allah.