Langsung tak ambil gula, makan nasi separuh. Rahsia Zaidi Omar kekal sihat di usia 64 tahun. Jika orang lain dilewat usia 60 tahun ke atas pasti akan berdepan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau masalah urat saraf.
Tetapi bagi pelakon berpengalaman, Zaidi Omar diihat masih kekal fit dan bertenaga walau usia lewat 64 tahun.
Tidak lokek berkongsi rahsianya, menurut Zaidi dia memberitahu tidak langsung mengambil gula dan hanya minum air kosong.
Inilah amalan dilakukan selama ini untuk membantu dirinya sentiasa sihat dan bertenaga dalam usia begitu.
Kata Zaidi, dia amat menjaga pemakanan dan tidak menyentuh minuman manis sejak dahulu lagi. Malah katanya di rumah memang tidak ada stok gula. Selain mengamalkan diet pemakanan suku-suku separuh.
“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” katanya yang juga mengamalkan senaman di gimnasium setiap hari.
Tak susah pun nak dapatkan kulit glowing, yang penting jangan pilih jalan pintas dengan menggunakan produk merkuri yang akhirnya buat kulit muka rosak teruk.
Ini ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami yang ada di rumah. Kira jimat dan selamat!
Amalkan minum segelas jus lemon bagi membantu menyingkirkan toksin, jadi anda cuba elakkan minuman yang ada kafein. Badan kita memerlukan vitamin C untuk menghasilkan kolagen, sejenis protein yang baik untuk kulit.
Air pula penting untuk membuatkan badan kekal terhidrat. Jika kita minum air yang cukup, kulit akan jadi lebih lembap dan sihat. Pengambilan air yang kurang akan buatkan wajah menjadi kering dan lesu. Anda perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Sebagai permulaan, cuba amalkan minum air lemon suam ketika anda baru bangun tidur.
Sapukan perlahan-lahan campuran madu serta lemon ke wajah biar selama 10 minit dan bilas.
Campurkan minyak kelapa serta madu, sapukan pada muka dan biar selama 15 minit sebelum dibersihkan dengan air suam.
Sapukan campuran strawberi yang telah dilecek bersama beberapa titik madu ke muka dan selepas 20 minit bilas dengan air sejuk.
Campurkan yogurt, madu serta pisang lecek kemudian sapukan ke muka dan bilas selepas 15 minit.
Rendam kapas muka di dalam jus nanas segar, kemudian sapukan dimuka dan biar kering sebelum dibersihkan.
Selain memperbaiki punca-punca masalah kulit, petua-petua ini juga boleh kulit anda cantik secara semula jadi tanpa perlu mekap tebal.
Cara lain yang kita boleh lakukan adalah menambah rutin penjagaan wajah supaya kulit lebih flawless serta glowing adalah dengan memakai skincare yang selamat dan berkesan.
Belajar ambil tahu bahan-bahan yang selamat untuk kulit wajah dan elakkan yang ada racun dalam produk!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat badannya pernah mencecah sehingga angka 90 tetapi kemudiannya cuba diet dan berat berjaya dikurangkan sedikit.
Walaupun proses penurunan agak perlahan tetapi wanita ini Hanuur Jain Jawahir berjaya sehingga melenyapkan 11kg dari Julai 2020 hingga May 2021.
Selain itu turut bersyukur kerana tekanan darah normal dan tiada masalah kesihatan. Malah doktor juga puji kerana dirinya berjaya turunkan berat berbanding tahun 2019 walaupun BMI masih overnight (tinggi 158cm dengan berat 74kg).
Menurutnya kunci utama untuk kurus adalah sabar dengan proses untuk turunkan berat badan ini.
Jangan fikir lepas dua minggu berdiet berat akan turun berkilo-kilo. Berkat kesabaran itu, dia akhirnya berjaya lenyapkan sehingga 30kg tanpa penggunaan sebarang produk.
2013 (setahun kawen) vs 2021(ank 2 orang) Sedih rasanya tengok diri sendiri masa bmi obes tahap 3 . Tapi tulah saya di tahun 2013 sebelum turun berat sebab sakit pada 2014 dan buat dsss betul-betul bermula penghujung 2019.
Journey saya memang lama sebab gemuk dari kecil. Umur 12 tahun dah 66kg. 2013 lepas kahwin berat naik dari 82kg ke 98kg . 2014 saya sakit radang tonsil sampai kena operation. Masa itu seingat saya berat turun ke 94kg selepas operation n Tahun berikutnya saya diet untuk pregnant dan dengan berat 90kg, alhamdulillah lekat anak pertama .
Lepas habis pantang saya dah dapat berat 86kg tapi sayangnya tak jaga makan lepas habis pantang. Berat naik balik sampai ke angka 96kg (masa ni 2017) . Maka pada tahun 2018 saya diet semula dan lekat anak no 2 dengan berat 93kg. Berat last sebelum bersalin anak no 2 ialah 105kg. Huhuhu berat nya tapi syukur. Asal diet je lekat .
Panjang kan sejarah weight lost saya hehe. Lama sangat ambik masa nak dapat macam pakai baju purple tu . Itu pun masih overweight. Maka saya masih berjuang untuk dapat bmi normal dan kesihatan yang lebih baik.
Now saya jadikan bersenam dan jaga makan sebagai gaya hidup. Bukan untuk kurus semata-mata. Sebabnya kalu saya pikir nak kurus sahaja, saya memang takkan berjaya sebab saya memang takkan kurus sampai bila-bila . Cukuplah saya dah dapat kesihatan yang lebih baik sekarang dan berjaya hamil selepas diet .
Point sebenarnya saya nak bagi tahu kat semua. Kalau nak berjaya kurus, TOLONG SANGAT2 SABAR dengan diri sendiri. SABAR dengan process nak turun berat itu. Jangan pikir nak turun berat berkilo-kilo lepas 2 minggu diet. Jangan pikir nak perut yang kempis selepas 2 minggu diet. Dan janganlah give up hanya selepas 2 minggu diet dan senam berat tak turun. Baru sangat lagi diet nak kurus dah. Gemuk pun Bertahun-tahun, sebulan 2 nak kurus dah ke
Semuanya ambik masa. Saya sendiri cuma lost 12kg setahun. 2020 berat saya 86kg dan 2021 paling ringan 74kg. Now turun naik 76-75kg. Turun dann naik berat itu normal sebenarnya sebab kita kan manusia. Ada masa kelaut, dah tentu berat naik. Ada masa di darat turunlah berat tu .
Lagi 1 saya nak pesan kalau nak kurus, jangan tinggal bersenam. Mungkin orang akan cakap bersenam cuma mempengaruhi 20% proses penurunan berat tapi bagi saya yang 20% itu sebenarnya impact dia sangatlah besar. Ramai orang yang saya jumpa bila kurusdengan bersenam, diorang takkan gemuk balik ke asal. Badan fit, body cantik, kesihatan lebih baik. So kalau nak kurus sampai bila-bila, rajinkan lah badan tu bersenam.
Buatla ape pun jenis senaman janji konsisten k. Tak perlu buat senaman yang korang tak mampu buat hanya sebab org lain cakap bakar banyak kalori, bla bla bla
Lastly saya nak share total lost saya paling banyak setakat ini is 30kg. Ok dah tu je
Turut berkongsi motivasi untuk menurunkan berat badan dengan cara menyimpan wang. Setiap 1kg berat badan turun, akan simpan RM30 jadi kalau hilang 10kg terus dapat simpan RM300.
Caranya mcm ni: Setiap 1kg berat badan yg korang lost, simpan RM30. Lost 10kg berat badan, dapat RM300. Tambah sikit duit simpanan yang ada, dapat dah cincin sebentuk . Ni untuk perempuan.
Untuk lelaki pulak, target nk beli apa-apa sahaja barang yang korang suka dan minat. Kalau nilai nya lebih besar, simpan lebih banyak duit untuk setiap kg berat badan yang hilang.
1 kg berat badan yang hilang, dapat simpan RM30. Imagine if berjaya lost 30kg, 40kg atau mungkin 50kg dan lebih. Lagi bagus kalau target simpan duit lebih lagi dan berat badan yang perlu di buang pun banyak .
Kurus dapat, emas dapat, apa yang dihajati nak beli dapat dan in shaa allah sihat pun dapat
Saya dapat idea ini pagi td lepas solat subuh. Mungkin Allah bagi idea ini malam tadi sebelum tidur untuk saya share dengan org lain hari ini .
Untuk suri rumah sepenuh masa, boleh try tanya en suami, abang nak bagi hadiah apa kat sayang kalau berjaya kurus dan turunkan berat badan. Jadikan hadiah itu sebagai target disamping jaga makan dan diet untuk diri sendiri juga. Tapi pastikan korang betul-betul kejar target lah. Baru betol namanya MOTIVASI dan cabar diri sendiri kan
Just nak share, cincin daun ketum tu saya ‘terpaksa’ beli selepas cincin nikah bentuk bunga tu longgar ya amat hahaha. Hasil menabung selepas berjimat cermat dengan diet dan ada sumbangan juga dari en suami
Bila diet, kurangkan makan luar, dan kerap masak menu sendiri ni memang jimat sangat-sangat kan. Dapatlah simpan sedikit demi sedikit duit makan bukan2 tu untuk beli emas. Semoga membantu korang yg baru nk start diet. Feel free untuk tag pasangan korang kat status ini ye.
Ubi kentang biasanya menjadi pilihan bahan untuk ditambah dalam masakan kari atau kurma.
Namun disebabkan membelinya dalam kuantiti banyak menyebabkan ada antara ubi kentang ini yang tumbuh tunas berwarna hijau.
Adakah selamat untuk kita makan ubi kentang yang mempunyai tunas sebegini atau ada bahaya yang tidak kita ketahui.
Perkongsian Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM yang juga Pengasas Makmal Makanan (MAMA), Dr Fatimah Salim menjelaskan persoalan ini.
Benar, ubi kentang (Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah ).
Selain daripada ubi kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum.
Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.
Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud.
Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya.
Sama seperti rebung atau pucuk sayuran lain. Boleh baca ulasan saya mengenai rebung di pautan ini
Bahan kimia toksin semulajadi ini tidak akan termusnah dengan haba memasak, namun kandungannya akan berkurangan sekiranya direbus dan air rebusan dibuang.
Antara kesan keracunan toksin ini ialah gatal pada mulut, pening, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut… yang mana boleh berlarutan kepada radang, sakit sendi serta mampu menyebabkan lumpuh, kecatatan kepada bayi dalam kandungan dan kematian.
Pun begitu, kesan-kesan ini adalah bergantung kepada jumlah (aka dos) toksin yang wujud dan ketahanan sistem badan individu. Ada yang boleh terkesan dengan jumlah yang hanya sedikit, ada pula yang tidak. Bagi keracunan dengan simptom ringan, badan kita mampu detox sendiri.
Jadi ubi kentang ini sudah tidak boleh makan?
BOLEH, dengan membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.