Tempahan untuk vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Jawatankuasa itu dalam kenyataan malam ini memaklumkan pautan https://www.vaksincovid.gov.my/en/register yang ditularkan itu hanyalah untuk pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan bukan untuk vaksin AstraZeneca.
Justeru, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu tersebut dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter.
Dalam pada itu, pihak JKJAV turut memberi nasihat kepada mereka yang akan pergi janii temu vaksinasi.
Antara adalah tepati masa dan datang 15 hingga 30 minit lebih awal.
Turut diingatkan juga untuk sentiasa patuh SOP ditetapkan. Bagaimanapun janj temu ini adalah untuk yang sudah berdaftar dan walk in tidak dibenarkan sama sekali.
Cukup mudah nak bakar kalori, turun naik tangga pun akan memberikan kesan yang bagus untuk kesihatan. Nak-nak jika anda tak ada masa nak berlari atau jogging.
Hakikatnya nak amalkan gaya hidup sihat taklah perlu banyak modal dan masa. Ada saja cara mudah nak bersenam tanpa keluar rumah atau pejabat pun.
Caranya buat senaman panjat atau naik tangga saja. Yang rumahnya dua tingkat, boleh lah amalkan. Kelebihan senaman mudah ini punyalah banyak. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan telah senaraikan manfaatnya. Rugi sangat kalau tak buat.
Cuba Turun Naik Tangga Bakar Kalori
“Jika anda sesak nafas setelah naik tangga 2 tingkat, anda mungkin ada masalah jantung!”
Masalah orang zaman sekarang. Tak ada masa nak bersenam dan tempat nak bersenam. Terutamanya yang tinggal di bandar-bandar. Hasilnya ramai yang ada masalah kesihatan.
Jangan risau! Ada satu senaman ringkas yang sesuai untuk orang bandar macam kau orang ni! Panjat tangga!
1. Memanjat tangga diklasifikasikan sebagai senaman berat, dan membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding berjogging.
2. Memanjat tangga ada senaman yang sesuai untuk orang bandar sentiasa yang kesuntukan masa serta tempat untuk beriadah/bersenam.
3. Memanjat tangga tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan.
4. Memanjat tangga di tempat kerja tidak kelihatan janggal atau seperti membuang tabiat berbanding dengan berlari-lari anak di tempat kerja.
5. Memanjat tangga lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif, jika sesuatu bangunan itu mempunyai 5 tingkat atau kurang.
6. Memanjat tangga memerlukan 8-9 kali lebih tenaga berbanding duduk, dan membakar sekitar 7 kali lebih kalori daripada menggunakan lif.
Baru-baru ini pelakon wanita, Ramona Zamzam memuat naikkan sekeping gambar menerusi Instagram yang menyatakan dia masuk hospital selepas kenduri.
Dengan gambar tangannya yang berwayar dan dicucuk jarum untuk masukkan air, Ramona menjelaskan bahawa dia dan suami, Rami Alashkar mengalami keracunan makanan dan terpaksa dirawat di hospital semasa menghadiri majlis perkahwinan adik perempuannya di Kampar, Perak.
Tulisnya di kapsyen, sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dia dan suami sudah berasa tidak sedap badan kerana berulang kali muntah serta cirit birit.
Malah, dia dan suami hanya dapat berada di majlis tersebut dalam beberapa minit sahaja.
Menerusi laporan Utusan, Ramona mahu menjelaskan perkara tersebut kerana bimbang dilabel sombong kerana ramai kenalannya hadir ke majlis perkahwinan adiknya.
“Saya terpaksa jelaskan situasi ini sebab tidak mahu ada tetamu dan kenalan fikir saya sombong atau apa. Maklum sajalah, ini majlis perkahwinan, jadi ramai saudara-mara, keluarga, kenalan, termasuk guru sekolah saya dan adik hadir.
“Ramai yang ajak bergambar dan mahu bertegur sapa, saya pula tiba-tiba tidak sihat. Ingatkan cuma penat, tetapi apabila naik sebentar di bilik rehat, saya dan suami mula mengalami muntah-muntah.
“Saya risau bila orang tengok kami berdua tiada di majlis kahwin adik, nanti macam-macam andaian timbul. Sebelum terjadi, lebih baik saya jelaskan situasi sebenar,” katanya.
Namun pelakon KL Special Force ini bersyukur kerana dia dan suaminya semakin pulih.
“Alhamdulillah, saya dan suami sudah semakin okey. Sudah ada tenaga sikit. Kalau tidak, agaknya untuk bercakap pun tidak berdaya. Kami berdua juga demam semalam, namun mujur sudah kembali sihat.
“Kami paling risaukan anak, Ivanna sebab dia yang terlebih dahulu mengalami keracunan makanan. Tetapi, dia sudah sihat selepas dirawat di klinik. Tidak boleh bayangkan kalau kami tiga beranak sama-sama jatuh sakit.
“Kami jenis yang tidak mahu susahkan orang. Dulu, masa sakit, keluarga mahu tolong hubungi ambulans, tetapi kami rela pandu sendiri kereta untuk ke hospital,” ujarnya.
Dia berharap agar tiada pihak yang tersinggung kerana tidak dapat bersua muka pada majlis tersebut dan memohon maaf andai ada salah faham.
Untuk rekod, Ramona mendirikan rumah tangga bersama Rami pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia lima tahun.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tenang memujuk isterinya, Nor Hasanah Yahaya, pelakon dan pelawak, Achey reda menerima keputusan negatif selepas menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.
Achey Harap Isterinya Kuat
Dilihat sedang menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda, Achey memberikan satu ciuman di kepala dan menepuk bahu isterinya. Dengan satu kapsyen mencuit emosi, dia reda belum lagi dikurniakan anak sendiri, apabila rawatan tersebut tidak berjaya selepas menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan dan berharap isterinya lebih kuat.
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya.
Perkongsian Achey itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis yang berharap pasangan itu terus sabar dan kembali kuat serta tidak putus asa.
Isterinya yang lebih dikenali dengan panggilan Anne juga berkongsi tentang rasa menerusi Instagram miliknya, “Kita usaha, Allah menentukan. Mungkin belum ada rezeki untuk kita. Kakak sabar ya, inshaa Allah ada rezeki nanti.”
Kalau kakak sedih, Mama dengan AYah 10 kali lagi sedih. Mama sayang awak dan Ayah awak,” luahnya.
Ogos lalu, Achey dan isteirnya berkongsikan berita bahawa mereka sedang mencuba melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.
Untuk nota, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Ini ada empat jenis makanan yang boleh anda makan sepanjang proses diet, kalori yang saudari Iera kongsi berserta dengan gambar ini memang tidak lebih 300 kalori.