Skipping 2 ribu lompatan sehari, 6 bulan layan Bento Healthy. Puas hati berat turun mendadak! Apabila menyedari berat badan berlebihan dan sukar untuk melakukan pelbagai aktiviti menyebabkan diri nekad untuk berubah.
Apatah lagi terasa malu apabila ada yang menyangka dirinya mengandung 5 bulan dan turut ditegur suaminya sendiri dengan perubahan fizikal mendadak.
Bagi Mazs Shaari dia memulakan diet apabila beratnya mencecah 85kg dengan memilih dari segi pemakanan.
Siapa sangka dari beratnya 85kg akhirnya berjaya menurunkan sehingga 57kg dengan hanya mengawal pemakanan.
Mengutamakan menu eat clean/suku-suku separuh memberikan impak yang sangat menakjubkan apabila hilang 5kg hingga 8 kg sebulan tanpa penggunaan suplemen ubat kurus.
Dia menyediakan sendiri menu sihat yang sedap untuk dirinya sepanjang tempoh diet ini.Kebanyakan menu dimasak telah disedikaan bahan-bahan terlebih dahulu dan disimpan dalam chiller untuk 5 hari.
Selebihnya dia akan simpan dalam freezer dan mudah untuk disediakan walaupun sibuk. Biasanya dia akan buat 1 bekas untuk 2 orang makan. Senang untuk dimasak hanya dengan memanaskan saja hidangan berkenaan.
Manakala untuk sayuran pula dia lebih gemar makan yang fresh. Ternyata setelah 6 bulan mengamalkan pemakanan diet begini, dia akhirnya berjaya lenyapkan 28kg.
Selain itu dia turut berkongsi tip lain seperti minum air kosong secukupnya, makan kena on time, makan ikut kalori, mengambil hanya snacking sihat, perlu tidur secukupnya dan elakkan stress.
Bagi melengkap perjalannya dietnya dia turut lakukan senaman 2 hingga 3 kali seminggu dengan melakukan skipping, tabata dan running.
Ketika awal diet, dia hanya lalukan skipping 20-30 kali sahaja tetapi kini sudah boleh capai hingga 2 ribu sekali. Hasil melakukan usaha ini selama 6 bulan, dia akhirnya berjaya mendapat berat ideal.
Lebih menggembirakan, bukan dirinya saja yang kurus, tetapi suaminya juga melakukan proses menurunkan berat badan dengan melenyapkan sehingga 31kg.
Penyakit darah tinggi suaminya juga sudah berada ditahap bacaan yang normal sekarang.
Tahniah untuk suaminya yang betul-betul nekad untuk sihat dan bebas dari penyakit.
Sepanjang tempoh diet itu, dia turut menyediakan healthy bento untuk dibawa suaminya ke tempat kerja setiap hari tanpa jemu.
Jadi kombinasi diet pemakanan yang seimbang dan sihat serta senaman dilakukan, tidak mustahil seseorang itu akan cepat mengalami penurunan berat badan.
My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Tidak dinafikan ramai menyukai kucing dan menjadikan ia sebagai binatang peliharaan. Tetapi sepanjang memelihara haiwan, ini adakah anda pernah terkena cakaran yang boleh membawa infeksi merbahaya.
Perkongsian di laman sosial twitter, Pakar Optometrist, Puan Amira Nadia Raup berkongsi sejenis penyakit mata akibat cakaran kucing atau disebut sebagai Cat-scratch Neuroretinis atau Ocular Bartonellosis.
Menurutnya jika terkena penyakit ini pesakit akan mengadu kabur penglihatan yang berlarutan dan semakin teruk walaupun sudah memakai cermin mata / walaupun pada asalnya tidak rabun langsung.
“Penyebabnya ialah jangkitan dari bakteria “Bartonella Henselae” yang dipindahkan dari cakaran, gigitan mahupun dari air liur kucing yang dijangkiti.
“Keadaan yang kronik dan lambat dikesan akan mengakibatkan kehilangan penglihatan. Situasi ini di mana diska optik akan mengalami edema kronik dan boleh merebak ke kawasan makula di mana kawasan penglihatan terang akan terjejas,” jelasnya.
Tambahnya lagi, jika terkena masalah ini rawatan antibiotik akan diberikan segera untuk menghentikan jangkitan.
“Jika dapat dikesan lebih awal,penglihatan boleh diselamatkan. Tetapi jika terlambat jangkitan yang merebak akan meninggalkan parut kekal pada retina.
“Apa optometris akan lakukan jika seseorang pesakit mengalami tanda tanda cat scratch disease ini?
“Biasaya saringan awal akuiti visual menunjukkan penurunan penglihatan,ujian warna gagal dan pemeriksaan refleks mata adalah RAPD Positive menunjukkan ada gangguan berlaku di retina/saraf
“Dengan melakukan pemeriksaan Fundus Photo serta ujian saringan makula dapat mengesan perubahan yang berlaku di belakang mata. Serta dapat tahu berapa peratus kawasan penglihatan yang terjejas.
“Setelah itu, rujukan segera dilakukan ke Oftalmologis memandangkan rawatan antibiotik dan ujian fluorescein angiography hanya boleh dilakukan di hospital yang mempunyai oftalmologis,” tambah lagi.
Walau bagaimanapun prognosis / jangkaan pulih antibiotik bergantung pada tahap severe.
Ini kerana antibiotik hanya bertindak menghadkan tindakbalas bakteria sahaja / merencatkan disebabkan “self limiting”. Beliau juga turut memberi peringatan kepada ibu bapa dan wanita hamil.
“Manakala untuk ibu bapa, perhatikan jika anak anak terkena cakaran kucing,terutamanya jenis kucing terbiar dan terdedah dengan pelbagai penyakit.
“Kepada ibu mengandung pula,sila jauhi kucing/ najis kucing kerana anda terdedah dengan jangkitan parasit kucing toxoplasma gondii yang boleh menjangkiti pada mata bayi, dan memberi kesan parut yang merebak pada retina. Dan risiko hilang penglihatan,” katanya lagi memberitahu kesan bahaya yang akan dialami.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.