Seperti yang kita tahu, limbu nipis bukan saja penyedap jika dicampur dengan sambal, tetapi juga banyak khasiat lain yang tersembunyi di sebalik buah warna hijau ini.
Jika diamalkan secara konsisten tidak hairanlah anda akan nampak hasilnya nanti.
Seperti perkongsian Tanya Doktor Syid tentang khasiat limau nipis ini, terutama ia boleh membantu kita untuk kurus.
Antara Kebaikan Air Limau Nipis:
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air.
Air melaraskan suhu badan disamping membawa nutrien dan oksigen ke sel serta menghapuskan sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Tidak gemar minum air kosong? Cuba campurkan air anda bersama buah sitrus seperti limau nipis, kasturi atau lemon.
Kredit Foto: Pexel.com
Limau nipis mengandungi sumber vitamin A, B, C dan D, kalsium, zat besi, potassium, magnesium, fosforus dan zink. Ia juga kaya dengan flavonoids yang sangat baik untuk kesihatan salur darah.
Ads
1. Tingkatkan Sistem Imun
Anti oksidan membantu melindungi badan dari kerosakan badan dan mengelakkan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes, tinggi kolesterol dan darah tinggi. Juga mempunyai flavonoids yang boleh membunuh bakteria dan mengelakkan jangkitan.
2. Kurangkan Risiko Penyakit Jantung
Limau nipis mengandungi kandungan magnesium dan potassium yang baik untuk kesihatan jantung. Ia juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi penyumbang utama kepada serangan jantung.
3. Mencantikkan Kulit
Kaya dengan vitamin C yang boleh menguatkan struktur kolagen dan membantu penghasilan kolagen dalam badan. Ini kerana, badan akan kehilangan 1.5 peratus kolagen bermula umur 25 tahun.
Gambar sekadar hiasan.
4. Dapat Aatasi Keradangan
Mampu atasi keradangan yang menjadi punca penyakit zaman moden. Antaranya seperti penyakit sendi. Kajian juga mendapati individu yang kurang vitamin C mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mengalami sakit sendi (arthritis). Bukan sahaja membantu mengurangkan kemerosotan sendi, tapi baik untuk menurunkan kandungan asid urik dalam badan.
Ads
5. Bantu Penghadaman
Kandungan flavonoid di dalam limau nipis dapat merangsang penghasilan enzim penghadaman. Sebaiknya amalkan air limau nipis sebelum makan. Juga boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai masalah asid reflux. Disyorkan mengambil 2 sudu teh perahan limau nipis bersama air kosong setengah jam sebelum makan.
Gambar sekadar hiasan.
6. Rendah Indeks Glisemik (GI)
Kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah membantu untuk melambatkan penyerapan gula (karbohidrat) di dalam badan. Kawalan gula darah akan bertambah baik terutamanya bagi penghidap Diabetes. Bukan itu sahaja, ia membantu menurunkan rintangan insulin, punca utama penyakit Diabetes.
7. Elak Batu Karang
Juga boleh mengurangkan urik asid dan mengurangkan risiko terbentuknya sesetengah jenis batu karang.
Ads
8. Langsingkan Badan
Limau nipis dapat meningkatkan metabolisma badan terutamanya jika diambil pada waktu pagi. Vitamin C di dalam limau nipis juga membantu meningkatkan pembakaran lemak di dalam badan. Pengambilan air limau nipis sebelum senaman dapat membakar lemak 30% lebih banyak berbanding individu yang tidak mengambil air tersebut.
Lebih elok lika perah 2-3 limau nipis ke dalam air kosong tanpa gula. Disyorkan minum sebelum waktu makan.
Sekarang ini musim durian tengah rancak berjalan walaupun kita berada dalam situasi pandemik Covid-19.
Di sana-sini kita lihat orang menjual durian dengan menawarkan pelbagai harga menarik mengikut jenis.
Oleh kerana durian ini bermusim, jadi ramai yang tolak tepi bab kesihatan kerana tidak mahu terlepas merasai kenakan durian dijual.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu manfaat durian dan dalam masa sama kesan bila makan dalam kuantiti banyak pada kesihatan.
Tapi ingat, ia boleh jadi penawar ia juga boleh jadi racun.
Antara manfaat dan khasiat durian adalah:
Sifar kolesterol dan tinggi lemak tak tepu(lemak baik) – Kolesterol boleh menyebabkan jantung tersumbat dan durian bebas dari kolesterol.
Lemak tak tepu baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Tinggi Anti oksidan – Anti oksidan dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser.
Kaya folic acid dan folate – Bagi mereka yang mempunyai masalah kurang darah(anemia) sangat sesuai untuk penghasilan sel darah merah.
Tinggi serat dan fiber – Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit kerana ia boleh melancarkan sistem penghadaman.
Mengandungi Tryptophan – Ia merupakan bahan untuk penghasilan serotonin dan melatonin. Membantu bagi mereka yang mempunyai masalah tidur(insomnia),kemurungan dan dapat mengurangkan stress.
Namun begitu, ia akan jadi racun jika diambil berlebihan.
Pakar nutrisi menasihatkan hanya 100gm atau 2 #ULASKECIL durian setiap hidangan.
Antara mudarat jika diambil berlebihan:
Tinggi kalori – Kalori yang tinggi akan menyebabkan kegemukkan.
Tinggi kandungan gula – Bahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai kencing manis dan masalah buah pinggang.
Gastrik – Ia akan membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam dan menyebabkan perut kurang selesa dan keradangan perut.
Badan jadi panas – Tindakbalas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa.
Makin nipis – Yang paling mudarat bila dibeli dengan kuantiti yang banyak,poket kalian akan makin menipis
#SHARE info berguna pada orang ramai sebab masih ramai yang tak tahu berapa kuantiti durian yang sepatutnya dimakan. Dr. Ahmad Samhan
Kena pandai cari roti mesra diet kalau nak kurus! Ya, aspek pengambilan kalori perlu diberi perhatian jika mahu nampa kesan yang cepat.
Antara makanan yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kalori adalah hidangan berkarbohidrat seperti roti.
Pilih Roti Mesra Diet
Melalui satu hantaran di laman Instagram oleh HKT Original HQ, ada dikongsikan beberapa jenis roti yang mesra diet serta roti yang perlu dielakkan.
Ayuh kita lihat!
1) Roti putih
Jenis roti ini perlu dielakkan sama sekali bagi mereka yang sedang berdiet, ia berikutan kandungan indeks glisemik (GI) serta gula yang tinggi.
Untuk makluman, indeks glisemik merujuk kepada ukuran kandungan karbohidrat di dalam makanan yang berupaya meningkatkan glukosa darah.
Antara keburukan lain makan roti putih adalah anda cepat berasa lapar walau dalam masa sejam selepas roti dijamah, boleh menyebabkan anda terbabas dalam usaha mengawal pengambilan kalori.
2) Roti mil penuh (wholemeal)
Roti ini sangat disarankan untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan, dengan indeks glisemik berada pada paras ideal iaitu 55.
Sekali makan boleh kenyang sampai petang, barulah perut tidak meronta-ronta minta diisi.
Selalunya kita hanya guna garam putih untuk menambah perasa dalam setiap masakan. Tak lengkap jika tidak diletakkan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Tetapi apa pula fungsi garam hitam untuk kesihatan. Ramai yang tak tahu khasiatnya dan ini rupanya antara manfaat boleh kita peroleh, terutama bagi merawat begok dan sesiapa yang alami anemia.
1. Membantu Masalah Pencernaan
Jika anda sering mengalami masalah ketidakselesaan pada perut, anda boleh mengamalkan pengambilan garam hitam ini.
Ini kerana garam hitam mengandungi sebatian sulfur yang mampu membantu menyelesaikan masalah itu.
Garam hitam ini akan bertindak sebagai perangsang pencernaan yang mengimbangi pengeluaran asid di dalam perut, mengurangkan komplikasi pencernaan, dan mencegah ulser.
2. Merawat Begok
Garam hitam mengandungi sodium iaitu zat yang bertindak aktif dalam mengurangkan dan merawat begok.
3. Mengawal Tekanan Darah
Garam hitam berbeza daripada garam biasa dari segi nutrisinya. Garam hitam memiliki kandungan natrium yang rendah di mana ia mampu mengawal masalah tekanan darah seseorang.
4. Mengubati Anemia
Kepada anda yang menghidapi anemia, boleh gantikan garam biasa kepada garam hitam. Ini disebabkan garam hitam mengandungi zat besi yang tinggi. Justeru dapat merawat penyakit anemia.
5. Melegakan Ketegangan Otot
Anda boleh mengunakan garam hitam ini ketika mengalami ketegangan otot.
Kandungan kalium dalam garam hitam dapat mengekalkan elektrolit dalam badan. Justeru. Ia dapat melegakan ketegangan otot yang kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan mineral dalam badan.