Bagaimana kita tahu waktu yang sesuai untuk mengawal pengambilan makanan? Sebenarnya ‘loceng’ itu akan berbunyi apabila badan sudah memberi tanda cepat letih, tidak bermaya dan sering diundang rasa malas.
Bukan mudah untuk terus memotong atau membuang terus tabita pemakanan harian. Cara yang betul adalah memotong kandungan kalori yang biasa diambil.
Ditambah pula dengan senaman untuk mendapat keputusan yang benar-benar berkesan.
1. Tukar jus oren & ambil buah oren
Segelas jus oren mengandungi sedikit sari buah dan tidak mempunyai fiber daripada oren. Manakala jika makan sebiji buah keseluruhan nutrisi buah dapat dinikmati.
2. Ayam goreng kepada ayam tumis
Ayam ditumis dengan sedikit minyak lebih sihat daripada ayam bergoreng dalam minyak yang banyak. Bagi menambah rasa, tumis sekali sayur-sayuran pelbagai warna. Tentu enak dan menyelerakan.
IKLAN
3. Beli produk tempatan berbanding produk luar negara
Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar basah atau kedai runcit lebih segar berbanding dengan produk import. Produk segar daripada lading lebih kaya khasiat dan vitamin serta mineralnya.
4. Tukar ini popsicle & ambil ini anggur sejuk beku
Makan anggur yang telah disejuk beku boleh membantu mengurangkan kalori jika disbanding dengan popsicle. Ditambah pula dengan kandungan gula semulajadi anggur!
5. Beras putih kepada beras perang
Beras perang mengandungi kurang kanji berbanding beras putih. Mengawal pengambilan nasi boleh membantu mengurangkan berat badan.
IKLAN
6. Mentega kepada uah avokado
Jika sudah biasa menggunakan mentega sebagai lepa di atas roti cuba ubah menggunakan buah avakado. Pasti lebih sihat dan yang penting tidak mengandungi lemak.
7. Telur goreng kepada telur rebus
Bagi melengkapkan sarapan yang penuh khasiat ambil telur rebus bagi menikmati khasiat protein. Telur goreng? Cuba elak mengambil minyak di pagi hari.
Ada yang kata punca ketumbit ini disebabkan suka mengintai orang mandi tetapi sebenarnya benjolan bahagian kelopak mata ini berkait mekap yang anda suka pakai.
Jika ketumbit ini muncul pada hari tidak dijangka, akan menyebabkan mood jadi tidak ketahuan. Lebih-lebih lagi jika ada perkara penting perlu dibuat pada hari kejadian.
Ini Punca Ketumbit, Pakar Nasihat Basuh Bulu Mata Jika Kerap Pakai Eyeliner!
Segan sangat kalau ada ketumbit, sebab obvious sangat dekat mata. Pastu akan kena ejek sebab intai orang mandi. Padahal ini cumalah mitos!
Apa punca ketumbit terjadi?
Ketumbit dalam istilah Melayu bermaksud pembengkakan atau pembentukan biji pada kelopak mata.
Dalam istilah perubatan, dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu hordeolum (stye) dan chalazion.
1- Hordeolum aka Stye
Terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman (stap aureus) pada kawasan kelenjar folikel mata.
a. Hordeolum luaran: jangkitan pada kelenjar of zeis
b. Hordeolum dalaman: jangkitan pada kelenjar Meibomian
Gejala:
– Sakit dan bengkak kemerahan pada kelopak mata
2- Chalazion
Terjadi disebabkan oleh kelenjar dibahagian kelopak mata yang tersumbat.
Gejala:
-Biji pada kelopak mata
-Tidak sakit dan tidak kemerahan
Basuh Bulu Mata Jika Kerap Pakai Eyeliner
Apakah rawatan untuk ketumbit?
Secara keseluruhannya, rawatan untuk kedua-dua gejala ini adalah lebih kurang sama iaitu:
1. Lid hygiene
Sentiasa basuh bulu mata terutamanya kalau korang kerap memakai eyeliner.
2. Warm compression
Ambil sudu atau tuala kecil yang telah direndam air suam dan letakkan pada bahagian kelopak mata.
3. Ubat titis
Bergantung kepada pemeriksaan doktor, sama ada perlu atau tidak.
Kalau bengkak tak sembuh selepas 2 minggu, segera berjumpa dengan doktor pakar mata untuk rawatan selanjutnya.
Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Rawat Mata Ketumbit, Guna 4 Bahan
Namun menurut Dr Azlindarita Aisyah yang merupakan Pakar Oftalmologi, mata ketumbit ini terjadi akibat bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat beberapa perkara.
Sekiranya anda mengalaminya, bolehlah ikuti cara merawat mata ketumbit menggunakan empat bahan sebagaimana yang dikongsikan Dr Azlindarita Aisyah menerusi laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia.
1. Bersihkan kelopak mata
2. Ambil air suam & sudu besi
3. Celupkan sudu
4. Rasakan kepanasan sudu dahulu
5. Tuamkan sudu pada kelopak mata
6. Masukkan ubat antibiotik ke dalam mata
7. Pegang kelopak mata 30 saat supaya ubat meresap masuk
Hah, itu saja caranya. Semoga bermanfaat dan dapat mengurangkan anda yang selalu kena ketumbit.
Kalau nak tahu, pilih baju raya pun kena ada tipnya. Barulah nampak slim dan tersarung kemas di badan.
Tak nampak macam pakai baju orang dan saiznya akan ‘ngam’ elok jika ikut tip ini.
Tip Pilih Baju Raya Ikut Bentuk Badan
Rupanya bentuk badan kita pun menentukan cutting baju kurung apa yang sesuai kita nak pakai. Jadi anda boleh hadam awal-awal sebelum membeli, tak ada lah rasa tak puas hati bila pakai di pagi raya.
Jom ketahui baju kurung apa yang patut anda pakai untuk tahun ini bagi nampak cun dan selesa bila pergi beraya.
KURUNG PAHANG
•Kurung Pahang akan kembang di bahagian bawah.
• Badan yang kurus dan tinggi akan nampak lebih menarik.
• Tidak sesuai untuk bentuk badan berisi dan rendah, nanti nampak lagi gemuk.
PESAK GANTUNG
• Untuk badan yang rendah dan memiliki perut buncit.
• Pesak gantung kembang lebih sedikit berbanding Kurung Pahang.
• Bagi impak langsing pada pemilik perut buncit.
CUTTING DUYUNG
• Sesuai untuk bentuk badan epal, hourglass, lurus dan chubby.
• Tak sesuai kalau bahagian bawah badan besar.
• Cutting ni beri keseimbangan pada bahagian bawah.
CORAK SEPADAN
Sangat sesuai untuk yang bertubuh rendah dan kecil.
• Memberi ilusi tinggi kepada pemakai.
• Cutting baju tidak terlalu besar, dan labuh di paras atas lutut.
DART DEPAN
• Untuk yang berpunggung besar tapi ukuran dada lebih kecil.
• Sesuai untuk pemilik perut leper.
DART BELAKANG
• Untuk pemakai yang ukuran dada nya lebih besar tapi punggung leper.
Hah, selepas ini pastikan anda beli baju kurung yang sesuai ikut tip ini ya! Mesti nampak ‘wow’ di pagi raya.
Tetapi kalau anda masih tak tahu nak cari di mana baju yang cantik dan sesuai, cuba tengok pilihan di Butik Icahfa.
Antara pilihan yang ada untuk tahun ini adalah Permahsuri kebaya, Batik Maya, Ratu riau kurung, Sarimah sulam, Lekuk klasik, Balqis kebaya dan Tradisional Kurung.
Banyak Pilihan Warna Menarik
Jangan risau, memang ada banyak pilihan warna yang menarik macam merah, kuning, olive green, royal blue, lilac, sage green, dan banyak lagi. Eh, warna tema tahun 2024 iaitu burnt orange/brickpun ada, tau! Dan setiap koleksi ada paling kurang 7 warna.
Tak perlu risau dengan cuaca panas sebab material cotton yang diguna sangat selesa dipakai. Yang nak nampak lagi berseri, boleh pilih yang dihias dengan diamond.
Owh ya, cutting memang sedap dipakai! Jadi tak perlu risau kalau anda beli secara online pun, tak payah alter. Pasti terletak elok di tubuh badan.
Agak-agak rasa berkenan, boleh cuci mata melalui online atau terus ke butiknya yang ada di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Terengganu.
Tidak dinafikan, sekarang ini kita berdepan dengan cuaca panas yang mana ada kalanya suhu mencecah 40 darjah celcius.
Keadaan ini akan menyebabkan kulit kita mudah terdedah kepada cahaya matahari dan menyebabkan jadi kering. Jika tidak dijaga sebaiknya boleh jadi kusam dan tidak bermaya.
Justeru, bagi mengekalkan kecantikan dan kelembapan kulit perlu merawat kulit dengan teliti dan jangan sekali diabaikan.
Tak perlu melakukan rawatan yang mahal di salon kecantikan cukup dengan ritual yang sederhana dan yang pasti kena konsisten.
Lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih. Kadar tersebut menunjukkan berapa efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra.
SERUM
Memang elok tidak pernah tinggal rutin menyapu krim pelembap setiap malam sebelum tidur. Namun, kini sudah tiba masa menukar rutin harian itu. Sapu serum sebelum tidur demi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul lebih kecil lantas menyalur nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap.
Bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit kering serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur. Kulit terasa lebih anjal dan segar dengan berkeyakinan.
CUCI TANGAN
Dalam situasi sekarang kebersihan tangan sangat penting bagi membina benteng kepada tubuh untuk mencegah virus COVID-19. Jangan lalai dan mengabaikan sikap membersihkan tangan walau di mana sahaja berada. Selain membenarkan kuman dan bakteria jahat masuk ke dalam tubuh, tangan yang tidak bersih juga jika disentuh ke kulit wajah boleh menyebabkan jerawat. Gunakan hand sanitizer untuk membantu mengusir kuman dan bakteria. Sebaik-baiknya guna sabun untuk membersihkan tangan.
BEDAK ASAS
Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bedak asas yang datang dalam bentuk krim boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita asia.
Ini merupakan salah satu produk yang wajib ada untuk semua wanita. Kesibukan kerja pejabat ditambah pula dengan urusan rumah tangga membuatkan ramai wanita tidak mempunyai tidur yang cukup apatah lagi mendapatkan tidur yang berkualiti. Lingkaran kulit bawah mata sangat sensitif dan ditambah pula sering terdedah kepada cahaya matahari. Krim mata merupakan magis kepada setiap wanita bagi menyingkirkan lingkaran gelap di bawah dan paling penting mengelakkan kedutan atau garis halus di bawah mata.
Kita sering mendengar perkataan body butter tetapi tidak tahu apakah fungsi sebenarnya. Body butter adalah pelembap yang tidak mengandungi air dan jadi item cantik wajib dibawa dalam beg tangan . Pelembap jenis ini diadun antara minyak, butter (lemak padat) atau lilin. Oleh kerana tidak mengandungi air, body butter lebih likat dan umpama minyak yang membeku.
Wanita yang mempunyai kulit normal paling sesuai menggunakan body butter ini. Butter memberi sensasi kilau kepada kulit. Butter bukan solusi terbaik buat mereka yang mempunyai kulit kering kerana tiada kandungan air yang boleh membantu melembapkan kulit.
TEH HIJAU
Peminat teh pasti tahu ada berbagai jenis teh boleh diminum. Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoks tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit. Kandungan antioksida tinggi pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.
EKSFOLIASI KULIT
Regenerasi kulit berlaku 14 hingga 28 hari sekali namun apabila kulit terlalu terdedah kepada cahaya matahari, cuaca tidak menentu dan berbagai bahan kimia, proses regenerasi menjadi tidak optimal dan perlu dirangsang dengan eksfoliasi. Eksfoliasi berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati yang tertinggal lantas menghasilkan kulit wajah lebih cerah dan lembut.
Penjagaan lebih mudah kini kerana terdapat produk yang membantu eksfoliasi. Pilih gel khusus untuk eksfoliasi agar selesa dan bersesuaian dengan kulit. Gosok lembut ke wajah dan bilas dengan air bersih sehingga sempurna. Boleh juga menggunakan bahan yang terdapat di dapur seperti kombinasi gula pasir dan madu. Campur satu sudu gula pasir dengan dua sudu madu. Sapu ke seluruh wajah dan setelah rata urut secara perlahan-lahan. Bilas dengan air bersih.
PELEMBAP BIBIR
Jika bibir kering dan pecah-pecah pasti mengganggu mood seharian. Kurang minum air dan cuaca sejuk melampau menjadikan bibir kering dan mengelupas. Cara paling mudah untuk memelihara bibir kering adalah pelembap bibir. Jika memilih pelembap bibir yang mengandungi perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB adalah suatu bonus.
MINUM AIR SECUKUPNYA
Bila kulit wajah dan kulit bibir sudah mula mengering, cuba periksa minuman yang sering diambil. Adakah anda melebihkan kafein, air bergula atau minuman karbonat setiap hari berbanding air kosong? Jika minuman ini menjadi pilihan sukar untuk membantu mengatasi masalah kulit kering dan mengelupas. Apa yang perlu dilakukan adalah minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari.
KRIM CC
Color Correcting atau Complexion Corrector, lebih dikenali sebagai krim CC berfungsi untuk menyamarkan tona kulit wajah, melindungi kemerahan kulit dan menutup pigmentasi. Krim CC ini lebih sesuai digunakan oleh wanita matang kerana ia berupaya menutup permasalahan kulit wajah seperti tona kulit tidak sekata, garis-garis halus, kedut dan iritasi. Sifat krim CC yang kalis air dengan struktur rangkaian kukuh iaitu dibentuk oleh molekul yang tinggi membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.
Keistimewaan krim CC ini tidak menimbulkan kesan terlalu tebal, amat sekata pada kulit dan mudah menyerap ke liang sebum. Pada masa yang sama ia meresap pantulan daripada cahaya matahari untuk tona kulit semula jadi tanpa kesan minyak.