Lain orang lain cara dietnya. Tidak kisah guna method apa, janji misi untuk mendapatkan berat badan ideal tercapai
Seperti perkongsian gadis ini Norhidayah Rosdi yang berjaya turunkan berat 26 kg dalam masa 9 bulan.
Jika raya tahun lalu beratnya adalah sekitar 90++ kg pada ketinggian 165 cm dan lepas setahun mengamalkan diet cara Intermittent Fasting (IF) dia berjaya mencapai berat 64 kg pada raya tahun ini.
Bertambah gembira raya kali ini apabila dapat memakai baju raya dengan berat normal. Menurutnya dia cuba lakukan diet IF ini selama 16 jam dan ada kalanya sehingga 28 jam.
Selain itu dia turut lakukan senaman untuk bantu mempercepatkan proses menurunkan berat badan. Dan misinya kali ini mahu melakukan puasa enam dan berjaya mencapai berat 55 kg.
Selamat Hari Raya Alhamdulillah, tahun ni dapat berbaju raya dengan berat badan normal.
Mula Ogos 2020- 90kg May 2021- 64kg Tinggi 165cm
Cik dayah buat diet If ini bermula dari 16 jam sampailah ke omad..kadang-kadang itu ada jugak terlajak sampai 28jam macamtu. Kalau nak turun cepat berat badan memang kena jogging buat senaman..kalau hujan ke apa..cik naik turun tangga je kat rumah.
Tipula tak pernah jatuh dan naik bila buat IF ini..bila timbang nampak naik berat badan je terus gi group diet IF ini ambil tips semangat balik dari kawan-kawan yang berjaya dalam group If ini.
Ads
Apa-apa kena sentiasa usaha dan istiqomah..kalau orang lain boleh buat kita pun boleh buat.
Okla lepas raya ini nak sambung buat puasa 6 pulak..hehe tak capai target lagi ni..kalau boleh nak sampai 55kg
Akhir kata, Cik Dayah nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan IF yg sentiasa post-post yang memberikan kata-kata semangat..Dan cik doakan rakan-rakan diet IF dalam group ini berjaya capai berat badan yang diimpikan & sihat selalu.
Kopi sebenarnya mempunyai tahap antioksidan yang sangat baik yang boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu (termasuk beberapa penyakit seperti penyakit jantung dan barah). Namun, untuk PCOS, kopi antara minuman yang kurang baik untuk dijadikan minuman harian kerana: ⠀
Pengambilan yang berlebihan mungkin dikaitkan dengan risiko keguguran – Sekiranya anda hamil, anda harus mengehadkan pengambilan kafein hingga 200 mg sahaja sehari bersamaan dengan 2 cawan sehari.
Boleh memburukkan masalah adrenal- Pengambilan kafein boleh meningkatkan hormon kortisol serta boleh memburukkan lagi rintangan insulin dan meningkatkan gula dalam darah. Ia juga dapat meningkatkan masalah ‘anxiety’ anda.
Dapat meningkatkan kadar estrogen dalam badan dan menjadi dominan – Hormon estrogen yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan anda mengalami pendarahan haid yang berlebihan, mood yang tidak stabil dan sakit kepala.
Boleh mengganggu tidur anda – PCOS memang mudah mengalami masalah kesukaran untuk tidur, ditambah pula dengan minuman berkafein, ianya lagi boleh menyukarkan anda untuk tidur kerana minuman berkafein boleh mengurangkan hormon melatonin anda iaitu hormon tidur!
Boleh memburukkan lagi masalah pedih ulu hati (atau GERD) kerana kafein boleh meningkatkan acid perut anda.
Kesimpulannya, pengambilan kopi untuk PCOS banyak buruknya dari baik. Jadi, saya mengesyorkan satu cawan sehari sebanyak 50mg, atau kurang atau lebih baik tinggalkan kopi dan gantikan dengan teh herba.
Saya tahu ia agak mengecewakan bagi penggemar kopi, tetapi korbankanlah sedikit kesukaan anda untuk mendapat hormon yang lebih stabil dan badan yang lebih sihat!
Mendaki gunung sudah menjadi trend aktiviti riadah yang popular. Tiada kekangan gender atau usia dalam melakukan aktiviti sukan lasak ini.
Jika dahulu mendaki gunung hanya dilakukan oleh segelintir masyarakat tetapi kini ramai yang sudah mula menunjukkan minat.
Namun, masalah mula melanda apabila mereka yang baru (beginner) berjinak-jinak untuk mendaki ini tidak melakukan persiapan yang sempurna. Ya, persediaan fizikal adalah sangat penting untuk memulakan sebuah pendakian.
Tips senaman atau sukan yang boleh dilakukan sebagai persiapan sebelum mendaki gunung.
Kardio adalah senaman yang paling penting dilakukan sebagai persediaan sebelum mendaki gunung. Senaman kardio bukan sahaja boleh membantu membakar lemak di tubuh tetapi boleh memperbaiki sistem paru-paru, melatih otot jantung dan melancarkan peredaran darah. Jika dilakukan dengan betul, sistem pernafasan akan lebih teratur dan tubuh menjadi ringan untuk mendaki gunung. Antara yang boleh dilakukan adalah;
Jogging adalah senaman kardio yang paling mudah dan penting untuk dilakukan. Ini kerana dengan joging dapat memperkuatkan otot kaki dan menyediakan otot kaki ini dalam ekspedisi pendakian. Otot kaki menjadi kuat dan tidak cepat letih. Jika otot kaki tidak dilatih sejak awal pasti sukar untuk meneruskan pendakian lebih-lebih lagi jika melalui jalan yang sukar dan mencabar.
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum ekspedisi pendakian sudah mula joging setiap hari. Jika tidak pagi cuba joging di waktu petang atau malam. Namun, tips yang perlu dilakukan adalah setiap hari jarak yang ditempuh mesti bertambah setiap hari. Buat permulaan cuba sasarkan jarak larian sejauh 500 meter. Hari demi hari tambah jarak larian sehingga sekurang-kurangnya 800 meter. Pasti otot menjadi kuat dan bersedia untuk memulakan pendakian.
Selang empat hari sekali boleh diselang-selikan berbasikal dengan joging. Sebagai permulaan mungkin boleh berbasikal sekitar kawasan perumahan atau taman yang berdekatan. Tetapi, untuk sesi yang berikutnya cuba mengayuh basikal di kawasan yang berbukit. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan membiasakan kaki untuk melalui kawasan yang berbukit atau mendaki bukit. Memang jika ingin mendaki memerlukan aktiviti memanjat bukan?
Melakukan senaman kardio memang sudah memberi penyediaan kepada otot kaki dan tubuh untuk melakukan aktiviti pendakian. Namun, pasti akan lebih baik sekiranya melakukan latihan ringan lain agar dapat menguatkan otot kaki dan juga tubuh secara keseluruhan.
Fokus utama ketika mendaki dan menuruni gunung bukan hanya pada kekuatan otot kaki dan stamina semata-mata. Kekuatan kaki yang berjalan pada jalan, seperti tanah, batu dan pasir perlu dikuasai. Jika sudah mempunyai kekuatan ini, apa sahaja cabaran ketika mendaku pasti dapat ditempuhi.
Latihan turun naik tangga ini jika dijadikan sebagai rutin harian di rumah atau di pejabat boleh menguatkan otot kaki. Apatah lagi jika selepas berjoging, melakukan latihan turun naik tangga ini. Lakukan selama 10 minit setiap hari.
Kemantapan kaki dan kekuatan otot paha juga boleh dilakukan dengan latihan squat jumps. Bila waktu yang sesuai dilakukan latihan ini. Sebaik sahaja selepas berjogging cuba lakukan lompatan ini. Jika dilakukan dengan konsisten pasti dapat memiliki otot paha yang lebih kuat. Tips, selepas selesai 1 set squat jumps rehat selama 10 saat untuk set yang seterusnya. Boleh lakukan sebanyak empat set.
Ketika mendaki bukan sahaja memerlukan kekuatan otot kaki malah mendambakan kekuatan otot tangan. Kekuatan otot tangan juga perlu dilatih untuk menyeimbangkan diri dan membantu memanjat atau merangkak ketika menempuhi sasaran untuk ke puncak. Latihan push up secara rutin setiap hari boleh membantu dan menjadi salah satu alternatif untuk menguatkan otot tangan. Selepas jogging atau mengayuh basikal lakukan latihan push up ini. Jangan memaksa diri melakukan di luar kemampuan. Lakukan perlahan-lahan dan mengikut kemampuan. Apabila sudah biasa mungkin hanya dengan satu tangan pun boleh melakukan push up.
Mendaki gunung bukan membawa diri semata-mata. Perlu menggalas beg untuk membawa makanan atau apa sahaja keperluan di puncak gunung. Oleh itu, persediaan bahagian belakang juga perlu diperkuatkan. Latihan tambahan diperlukan untuk memperkuatakan bahagian belakang iaitu back up.
Pernafasan yang lancar dan teratur sangat penting ketika mendaki. Ini kerana berjalan dengan jarak yang jauh, membawa beban yang berat dan jalan yang mencabar pasti membuat nafas kencang dan tidak teratur. Itu belum lagi termasuk perbezaan tekanan udara yang berbeza ketika di awal pendakian sehingga ke puncak.
Cara yang paling baik dilakukan adalah dengan latihan pernafasan. Senaman pernafasan yang paling mudah adalah dengan aerobik. Cukup hanya dilakukan tiga kali seminggu untuk membantu pernafasan yang teratur.
Satu lagi cara yang membantu pernafasan yang teratur adalah dengan berenang. Berenang selama dua kali seminggu bukan sahaja membantu latihan pernafasan malah boleh membantu menguatkan otot kaki dan juga tangan.
Kebaikan mendaki gunung salah satunya adalah dapat meningkatkan dan menjaga kesihatan jantung dan paru-paru. Perjalanan mendaki sambil membawa beban akan mengepam jantung dengan lebih cepat dan memberi beban kepada paru-paru lebih daripada biasa.
Keadaan alam sekitar yang ekstrim, cuaca yang sejuk di atas pergunungan dan kekangan makanan yang terbatas melatih daya tahan tubuh. Pendaki gunung biasanya boleh membentuk diri keluar daripada zon selesa. Itu yang membuatkan pendaki gunung mempunyai daya tahan yang kuat untuk melawan cabaran dunia yang sebenar.
Mendaki gunung juga boleh membantu meningkatkan daya ingatan seseorang kerana mendaki gunung tergolong dalam sukan yang santai. Lingkungan ahli kumpulan yang pelbagai menemukan pengalaman baru dan meningkatkan perasaan yang riang gembira.
Jika berkesempatan cuba bersenam atau bersukan seawal pukul 4 pagi kerana untuk membiasakan tubuh pada cuaca yang sejuk. Ini kerana jika terpaksa bermalam di kawasan puncak biasanya udara sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang.
Ramai memuji dan terpesona dengan personaliti media sosial, Maryam You Narae yang merupakan isteri kepada Ryzal Ibrahim. Bersih cantik kulit wajahnya tanpa perlu memakai mekap yang tebal.
Malahan penampilan Maryam yang begitu sopan dalam busana jubah dan bertudung litup telah membuatkan mata yang memandang tak jemu dengan keayuan gadis berketurunan Korea itu.
Perempun kadang tak cukup masa untuk bersiap, especially kalau kita nak kulit cantik waktu-waktu nak kejar masa. Dengan nak siapkan anak-anak lagi.
Tetapi tak apa, Maryam pernah kongsi tips untuk cantikkan kulit pada saat-saat kecemasan dengan rutin mudah. Jadi mungkin cara ini membantu anda yang mengidam nak kulit cantik.
Pastikan anda cuci muka dengan cara double cleansing, pakai serum yang sesuai dan jangan sesekali lupa sapu pelembap ikut jenis kulit anda. Dan akhir sekali lindungi kulit dengan sunscreen!
Cara ini pasti ringankan muka walau banyak langkah, yang penting boleh bawa keluar tanpa mekap yang tebal. Nak capai tahap flawless pun boleh, asalkan konsisten pakai skincare.
Kalau tengok ruangan komen Insta miliknya, ramai yang rasa terhibur melihat gelagat Maryam dan tidak kurang juga yang memuji kesopanan dan keanggunan Maryam ketika mengenakan busana patuh syariah itu.
Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.