Kalau anda nak belajar cara perap ayam atau ikan versi diet untuk seminggu, ini paling senang! Cukup sesuai sangat untuk anda yang jenis sibuk dengan anak kecil.
Semua ini anda tinggal pilih nak masak cara mana, rebus, panggang atau campak sahaja dalam AF tunggu masak. Menurut Puan Fafae Mimie, terus boleh makan menu sihat jaga kalori.
Okay, anda boleh perap siap-siap, nanti nak masak boleh guna cara: grill atau rebus sampai air kering. Tetapi nak guna airfryer atau kukus pun boleh.
Simpan semua dalam freezer sahaja, nak masak esok, sebelum tidur keluarkan 1 letak kat chiller. Esok dah lembut, boleh masak.
Jadi tak susah pun nak diet, bukan? Nanti anda boleh siap-sipa simpan dalam peti dan tinggal nak masak sahaja. Mudah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belum pun selesai pemberian vaksin dos pertama dan kedua, kerajaan kini menimbangkan pula pemberian dos ketiga tidak lama lagi.
Bagaimanapun, untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 ini selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan suntikan dos ‘penggalak’ itu akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.
Menurutnya, ia meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dengan komorbiditi, serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.
Katanya, suntikan dos ketiga tersebut dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.
Ketika ini, beberapa negara termasuk ASEAN sudah mula memberi suntikan dos ketiga vaksin Covid-19, antaranya Singapura, Indonesia dan Thailand, dengan keutamaan kepada golongan berisiko seperti petugas barisan hadapan serta kumpulan rentan.
Sementara itu, menurut Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Selangor, Dr Malar Santhi Santherasegapan antara fakta tentang dos ketiga adalah;
1. Dos penggalak (dos ketiga) mungkin diperlukan untuk memanjangkan tempoh perlindungan. Ini kerana jika diamati tempoh pandemik ini nampaknya tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat. Jadi, atas alasan itu kita mungkin memerlukan dos penggalak tersebut.
2. Tidak bermaksud pemberian dos penggalak itu terus-menerus akan memberhentikan jangkitan kali kedua ataupun mengesahkan 100 peratus seseorang itu langsung tidak dijangkiti termasuk varian mutasi seumur hidup mereka.
3. Dos penggalak bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih tinggi dan lebih panjang.
4. Berkisar mengenai vaksin Covid-19, tiada tempoh jaminan perlindungan yang dapat diberikan kerana kita masih belum mempunyai sebarang data tepat.
5. Secara saintifiknya (pemahaman biologi), apabila dos penggalak diberikan, perlindungan itu akan lebih tinggi dan lebih lama tempohnya supaya kita dapat redakan penularan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.
Untuk tujuan keselamatan, semua pengimport mentega kacang JIF digesa menarik balik produk berkenaan dari pasaran.
Pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) mendedahkan produk berkenaan merupakan barangan import ke negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, KKM mendapati produk berkenaan dikhuatiri tercemar dengan bakteria salmonella melalui notifikasi daripada International Food Safety Authorities Network (INFOSAN).
“Notis tersebut menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA ) mengarahkan penarikan semula mentega kacang Jif yang dijangkiti Salmonella dengan nombor kumpulan 1274425 sehingga 21404425, dengan 425 di nombor digit terakhir 425, kerana telah tercemar dengan bakteria Salmonella.
“Mentega kacang tersebut telah diedarkan ke beberapa negara termasuk Kanada, Thailang, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan Malaysia,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham.
Tambahan lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), akan terus memantau semua kumpulan barang terlibat melalui pintu masuk ke Malaysia.
Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menjangkiti daging, telur, buah-buahan, sayur-sayur-sayuran dan makanan yang diproses yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.
Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang telah diproses, jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna.
Sebarang maklumat atau kemusykilan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau menyalurkannya melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.