Buah-buahan sitrus bukan hanya menyegarkan malah kaya dengan khasiat untuk meningkatkan kesihatan.
Terkenal dengan kandungan vitamin, mineral dan serat diet buah sitrus juga boleh meningkatkan sistem imun tubuh dan tenaga.
Mengeluarkan khasiat tanpa mengira peringkat usia dan boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus.
Limau nipis
Buah sitrus berkesan membantu menurunkan tekanan darah tinggi, serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain. Potasium yang terdapat dalam buah sitrus menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit tubuh agar organ penting seperti jantung, buah pinggang, saraf dan otot boleh berfungsi dengan baik.
Ads
Limau kasturi
Peningkatan usia menyebabkan berlaku penurunan kesihatan. Buah sitrus mampu membantu menyihatkan sel tubuh. Asid folat yang terkandung dalam buah sitrus menjaga kesihatan sel dan perkembangannya.
Limau gedang
Buah sitrus diketahui sebagai buah yang membantu menurunkan berat badan. Kadar metabolisma yang menurun membantu lemak berkumpul di bawah kulit. Buah sitrus yang rendah kalori dan jaya dengan serat adalah diet yang terbaik untuk mengawal berat badan.
Ads
Lemon
Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus berkesan untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Mengambil buah sitrus boleh menurunkan risiko penyakit seperti demam dan selesema. Anti oksida yang terkandung dalam buah sitrus membantu menyerap kalsium penting untuk fungsi sistem kekebalan tubuh.
Ads
Oren
Kaya dengan sumber flavonoid boleh membantu merawat dan mencegah penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Hesperidin, salah satu sumber flavonoid penting untuk mengawal tekanan darah, mengurangkan kolesterol dan pertumbuhan tumor.
Ada antara kita yang sangat berpantang untuk makan atau menyentuh beberapa makanan kerana dikhuatiri mendatangkan masalah angin dalam badan.
Benarkah ia boleh berlaku dan apa kesannya jika terus diambil secara berlebihan. Masalah angin ini juga turut dikenali sebagai kembang urat.
Pakar Kimia dan juga Pensyarah Kanan di UiTM, Dr. Fatimah Salim dalam satu posting di laman sosial Facebook menjelaskan perkara ini dengan panjang lebar.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Kenapakah memakan sesetengah buah atau sayur boleh menyebabkan ‘angin’ dan ‘kembang urat’?
Jawapan umum untuk pertanyaan mengenai ‘angin’ dalam badan:
Sebenarnya jenis tumbuhan seperti nangka, sukun, tarap, kekacang (legumes) dan yang seangkatan dengannya… mengandungi bahan kimia dari kumpulan karbohidrat seperti raffinose, stachyose, verbascose… yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.
Dan keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan tiada masalah dan kini mudah terkesan.
Disebabkan ketiadaan enzim khusus, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi. Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’.
Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Keadaan inilah yang agaknya orang lama istilahkan dengan ‘kembang urat’.
Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing). Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan.
Untuk mengembalikan keselesaan, ada yang pergi berurut. Ada yang ambil ubat tahan sakit, ada juga yang ambil ubat buang angin. Ada yang baik sendiri hasil daripada pemakanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia semulajadi yang membantu menyeimbang punca sakit tadi.
Pun begitu, sesetengah orang tidak mengalami masalah ‘angin’ ini disebabkan mempunyai enzim alpha-galactoside yang cukup dan/ atau juga memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.
Tips untuk sistem penghadaman yang baik:
1) Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).
2) Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
3) Jenis kekacang atau beras pulut boleh rendam dulu untuk memudahkan proses penghadaman, seterusnya mengurangkan fermentasi oleh bakteria.
4) Amalkan sayuran dalam diet pemakanan sebagai sumber serat (prebiotik) dan fitokimia yang bagus.
5) Kurangkan makanan terproses. Kurangkan pengambilan gula tersedia.
6) Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yoghurt, tempoyak, tapai… untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus.
Viral baru-baru satu perkongsian video di mana seorang jurulatih kecergasan yang memberitahu teori berlari 10 kilometer mampu menghilangkan Covid-19.
Perkara ini mendapat perhatian Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah yang tampil membidas teori ini.
Menurut Dr Rafidah, semua itu adalah mengarut dan apabila positif perlu mengasingkan diri dan kuarantin.
Membuat ciapan di laman twitter pandangan Dr Rafidah dipercayai merujuk kepada sebuah video yang memaparkan seorang pemuda, dipercayai jurulatih kecergasan, yang bertindak melakukan larian atau joging selepas dua hari disahkan positif Covid-19.
Sejak mengenakan hijab, penampilan Fazura sangat disenangi ramai. Ibu kepada seorang anak ini tidak kekok bergaya biarpun mengenakan tudung bawal.
Setiap kali bérgaya, penampilannya diserikan dengan aksesori seperti beg tangan, kaca mata, kasut tumit tinggi ataupun rantai panjang. Dan paling menyerlahkan gayanya kini apabila turut membawa ‘handbag’ paling mahal si comel Fatima.
Seperti yang kita ketahui rahsia Fazura kekal cantik biarpun usia megawatt leat 30-an adalah mudah melemparkan senyuman paling manisnya.
Setiap kali muncul di laman Instagram, penampilan Fazura pasti mendapat pujian followernya yang berjumlah lebih 5 juta.
Ayuh, kita lihat gaya isteri kesayangan Fattah Amin yang sebelum ini memang terkenal dengan seorang selebriti bijak bergaya dalam apa juga majlis di hadiri.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.