Tidak dinafikan bagi mereka yang sering memasak, kebiasaannya akan menggunakan semula minyak masak yang telah digunakan sebelum itu.
Ini adalah kerana faktor jimat dan merasakan minyak berkenaan masih elok untuk digunakan. Adakah benar ia selamat digunakan atau sebaliknya.
Perkongsian di laman Facebook oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu mengenai penggunaan semula minyak masak di kalangan kita.
Beliau turut menasihatkan bahawa penting untuk menjaga kesihatan dan salah satunya tidak gunakan minyak masak berulang kali
JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Ads
Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Ads
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Ads
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.
Baru-baru ini viral di media sosial apabila ada warganet memberitahu cara mudah untuk mendapatkan temujanji vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera.
Ramai yang membuat cara berkenaan dan ada yang telah mendapat tarikh temujanji melalui kaedah berkenaan.
Walau bagaimanapun semalam pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)di laman twitter menjelaskan mesej berkenaan adalah palsu.
Justeru pihak KKM mengingatkan orang ramai untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana akan menenggelamkan admin sahih yang dihantar kepada MySejahtera.
Jadi bagi mereka yang belum mendpat tarikh temujanji, tunggu sahaja notifikasi di MySejahtera kerana apabila sudah mendaftar pasti akan mendapatnya nanti.
Terdapat mesej PALSU sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu. Orang ramai diminta untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera. #LindungDiriLindungSemua#SabarTungguGiliran
Dengan #sabartunggugiliran kita diingatkan untuk terus bersabar menjadi penerima vaksin sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang berlangsung sejak Mac lalu.
Menurut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, jumlah pemberian vaksin Covid-19 hingga setakat semalam adalah 9,006,715 dos..
Jumlah yang telah menerima dos pertama ialah 6,388,399 orang. Daripada jumlah itu, 2,618,316 orang juga terima dos kedua.
Sementara itu KKM trut mengingatkan agar orang ramai sentiasa semak telefon untuk tidak terlepas tarikh temujanji yang sepatutnya.
Perubahan cuaca yang panas dan kering menjadi punca kulit wajah kering dan kusam.
Sebagai wanita tidak kira yang mempunyai kerjaya atau menguruskan rumah tangga sudah pastu mahu kulit yang sihat dan cantik.
Oleh itu, sebagai wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit, perlu mencari inisiatif untuk mengembalikan keserian dan keremajaan kulit.
Barulah keyakinan diri semakin meningkat dan tidak kekok berjumpa dengan orang ramai.
Masalah yang sering menghantui wanita adalah kulit yang terlalu kering sehingga mempercepatkan tanda-tanda penuaan.
Ini adalah akibat kekurangan air pada lapisan luar kulit yang dipanggil epidermis. Selain itu, semakin usia meningkat kandungan air di bawah lapisan kulit semakin berkurangan. Faktor usia ini mempercepatkan lagi proses penuaan kulit.
Kombinasi perubahan cuaca dan peningkatan usia ini turut merangsang pengurangan kandungan minyak di bawah kulit.
Kulit akan berubah menjadi tidak anjal andai tidak dipelihara dengan sempurna. Bukan sahaja bahagian kulit wajah sahaja yang perlu dipelihara malah turut perlu diberi perhatian seperti kulit lengan, tangan dan bahagian bawah kaki yang terdedah kepada kulit yang kering.
Justeru, tindakan mengubah keseimbangan semula jadi ini tidak wajar dilakukan. Lambakan bahan pelembap di bawah kulit akan mengakibatkan ketidakseimbangan hidrasi yang ekstrem seperti keadaan penghidratan keterlaluan. Ini mungkin punca yang merangsang kulit kedut dalam jangka masa yang panjang.
Cara Mudah Ketahui Keanjalan Kulit
1. Teknik cubit
Kulit di sekitar mata sangat sensitif dan merangsang kepada masalah lingkaran hitam dan kedut. Guna ibu jari dan jari telunjuk, cubit dengan perlahan-lahan penuh hati-hati di daerah kulit bawah mata kemudian lepaskan. Tingkat hidrat dan keanjalan kulit bergantung berapa cepat kulit yang dicubit tadi kembali kepada bentul asal.
2. Teknik tekan
Cara untuk mengenalpasti keanjalan kulit adalah dengan menekan di bahagian tulang pipi untuk merasakan berapa banyak kolagen yang dimiliki kulit dengan memerhatikan garis-garis halus di permukaan kulit ketika kulit ditekan. Jika terdapat banyak garis halus bermakna kulit mengalami dehidrat dan perlukan rawatan.
3. Teknik mencebik
Mulut juga adalah daerah penting yang perlu dipelihara dengan teliti. Cara yang boleh dilakukan untuk menguji keanjalan kulit adalah dengan membuat ekspresi sedih iaitu dengan menggembungkan pipi sehinggi bibir seperti mencebik.
Perhatikan kulit di sekitar mulut ketika mengembalikan kepada keadaan asal. Adakah terdapat banyak garishalus yang terbentuk? Jika benar boleh menambahkan pelembap agar keanjalan kulit terus terpelihara.