Membaca berita tentang anak Shila Hamzah yang disahkan autisme tahap satu, ramai mendoakan baik-baik buat keluarga kecil ini terus fokus jaga putera sulungnya, Seth Uwais yang berumur 5 tahun.
Anak Shila Amzah Disahkan Autisme
Menurut penyanyi, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, perkara itu sudah dijangkanya dan suami tercinta Ubai MZ.
“Saya bersama suami dan Seth baru sahaja pulang dari hospital. Saya ingin kongsikan bahawa Seth telah disahkan autisme tahap 1. Alhamdulillah saya dapat berasakan sama ada autisme atau ADHD (Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan).
“Sekarang dia berada pada tahap 1 dan sedang menjalani rawatan terapi. Jadi doktor sarankan agar sesi rawatan terapi itu dapat diteruskan dan berusaha mencari sekolah yang menerima pelajar autisme,” katanya.
Doakan Yang Terbaik
Ads
Dalam pada itu, penyanyi lagu Selamanya Cinta itu turut memohon agar masyarakat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, agar dapat menjaga Seth dengan baik.
“Apabila dimaklumkan mengenai perkara ini, sudah pastinya sebagai ibu bapa saya inginkan yang terbaik dalam mendidik anak-anak.
“Setelah mengetahuinya secara rasmi, jadi kami sudah mengetahui langkah yang boleh diambil dalam mendidik dan membesarkan Seth.
“Saya mengharapkan agar kalian dapat mendoakan saya dan suami agar kami dapat menjaga dan mendidik dia (Seth) dengan baik selain Seth juga boleh membesar dan belajar dengan baik,” katanya.
Ads
Terdahulu Shila pernah berkongsikan keadaan anaknya mengalami kelewatan bertutur (speech delay) dan masalah deria (sensory issues) sehingga perkembangannya lambat setahun berbanding kanak-kanak seusianya.
Apa itu autisme?
Menurut perkongsian info daripada Dr Redza Zainol, sebenarnya ada beberapa ciri ciri autisme yang boleh ibu bapa tengok pada anak-anak.
Ads
Kalau ikutkan tanda autisme sudah boleh dilihat dari awal sejak bayi berusia 6 bulan lagi.
Tanda Awal Autisme
– Tak ada eye-contact.
– Tiada respon bila dipanggil nama. Sampaikan kita terfikir yang anak kita ni pekak.
– Tak suka dipeluk dan suka bermain sendirian.
– Suka ulang perkataan yang disebut oleh orang lain (echolalia).
– Kerap melakukan pergerakan badan yang berulang-ulang (mengayunkan badan, berputar atau mengepak-ngepakkan tangan).
– Obses yang mendalam terhadap sesuatu objek.
– Lambat bercakap atau tak boleh bercakap.
Tapi gerak hati tu diabaikan sebab saudara dan kawan-kawan banyak tolong sedapkan hati mereka. Jadi pastikan anda sentiasa memerhati dan memeriksa perkembangan anak.
Untuk info, Seth merupakan anak pertama Shila menerusi perkahwinan pertamanya dengan Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022. Mereka kemudian berpisah empat tahun kemudian.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Namun sebenarnya kita sebagai pengguna perlu berhati-hati menggunakan bekas makanan jenis ini kerama boleh mengundang bahaya.
Ikuti kupasan lanjut Dr Mazliana Mazlan berkenaan penggunaan bekas jenis styrofoam ini.
Bekas makanan styrofoam macam ni, tak boleh ada kat rumah kita.
Kadang ada jamuan harijadi anak, kita guna.
Kadang buat kenduri, kita beli untuk tetamu guna.
Karang pergi berkelah, kita guna makan tepi pantai.
Kadang kita tapau dari kedai, makanan letak dalam ni.
Dalam styrofoam, ada styrene. Tak kisah makanan dan minuman panas, sejuk, atau suhu bilik sekalipun, tetap akan berlaku tindakbalas dengan permukaan styrofoam bila ia digunakan.
Styrene dalam styrofoam ni, antara penyebab ketakseimbangan hormon pada badan kita dan anak-anak.
Badan kita ni main banyak sangat dengan hormon sebenarnya, terutama yang wanita.
Masalah paling utama buat kanak-kanak perempuan yang beri kesan seumur hidup, haid yang tak teratur.
Terlalu ramai. Tak kira umur. Dari seawal usia 10 tahun pun dah ada masalah haid tak regular.
Perhatikan, bukan setakat makanan yang anak-anak makan. Tapi bekas makanan yang kita guna untuk letak makanan anak pun, sangat penting untuk diambil kira.
Kita cuba sama-sama ya, cari ilmu baru setiap hari, untuk sediakan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga.
Mazliana Mazlan Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak instagram.com/mazliana.mazlan t.me/sembangsihat
Rumah atau kediaman yang bersih menjadikan kawasan persekitaran lebih sihat dan selamat untuk kita tinggal bersama keluarga.
Tidak perlukan perabot mahal untuk mencantikkan atau memberishkan rumah, sebaliknya hanya gunakan barang bajet bagi menjadikan kawasan rumah anda jadi bersih, menyihatkan dan terhindar dari pelbagai penyakit.
Perkongsian wanita ini Hani Mynis menyenaraikan 12 barangan pembersihan rumah wajib beli di kedai Eco atau popular dengan nama Kedai RM2.
Siapa yang personally kenal hani tahu betapa obses nya hani dengan Kedai Eco RM2.12 (soon-to-be RM2)!
Hani punya obses kalau boleh setiap hari nak pegi, tak dapat beli apa-apa, dapat cuci mata pun jadi! Tapi macam mustahil kalau keluar dari Eco tak melayang paling koman RM20
Punyalah obses, Hani paling suka kalau ada orang cakap dia tak pernah pergi kedai Eco Lepas tu Hani ajak dia pergi mcm buat lawatan bersejarah sambil “meracun” kaw2 beli ini beli itu
Punyalah obses, tahun ni punya hadiah birhday, antara hadiah yang Hani dpt dari Alif ialah “baucer” RM50 untuk dihabiskan kat Eco tanpa diganggu. Heaven! Nampak sangat dia pun tahu betapa obses bini dia kat Eco.
Punyalah obses, kalau Hani jumpa barang viral yang susah gila nak “dijumpai” tiba-tiba dia ada kat situ berlambak, Hani akan tegur stranger makcik yang ada dikawasan rak tu hasut dia suruh beli, siap explain apa kegunaan semua dan bagi tahu “ini viral makcik, susah nak dapat, bagus sanagt!,beli lah!” haha sangat kepochi kan
So sangat obses, Hani kongsi kan 13 barang pembersihan rumah yang korang wajib beli kalau terjumpa kat Eco itu (sebab ada antara barang yang viral susah betul nak jumpa!!). Walaupun harga dia RM2.12 jangan pndang rendah keberkesanan dia ok! Serious talk haha
Ni post panjang, maaf!! Tapo mode #hanisimakjemah is on! Haha
Semoga bermanfaat dan semoga berjaya mengumpul kesemua item dlm gambar ni!
Ps : Siapa ada semua item dalam gambar2 gimme 5!! #doneracun
No 1 atas takhta ! Sudah semestinya magic span! Siapa tak kenal magic span punya magic?? Memang magic sungguh Hani rasa macam terharu kejap
Apa je dia tak boleh cuci? -Bersihkan permanent marker pen, pensil, crayon kat mana2 permukaan -Bersihkan kekotoran, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air -Bersihkan kesan-kesan tangan jari kat suis2 -Bersihkan kesan minyak , minyak sambal kat bekas makanan -Kilatkan silverware, utensils, gelas kaca mangkuk kaca dan banyak lagi.
Kalau ada orang tanya hani mcm nak hilangkan kesan kotoran sekian sekian, jawapn hani, cuba dulu dengan magic span! Tak berkesan baru cuba cara lain
Disebabkan viralnya magic span ni mmg bertuah sangat lah haritu kalau terjumpa kat kedai Eco menayang diri untuk dibeli
Sabun basuh baju viral, Hani bagi tahu kat alif ni nama dia bongkah emas sebab nampak ini kat rak mata Hani bulat macam nampak sebongkah emas haha
Nama je laundry soap! Nope! Bukan hanya utk laundry je, sangat dan simpan dalam bekas, agak-agak tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) untuk kesan extra extra shiny!
Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai! Berkilat oit lantai lagi-lagi lantai tiles
Sabun ini kalau nak basuh baju anak yang putih, baju sekolah hilangkan daki-daki kat kolar baju, tahi lalat kat baju memang berkesan, rendam kejap dalam air panas campur sabun yang dah disagat. Memang magic! Tapi kalau malas nak rendam-rendam terus je masuk dalam mesin boleh
Sama mcm magic span, disebabkan viralnya susah nak jmpa, option lain ada jual kat mydin. Sabun buruh namanya tak silap
Ingat tak Hani pernah share roller sticker kat cleaning caddy hani? Hani dh tak guna tu, Hani dah jumpa pengganti yang lebih power! Haha kenapa power? Sebab roller ini boleh basuh! Tak perlu lagi nak cabut-cabut sticker. Roll and wash. Dah senang bertambah senang kerja
Fungsi dia: Khas untuk kutip rambut-rambut habuk kecil kat karpet kalau mood malas nak guna vacuum!
Nama je RM2.12 tapi dia wangi dan berkilat! Wangi dia memang wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas, tak melekit!
Ini pun wajib ada lagi-lagi dalam “quick cleaning caddy” Hani, bayangkan orang nak datang rumah lagi 30 minit, kita nak kena kemas dan “bersihkan rumah” sikit ala kadar sebelum tetamu datang, jenuhlah kalau time tu juga nak lap habuk bagai kan
Yup pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana-mana permukaan yang obvious habuk nya tu. Senang kerja
Hani guna masa nak quick cleaning je benda alah ini, lagi berkesan guna ni dari sapu-sapu guna duster,bulu ayam sebab microfiber ni…
Kalau nak lap kotoran-kotoran kecil kat meja makan atau atas perabot
Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu
Hujung besi itu untuk kikis kerak-kerak tu sebelum kita berus dgn berus besi tu. Belakang kuali dan periuk akan berkilat in no time. Jangan lupa masa gosok itu guna sabun viral yang kuning tadi! Shiny
Sebab dalam kandungan dia ada peluntur macam clorox, tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15 minit gitu, hilang segala kotoran tak perlu nak berus dah tuang kat lantai pun boleh tapi biarkan dia few minutes “bekerja” lepas itu basuh dengan air.
Elakkan kena kulit, sama macam clorox semua tu. Kat Mr diy pun ada benda yang sama, label yang berbeza
Disclaimer: Disebabkan stain remover ini sangt “kuat” dikhuatiri beri effect pada tiles (ada sesetengah jenis tiles tak tahan), curah pada kawasan tile yang terlindung dulu. Letak sikit je tengok kesannya.
Untuk Hani bersihkan dapur masak sebab kadang-kadang kat bahagian tungku itu ada keras-keras atau kesan karat susah nak tanggalkan even guna magic span. So guna ni terbaik! Memang bersih. Untuk bersihkan jaring dalam oven pun
Penyelamat tangan dari terluka membersihkan tingkap nako dari zaman kita sekolah. Still relevant sampai sekarang gunakan
Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi . Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu
Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild) Hani guna kalau setakat nak cuci-cuci biasa yang mingguan buat. Untuk kotoran biasa-biasa je. Kalau kotoran susah tanggal guna je stain remover tadi atau clorox.
Awal Januari lalu, Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin mengumumkan akan memperkenalkan akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005.
Polisi itu juga dikenali sebagai Generational End Game (Generasi Penamat, GEG).
Langkah itu diambil bagi mengurangkan pendedahan generasi akan datang kepada rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.
Dalam satu perkongsian di Tik Toknya hari ini, Khairy Jamaludin menjelaskan terdapat sekitar 400 kematian saban minggu berlaku di Malaysia akibat rokok sekaligus menjelaskan pengambilan berlebihan tembakau menjadi faktor utama pencetus kanser yang menjadi penyakit utama penyebab kematian di hospital.
Di peringkat dunia, seramai 6 juta orang mati setiap tahun disebabkan perbuatan merokok.
Jelasnya, produk tembakau juga menyebabkan ketagihan nikotin iaitu salah satu kandungan dalam rokok.
“Ia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk sampai ke otak sebaik sahaja perokok menyebut asap rokok.
“Sebab itu sukar perokok untuk berhenti, menjadikan ramai merokok sepanjang hayat dan menghadapi pelbagai jenis penyakit,” katanya menerusi hantaran di Tiktok.
Jelas Khairy lagi, rokok menyebabkan pelbagai penyakit kronik kepada perokok tetapi ia bukan hanya membahayakan diri perokok saja bahkan orang sekeliling walau mereka tidak merokok. Ia membahayakan orang sekeliling kita walau mereka tidak merokok.
“Ingat tiada kuantiti atau jumlah tembakau yang selamat untuk kita. Ia sangat membahayakan.
“Jauhi rokok. Mainkan peranan anda dalam melahirkan generasi bebas rokok,” katanya sambil meminta orang ramai menyokong Generational End Game (GEG).
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!