Mendengar suaranya yang serak-serak basah, terus terbayang seraut wajah jelita milik empunya diri, Zizi Kirana.
Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ini bertuah dianugerahkan seraut wajah yang tidak bermasalah dan sangat mulus kala usia mencecah 40-an.
Zizi Kirana Pilih Petua Tradisional, Minum Jus Kunyit Untuk Kekal Cantik Usia 40-an!
Menurut pelantun lagu Eh? ini, bagi Zizi kecantikan membawa pengertian yang berbeza bagi setiap orang.
Dari sudut pandangan penyanyi itu, ia semuanya bermula dari dalam diri, ditambah dengan diet pemakanan sihat dan merajinkan diri melakukan senaman.
Rupanya sekitar tahun 2018, Zizi pernah mengisytiharkan dirinya ‘bermusuh’ dengan nasi, namun kini segalanya sudah berubah.
“Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
“Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.
“Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana seperti yang dikatakan tadi, saya tidak gemar ke spa kecantikan,” jelasnya yang turut berkongsi tip penampilan untuk kekal anggun dan jelita.
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam.
Ads
“Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan.
“Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan,” katanya yang turut mengamalkan pemakanan jamu tradisional jamu untuk penjagaan dalaman.
“Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan. Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Tidak semua orang yang menggemari buah betik. Jika diberi pilihan, pasti ramai akan memilih pisang, tembikai atau buahan tropika lain berbanding betik.
Tetapi sebenarnya betik juga mempunyai banyak khasiat. Selain sedap dibuat pencuci mulut, ada juga yang makan betik separuh masak dengan cicah bersama asam.
Ini antara khasiat betik jika diambil secara konsisten. Jadikan sebagai hidangan pencuci mulut kerana buahnya yang lembut sedap untuk dimakan dan manis secara semulajadi.
Khasiat Betik Yang Ramai Tak Tahu
1. Awet Muda
Buah betik kaya dengan vitamin C yang mana ia mampu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit yang mampu menyebabkan masalah kulit seperti kedutan dan kulit kering. Di samping itu, vitamin C turut mampu melindungi dan mencantikkan kulit serta melambatkan penuaan.
2. Atasi Masalah Sembelit
Buah betik jika dimakan ia mampu membersihkan dan melancarkan laluan penghadaman yang mana ia mampu mengelakkan seseorang daripada terkena sembelit. Pada masa sama, buah betik juga mampu memulihkan fungsi-fungsi yang terganggu akibat sembelit.
3. Menerangkan Penglihatan
Kandungan vitamin A dalam betik mampu memberi nutrien pada mata. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan seseorang mengalami rabun malam.
4. Mengubati Tumit Pecah
Jika anda mengalami masalah tumit kaki yang pecah, gunakan buah betik untuk merawatnya. Ambil buah betik muda dan belah tengah. Ambil getahnya dan sapukan pada bahagian tumit yang pecah.
Ini antara khasiat buah betik yang baik untuk kesihatan dan juga merawat masalah kulit. Semoga bermanfaat buat semua.
Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu hilangkan masalah kulit tetapi rupanya tak sesuai dan boleh buat kulit wajah semakin teruk.
Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos
Menerusi perkongsian Puan Aishah, ini antara beauty hack yang kita rasa bagus, tapi merosakkan kulit.
Tak dinafikan, beauty hacks yang viral kadang-kadang nampak senang dan menjimatkan duit, tapi ada antaranya boleh buat kulit jadi lebih teruk. Jom semak apa yang kurang sesuai dipakai…
1. Hapuskan Mekap Pakai Vaseline
2. Guna Telur Untuk Bersihkan Pori
3. Cerahkan Kulit Guna Lemon
4. Buat Kulit Segar dan Hilangkan Kusam Dengan Timun
5. Masalah Jerawat, Guna Ubat Gigi
Sebaiknya sebelum cuba apa-apa, pastikan tahu kesan sebenar pada kulit. Jadi selepas ini anda kena elakkan bahan di atas dan alternatif yang lebih selamat untuk kekal glowing tanpa risiko.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kulit Dah Memang Cantik Di Usia 53 Tahun. Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation! Seperti tidak percaya walaupun usianya sudah mencecah 53 tahun, tetapi raut wajah seperti wanita berusia awal 30an dan kelihatan tidak dimamah usia.
Malah setiap kali muncul membawakan apa jua watak di kaca televisyen, pasti terlihat penampilan Maria Farida yang sentiasa muda.
Rupanya dalam satu perkongsian video, seorang jurusolek mendedahkan pengalamannya ketika menata rias wajah pelakon ini.
Menurutnya dia pernah make-up Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas.
“Saya pernah make-up Datin Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas. Kulit dia memang cantik, tak ada satu pun garisan tua. Cekang orang kata. Dan kulit dia tak perlu pakai foundation.
“Bila pakai foundation nampak sikit kering even guna liquid. Jadi Datin Maria memang tak suka pakai foundation pun.
“Tapi body, kulit semua macam anak dara. Memang segak lah orang kata, kalah kita yang muda,” tulis jurusolek berkenaan.
Sebelum itu, ada juga yang bertanya pada Maria Farida jika ada memakai bengkung memandangkan pinggangnya yang langsing dan ramping.
Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation