Ada ramai yang beli petroleum jelly tetapi kurang jelas macam mana nak guna pada kulit. Sudahnya tak terguna dan terbiar dalam kabinet rumah.
Ruginya! Jom ketahui tip daripada pakar dermatologi macam mana nak menggunakan jeli petroleum sebaiknya.
Cara Guna Petroleum Jelly, Selesai Masalah Kulit Kering
1. LEGAKAN KULIT KERING TERMASUK BIBIR & KELOPAK MATA
Kulit kering boleh menyebabkan mengelupas, gatal, retak dan juga berdarah. Daripada losyen, cuba pertimbangkan untuk menggunakan jeli petroleum untuk masalah ini. Boleh dioles pada pada bibir dan kelopak mata juga, tau!
Kulit pada kelopak mata adalah kulit paling nipis pada badan dan boleh merengsa dengan mudah. Jika kelopak mata anda kering dan menggelupas, sapukan sedikit jeli petroleum untuk kelembapan dan perlindungan.
Bagi hasil terbaik, sentiasa sapukan jeli petroleum apabila kulit lembap.
2. KULIT CEDERA CEPAT SEMBUH
Ads
Bagi luka ringan seperti luka, goresan dan calar, gunakan jeli petroleum untuk memastikan luka itu sentiasa lembap. Ini membantu mengelakkan luka daripada kering dan membentuk kudis. Hal ini kerana, kudis mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
Ini juga akan membantu mengelakkan parut daripada menjadi terlalu besar, dalam atau gatal. Selagi luka dibersihkan setiap hari, tidak perlu menggunakan salap antibakteria.
3. CEGAH MELECET
Melecet adalah kerengsaan kulit yang menyakitkan, berlaku apabila bahagian badan saling bergesel bersama atau bergesel dengan pakaian.
Bagi mengelakkan melecet yang boleh menyebabkan lepuh, sapukan jeli petroleum pada kawasan yang bermasalah seperti di kaki atau peha.
Ads
4. RAWAT RUAM LAMPIN
Cara terbaik untuk mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih. Namun, jika bayi anda mengalami ruam, sapukan jeli petroleum setiap kali menukar lampin.
Ruam bayi anda akan hilang dalam masa tiga hingga empat hari, dengan penjagaan yang betul. Jika ruam tidak hilang, berjumpa dengan pakar dermatologi yang disahkan oleh lembaga kesihatan.
5. HIDRAT SEMULA KUKU
Ads
Jika anda kerap melakukan rias kuku dan pedikur, sapukan jeli petroleum pada kuku dan kutikula anda. Ini akan mengurangkan kerapuhan dan membantu mengelakkan kuku daripada terkelupas.
Bagi hasil terbaik, sapukan apabila kuku anda lembap.
Hah, best kan? Tetapi walau jeli petroleum mempunyai banyak manfaat, tidak bermaksud boleh digunakan pada segala-galanya.
Ada yang sapu sekitar mata untuk hilangkan eye bag dan bulu mata untuk lentikkan mata.
Elakkan menyapu jeli petroleum pada muka jika anda mempunyai jenis kulit muka yang mudah berjerawat. Ini boleh menyebabkan jerawat pada sesetengah orang.
Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang kulit anda atau cara menjaganya, berjumpa dengan pakar dermatologi yang diperakui oleh lembaga kesihatan.
Sudah lama mengikuti perkembangan selebriti yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Abdul Halim sejak dari zaman awal kemunculannya.
Melihat penampilannya sedikit teruja kerana walaupun sudah berusia awal 40-an tetapi wajahnya kelhatan cukup halus, mulus dan cantik walaupun tanpa mnegenakan sebarang mekap.
Menurut ibu kepaa 4 cahayamata ini, dia tidak berbelanja besar untuk menjaga kecantikan wajah.
Malah menurut Fiza lagi tiada penjagaan khusus dipraktikkan kerana dirinya seorang wanita yang ringkas.
“Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka mekap kot. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
“Bab kesihatan badan pula saya ni suka vaccum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam sebab kalau nak pergi gim bagai memang tak bolehlah dengan anak kecil.
“Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas.
“Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana. Petua turun-temurun tak ada cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.
“Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
“Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya,” yang tidak gemar pergi ke spa kerana mengambil masa lama untuk lakukan semua rutin itu.
“Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
“Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah,” jelasnya yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian dengan perkahwinan terdahulu.
Terpesona melihat penampilan terkini Wilma Muhammad, pelakon utama filem Ghazal Untuk Rabiah yang popular sekitar tahun 90an.
Wilma aktres dan model kelahiran Lahad Datu, Sabah yang suatu ketika dulu cukup terkenal dengan imej seksi dan menggoda dalam drama mahupun filem.
Manis Bertudung, Wilma Muhammad Nampak Cantik Walau Dah Anak Lima
Terbaharu, menerusi Instagram peribadi Wilma memuat naik satu hantaran penampilan terkininya yang masih kelihatan cantik serta langsing.
Haa… kalau masih ingat-ingat lupa, Wilma ini juga pernah membintangi filem Pasrah sekitar tahun 2000.
Sekilas pandang nampak seperti baru berusia 30an je, kan?
Awet Muda Sungguh, Walau Usia 50 Tahun
Namun siapa sangka, usia sebenar ibu anak lima ini dah mencecah 50 tahun! Memang awet muda betul. Paling tertarik bila melihat senyuman Wilma yang sangat menawan.
Posting Wilma di Instagram dengan kapsyen “Syukur Alhamdulillah” telah meraih pujian daripada para pengikut serta peminatnya yang teruja dengan kecantikannya.
“Sweet as always.”
“Love sangat dari dulu cantik.”
“MasyaAllah cantiknya sis pakai tudung.”
“Still maintain sweet as before.”
“Lama tak nampak..Wilma makin cantikkk..”
Memetik perkongsian Wilma suatu ketika dulu di saluran YouTube Zayan My slot Kisah Inspirasi, dia mendedahkan bagaimana kisah penghijrahannya bermula dari seorang yang berimej seksi sehinggalah berkahwin dan bertudung.
“Selepas berkahwin saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup. Mahu lebih fokus pada suami, anak-anak dan keluarga.
“Saya tak suka bertudung. Dari sekolah sampailah masuk universiti saya cakap tidak akan pakai tudung. Kawan-kawan termasuk rakan-rakan artis juga tahun tak mungkin saya akan pakai tudung.
“Tapi bila saya pakai tudung, semua terkejut. Mana tidaknya, dari seksi yang teramat dan sekarang ni berubah 360 darjah,” katanya seperti yang dipetik.
Wilma kehilangan suami (pertama) pada 2011 kerana serangan jantung.
Dalam masa yang sama, Wilma memberitahu dia pernah bermimpi arwah suaminya itu.
Ulas Wilma lagi, dia selalu berdoa agar Allah SWT kuatkan imannya untuk terus istiqamah.
Untuk info, Wilma berkahwin buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada Jun 2012. Semoga Wilma kekal bahagia dan tenang bersama keluarga tersayang.
Bakal memasuki usia 40-an tahun hadapan, pelakon utama The Princess Diaries, Anne Hathaway masih kekal muda macam anak remaja.
Menjadi selebriti sensasi dan terkenal di Hollywood pastinya Anne ada cara tersendiri untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan untuk kekal relevan di dalam dunia seni.
Antara perkara yang menjadi rutin kepada pelakon ini untuk kekal cantik dan sihat adalah:
Pakai Sunscreen setiap hari
Pernah berkongsi antara rahsia rutin kecantikan yang ibunya sendiri amalkan adalah pemakaian sunscreen sejak dari remaja. Menurut Anne dia akan menggunakan sunscreen untuk melindungi wajah daripada sinaran UVA dan UVB serta radikal bebas.
Ambil makanan anti-radang
Dipetik daripada (Shape), jurulatih pemakanan Anne, Jackie Keller mendedahkan aktres ini akan mengambil makanan anti-radang, bijirin penuh, tepung yang ditapis, avokado dan sayur-sayuran. Turut mengambil pencuci mulut, Anne biasanya akan makan biskut coklat cip tanpa gluten.
Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit
Selain bersenam di gim, Anne peruntukkan masa untuk berjalan kaki. Menurut aktres kelahiran New York ini senaman kardio yang dilakukan dapat membantu melancarkan peredaran darah serta udara yang dihirup di luar rumah sangat bagus untuk kesihatan mental.
Minum air secukupnya
Mengamalkan pengambilan air putih yang secukupnya setiap hari membantu Anne mendapatkan badan yang sihat dan juga kulit yang segar sepanjang hari.
Jaga kesihatan mental dan kecantikan dalaman
Selain mengamalkan makanan sihat dan bersenam, Anne juga tidak abaikan kesihatan mental dan kecantikan dalamannya. Menerusi perkongsian di Instagramnya, dia mencadangkan buku panduan penyembuhan iaitu ‘The Clarity Cleanse’ untuk bahan bacaan. Ujarnya buku ini mengandungi tentang pemulihan tenaga yang baik untuk diri.
Sumber: Majalah Remaja & Instagram Anne Hathaway
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!