Ada PCOS Tapi Lega Hamil Tanpa Buat Rawatan Kesuburan. Ini Yang Sheera Iskandar Amalkan! Sebelum hamil, pelakon ini disahkan mengalami masalah Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS dan turut menjalani pembedahan membuang cyst di ovari.
Dalam temubual bersama Nona, pelakon cantik manis Sheera Iskandar memberitahu penyakit dialami ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic.
Ada PCOS Tapi Lega Hamil Tanpa Buat Rawatan Kesuburan
Menurutunya apabila sudah berumah tangga dia perlu jaga kesihatan agar tidak ada masalah lain berlaku.
“Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut. Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check uo memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
Ads
“Start dari situ saya mula jaga pemakanan dan elakkan mengambil makanan yang boleh aktifkan cyst itu balik.
“Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan. Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting.
“Sebelum kahwin lagi saya memang dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil. Saya dapat tahu saya hamil bulan September lepas,” ujarnya yang selamat melahirkan anak sulung, Puteri Long Harissa Mei lalu.
Walaupun sudah bergelar ibu, kecantikan Sheera tetap terserlah di sebaliknya kelembutan wajahnya.
Ads
Sebelum ini Sheera yang juga anak kepada pelakon Aznah Hamid cukup sinonim dan terkenal dalam drama kepolisan Gerak Khas.
Diabetes, penyakit yang sukar untuk dikesan pada peringkat awal, sehinggakan sesiapa sahaja yang menghidapnya menganggap ia perkara ringan dan diabaikan.
Jangan pandang ringan pada penyakit ini kerana diabetes mencetus segala punca penyakit kronik dan jika tidak ditangani boleh membahayakan kesihatan seseorang, mungkin juga boleh membawa maut.
Diabetes – Penyakit Metabolik
Diabetes adalah sejenis penyakit metabolik yang sering ditemui di merata dunia termasuk di Malaysia. Penyakit ini akan menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman seperti ginjal, jantung, otak, saraf, mata, kulit dan sebagainya.
Seseorang yang dikaitkan dengan diabetes adalah mereka yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi dan boleh membawa banyak jenis gejala dan masalah lain.
Malahan, jangan anggap diabetes tidak menyerang remaja atau orang muda. Walhal, sekarang ini semakin ramai yang menghidap diabetes pada usia muda, bahkan kanak-kanak. Salah satu penyakit ini disebabkan oleh faktor keturunan.
Keturunan – Faktor Penyebab
Selain daripada faktor keturunan, terdapat juga faktor lain yang menjadi punca kepada penyakit diabetes iaitu, ketidak seimbangan pemakanan (makanan dan minuman yang tidak sihat atau manis), kurang bersenam, berat badan berlebihan dan sebagainya.
Diabetes juga dibahagiakan kepada diabetes tahap 1, tahap 2 dan lain-lain. Diabetes tidak hanya diturunkan kepada gen (keturunan) kerana faktor lingkungan dan pola gaya hidup juga boleh menjadi pemicu timbulnya diabetes.
Lelaki @ Perempuan
Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini tanpa mengira jantina atau umur. Tidak dinafikan, semakin ramai pesakit-pesakit muda yang mendapat diabetes sekarang ini, malah ada pesakit yang dalam lingkungan umur belasan tahun.
Antara Simptom
Berat badan turun tanpa sebab
Berat badan akan turun jika anda mengubah pola pemakanan, melakukan aktiviti yang melebihi aktiviti biasa, sembuh dari sakit dan sebagainya. Tetapi, jika berat badan turun tanpa sebab, mungkin kerana gejala diabetes tahap 1.
Kerap membuang air kecil
Kerap mahu membuang air kecil. Walaupun baru sahaja ke tandas, selang beberapa minit mahu ke tandas untuk kencing.
Sering dahaga
Tanpa sebarang sebab anda merasa sangat dahaga sepanjang hari. Ia terjadi kerana badan kehilangan air dan memerlukan cairan dalam badan.
Penglihatan semakin lemah
Penglihatan anda semakin kabur kerana tingkat glukosa dalam darah meningkat.
Cepat penat
Anda merasa cepat penat daripada biasa.
Warna kulit berubah
Bintik-bintik hitam timbul pada kulit dan biasanya berlaku di bahagian leher.
Kerap lapar
Kadar insulin membuatkan seseorang itu cepat merasalapar walaupun sudah makan banyak daripada biasa.
Luka sukar sembuh
Petunjuk yang senang anda tahu tentan diabetes adalah luka pada bahagian badan. Perhatikan, jika anda mengalami luka atau tergores sehingga mengambil masa yang lama untuk sembuh berbanding biasa.
Jenis-Jenis Diabetes
Diabetes jenis pertama (Type 1 Diabetes) – Dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – Insulin Dependent) atau diabetes awal remaja. Rawatan penyakit ini memerlukan suntikan insulin dari umur kanak-kanak atau awal remaja lagi.
Gejala: Ia berlaku pada kanak-kanak. Jika anak kerap rasa tidak sihat atau demam, lakukan ujian paras glukos dalam darah.
Diabetes bebas insulin (Type 2 Diabetes) – Dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90%-95% daripada penghidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (Type 2 Diabetes).
Gejala: Ia berlaku kepada orang dewasa. Kerap terkena jangkitan kuman atau kudis, luka yang lambat sembuh, kerap kencing terutamanya pada waktu malam, selalu rasa lapar atau dahaga yang luar biasa.
Diabetes Boleh Disembuhkan
Ada beberapa kes di mana penyakit diabetes dapat dikawal seperti sedia kala tetapi dengan menggunakan ubat. Ada juga kes di mana pesakit diabetes yang pulih dan tidak lagi memerlukan ubat. Jadi, untuk mendapatkan kepastian, pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada Pakar Perubatan masing-masing.
Sumber: Dr. Soehardy Zainudin, Consultant Nephrologist & Physician Tropicana Medical CentreTropicana Medical Centre (M) Sdn Bhd, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Pernah berbolak balik tentang berhijab, itulah pengakuan pelakon wanita, Aprena Manrose apabila disoal tentang isu bertudung.
Mengakui hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali tidak berhijab selepas mengambil keputusan menutup aurat sekitar dua tahun lalu.
Menerusi portal Kosmo!, Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, yang mengambil keputusan untuk menutup aurat sekitar dua tahun lalu mengakui, tidak mudah untuk istiqamah.
“Susah sebenarnya nak istiqamah sebab iman kita naik turun. Tapi tidaklah sesusah mana. Sejujurnya, saya sendiri pernah ada rasa hati berbolak-balik.
“Tapi dengan doa yang membuatkan saya terus kuat. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab isu menutup aurat ini adalah perkara sensitif,” katanya.
Kawan Juga Mempengaruhi
Anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan Syahman juga berpendapat, individu sekeliling juga menjadi faktor yang mempengaruhi tahap keimanan seseorang untuk kekal istiqamah.
“Faktor sekeliling, dengan siapa kita berkawan juga boleh mempengaruhi kita. Macam mana, kalau waktu saya rajin untuk pergi ke kelas agama, dalam seminggu itu memang saya tertutup betul (menutup aurat dengan sempurna).
“Tapi bila dan lama tak pergi, kita jadi lupa. Jadi salah satu sebab adalah keadaan sekeliling kita. Saya tidak cakap bahawa saya betul-betul sudah cukup jadi muslimah sejati. Tapi sehingga sekarang saya masih lagi belajar,” jelasnya.
Perlu Doa Orang Terdekat
Bagi Aprena, doa daripada ahli keluarga terutama suaminya, sebagai ‘perisai’ untuk dirinya kekal istiqamah untuk menutup aurat.
“Selain tuntutan agama, salah satu sebab saya masih kuat (istikamah) adalah kerana suami, Mohd. Afiq Hazman. Insya-Allah dengan berkat doa daripada keluarga, bapa dan juga suamu, itu yang membuatkan saya kuat.
“Saya tidak tahu ke depannya nanti bagaimana. Kalau satu hari nanti nampak saya tidak lagi berhijab, maka saya tidak lagi bertudung.
“Tapi kalau saya masih kekal begini (berhijab), alhamdulillah, maknanya iman saya masih lagi kuat,” jelasnya.
Tawaran Berlakon Jadi Kurang
Pada masa sama, sepupu kepada Nelydia ini bersyukur apabila masih lagi menerima tawaran berlakon, walaupun tidak ‘sekencang’ seperti sebelum dia mengenakan hijab.
Aprena tidak menganggap berhijab menjadi punca rezekinya dalam bidang lakonan berkurangan, cuma wataknya mungkin agak terbatas selepas menutup aurat.
“Dalam dunia lakonan, sebelum saya berhijab, watak yang ditawarkan kepada saya lebih banyak dan luas. Tapi bila dan mula menutup aurat, produksi mungkin hormat dengan penampilan kita.
“Jadi tawaran berlakon itu menjadi kurang. Tapi itu bukanlah masalahnya. Rezeki saya tetap ada. Lagi pun saya tidak terfikir pun memakai hijab menjadi punca rezeki saya disekat,” katanya.
Sekadar info, Aprena yang juga adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu mula berjinak-jinak untuk berhijab sejak Ramadan 2021, sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya tidak lama kemudian.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Eja atau nama penuhnya Siti Shahrizah binti Saifuddin merupakan seorang pelakon hebat dan pengacara yang dikenali menerusi rancangan ‘Roda Impian’ dari tahun 1999 sehingga 2003.
Kelihatan ayu dengan penampilan terkini, pelakon berusia 51 tahun ini seolah-olah langsung tak dimamah usia. Maintain dengan air wajah yang manis dan langsing namun berubah dengan berpakaian muslimah berbanding zaman awal kemunculannya dulu.
Teruja Tengok Eja Maintain Cantik Dan Sopan, Sekarang Fokus Keluarga
Baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik @farezadnanofficial2 yang meraih perhatian ramai. Video tersebut meraih jumlah tontonan sebanyak 445 ribu, 17 ribu tanda suka dan sebanyak 400 komen.
@farezadnanofficial2Ni zaman kecik2 selalu tonton kt tv3 😍 siapa la yang tak crush ngn kak eja kan? 😍
Di dalam video berkenaan memaparkan seorang lelaki sedang menyanyikan lagu OST yang pernah dilakonkan oleh Kak Eja dahulu. Lelaki tersebut menyanyi sambil duduk di kawasan ‘foodcourt’ sambil diperhatikan oleh Kak Eja serta rakannya yang lain.
Rata-rata peminat yang menonton video tersebut, terubat rindu apabila melihat keberadaan Kak Eja di situ. Mereka mengungkapkan bawa amat merindui untuk melihat lakonan darinya di kaca televisyen. Ada juga yang memuji Kak Eja masih mengekalkan kecantikkan dan sangat sopan.
Memilih untuk bersendiri jauh dari sorotan lampu glamor yang pernah dikecap dahulu, bukan kerana sombong tetapi sebenarnya Eja mahu manfaatkan masa yang bersisa dengan Pencipta, suami dan anak.
Fokus Anak Dan Keluarga
Akui Eja, sejak bergelar ibu, fokusnya terhadap anak bukan sekadar 100 peratus bahkan lebih daripada itu terutamanya apabila Nur Eishal sudah memasuki alam persekolahan pada tahun 2016.
Demi memastikan anak tersayang menerima didikan sebaiknya, Eja sanggup tidak menerima sebarang tawaran berlakon dan tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti. Besar sungguh kasih sayang seorang ibu!
Apa-apa pun, semoga Kak Eja diberikan kesihatan yang berpanjangan. Sekiranya Kak Eja akan kembali berlakon suatu hari nanti, pasti ramai yang akan memberikan sokongan untuknya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!