Aznah Hamid

Suka melihat perkembangan Aznah Hamid, walau sudah meniti usia 60an tetapi wajahnya seolah-olah ada aura tersendiri. Manis dan berkulit putih, ibu kepada pelakon Sheera Iskandar ini masih ‘sedap dipandang’.

Nampak Manis Dan Sihat Dalam Usia 60-an, Aznah Hamid Aktif Berniaga

Nampak Manis Dan Sihat Dalam Usia 60-an, Aznah Hamid Aktif Berniaga

Mungkin tawaran lakonan yang diterima tidak serancak dulu tapi peminat masih mengingati lakonan pelakon wanita veteran tanah air ini.

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Aznah aktif mengikuti bazar jualan melibatkan rakan-rakan artis. Antara yang dijual termasuklah produk kecantikan, tudung, snek dan minyak wangi.

Nampak Manis Dan Sihat Dalam Usia 60-an, Aznah Hamid Aktif Berniaga

IKLAN

Kongsinya di media sosial, “Ada orang kata kita sendu. Usia manja-manja nak sendu tang mana tah. Apa pun meriahnya pengunjung semua sporting-sporting best. Malam ni persembahan menarik menanti. Kami last day di sini Mai Mai Mai.

Biarpun level artis veteran popular namun Aznah Hamid tidak malu berniaga. Yang penting halal dan menjana pendapatan. Apatah lagi dengan usia yang semakin meningkat, dia enggan lagi kejar populariti dan hanya memilih watak bersesuaian dengan dirinya.

IKLAN

Nampak Manis Dan Sihat Dalam Usia 60-an, Aznah Hamid Aktif Berniaga

Bahkan dia sudah lama minat dan berkecimpung dalam perniagaan terutamanya melibatkan karnival jualan yang turut disertai rakan-rakan artis dan teman seperjuangan.

IKLAN

Aznah Hamid dilaporkan mula karier lakonan seawall usia 12 tahun. Namanya menjadi sebutan ramai kebelakangan ini apabila kejayaan Aznah yang pernah bergandingan dengan hero lagenda Tamil iaitu Rajinikanth menerusi filem Priya pada tahun 1979 bertebaran di media sosial.

Khabarnya filem tersebut turut dibintangi aktres terkenal, Sri Dewi sebagai heroin.

 

 

Selain itu:  100 Peratus Diet Lakukan Exercise & Jaga Makan. Rahsia Wanita Lenyap 30KG Tak Sampai Setahun!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI