Selagi ada usaha dan tekad, tak kira berapa usia kita pasti akan berhasil untuk turunkan berat badan. Ia bukan sahaja untuk kelihatan lebih yakin dan cantik, malah penting untuk kesihatan diri.
Berusia 57 tahun, dikenali di Facebook sebagai Cikgu Zana Yusof berkongsi bagaimana dirinya berjaya mengurangkan berat badan hampir 30kg tanpa menggunakan sebarang produk.
Tetap makan 5 hingga 6 kali sehari namun memilih diet sihat untuk setiap hidangan yang diambil bagi memastikan kejayaan dalam proses menurunkan berat badan.
Selepas setahun Cikgu Zana buktikan dia berjaya kurangkan 27kg dan menurutnya dia kini berasa lebih sihat dan apa yang paling ketara tak perlu lagi solat menggunakan kerusi.
Ikuti perkongsian wanita ini!
Ads
Setahun amal diet sihat, berjaya kurangkan 27kg!
Sekadar berkongsi kejayaan dgn rakan DSSS. Usia saya menjangau 57 tahun. Alhamdulillah masih sihat dan ceria..
Ads
Saya mula amalkan pemakanan yang sihat setahun yg lalu. Dengan berat 105 kg, alhamdulillah kini dah mencecah 78kg. Tak bermakna org yg berusia tidak boleh turunkan berat badan..Saya dah buktikan saya berjaya..
Selain dapat turunkan berat, yang paling ketara sekali dari segi kesihatan.. dulu nak solat pun jenuh menarik kerusi tapi sekarang Alhamdulillah kerusi dah tak pakai lagi.. saya alami sakit tumit dan lutut yang teruk dulu tapi lepas saya amalkan pemakanan yang sihat sakit tumit dan lutut hilang terus..
Bercerita tentang diet, saya amalkan makan 5-6 kali sehari.. tak pernah skip sarapan, lunch dan dinner. Mesti makan..saya amalkan pemakanan yang seimbang dan makan semua kategori makanan tapi saya pentingkan quality dalam makanan.. saya juga.tidak ambil sebarang produk kurus pun .sekadar penyusunan makanan yang seimbang saja..
Yang best sekarang saiz baju ketara berubah..Dulu saya pakai baju saiz 4XL tapi kini alhamdulillah dah bertukar ke saiz L..
Sebenarnya semua org boleh berubah dan berupaya untuk berubah .. Apa yang penting, konsisten, rajin dan nekad pasti kita berjaya…
DVT Boleh Jadi Punca Kematian. Rupanya Wanita Sarat Hamil, Alami Masalah Kesihatan Sebelum Meninggal! Wanita yang sedang hamil sebenarnya terdedah dengan pelbagai kemungkinan sepanjang tempoh kehamilan.
Justeru itu, mereka ini diingatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dari awal kehamilan hingga waktu untuk melahirkan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini seperti kematian.
Dalam perkongsian Public Health Malaysia mendedah salah satu wanita hamil yang mengalami masalah Deep Vein Thrombosis (DVT) atau pembekuan darah beku di saluran darah boleh menyebabkan kematian.
DVT merupakan pembentukan darah beku di dalam saluran darah (vena) yang biasanya berlaku di bahagian betis atau peha.
DVT boleh mendatangkan bahaya dan kematian apabila darah beku pecah dan dibawa melalui saluran darah ke paru paru. Situasi ini dikenali sebagai PE (Pulmonary Embolism)
Apakah punca?
– Berusia lebih 60 tahun
– Mempunyai berat badan berlebihan
– Mempunyai urat varikos (saluran darah bengkak di kaki)
– Perjalanan yang jauh lebih daripada 3 jam dengan kapal terbang, kereta atau kereta api
– Sedang hamil atau jika anda telah melahirkan bayi dalam tempoh 6 minggu
– Mengalami dehidrasi
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera jika ada gejala DVT, alami sesak nafas atau sakit dada.
Baru-baru ini viral kematian mengejut seorang wanita sarat hamil telah mendapat perhatian ramai. Dia yang hamil anak kelima telah pergi bersama bayi yang dikandungnya.
Sebelum dijemput Ilahi, arwah Aizura Zulkifli sempat menulis posting memberitahu situasi dirinya seperti mengalami simptom ‘angin tak lepas’ yang berkaitan dengan pernafasan dan penghadaman.
Nikmat bernafas, nikmat membuang air besar, nikmat kentut. Antara nikmat yang jarang kita syukuri kerana setiap hari dapat melakukannya tanpa masalah.
Bangun pagi sahaja sudah boleh menghirup udara segar. Masuk tandas boleh membuang air seperti biasa.
Sejak semasa membuka buku pink (mendaftarkan kehamilan) tempoh hari, aku sudah terbatuk-batuk kecil. Jururawat ada bertanya masa tu, tetapi aku beritahu sebab muntah lepas gosok gigi, maka tekak tidak selesa. Rupa-rupanya batuk itu bukan sekejap sahaja.
Batuk-batuk ini menyebabkan aku semakin mengah untuk bernafas hinggakan rakan sepejabat beranggapan aku berjogging.
Apabila batuk semakin teruk, apa yang dimakan semua aku muntahkan semula. Semuanya. Aku jadi tidak berselera untuk makan selepas itu. Muntahkan makanan, tidak makan, maka aku tidak membuang air besar
Beberapa hari selepas itu, Selasa 18 OKtober, aku batuk, mengah dan sakit dada sebelah kanan. Kahak pula ada sedikit darah. Aku ke klinik dan doktor berikan ubat batuk herba sahaja. Sarannya jika sakit dada keterlaluan boleh ambil paracetamol. Ubat lain memang tidak sesuai.
Hari Khamis, rasa agak baik dan ada selera makan. Jadi pada paginya makan bihun di pejabat. Tengah hari aku makan limau sejuk, selepas makan limau rasa tidak selesa pada dada kanan. Bukan rasa ketat dada tetapi sakit mencucuk. Aku agak ini angin.
Khamis malam sudah mula rasa tidak larat, beritahu suami tetapi beliau seperti berbelah bahagi untuk balik, ada urusan lagi.
Aku sudah tidak kisah kalau suami tidak balik, aku boleh telefon sahaja ambulans. Anak-anakm Yam dengan Haajar pandai-pandailah jaga diri. Aku tidak boleh berbaring, rasa sangat sakit. Tiada posisi yang selesa dan hanya boleh tidur duduk sahaja. Setiap kali tarik nafas dan batuk akan rasa sangat sakit pada dada.
Sebelum Subuh, suami sampai Johor, sekitar pukul 4.00 petang dadaku sangat sakit, nafas tercungap. Apabila tarik nafas dlam, dirasakan seperti ditikam. Aku buat keputusan untuk ambil ubat paracetamol, maka berkurangan sedikit rasa sakit. Tidak boleh tidur langsung, hanya pejamkan mata menahan sakit.
Pada Jumaat aku sekali lagi ke klinik. Oksigen turun sedikit maka doktor bagi rawatan nebulizer. Aku diberikan ubat sembelit juga kerana sudah seminggu tidak membuang air besar.
Alhamdulillah kini aku sudah boleh bernafas agak baik.Cuma kalau baring masih tidak selesa. Tarik nafas dalam pun ada rasa mencucuk dada, jadi aku bernafas pendek sahaja.
Semua aktiviti melibatkan otot dada dan perut seperti batuk, bersin, muntah, menguap, tarik nafas dalam, semuanya membuatkan aku rasa sakit. Kahak pada waktu pagi masik ada darah pekat. Agaknya aku batuk kuat sangat.
Aku tidak penah hadapi situasi seperti ini. Penyakit refluks asid (gastroesophageal reflux disease – GERD) atau apakah ini, memang tidak pernah.
Aku memang sudah berhenti minum kopi, kurangkan makanan gluten keranan rasa kembung selepas makan. Makanan tinggi histamin memang jarang ambil sepanjang kehamilan kerana aku memang ada isu berkaitan makanan itu.
Doakan aku sihat seperti biasa, gambar aku masa sakit sangat buruk. Aku masih tidak buang air besar, doakan ya. #catatanpregnantdiusia40.
Aizura dalam hantaran lain turut berkongsi degupan jantungnya laju dan rasa hendak pitam. Malah beliau berkongsi sakit pada kaki kanan dan terpaksa berjalan terhincut.
“Sakit kaki kanan dan mula kejang pada betis. Semasa memasak tempoh hari sedikit terpelecok. Urut sendiri, selepas urut esoknya rasa sakit hinggakan tidak boleh berpijak atas lantai. Doktor berikan ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak, tetapi tidak makan
“Perasan ada biji pada tapak kaki, siang tadi memang sakit sangat. Kawan kata biji itu angin. Biji angin pada tapak kaki? Bagaimana hendak pecahkan, aduhai seksanya. Kaki kiri pun sudah mula sakit kerana berjalan tidak seimbang.
Takziah untuk keluarga arwah dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sebelum ini umum mengetahui Ernie Zakri Bakal melahirkan bayi sulungnya sekitar bulan Februari.
Namun rupanya, kegembiraan jadi lebih berganda dan istimewa apabila Ernie telah selamat lahikan bayi perempuan pada tarikh yang cantik iaitu 22.02.2022.
Bayi pertama paşangan ini lahir pada pukul 10.14 pagi dan berita gembira dikongsi oleh Ernie dan suami Syamil di laman posting Instagram.
Sebelum itu, pasangan bahagia in Selamat diijab kabulkan pada 26 Mac 2021 di Masjid Alam, Selangor.
Terdahulu menurut artikel di Kosmo Online, seminggu sebelum melahirkan bayinya, Ernie juga dimasukkan ke hospital selama sehari berikutan mengalami tahap hemoglobin (protein dalam sel Darah Merah) rendah atas nasihat doktor.
Sebaik menulis posting ini, baik Ernie dan Syamel menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti.
Tidak dinafikan perjalanan menurukan berat badan akan jadi lebih seronok jika dilakukan bersama teman.
Pasti kita jadi lebih bersemangat dan berlumba-lumba dalam misi mendapatkan hasil berat badan ideal dan jadi langsing.
Seperti perkongsian pasangan kembar ini yang menginginkan mendapat berat idaman 49 kilogram sebelum raya tahun ini.
Berkat hasil diet konsisten yang diamalkan, keduanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 22 kg dalam tempoh enam buan saja.
Menurut Emylia Hamdan ketika ditanya rahsia berjaya mendapat berat idaman berkata mereka tidak membuat diet eat clean sebaliknya guna cara yang lebih mudah.
“Kami tak buat diet eat clean seperti orang lain. Sebaliknya guna cara yang memudahkan kami berdua.
“Malam tak makan langsung sebaliknya jika lapar hanya makan sebiji epal atau anggur merah untuk alas perut. Jika tak lapar kami selalaunya hanya akan minum air kosong sahaja.
“Itupun tak habis makan (epal) dan air kosong memang kena minum setiap hari. Bukanlah tak makan nasi langsung.
“Kadang-kadang kami gantikan nasi dengan roti wholemeal dan juga sebiji telur untuk lunch,” ujarnya yang turut memilih telur tebus sebiji bersama sekeping roti wholemeal untuk sarapan pagi.
“Kami jenis yang cepat kenyang jadi kalau tak makan malam pun tak apa. Bergantung pada tubuh badan seseorang. Ini kerana minum air kosong itu pun sudah boleh buat kita jadi kenyang.
“Dulu sebelum diet memang tak boleh kalau tak makan malam dan selalu cari makanan. Sekarang bila lapar kami akan ambil buah-buahan sekadar untuk alas perut.
“Selain itu, kami juga mementingkan latihan senaman. Bulan pertama kitaorang buat workout yang biasa-biasa. Tetapi masuk bulan kedua baru start buat skipping.
“Awal-awal skiping boleh 300 jump kemudian baru buat 1500 jump setiap hari,” katanya lagi yang mengakui jarang-jarang mengamalkan cheat day sepanjang proses diet ini.
Cuma menurutnya dalam sebulan itu hanya sekali cheat day kerana ketika itu begitu teringin minum air manis.
jadi bagi mereka yang sedang mencari-cari diet sesuai, boleh ikut cara pasangan kembar ini. Apa yang penting kesungguhan untuk melakukannya demi mendapatkan berat ideal.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.