Hebat, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nuhaliza dah mula bersenam ya! Bukan nak kurus melidi tetapi lebih kepada nak kuatkan stamina untuk persiapan konsertnya yang bakal berlangsung pada Mei ini.
Siti Nurhaliza Dah Bersenam, Hari Raya Pun Masuk Gimnasium!
Menurut Siti atau lebih mesra disapa sebagai TokTi menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa persiapan stamina tetap harus dilakukan walaupun masih dalam ‘mood’ Aidilfitri.
“Masa dah tak lama untuk Konsert Satu Suara Vol3. Beraya tetap beraya tapi persiapan stamina kena buat juga sebab saya sangat teruja untuk konsert ini.” tulis TokTi di Instagram
Kapsyen TokTi Sangat Positif
Perkongsian Tok Ti di Instagram telah mencetuskan rasa teruja peminat yang sudah tidak sabar untuk menonton persembahan penyanyi terkenal ini, malah ada yang memuji Tok Ti masih memelihara aurat dari pandangan umum ketika bersenam di gimnasium.
“Kebiasaan artis wanita akan menonjolkan bahagian-bahagian tertentu untuk dipamerkan kepada umum ketika di gym. Namum TokTi masih memelihara tubuhnya dari pandangan umum. Sebab tu nama TokTi kekal #1 di Malaysia hingga sekarang.”
“Suka bila caption TokTi sangat positif bersenam bukan sebab nak kuruskan badan semata tapi lebih kepada membina stamina.”
“Ni yang kita mahukan. Baru lah berbaloi peminat bayar tiket mahal-mahak sebab artisnya buat persiapan rapi serba serbi untuk pastikan kualiti yang terbaik.”
“Nanti semput penyanyi kalau asyik makan. Semoga cukup training ya.”
“Penyanyi no 1 pun exercise. Kita ni. Bila lagi?. Ayuh sahut seruan Datuk Siti.”
Hah, kita pun elok kuatkan stamina. Asyik beraya makan manis-manis, elok sesekali curi masa untuk keluarkan peluh. Barulah badan sihat tanpa penyakit!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah hampir 21 tahun tidak pernah menang pertandingan ratu cantik Miss Universe, India kembali memecah dominasi apabila pesertanya yang dinobat sebagai juara menerusi jelitawan, Harnaaz Sandhu.
Pertandingan yang menghimpunkan ramai jelitawan seluruh dunia ini berjaya mengangkat nama Harnaaz Sandhu dengan mengetepikan 79 lagi peserta dari seluruh dunia.
Jelitawan ini sangat terserlah aura sebagai juara apabila melepas segmen tetap pertandingan, segmen pakaian mandi, gaun dan juga soal jawab pada peringkat top 5 dan top 3.
Harnaaz dilihat cemerlang dalam semua segmen terutama sewaktu menjawab soal jawab di mana dia di soal mengenai cara mengajak masyarakat dunia untuk mengambil serius akan isu perubahan iklim yang semakin meruncing.
Dia juga turut yakin memberikan pendapat ketika di tanya dalam soalan Top 3 yang menyaksikan dirinya bersaing dengan peserta dari Paraguay dan Afrika Selatan mengenai nasihat kepada gadis remaja di luar sana yang senang berdepan tekanan zaman ini.
Jawapan menyakinkan diberi menobatkan dirinya sebagai juara Miss Universe 2020. Ayuh kita lihat fakta menarik si cantik Harnaaz Sandhu yang baru berusia 21 tahun ini.
1. Berdarah Punjabi mengidolakan Priyanka Chpra sebagai pelakon wanita kegemarannya. malah ramai kata wajahnya mirip Priyanka dahulu di Miss World 2000.
2.Dilahirkan 3 Mac 2000. Ia juga merupakan tahun sama di mana wanita kedua dari India iaitu Lara Dutta menang gelaran Miss Universe 2000. 21 tahun kemudian tiara ini jadi milik Harnaaz Sandhu.
2. Wanita 21 tahun ini merupakan lulusan dari sekolah khusus wanita Post Graduate Government College. Dia juga menyambung pengajian Master dalam jurusan Public Admistration.
3. Harnaaz Sandhu telah mengikuti pertandingan kecantikan sejak usianya 17 tahun. Dia merupakan pemenang Times Freshface Miss Chandigarh 2017. Dia juga pernah menang Miss Max Emerging Star 2018 India.
4. Memiliki tinggi badan 175 cm, Harnaaz Sandhu menyukai bidang lakonan, menyanyi, tari, yoga, berenang, naik kuda dan memasak. Pada masa remajanya, Harnaaz mengaku kerap dibuli karena tubuhnya terlalu kurus.
5. Pada malam final Miss Universe 2021 Harnaaz Sandhu menampilkan bakat tersembunyinya iaitu meniru suara kucing.
6.Kali pertama India memenangi gelaran Miss Universe adalah menerusi Sushmita Sen pada tahun 1994 di Filipina. Manakala Lara menang di Cyprus dan Harnaaz pula di Israel.
7.Menerima ucapan tahniah dari pemenang terdahulu yang juga rakan senegara, Lara Dutta di laman twitter. Juga menerima ucapan tahniah oleh Priyanka Chopra di laman Instagramnya.
Pernah atau tidak anda mengalami masalah seperti adanya lebihan daging yang tumbuh terutama di bahagian jari tangan.
Ini dipanggil ketuat yang mana kehadirannya sedikit sebanyak menghilangkan rasa kurang keyakinan kerana mengangap diri seperti orang cacat.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad ketuat ini adalah ketumbuhan kecil disebabkan jangkitan sejenis virus.
KETUAT PADA KULIT
Ketuat adalah ketumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan sebagai Human Papiloma Virus (HPV). Terdapat lebih dari 100 jenis HPV dengan pelbagai jenis gejala.
Setakat ini, sebanyak 100 jenis HPV telah dikenalpasti dan ia boleh menyebabkan ketuat pada mana-mana bahagian badan. Kawasan yang sering dijangkiti adalah pada tangan, jari,dan kaki.
APAKAH JENIS-JENIS KETUAT?
1. Ketuat yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari.
2. Ketuat plantar – terjadi di bawah tapak kaki yang selalu berkaki ayam
3. Ketuat flat – terjadi pada muka dan tangan.
APAKAH PUNCA KETUAT?
Ketuat boleh berjangkit dari satu individu kepada individu yang lain. Garu atau mengorek ketuat juga boleh menyebabkan jangkitan merebak. Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat.
RISIKO MENDAPAT KETUAT
Sesiapa sahaja boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti oleh virus ini. Hal ini disebabkan oleh sifat HPV yang mudah untuk merebak dan oleh sebab itu, ketuat berjangkit dengan cepat.
Anda boleh dijangkiti ketuat hanya dengan menyentuh ketumbuhan yang sama berada pada badan anda sendiri atau badan orang lain. Selain itu, berkongsi tuala atau pisau cukur dengan seseorang yang sudah dijangkiti juga akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat virus ini.
Kebarangkalian tersebut juga semakin bertambah sekiranya anda mempunyai luka pada tempat sentuhan di mana ia memudahkan virus HPV untuk menyelinap masuk ke bahagian bawah kulit.
Oleh sebab itu, amalan korek ketuat adalah dilarang kerana ia boleh merebak dengan mudah pada tangan atau muka anda. Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat.
RAWATAN
Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah ini. Akan tetapi perlu diketahui bahawa majoriti daripada benjolan ini boleh hilang dengan sendirinya.
Jika anda merasakan perkara tersebut tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada anda dan ia tidak terlampau besar, membiarkan ia baik dengan sendirinya adalah sesuatu perkara yang boleh dibuat. Akan tetapi jika benjolan itu semakin membesar ataupun mengganggu penampilan anda, beberapa rawatan boleh digunakan.
1. Ubat sapu
Ubat sapu yang selalunya dipakai adalah ‘Salicylic acid’ yang bertindak untuk membunuh sel-sel epithelium dibahagian kulit yang mempunyai masalah tersebut. Ia perlu digunakan secara berterusan dalam 12 minggu
2. Cryotherapy
Dalam rawatan ini, cecair nitrogen yang sejuk digunakan untuk membunuh kawasan kulit yang mempunyai masalah tersebut. Cecair tersebut diletakkan selama beberapa saat dan kemudian dibuang. Kawasan kulit tersebut akan melepuh dan benjolan itu akan hilang. Ia mengambil masa beberapa hari untuk luka dikawasan tersebut benar-benar baik. Cara rawatan seperti ini mungkin akan mendatangkan parut dikawasan kulit.
LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENDAPAT KETUAT
1. Jaga kebersihan diri yang baik
2. Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain
3. Basuh dan keringkan tangan dengan kadar yang kerap
4. Jangan gigit kuku jari anda. Ketuat mudah berlaku pada kulit yang cedera.
5. Jangan cabut ketuat anda. Mencabut ketuat boleh membuat virus merebak.
6. Penjagaan kulit. Jangan berus, potong atau cukur di kawasan ketuat. Jika perlu, gunakan pencukur elektrik.
7. Jangan kongsi barangan peribadi. Virus boleh merebak dari barangan peribadi individu yang mempunyai ketuat.
8. Elakkan sentuhan langsung dengan ketuat. Ini termasuk ketuat anda sendiri.
9. Pastikan kaki anda bersih dan kering. Tukar kasut dan stokin anda setiap hari.
10. Pakai kasut atau selipar di kawasan yang terdedah kepada virus penyebab ketuat seperti kolam mandi atau bilik mandi di gym.
Untuk mengekalkan kecergasan, kita digalakkan untuk bersenam. Tak perlukan masa lama, cukuplah 10-15 minit seperti larian kecil di sekitar rumah.
Namun begitu, sebelum bersenam, anda perlu merancang waktu latihan yang ingin dilakukan terutamanya bagi yang mengalami alahan pada debu dan habuk.
Biasanya, debu dan habuk yang menjadi penyebab alahan paling banyak adalah di antara 6-9 pagi dan waktu senja.
Rancang Waktu Terbaik Untuk Bersenam
1. Naik Kenderaan Awam
Penelitian dari University of British Columbia di Kanada mengatakan seseorang yang menggunakan kenderaan awam ternyata mempunyai kekuatan fizikal yang lebih sihat dan risiko obesiti lebih rendah.
2. Dengan Segelas Kopi
Kafein dikatakan dapat meningkatkan kelincahan reaktif seseorang. Contohnya, keperluan optima kafein untuk wanita yang mempunyai berat badan antara 60kg adalah 2-4 cawan kopi (475ml-950ml) iaiatu sejam sebelum bersenam. Walau bagaimanapun, satu cawan sahaja pun sudah cukup membantu.
3. Jangan Malas Masak
Menurut American Journal of Preventive Medicine, aktiviti memasak boleh membuatkan anda berdiri lebih lama dan mengangkat beban ringan (senduk) dapat membakar 139 kalori dalam satu jam. Bayangkan, berapa banyak kalori anda terbakar jika anda memanggang makanan atau membuat kek sekurang-kurangnya 2 jam.
4. Buat Pemanasan Dahulu
Adakah anda melakukan regangan terlebih dahulu sebelum bersenam? Menurut Bill Holcomb, professor athletic training di University of Nevada, Las Vegas, lakukan pemanasan terlebih dahulu dan barulah regangan dinamik (regangan sambil bergerak).
5. Selepas Bersalin
Berapa lama masa yang anda ambil untuk bersenam selepas melahirkan anak? Menurut Robert O. Atlas dari Mercy Medical Center di Baltimore, ramai wanita yang memerlukan masa sebulan untuk berjalan normal tetapi ada juga yang boleh kembali mendukung bayinya ketika berusia dua minggu.
Belum bertemu jodoh, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha pernah berniat mahu berkahwin dalam usia muda tetapi menginjak ke angka 31 tahun pun dia masih single.