Jika sebelum ini pernah beratnya pernah mencecah hampir 83 kg disebabkan hamil anak pertama.
Tidak selesa dengan keadaan itu selepas melahirkan wanita ini nekad menurunkan berat badan.
Dia kemudiannya berusaha untuk diet dan berjaya turunkan 10 kg lagi sebelum stuck pada angka itu.
Kemudian mula berdiet dengan mengamalkan diet suku-suku separuh dan berjaya hilangkan 7 kg lagi.
Menurut Zya Farz dia hanya lakukan diet secara santai sahaja kerana terikat dengan kerja yang memerlukan dirinya memakai pakaian perlindungan (PPE) selama 7 jam hingga dapat mengeluarkan peluh yang banyak.
Dan dalam masa sama dia yang bertugas sebagai frontliner kini menjalani kuarantin apabila disahkan positif Covid-19.
Secara tak langsung beratnya juga kembali turun sedikit demi sedikit.
Bagi mereka yang masih mencari diet bersesuaian, boleh ikut cara wanita ini mengamalkan menu diet suku-suku separuh.
Ini Menu Diet Suku-Suku Separuh Diamalkan
1. Bawal goreng guna Air Fryer
2. Jemu Kalau Hari-Hari Nasi..
Ads
3. Ikan Jenahak Masak Halia
4. Sambal Bilis Petai + Keli Bakar + Telur Mata
5. Kangkung Goreng Belacan + Keli Berlado
6. Sup Dumpling + Ayam Bakar Air Fryer
7. Kueyteow Goreng + Chicken Katsu Goreng Guna Air Fryer
8. Pancake Banana Peanut.. Peanut Bagus Untuk Diet
9. Taugeh + Sambal Sotong
Ads
10. Tomyam Ayam
11. Sup Cendawan + Ikan Cencaru Sumbat Bakar Air Fryer
12. Bayam + Ikan Goreng Air Fryer
13. Sup Ayam + Telur Dadar Tanpa Minyak
14. Asam Pedas Ikan Tenggiri & Ayam Bakar
15. Ayam Bakar Guna Air Fryer
16. Whole meal Pakai Peanut Yang Sama (Peanut Diet)
Melalui fasa kehamilan dari usia kandungan hinggalah saat melahirkan adalah momen paling berharga.
Kalau boleh mahu segala urusan dipermudahkan sepanjang 9 bulan 10 hari bayi dalam kandungan.
Namun siapa sangka, kita hanya merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Kelahiran anak ketiga kali ini tidak seperti anak pertama dan keduanya.
Saat orang lain bergelut dengan pandemik Covid-19 wanita ini juga mengalami pengalaman sama. Melahirkan anak pra matang dalam situasi dirinya turut melawan virus Covid-19.
Bagi Nana, dia reda dengan apa berlaku. Namun pengalaman melahirkan bayi saat dirinya berjuang melawan virus Covid-19 tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Waktu itu apa yang terfikir dia mahu babynya selamat walaupun dilahirkan lebih awal dari masa yang sepatutnya.
Ayuh ikuti perkongsiannya yang sangat menyentuh hati.
Suami aku disahkan dijangkiti virus Covid-19. Ini adalah selepas dia ada demam dalam sehari & lepas itu terus hilang deria bau & rasa. Suami aku ini essential services. Memang tak ada la citenye nak work from home ni. Jadinya, korang paham-paham sendiri la dari mane dia dia dapat virus ni.
So, suami aku continuela berkurung dalam bilik memandangkan aku & anak-anak belum swab test lagi. Masa tu mama, mak aku, abah semuala dah start risau yang amat sangat sebabkan aku yang membawa ‘orang di dalam orang’ ini & anak-anak aku.
5/6/2021: Suami aku diarahkan ke cac, stadium melawati untuk review & confirmkan tempat kuarantin. Jadinya, siapa yang boleh hantar suami aku? Mestilah aku jugak. Jadi aku pon bersiap sedialah dengan ppe suit buatan sendiri daripada plastik sampah.
Korang nengokla kat gambor tu apa rupanya. Lepas sejam macam tu, suami aku dapat pengesahan kuarantin kat rumah. Hari yang sama, aku dapat call dari pkd petaling untuk pergi swab test dengan anak-anak2, di kk seksyen19, pada 8/6.
10/6/2021: Aku dapat result dengan anak-anak yang kami semua positif. Masa itu aku tak tau ape feeling aku. Aku blank… Mak aku lagilah. Macam tak bole nak bercakap dah. Dengar suara je nangis. Dah la setahun dah x jumpa
Aku & anak-anak pulak ke cac, stadium melawati untuk review dengan harapan kami semua dapat kuarantin sekali dekat rumah. Malangnya… aku diarahkan ke Hospital Sg Buloh atas faktor risiko.
Wanita hamil yg berusia dengan previous pregnancy history yang macam-macam hal. Masa ni aku pun dah start hilang deria bau & rasa. So aku balik umah untuk hantar anak-anak & tunggu ambulan datang.
Lebih kurang pkl 7.15pm aku sampai di Pusat Kawalan Kusta Negara, Hospital Sg. Buloh aka Pusat Kuarantin Covid untuk ibu hamil & kanak-kanak.Sampai je doctor terus interview aku. Masa ni aku dah start rasa tak sedap badan. Dah rasa seram sejuk je. Selesai interview, aku disuruh masuk ke Dorm 86.
13/6/2021: Jam 1.30 pg, aku gelisah tak bole tido. Badan rasa panas…rasa tak selesa…kepala rasa berat. Aku bangun makan panadol. Layan netflix, pkl 4.00 pagi baru lelap blk. Jam 8.30pg misi datang buat ecg, amik darah & suhu & blood pressure sume. Resultnya aku demam panas. So misi bagi aku 1 papan panadol ulang amik 6 jam sekali. Alhamdulillah…demam makin reda sehari tu je la aku demam.
15/6/2021: Dapat result darah. Ada kuman dalam darah aku reading 5. (normal below 1). Platlete darah aku pulak drop. Rupanya tiap-tiap hari misi amik darah aku tu sebab result memang tak cantik seblm tu.
Platlete normal kita 150 tp aku 90/60/50 & last drop 41. Sebenarnya hari tu aku dah start rase pening skit. Rase berpusing. Yer la platlete drop terukkan so doctor suggest untuk bawak aku ke wad atas. Wad for pesakit covid berisiko tinggi. Ubat cair darah aku semua dah distopkan.
16/6/2021: Aku jumpe geng2 dorm 86 & bg tau aku kena bawak naik atas. Aku diletakkan di wad 6B. Bole dikatakan kebanyakan patient kat situ semuanya pakai oksigen. Salah sorangnya kawan aku, si N. Aku lambai N & tanya dia ok tak. ‘N’ kate dia x ok. Dia terus baring & bernapas pakai oksigen.
Sorang daripada patient kat situ hidung pulak dah start berdarah. Doc & misi terus pindahkan dia ke wad lain utk lbh mudah dipantau. Aku pun x sure ke icu ke mane. Bayangkan semuanya sekejapan depan mata.
Aku sendiri masa tu dah start turun darah. Tapi aku tak ada rase sakit ape pun. Aku anggap benda tu normal sbb sepanjang aku pregnant 32 minggu boleh kata 2 bulan sekali aku memang akan turun darah. Aku cuma mampu berdoa yang kami semua kuat & dapat melaluinya.
17/6/2021: Pkl 6.30 ptg. Aku sakit pinggang teruk. Darah pun masih turun lagi. Masa ini aku dah rasa tak sedap hati. Takkan contraction kot, baru 32 mgu. Petang itu pun misi dah datang check. Semua ok, tak ada bukaan ke apa.
Tapi pukul 11.00 malam aku dah memang rase ni contraction kot. Lain mcm dia punye sakit. Aku panggil misi. Misi pon datang bawak kelengkapan. Tapi bile check, taak ada detect pon aku ini nak bersalin ke ape. So masing-masing assume, fake contraction la kot.
Fake contraction?…betul ke? Final episode kejap lg.
*The Finale* My Warrior Princess Dahlia Khadeeja binti Mohd Affendy 32 weeks 4 days 18/6/2021 1.57 kg Hospital Sg Buloh 1.34 pg
18/6/2021: Pukul 12.30 malam. Masa ini aku betul-betul dah out of control, sakit gila. Doctor datang check, bomm! Bukaan dah 7 cm. Wad aku tib-tiba havoc. Doctor dah jerit panggil misi suruh pakai ppe. Semua jadi kalut, aku dengar doctor kata orang tak cukup. Sapa yang ada itu semua dah berlari-lari pakai ppe suit.
Seriously aku tak mentally prepare langsung dengan keadaan itu. Sebab baru 32 minggu & due date aku suppose to be 7/8/2021. Sepanjang ditolak ke labour room aku siap-siap mengucap, baca semua ayat, surah yang terlintas dalam kepala.
Tepat 1.34 pg, lahirlah Dahlia Khadeeja binti Mohd Affendy. My warrior princess… yang berjuang bersama-sama ibu dari dalam melawan virus Covid-19. Hilang sakit ibu tengok Dahlia. Tapi ibu dapat jumpa Dahlia sekejap je. Sebab ibu masa itu masih dalam kategori pesakit covid.
Jadi Dahlia pun kena buat 2 kali swab test to make sure yang dia ok. Ibu tau anak ibu strong. So Dahlia pun dibawa ke nicu. Sebab dia baby pramatang. Dahlia lahir 32 minggu dengan berat 1.57kg. Itu last ibu dapat tengok anak ibu face to face…
Jam 3.00pg, selesai semuanya aku dibawa masuk ke wad semula. Aku call suami, dia terdiam. Aku dengar dia sebak…menangis… terkejut. Aku call mak aku…aku text semua in law aku. Aku tenangkan semua, jangan risau aku stabil. Aku ok…& Dahlia pun inshaAllah akan ok & strong macam ibu.
19/6/2021
Doctor datang…bagi tau result aku semua dah stable. Darah, platlete semua dah start normal balik. Jadi aku dgn segala hormatnya dibenarkan balik. Dalam masa yang sama aku dapat mesej result covid test Dahlia pun negatif. Syukur… syukur… syukur…
Alhamdulillah. Tak tahu nak cakap macam mana feeling aku mase tu. Cuma doctor kata Dahlia masih tak bole balik, masih perlu dipantau sebabkan dia baby pramatang. Sekurang-kurangnya kena genapkan 35-36mgu.
Tak apalah, aku redha. Itu jalan yang terbaik Allah SWT dah tetapkan untuk aku & Dahlia. Terpaksa ibu berpisah kejap dengan anak ibu. Stay strong sayang…Doa ibu sentiasa ada dengan Dahlia.
So, itulah kisah covid kami sekeluarga. Dahlia Khadeeja masih di bawah pantauan Hospital Sg. Buloh. Aku harap semua sudi doakan dia sihat walafiat & dapat balik pada aku tanpa ada sebarang masalah.
Penutupnya di sini, kalau korang ada family yang kena covid ini atau korang sendiri yang alami nanti, pertama sekali jangan buat orang rasa tersisih & jgn menyisihkan diri. Tolong ingat moral support sangat penting masa ini & kekuatan dalaman korang sendiri perlu ada.
Kita usaha yg terbaik & lainnya semua ditentukan oleh Allah SWT. Mati itu pasti…cepat atau lambat hanya Allah SWT yang mengetahui. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.
Yang saban hari bertanya khabar, hantar barang-barang keperluan aku & yang sangaat-sangat ambik berat. Sayang sangat-sangat kat korang to the moon & back, to the sea & the mountain…sayang infinity la kiranya.
Thank you so much semua pada yg meseg juga yang call. Aku sangat-sangat hargai… Kawan-kawan yang lain, no worries aku sayang korang jugak. Haha… Ade pulak yang text aku rasa bersalah pulak. Korang bukan salah ape pon, sebabnya aku yang tak bercerita. Semoga semuanya kan baik-baik saja…
Berkulit cantik dan tubuh badan maintain ‘elok’, penyanyi Misha Omar atau lebih mesra disapa sebagai kak Mitch ini sudah pun menjangkau usia 41 tahun.
Menurut Misha, apabila usia semakin meningkat, antara cabaran yang paling getir baginya adalah untuk mengawal berat badan sendiri. Misha akui bahawa sukar baginya untuk memastikan berat badan nya kekal seperti yang diingini.
“Umur 40-an sendiri mau ingat ya, cabaran utama adalah berat badan. Badan kak Mitch macam tak dengar cakap dah. Jadi cara-cara dia adalah, kita kena buat sesuatu supaya badan kita dengar cakap.
“Dan pada saya, yang paling penting adalah kesihatan,” katanya.
Tambahnya lagi, kesihatan merupakan perkara utama bila usia meningkat. Ini kerana, kesihatan memainkan peranan penting. Terutamanya sebagai seorang ibu, dia merupakan tonggak utama dalam institusi keluarga. Misha akui dia perlu kekal fit, untuk menguruskan keluarga iaitu suami dan anak-anaknya.
Jadi mengawal berat badan agar sentiasa ideal adalah penting. Sebagai seorang wanita, tidak boleh terlalu gemuk atau terlalu kurus. Sebaik-baiknya setara dengan BMI masing-masing.
“Kita tak nak juga terlalu kurus sangat, nanti tiada tenaga. Tak larat nak buat kerja rumah. Nak angkat anak kalau dia mengamuk tak nak masuk rumah atau terlalu gemuk kerana payah untuk bergerak.
“Jadi untuk memastikan semua tu berjalan lancar. Kita perlu pastikan dan jaga kesihatan sebaiknya, luar dan dalam. Sebab lepas pandemik mental health kita dan semua orang akan terkesan. Jadi pada saya yang paling penting jaga dalam dulu, ia akan terpancar di luar,” tegasnya.
Pernah berkongsi tip jaga kulitnya menerusi portal EH!, bagi Misha penjagaan asas kulit sangat penting. Yang mana membersih, melembut, merawat dan melembap antara yang harus dilakukan setiap hari.
“Kalau ikut cara saya, pada waktu siang, pakai krim tabir suria. Saya tahu kesan cahaya matahari kepada kulit adalah matahari kepada kulit adalah memudaratkan, jadi saya mengamalkan pemakaian krim tabir suria satu tabiat setiap kali keluar rumah.
“Serum juga amat penting untuk kulit, dulunya saya tidak begitu disiplin dalam penjagaan kulit, namun semakin meningkat usia, saya menjadi lebih peka akan rawatan kulit.
Pemakaian serum mampu merawat kulit dari dalam, malah dengan serum anti-dark spot bukan saja mencerah malah menghilangkan tompok hitam pada wajah.
Jadi begitulah, sebaiknya bila umur semakin meningkat, semakin anda perlu menjaga kesihatan dan kecantikan. Bukan untuk dipamer kepada orang luar tetapi lebih kepada kepuasan sendiri.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak minggu lalu kita dikejutkan dengan berita di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dimasukkan semula ke Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya tidak stabil.
Malah pihak media juga dilaporkan berkampung di luar IJN untuk memantau perkembangan Tun Dr Mahathir.
Namun kedaaan bekas Perdana Menteri kesayangan ramai ini sebenarnya berada dalam keadaan stabil.
Dalam satu perkongsian twitter oleh anaknya Datin Paduka Marina Mahathir semalam memberitahu bapanya menunjuk peningkatan hari ini.
Tun M dikatakan mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di IJN.
Mengetahui ramai yang memantau keadaan dirinya, Tun M turut mengucapkan terima kasih dan memohon orang ramai agar tidak terlalu bimbang mengenai kesihatannya.
Beliau akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan.
Sebaik muat naik status ini, ramai warga maya turut mendoakan kesejahteraan Tun Mahathir dan semoga Allah memberikan kesihatan baik kepada beliau.