Berkulit cantik dan tubuh badan maintain ‘elok’, penyanyi Misha Omar atau lebih mesra disapa sebagai kak Mitch ini sudah pun menjangkau usia 41 tahun.
Makin Mencabar Kawal Berat
Menurut Misha, apabila usia semakin meningkat, antara cabaran yang paling getir baginya adalah untuk mengawal berat badan sendiri. Misha akui bahawa sukar baginya untuk memastikan berat badan nya kekal seperti yang diingini.
“Umur 40-an sendiri mau ingat ya, cabaran utama adalah berat badan. Badan kak Mitch macam tak dengar cakap dah. Jadi cara-cara dia adalah, kita kena buat sesuatu supaya badan kita dengar cakap.
“Dan pada saya, yang paling penting adalah kesihatan,” katanya.
Ads
Tak Perlu Terlalu Kurus, Dapatkan Berat Ideal
Tambahnya lagi, kesihatan merupakan perkara utama bila usia meningkat. Ini kerana, kesihatan memainkan peranan penting. Terutamanya sebagai seorang ibu, dia merupakan tonggak utama dalam institusi keluarga. Misha akui dia perlu kekal fit, untuk menguruskan keluarga iaitu suami dan anak-anaknya.
Jadi mengawal berat badan agar sentiasa ideal adalah penting. Sebagai seorang wanita, tidak boleh terlalu gemuk atau terlalu kurus. Sebaik-baiknya setara dengan BMI masing-masing.
Ads
“Kita tak nak juga terlalu kurus sangat, nanti tiada tenaga. Tak larat nak buat kerja rumah. Nak angkat anak kalau dia mengamuk tak nak masuk rumah atau terlalu gemuk kerana payah untuk bergerak.
“Jadi untuk memastikan semua tu berjalan lancar. Kita perlu pastikan dan jaga kesihatan sebaiknya, luar dan dalam. Sebab lepas pandemik mental health kita dan semua orang akan terkesan. Jadi pada saya yang paling penting jaga dalam dulu, ia akan terpancar di luar,” tegasnya.
Rejim Kecantikan Misha Omar
Pernah berkongsi tip jaga kulitnya menerusi portal EH!, bagi Misha penjagaan asas kulit sangat penting. Yang mana membersih, melembut, merawat dan melembap antara yang harus dilakukan setiap hari.
Ads
“Kalau ikut cara saya, pada waktu siang, pakai krim tabir suria. Saya tahu kesan cahaya matahari kepada kulit adalah matahari kepada kulit adalah memudaratkan, jadi saya mengamalkan pemakaian krim tabir suria satu tabiat setiap kali keluar rumah.
“Serum juga amat penting untuk kulit, dulunya saya tidak begitu disiplin dalam penjagaan kulit, namun semakin meningkat usia, saya menjadi lebih peka akan rawatan kulit.
Pemakaian serum mampu merawat kulit dari dalam, malah dengan serum anti-dark spot bukan saja mencerah malah menghilangkan tompok hitam pada wajah.
Jadi begitulah, sebaiknya bila umur semakin meningkat, semakin anda perlu menjaga kesihatan dan kecantikan. Bukan untuk dipamer kepada orang luar tetapi lebih kepada kepuasan sendiri.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya gosok kiub strawberi dan madu pada kulit wajah, tak sangka hasilnya macam pakai set penjagaan wajah organik yang di jual di pasaran.
Hah, agak mahal juga kalau nak beli dah siap! Jadi cuba amalkan petua yang dikongsikan oleh Esyima Zamri. Sebagai pengamal bahan cantik alami ini, kulit wajahnya memang flawless berseri-seri.
Nak hilangkan jerawat memang mudah sahaja. Apa yang penting kena ambil tahu apa punca jerawat tu naik meriah, sangat di kulit wajah.
Ini Antara Punca Jerawat
1) Masalah hormon tidak stabil 2) Gemar makan makananan pedas dan berminyak. 3) Stress akan menyebabkan radang jerawat. 4) Penggunaan alat solek yang berlebihan dan tidak dicuci bersih.
5) Dan lain lain lagi penyebab.
Jerawat boleh dimatikan dengan mengamalkan bahan antioksidan yang terdapat di dalam strawberi dan campuran madu.
Bahan Yang Diperlukan
3 biji strawberi
1 sudu madu
Strawberi salah satu buah yang berkhasiat untuk menghilangkan minyak yang berlebihan, menjaga kelembapan kuit, mencerahkan kulit dan juga menghilangkan bekas jerawat serta membantu meredakan radang jerawat.
Madu pula dapat melembapkan kulit, mencegah penuaan, membunuh jerawat kerana madu memiliki kandungan anti-bakteria sehingga jerawat dan parutnya dapat dihilangkan.
Ikut Aturan Ini Satu Persatu
Kisar buah strawberry sehingga lumat.
Campurkan 1 sudu madu.
Tuang di dalam bekas ais untuk dibekukan di dalam peti ais.
Anda boleh menggunakan kiub ais strawberi dan madu ini setiap malam untuk kesan terbaik. Jangan risau, bahan-bahan ini cukup selamat untuk wajah anda.
Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-41, pelakon Fazura dilihat berkongsi hadiah daripada kenalan terdekat dan suami tercinta menerusi Instagram miliknya.
Fazura Raikan Pemberian Hadiah Hari Lahirnya
Diuji dengan masalah rumah tangga, pelakon Fattah Amin tidak melupakan hari jadi isteri iaitu Nur Fazura yang jatuh pada hari Jumaat.
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menghadiahkan jambangan bunga berserta kad ucapan dengan menitipkan doa agar kehidupan isteri tersayang sentiasa diredai dan diberkati Allah SWT.
“Mommy (panggilan Fazura), Selamat hari lahir Mommy, Daddy (Panggilan Fattah) doakan di hari kelahiran Mommy sentiasa gembira.
Anggap Permulaan Pada Usia Matang
Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, berkata, perkara itu adalah permulaan baharu sempena usia matang tersebut.
“Permulaan sebuah janji, untuk lebih sayangi diri sendiri. 27.09.2024,” katanya menerusi sebuah hantaran dalam Instagram.
Kongsi Perasaan Terkini
Dalam perkongsian sama, Fazura turut memuat naik sebuah lukisan pemandangan di pantai diiringi lagu Oceans sekali gus menggambarkan perasaan yang dilaluinya ketika ini.
Menjengah dalam ruangan komen, perkongsian tersebut turut dihujani ucapan selamat ulang tahun dan doa dari rakan selebriti dan peminatnya.
Sebelum ini, Fazura dalam sebuah perkongsian Instagram memaklumkan dia nekad mahu bercerai dengan suaminya, Fattah Amin demi mempertahankan maruah dan kesejahteraan hidup bersama anak mereka, Nur Fatima Aisya.
Pada Rabu lalu, Fattah dimaklumkan tidak bersetuju untuk melafazkan talak terhadap Fazura ketika proses perceraian mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Bagaimanapun, mahkamah tersebut telah menangguhkan ke perceraian pasangan itu ke tarikh baharu, pada 7 Oktober depan.
Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila nekad memfailkan perceraian di mahkamah yang sama sekaligus meleraikan segala spekulasi berkenaan rumah tangganya bersama Fattah.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Fatima.
Adalah menjadi kepantangan bagi seorang wanita jika terlihat kesan parut di wajah. Tidak kisahlah parut disebabkan masalah jerawat ataupun luka.
Pasti seseorang itu akan berusaha untuk memulihkannya kerana tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai dalam keadaan wajah berparut.
Tetapi bagi salah seorag pengguna aplikasi TikTok dikenali dengan nama Amirahmaisarah02 pula melihat ia bukanlah satu perkara yang memalukan atau mampu menjejaskannya dari menjalani rutin sehariannya.
Tampil baru-baru ini di laman sosial berkongsikan sebuah video di TikTok apabila terdapat salah seorang pengikutnya bertanyakan mengenai wajahnya yang kelihatan seolah-olah melecur akibat terkena sesuatu yang panas menyebabkan kulit mukanya herot.
Menurut Amirah, ketika usianya tujuh tahun, berlaku satu kemalangan sewaktu dia tinggal di rumah bersama kakaknya.
“Saya masuk dapur tapi tergelincir dan tertarik sekali tong gas menyebabkan periuk belanga atas dapur pun jatuh sekali serta terkena muka saya.
“Kakak saya bawa saya masuk dalam bilik air dan basuh dengan air sebelum mendapatkan bantuan jiran serta dibawa ke hospital.
“Sampai hospital muka saya kena balut macam mumia seluruh badan sampailah jadi macam ni,” katanya.
Akibat dari kejadian itu, Amirah terpaksa menjalani kehidupan dengan wajah muka yang berparut terutama bahagian mulutnya disebabkan mungkin melecur teruk akibat terkena minyak panas.
Namun, Amira dilihat kuat dan langsung tidak kekok untuk berhadapan dengan kamera sewaktu menghasilkan konten di TikTok.
Jadikanlah perkongsian Amira ini satu pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati-hati terutama ketika memasuki kawasan dapur atau memasak yang pastinya menggunakan minyak yang panas.
Semoga wajah Amira mampu diubati dan pulih seperti sedia kala satu hari nanti!